You are on page 1of 30

Hospital Kuala Lumpur

Penerbitan oleh:

Resipi Pesakit Ginjal Kronik


Hospital Kuala Lumpur

Idea untuk anda

Buku ini telah diterbitkan dengan sokongan daripada:

Gambar hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.


Kata-kata Aluan Kata-kata Aluan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi–tinggi tahniah di
atas kejayaan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan siri kedua buku resepi untuk Pesakit
Penjagaan pemakanan di kalangan pesakit perlu dalam melengkapkan kaedah rawatan komprehensif
Ginjal Kronik (CKD). Siri pertama yang dikeluarkan sebelum ini adalah khusus untuk pesakit CKD yang
untuk mengawal kerosakan ginjal. Kawalan pemakanan merupakan salah satu kaedah penjagaan
menjalani rawatan Dialisis.
penyakit ginjal bagi mengawal komplikasi jangka panjang penyakit.
Mengikut kajian prevalen kebangsaan pada tahun 2012, lebih dari 9% penduduk dewasa di Malaysia
Sehubungan dengan itu, Buku Resipi Penyakit Ginjal Kronik (CKD) ini diterbitkan untuk individu yang
mengalami penyakit Ginjal Kronik dari tahap 1 hingga tahap 5. Beberapa faktor risiko telah dikenal
mengalami CKD dengan tujuan memberi pendedahan serta idea yang bersesuaian dengan keadaan
pasti termasuk penyakit Diabetes, Tekanan Darah Tinggi dan peningkatan umur. Kawalan
kesihatan semasa individu di samping dapat meningkatkan tahap kesihatan melalui penjagaan
faktor-faktor risiko serta beberapa langkah lain termasuk penggunaan ubat-ubatan tertentu, berhenti
pemakanan.
merokok dan kawalan pemakanan telah dibuktikan penting dan berkesan untuk memperlahankan
Buku ini mengandungi 19 resipi yang diubahsuai khususnya dari segi jumlah protein dan sodium yang tahap kerosakan ginjal seterusnya. Usaha sedemikian mampu mengelakkan seseorang pesakit CKD
sesuai dan sejajar dengan keperluan individu yang mengalami penyakit ginjal. Selain itu, disertakan yang berada di tahap kurang serius daripada mengalami kegagalan ginjal secara kekal yang akan
juga nasihat am penjagaan pemakanan dan panduan penggunaan buku ini supaya pengambilan mengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal.
protein dapat dihadkan kepada 40 – 50g sehari. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di kalangan pesakit CKD adalah bertujuan
Penerbitan buku ini adalah tepat pada masanya dan seiring dengan usaha Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan tekanan darah, tahap kolesterol, konsentrasi bahan kumuh di dalam darah dan
Malaysia untuk memastikan setiap individu memperolehi maklumat pemakanan dengan mudah dan kadar kebocoran protein di dalam air kencing. Malangnya, makanan tradisional dan popular di
tepat. Malaysia mempunyai tahap kalori, garam dan protein yang tinggi yang boleh membebankan fungsi
ginjal, seterusnya meningkatkan tahap kerosakan ke peringkat yang lebih teruk.
Saya yakin buku ini dapat memberi panduan kepada individu yang mengalami kerosakan ginjal kronik
dan juga anggota kesihatan yang terlibat dalam penjagaan kesihatan mereka. Buku resepi ini berperanan untuk memberi pilihan dan contoh-contoh yang dapat digunapakai oleh
pesakit-pesakit CKD atau ahli keluarga dalam menyediakan masakan yang sesuai dan selamat untuk
Bagi pihak hospital khasnya dan kementerian amnya, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima pesakit berkenaan. Adalah diharapkan, agar buku ini bukan saja dapat membantu dalam penyediaan
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan buku ini. atau pilihan makanan di kalangan pesakit CKD, tetapi ia juga dapat meningkatkan tahap kesedaran di
kalangan pesakit, ahli keluarga dan orang awam perihal pentingnya menjaga kesihatan dan merawat
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” penyakit dengan berkesan melalui amalan pemakanan yang sihat dan sesuai.

“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat di atas usaha gigih dan murni sehingga
BUDAYA KERJA KITA” terhasilnya buku resepi ini. Semoga ianya dapat menyumbang kepada tahap penjagaan kesihatan
pesakit CKD yang lebih baik di Hospital Kuala Lumpur khususnya dan di seluruh negara amnya.

