You are on page 1of 2

LAM WAN LOONG,

Penolong Kanan Kokurikulum,


SJK(C)YONG PENG 1,
Jalan Sekolah Cina,
Taman Selatan,
83700 Yong Peng.

Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,
KM 7.75 Jalan Kluang,
Karung Berkunci 524,
83000 Batu Pahat. 1 Oktober 2017

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN GURU PELATIH MENYERTAI HARI SUKAN SJK(C)


YONG PENG 1 (3 OKTOBER 2017)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SJK(C) Yong Peng 1 akan mengadakan Hari


Sukan pada 3 Oktober 2017. Sempena hari sukan, kami memerlukan tenaga
kerja yang lebih bagi menjayakan Hari Sukan tersebut. Sehubungan dengan
itu, kami dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik pihak tuan agar
dapat mengizinkan seorang guru pelatih institut tuan yang telah menjalankan
praktikum fasa 1 di SJK(C) Yong Peng 1 untuk membantu sempena hari
sukan sekolah. Butiran guru pelatih adalah seperti berikut:

Nama guru pelatih : Khor Yu Jie


No. K/P : 960611-07-5801
Kumpulan : Bahasa Cina (SK)
Ambilan : Ambilan Jun 2015
3. Kami berjanji akan memastikan keselamatan guru pelatih sempena hari
sukan. Jika terdapat sebarang masalah, pihak tuan bolehlah berhubung
dengan saya, Encik Lam Wan Loong di talian 012-7528122.

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak


tuan. Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...............................................

You might also like