You are on page 1of 2

Khor Yu Jie

K/P: 960611-07-5801
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor.
____________________________________________________________________________

Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor. 1 Oktober 2017

PENJELASAN SALAH LAKU PELAJAR

Adalah dimaklumkan merujuk kepada perkara diatas,

2. Saya, Khor Yu Jie guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
ambilan Jun 2015 kumpulan Bahasa Cina (SK), ingin menjelaskan kesalahan yang
didapati oleh pihak HEP. Butiran kesalahan adalah seperti di bawah ;
Jenis Kesalahan : 7. Lain-lain (MENGORGANISASI AKTIVITI DENGAN PIHAK
LUAR TANPA MELALUI PIHAK PENGURUSAN IPGKTHO)
Tarikh : 1/10/2017
Tempat : Jabatan HEP
3. Hal ini demikian kerana saya telah memohan mendapat pengecualian menyertai
Program Jalinan Kasih pada 3 Oktober 2017 hingga 4 Oktober 2017 untuk menyertai
hari sukan SJK(C) Yong Peng 1, iaitu sekolah yang saya menjalankan praktikum yang
baru lalu. Semasa praktikum, pihak sekolah SJK(C) Yong Peng 1 telah meminta
pertolongan saya pada hari sukan yang dijalankan pada 3 Oktober 2017. Saya telah
menyemak dengan jadual waktu kuliah dan aktiviti institut tidak terlanggar dengan hari
sukan tersebut sebelum menjanjikan pertolongan saya. Walau bagaimanapun, pihak
institut telah memilih saya untuk menyertai Program Jalinan Kasih pada 28 September
2017. Pada masa itu, saya telah menjanjikan pertolongan saya semasa hari sukan. Oleh
itu, saya telah cuba untuk memohon pengecualian program jalinan kasih untuk
melaksanakan janji saya.
4. Disebabkan perkara di atas, pihak HEP telah mendakwa saya melakukan kesalahan
MENGORGANISASI AKTIVITI DENGAN PIHAK LUAR TANPA MELALUI PIHAK
PENGURUSAN IPGKTHO seperti dalam JADUAL KEDUA (seksyen 6, 22 dan 23)
PERINTAH KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB PELAJAR-
PELAJAR)(PINDAAN)1997 BAHAGIAN I, Akta 174 dalam Perkara 13.
5. Saya ingin meminta pihak HEP untuk menarik dakwaan salah laku tersebut disebabkan
saya hanya memohon untuk mendapatkan pengecualian program. Saya belum
mengorganisasi, menjalankan atau menyertai aktiviti di luar kampus. Saya
memahami perlakuan saya tidak menurut peraturan institut, tetapi hanya permohonan
tidak patut dijadikan kesalahan. Lebih-lebih lagi, memberi hukuman ke atas kejadian
yang belum berlaku memang saya tidak dapat menerima.
6. Akhir sekali, saya boleh menerima permohonan pengecualian dari program jalian kasih
tersebut tidak diluluskan tetapi tidak dapat menerima dakwaan salah laku dari Jabatan
HEP. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan menghargai segala kerjasama yang
telah diberikan. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………
( KHOR YU JIE )
Guru Pelatih IPGKTHO

You might also like