You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding Tel : 03 90765243
Km 17, Jalan Hulu Langat Faks : 03 90755143
43100 Hulu Langat, Emel : 1GOVUC\BBA4054.edu
Selangor

Ruj. Kami :
Tarikh : 05 Januari 2018

Kepada;

Ketua Balai Polis,


Balai Polis Batu 9 Cheras,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan

Tuan/Puan,

MEMOHON BANTUAN ANGGOTA POLIS UNTUK MENGAWAL LALU LINTAS

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Larian 1M1S tahun 2018 akan berlangsung
berdasarkan ketetapan berikut;

Perkara Tarikh Masa Tempat

Mengenal Trek 16.1.2018 (Selasa) 8.00 pagi- 10.30 pagi

Mengenal Trek 17.1.2018 (Rabu) 8.00 pagi- 10.30 pagi Kawasan Sekolah dan
Kampung Sungai Serai
Kejohanan Larian 1M1s 19.1.2018 (Jumaat) 8.00 pagi- 10.30 pagi

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap agar pihak Polis dapat memberikan bantuan
untuk mengawal lalu lintas dan keselamatan murid sepanjang tempoh kejohanan ini berlangsung.

4. Segala kerjasama dan bantuan dari pihak tuan/puan Balai Polis Batu 9 amatlah dihargai. Pihak
sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

ZUBIDAH BINTI ANUAR


Guru Besar,
SK Dusun Nanding.

You might also like