Datuk Dr Ghazali Bin Ahmad MBBCh Hons, MMed, FRCPI


Ketua dan Pakar Perunding Kanan
Jabatan Nefrologi
Dato’ Dr Zaininah Mohd Zain Hospital Kuala Lumpur. Selaku
Pengarah Ketua Perkhidmatan Nefrologi
Hospital Kuala Lumpur Kementerian Kesihatan Malaysia
Kata-kata Aluan Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Resepi Untuk Pesakit Ginjal Kronik


Terlebih dahulu, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, Hospital Kuala Lumpur
Apabila anda disahkan mengalami penyakit ginjal kronik, penjagaan diet adalah sangat penting untuk
(HKL) yang merestui penghasilan buku ini yang boleh digunakan sebagai panduan kepada individu
dititikberatkan. Saranan diet akan berubah mengikut masa bergantung kepada tahap kerosakan ginjal
yang mengalami masalah fungsi ginjal. anda. Diharapkan dengan berpantang atau menjaga pengambilan makanan, anda akan lebih selesa
Amalan pemakanan yang kurang seimbang boleh mengakibatkan kadar pengurangan fungsi ginjal dan kadar kemerosotan fungsi buah pinggang anda dapat dilambatkan.
yang lebih tinggi. Penjagaan pemakanan merupakan salah satu elemen pelengkap rawatan penyakit Buku resepi ini dihasilkan untuk memberikan idea kepada pesakit ginjal kronik tentang cara
di samping pengambilan ubat- ubatan, senaman dan berhenti merokok. Melaluinya, pengambilan penyediaan makanan yang bersesuaian. Resepi-resepi yang terpilih, telah diubahsuaikan dari segi
protein, lemak, karbohidrat, kalori dan sodium disesuaikan supaya seiring dengan keperluan individu. kandungan garam dan protein. Resepi yang terdapat di dalam buku ini boleh dijadikan sebagai
Buku resepi ini disediakan sebagai panduan dengan tujuan: panduan. Apabila anda memahami cara ubahsuai diet ini, maka mudahlah untuk anda mencuba
masakan lain menggunakan konsep yang sama.
i. Memastikan kecukupan pengambilan kalori.
ii. Menghadkan pengambilan protein bagi membantu melambatkan kadar kerosakan fungsi ginjal. Pengubahsuaian yang dilakukan ke atas setiap resepi adalah dari segi jumlah garam dan protein.
iii. Memberi cadangan pengubahsuaian menu masakan bagi mengurangkan pengambilan gula dan Pesakit ginjal kronik disarankan mengecilkan saiz lauk-pauk yang dimakan. Ini adalah disebabkan lauk
garam. mengandungi zat protein, kawalan jumlah protein ini akan membantu mengurangkan beban ke atas
iv. Memberi maklumat kandungan nutrien terpilih selepas modifikasi menu dilakukan. ginjal. Pesakit ginjal kronik sememangnya digalakkan mengambil makanan yang kurang masin.
Susulan itu, penghasilan buku ini penting untuk memastikan satu panduan pemakanan disediakan Bagi pesakit yang berpeluang dan mempunyai kemudahan untuk memasak makanan sendiri di
bagi membolehkan individu ini membuat pemilihan makanan yang lebih baik. Adalah diharapkan rumah, ini adalah cara terbaik kerana anda dapat mengawal jenis dan cara masakan. Adalah
dengan adanya buku resepi ini, individu ini mendapat manfaat sebaiknya dan menikmati makanan digalakkan anda mengambil makanan yang segar berbanding dengan makanan terproses atau
yang sesuai dengan tahap penyakit. makanan segera.
Penghasilan buku ini melibatkan kerjasama erat anggota Jabatan Dietetik & Sajian, HKL, Jabatan Pihak kami cuba mempelbagaikan pilihan menu di dalam buku ini. Resepi ini telah pun diujirasa oleh
Nefrologi HKL dan pesakit yang menjalani rawatan susulan di hospital ini. Dengan adanya kerjasama sekumpulan doktor dan pesakit di klinik. Semoga buku ini dapat membantu pesakit yang masih keliru
semua pihak, penghasilan buku ini telah menjadi realiti hasil usaha gigih semua pihak. tentang pilihan makanan yang sesuai dengan penyakit ginjal.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat Kami juga menggunakan program khas untuk menganalisakan setiap resepi. Anda akan dapat
secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan buku resepi ini. mengetahui jumlah kalori, protein, karbohidrat, lemak dan sodium bagi setiap hidangan.

