You are on page 1of 2

PELAYANAN DENGAN BELAS KASIHAN YANG NYATA

Papar- “ Saya merasakan hati saya sangat berbelas kasih semasa melayani” begitulah perkongsian salah
seorang belia yang mengikuti program lawatan yang dijalankan oleh belia St. Dominic Tambulion ke Holy
Family Residence for Senior Citizens Purak, Papar dan Holy Door Of Mercy di Limbahau, Papar. Seramai 40
orang belia telah menyahut panggilan untuk menyertai lawatan ini dengan penuh sukacita dan kesyukuran
kepada Tuhan dan lawatan ini dilakukan untuk menghidupi belas kasih yang merupakan salah satu inti utama
sempena Tahun Kerahiman ini. Beberapa hari sebelum program lawatan tersebut dijalankan, mereka telah
membuat persiapan rohani secara peribadi dan bersama-sama agar setiap belia yang mengikuti program
tersebut semakin mendalami dan mampu menghidupi kasih terhadap sesama dan semangat melayani dengan
penuh cinta kasih terus membara dalam setiap belia.

Program lawatan ini dijalankan pada 8 Julai 2016 dan dimulakan dengan doa sebelum meneruskan
lawatan ke Holy Family Residence for Senior Citizens yang bertempat di Purak, Papar. Sepanjang lawatan di
Holy Family, belia telah dibimbing oleh Sr. Clara Orou yang telah melayani di tempat berkenaan selama 13
tahun. Program lawatan ke Holy Family ini telah memberi peluang kepada para belia untuk melayani warga
emas yang tinggal disana. Tidak dinafikan bahawa perasaan takut dan gementar untuk melayani warga emas
turut menyelubungi hati mereka, namun melalui persiapan rohani yang dilakukan sebelum lawatan ini
dijalankan telah membantu mereka untuk menghidupi Kasih Kristus dengan perbuatan yang nyata. Lawatan ke
Holy Family ini telah membantu dan mendorong para belia agar mampu untuk menghidupi sikap berbelas
kasih seperti tema Tahun Kerahiman iaitu Berbelas kasih seperti Bapa dengan melayani warga emas dengan
penuh cinta kasih.

Seterusnya , program lawatan ini diteruskan ke Holy Door Of Mercy di Limbahau, Papar. Ziarah belia
St.Dominic Tambulion ke Pintu Suci dilakukan dalam suasana doa yang dibimbing oleh kumpulan Divine Mercy
dengan melakukan doa Litani Para Kudus Allah sepanjang ziarah tersebut. Ziarah ke Pintu Suci ini dilakukan
bukan hanya untuk menyahut seruan Pope Francis untuk melakukan ziarah ke Pintu Suci semata-mata, namun
bagi menyedarkan para belia akan besarnya Belas Kasih Bapa terhadap anak-anakNya. Dengan memasuki
Pintu Suci ini, Belia telah diingatkan akan sabda Yesus bahawa melalui Yesuslah kita dapat memperoleh
KerahimanNya yang terbuka setiap saat seperti Pintu Suci tersebut. Memasuki pintu suci ini sama seperti
memasuki Kerahiman Yesus sendiri dan sepanjang ziarah dilakukan ramai belia yang dapat merasakan
sentuhan kasih daripada Bapa.

Disebelah petangnya pula, selepas sahaja ziarah ke Holy Door Of Mercy Limbahau, Papar, belia
St.Dominic Tambulion bertolak ke Pantai Tanjung Aru untuk makan bersama dan rehat serta diberikan
beberapa sesi untuk pertumbuhan dan peneguhan iman mereka. Sesi pertama adalah sesi Apa yang saya
dapat dan Apa peranan saya dalam keluarga yang disampaikan oleh saudara Menix Maigol. Dalam sesi ini
belia dibawa untuk mengimbas kembali pengalaman yang telah mereka perolehi sepanjang program lawatan
tersebut dan disedarkan bahawa semua belia diibaratkan sebagai tubuh yang mempunyai banyak anggota
yang mana setiap anggota mempunyai peranan mereka masing – masing dan saling memerlukan antara satu
sama lain dan meletakkan Yesus sebagai yang terutama dalam pelayanan serta tidak menjadikan aspek luaran
sebagai penghalang dalam pelayanan kerana Tuhan tidak melihat pada luaran.
Sesi kedua diteruskan oleh saudari Sylviana Herman Mantihal dengan sesi Jika hari ini kamu
mendengar suara Tuhan, janganlah bertegar hatimu. Sesi ini mengajak para belia untuk menghidupi
pelayanan yang penuh cinta kasih bukan hanya semasa menjalankan program atau aktiviti tetapi juga ketika
bersama keluarga. Dalam sesi ini juga beliau mengajak belia untuk mengobarkan semangat pelayanan mereka.
Seterusnya aktiviti dilanjutkan dengan permainan tarik tali, aktiviti ini dilakukan bukan hanya untuk
mengeratkan hubungan antara belia namun aktiviti ini juga adalah untuk menyedarkan belia akan susahnya
untuk menarik belia untuk dekat kepada Tuhan jika tiada kesatuan antara belia, namun jika setiap belia
berkerjasama dan bersatu dengan penuh cinta kasih maka usaha untuk menarik belia untuk dekat kepada
Tuhan akan menjadi lebih mudah.

Sejurus selepas semua aktiviti selesai, koordinator belia St. Dominic Tambulion iaitu saudara
Alexander Jiran telah memberi rumusan tentang keseluruhan program lawatan tersebut. Beliau mengharapkan
agar setiap belia yang mengikuti program tersebut untuk terus melayani dengan perbuatan yang nyata dan
semangat untuk melayani akan terus berkobar didalam setiap peribadi mereka serta membawa belia untuk
menjadi egen perubahan. Lawatan ini telah berjalan dengan jayanya seturut dengan Kehendak Allah dan telah
mengajar belia untuk menghidupi belas kasih dalam keluarga dan juga dalam pergaulan seharian. Sukacita
jelas terpancar pada wajah para belia yang menyertai lawatan ini dan mereka juga memberikan respon yang
positif terhadap program ini. Program ini juga telah menyedarkan para belia akan pentingnya untuk berbelas
kasih dan membawa para belia untuk menghidupi Sabda Tuhan dalam Matius 5:7 iaitu “Berbahagialah orang
yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan”.

You might also like