You are on page 1of 2

Bahan Bantu Mengajar

Subjek: Pemulihan ( BM )
Kemahiran: perkataan KV+KVK

Gambar di atas menunjukkan set penutup botol dan kepala botol yang digunakan
untuk aktiviti memadankan suku kata KV dengan suku kata KVK berdasarkan
gambar diberi. Berdasarkan gambar yang diberi, murid diminta untuk mencari
penutup botol yang terdiri daripada huruf-huruf tersebut dan memadankannya
dengan kepala botol.

Gambar di atas menunjukkan aktiviti punch a cup. Murid diminta untuk memukul
cawan secara rawak dan membaca suku kata KV yang ada. Selepas itu, murid
diminta untuk memadankan suku kata KV dengan suku kata KV.
Bahan Bantu Mengajar
Subjek: Pemulihan ( MT )
Kemahiran: Kemahiran tolak dalam lingkungan 50 tanpa
pengumpulan semula.

Gambar di atas menunjukkan permainan lelabah yang digunakan. Murid diminta


untuk mencantumkan soalan dengan jawapan dengan tali berwarna. Dikatakan
murid diberi tugas untuk membantu lelabah menjalin sawang.

Gambar di atas menunjukkan landasan Racing yang digunakan. Setiap murid


akan diberi satu kereta mainan. Semasa melalui landasan, murid diminta untuk
menjawab soalan Matematik. Jika betul, barulah murid boleh menggerakkan
kereta mainan. Sesiapa yang cepat sampai ke destinasi dikira sebagai
pemenang.

You might also like