Diharapkan buku ini dapat memberikan manfaat kepada anda dan keluarga yang membantu anda
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” menyediakan makanan seharian.
“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH Selamat mencuba!
BUDAYA KERJA KITA”
Datin Nor Sharita Mohd Saad
Ridzoni Sulaiman Pegawai Dietetik
Ketua Profesion Pegawai Dietetik Zon Urologi & Nefrologi
Kementerian Kesihatan Malaysia Hospital Kuala Lumpur
Senarai Ahli Senarai Ahli
Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Kerja

Pakar Perunding Nefrologi terlibat dalam menjayakan buku ini: Pembantu Penyediaan Makanan yang terlibat:

Dr Sunita Bavanandan

Pegawai Dietetik terlibat dalam menjayakan buku ini:

Duduk:
Pn Norfadilah bt Hassan

Berdiri dari kiri:


Pn Fatimah bt Termizi, Pn Siti Fatimah bt Mat Zain, Pn Syafila bt Suhaini

Tiada dalam gambar:


Pn Rudiya bt Suidi

Duduk dari kiri:


Cik Khalizah Jamli, Datin Nor Sharita Mohd Saad & Pn Kamariah Nawawi.
Berdiri dari kiri:
Cik Noor Adzha Yusoof, En Mohd Firdaus Nazri Shaharuddin,
En Md Hairil Muzammil Tokijan & Cik Low Phei Keow.
Isi Kandungan 1 Isi Kandungan 2

Penerangan Ringkas Sayuh & Buah


Panduan Penggunaan Buku Ini 9 -10 Siew Pak Choy Goreng 39 - 40
Kerabu Betik Muda 41 - 42

Menu Utama Salad Campuran 43 - 44

Nasi Goreng Kerabu 13 - 14 Paceri Nenas 45 - 46

Kueh Teow Kantonis 15 - 16


Pasta Goreng 17 - 18
Kuih & Pemanis Mulut
Pau Kari Vegetarian 49 - 50
Lasagna Ayam 19 - 20
Skon Tanpa Telur 51 - 52
Soo Hoon Goreng Ala Thai 21 - 22
Sago Gula Melaka 53 - 54
Idli & Tomato Chutney 23 - 24
Pulut Mangga 55 - 56

Lauk Pauk
Ayam Goreng Oat 27 - 28
Ayam Kung Pao 29 - 30
Lada Benggala Sumbat Ikan 31 - 32
Bebola Ikan Masak Masam Manis 33 - 34
Sambal Tempe & Kentang 35 - 36

7 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 8
Panduan Penggunaan Buku Ini Panduan Penggunaan Buku Ini

Buku ini dihasilkan berdasarkan pengiraan keperluan kalori dan protein serta kawalan pengambilan C. Minum Petang
sodium secara umum bagi individu berpenyakit kegagalan ginjal kronik. i. Pau Kari Vegetarian
ii. Skon Tanpa Telur
Resipi-resipi ini dikategorikan berdasarkan waktu hidangan makanan, iaitu sarapan, makan
tengahari dan makan malam serta minum petang. Jumlah kalori dan protein untuk makan iii. Sago Gula Melaka
tengahari dan makan malam adalah lebih banyak berbanding sarapan dan minum petang. iv. Pulut Mangga

Kombinasi set makanan seharian adalah fleksibel. Pilihlah salah satu makanan daripada kategori
sarapan, satu set untuk makan tengahari dan satu set untuk makan malam serta satu daripada
Contoh kombinasi menu adalah seperti berikut:
minum petang.

Masa Makan/ Set A Set B


Kategori makanan mengikut masa makan: Contoh Menu Sehari

A. Sarapan Sarapan Nasi Goreng Kerabu Kueh Teow Kantonis


i. Nasi Goreng Kerabu
ii. Kueh Teow Kantonis Makan Tengahari Lasagna Nasi Putih
Epal Sambal Tempe & Kentang
iii. Soo Hoon Goreng Ala Thai
Pajeri Nenas
iv. Idli & Tomato Chutney
Betik

B. Makan Tengahari & Makan Malam Minum Petang Skon Tanpa Telur Sago Gula Melaka
a) Set makanan barat
i. Lasagna Makan Malam Nasi Putih Nasi Putih
ii. Pasta Goreng Ayam Kung Pao Bebola Ikan Masak Masam Manis
Ulam Timun Siew Pak Choy Goreng
b) Set nasi campur Salad Buah Tembikai Susu
i. Kumpulan lauk (protein) ii. Kumpulan sayur & buah
1. Sambal Tempe & Kentang 1. Kerabu Betik Muda
2. Ayam Goreng Oat 2. Siew Pak Choy Goreng
3. Ayam Kung Pao 3. Salad Buah ± Kombinasi ini akan menyumbangkan kalori makanan diantara 1500 hingga 1800 dan protein
4. Lada Benggala Sumbat Ikan 4. Pajeri Nenas kira-kira 40 - 50 g sehari berdasarkan pemilihan makanan yang dibuat.
5. Bebola Ikan Masak Masam Manis

≠ Untuk makan tengahari dan malam, ianya dimakan bersama 1 ½ cawan nasi putih.
# Buah-buahan juga perlu diambil untuk melengkapkan keperluan nutrien harian.

9 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 10
Menu Utama

11 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 12
Nasi Goreng Kerabu
Menu Utama

(4 hidangan)

Bahan-bahan:
6 sudu makan minyak masak
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
½ kuntum bunga kantan Dihiris nipis
1 batang serai
2 helai limau purut
1 cawan kacang buncis
6 cawan nasi – dimasak dengan pewarna biru
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada putih
½ biji timun – dipotong halus
1 cawan kobis – dihiris nipis

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang & cili sehingga naik bau.
3. Masukkan bunga kantan, serai & daun limau purut diikuti kacang buncis.
Kacau sebentar.
4. Masukkan nasi dan gaul rata.
5. Perisakan dengan garam dan lada putih.
6. Hidangkan dengan timun & kobis.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

343 47 5 15 217

13 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 14
Menu Utama

Kueh Teow Kantonis


(4 hidangan)

Bahan-bahan A:
3 sudu makan minyak masak
4 cawan kueh teow
3 ulas bawang putih - dicincang
1 ½ ketul ayam bahagian dada - dipotong dadu
2 pokok sawi hijau – dipotong kecil
¾ cawan air
Bahan-bahan B:
3 sudu makan kicap pekat
Bahan-bahan C:
1 biji telur
½ sudu makan tepung jagung
Dibancuh bersama
2 sudu makan air

Cara Penyediaan:
1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan gorengkan kueh teow.
Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, panaskan 1 sudu makan minyak,
tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan masak seketika.
4. Tambahkan sawi.
5. Masukkan air dan perisakan dengan kicap pekat. Biar mendidih seketika.
6. Masukkan telur dan kacau rata.
7. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah
menjadi pekat. Kacau rata.
8. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

285 37 11 10 258

15 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 16
Menu Utama

Pasta Goreng
(4 hidangan)

Bahan-bahan A: Pasta
1 ½ cawan pasta – direbus selama 10 minit
1 ketul ayam – dicincang
½ cawan air

Bahan-bahan B: BahanTumis:
2 sudu teh minyak ½ sudu teh garam
5 biji bawang putih 1 sudu makan gula
Dicincang
5 biji bawang merah 2 biji bawang besar
Dipotong
4 sudu teh cili kisar 1 biji lada benggala hijau
kiub
1 tin (250 g) tomato puri 2 biji tomato
2 sudu makan daun pasli

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau selama 3 minit diikuti tomato puri. Kacau rata.
3. Masukan ketulan ayam, biar hingga ayam agak masak. Tambahkan air.
4. Perisakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan bawang besar, lada benggala, dan tomato, kacau sehingga rata.
6. Masukkan pasta, gaul sebati.
7. Taburkan daun pasli.
8. Angkat dan hidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

338 57 14 6 398

17 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 18
Lasagna Ayam
Menu Utama

(4 hidangan)

Bahan-bahan A: Sos Tomato Bahan-bahan B: Bahan Inti


2 biji tomato Dipotong 2 sudu teh minyak
½ biji bawang besar kiub 1 biji bawang besar – dipotong kiub
2 ulas bawang putih 1 ulas bawang putih – dimayang
¼ sudu teh minyak 1 ketul dada ayam – dikisar
¼ sudu teh garam ¼ sudu teh garam
¼ sudu teh gula ¼ sudu teh serbuk kasar lada hitam

Bahan C:
150g lasagna kering – direndam selama 20 minit

Cara Penyediaan Sos Tomato:


1. Panaskan ketuhar pada suhu180° Celsius.
2. Bakar tomato dan bawang selama 20 minit.
3. Keluarkan & kisar dengan sedikit air hingga lumat.
4. Menggunakan kuali, panaskan minyak.
5. Masukkan bahan yang dikisar, garam dan gula.
6. Biarkan mendidih seketika. Ketepikan.

Cara Penyediaan Inti:


1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.
2. Masukkan ayam & Sos Tomato (Bahan A). Kacau rata hingga masak.
3. Perisakan dengan garam & serbuk lada hitam. Kacau sebati. Ketepikan

Cara Penyediaan Lasagna:


1. Griskan dulang pembakar. Susun kepingan lasagna di dalam bekas.
Masukkan 1/3 bahagian inti.
2. Ulang proses 1 hingga habis dengan menyusun kepingan lasagna di bahagian paling atas.
3. Tutup dulang dengan kepingan aluminum. Bakar selama 15 – 20 minit.
4. Keluarkan untuk dihidang.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

305 39 12 11 287

19 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 20
Soo Hoon Goreng Ala Thai
Menu Utama

(4 hidangan)

Bahan-bahan:
2 cawan soo hoon kering – direndam selama 20 minit
2 ketul ayam, bahagian dada – dipotong 4
1 batang lobak merah – dipotong memanjang
2 pokok sawi pak choy – dipotong kecil
1 sudu makan sos cili
½ sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 batang serai – diketuk
2 helai daun limau purut – dihiris nipis
½ cawan air
Bahan Tumis: Bahan Hiasan:
2 sudu makan minyak Sedikit daun bawang Dihiris
4 ulas bawang putih Sedikit daun ketumbar kasar
Dihiris
1 biji bawang besar Sedikit daun sup
nipis
¼ inci halia 3 biji cili merah – dihiris nipis
½ sudu makan cili kisar ½ biji timun – dibuang kulit & dihiris
4 biji limau kasturi
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata.
4. Masukkan serai dan daun limau purut.
5. Masukkan isi ayam. Biar seketika.
6. Masukkan lobak merah dan sawi. Masak seketika.
7. Masukkan soo hoon dan kacau rata.
8. Tambahkan 1⁄2 cawan air. Masak hingga soo hoon lembut.
9. Angkat dan bahagikan kepada 4 hidangan.
10. Hiaskan dengan daun bawang, daun ketumbar, daun sup, cili potong dan timun.
11. Perahkan 1 biji limau kasturi.
12. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

280 46 6 8 198

21 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 22
Idli
Menu Utama

(8 hidangan)

Bahan-bahan:
1 ½ cawan beras Direndam berasingan ¼ sudu teh yis
½ cawan kacang ulunthu selama 5 jam ¼ sudu teh garam
Sedikit air
Cara Penyediaan:
1. Kisar kasar beras dengan hanya sedikit air. Ketepikan.
2. Kisar kasar kacang ulunthu dengan hanya sedikit air. Ketepikan.
3. Campurkan semua bahan idli, kacau rata dan perap bancuhan idli semalaman di
tempat yang suam dalam bekas bersaiz 2 kali ganda jumlah bancuhan.
4. Ceduk satu senduk bancuhan ke dalam periuk idli.
5. Kukus selama 20 minit.
6. Keluarkan idli dengan pisau dan hidangkan bersama tomato chutney. Griskan dengan
¼ sudu teh minyak sapi jika perlu untuk mengelakkan idli melekat pada periuk.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Tomato Chutney
153 33 5 <1 81

(8 hidangan)

Bahan–bahan A: Bahan Tumis Cara Penyediaan:


2 sudu teh minyak 1. Panaskan minyak.
1 biji bawang besar - dicincang 2. Tumis Bahan A hingga naik bau.
½ sudu teh biji sawi 3. Masukkan tomato.
3 tangkai daun kari Dicincang 4. Reneh dengan api kecil selama
2 tangkai biji cili kering halus 20 minit hingga pekat.
5. Perisakan dengan garam.
Bahan-bahan: 6. Makan bersama idli.
6 biji tomato – dikisar
¼ sudu teh garam

Kandungan Nutrien (1 hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

79 10 3 3 166

23 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 24
Lauk Pauk

25 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 26
Ayam Goreng Oat
Lauk Pauk

(4 hidangan)

Bahan-bahan:
2 ketul ayam – dipotong 8
1 cawan minyak – untuk menggoreng

Bahan A: Bahan Perap


½ sudu makan serbuk kari
½ sudu teh serbuk kunyit
Digaul sebati
¼ sudu teh lada sulah
¼ sudu teh garam

Bahan B: Bahan Salutan


1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan oat

Cara Penyediaan:
1. Perapkan ayam dengan bahan A selama 30 minit.
2. Tuangkan telur ke dalam ayam dan gaul rata. Taburkan tepung jagung
dan gaul rata.
3. Golekkan ketulan ayam dengan oat.
4. Goreng sehingga garing.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 2 potong kecil)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

167 8 10 10 177

27 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 28
Ayam Kung Pao
Lauk Pauk

(4 hidangan)

Bahan A: Bahan Perap Bahan C: Bahan Sos


½ cawan minyak 1 sudu kecil tepung jagung
Diperap bersama
2 ketul ayam – dipotong 8 selama 30 minit 1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh sos tiram 1 sudu teh sos cili bawang putih
2 sudu teh tepung jagung 2 sudu besar gula
3 sudu makan gajus - dipanggang 1 sudu kecil garam
½ biji lada benggala merah Dihiris
½ biji lada benggala hijau memanjang

Bahan A: Bahan Tumis


2 sudu makan minyak Dicampur
2 sudu makan minyak bijan bersama
2 ulas bawang putih
Dicincang
1 inci halia
4 tangkai cili kering

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan campuran minyak.
3. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan cili kering, tumis hingga sedikit garing.
5. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.
6. Masukkan semua bahan sos lain. Masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
7. Masukkan isi ayam dan gaul rata selama 5 minit.
8. Akhir sekali, masukkan gajus dan lada benggala. Kacau rata.
9. Sedia untuk dihidang.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 2 ketulan kecil)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

265 13 9 20 286

29 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 30
Lauk Pauk

Lada Benggala Sumbat Ikan


(4 hidangan)

Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri – diambil isi & diramas
2 biji lada benggala – dipotong dua & dibuang empulur

Bahan A: Bahan Salutan


3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
Dicincang
1 inci halia
1 batang saderi
2 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam

Bahan B: Bahan Kuah


½ cawan santan cair

Cara Penyediaan:
1. Campur isi ikan dengan bahan A. Gaul sebati.
3. Kaupkan isi ikan ke dalam lada benggala.
4. Masukkan lada benggala ke dalam periuk dan tuang santan ke dalamnya.
5. Reneh selama 10 minit.
6. Angkat dan hidangkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

130 5 11 7 221

31 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 32
Bebola Ikan Masak
Lauk Pauk

Masam Manis
(4 hidangan)

Bahan-bahan Bebola Ikan: Bahan-bahan Sos:


2 ketul isi ikan tenggiri 1 sudu makan minyak masak
6 sudu makan air sejuk 1 senduk cili kering kisar
1 sudu kecil garam 1 biji bawang Dikisar
½ sudu kecil serbuk lada sulah 3 ulas bawang putih bersama
3 sudu besar tepung jagung ½ cawan air
1 sudu kecil tepung ubi 2 sudu makan gula perang
¼ sudu kecil soda bikarbonat ½ sudu teh garam
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 biji tomato – dipotong kiub

Cara Penyediaan Bebola Ikan:


1. Kisar isi ikan bersama air, garam dan lada sulah hingga lumat.
2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi dan soda bikarbonat.
Kisar hingga sebati dan kenyal.
3. Basahkan tangan. Bulat-bulatkan sebatian tadi dalam saiz duit siling 20 sen.
4. Didihkan air, masukkan bebola ikan. Angkat apabila bebola ikan timbul.

Cara Penyediaan Sos:


1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
2. Apabila sudah garing, masukkan air. Biarkan mendidih.
3. Tambahkan gula perang, garam dan sos. Kacau rata.
4. Masukkan bebola ikan dan tomato. Biarkan ia mereneh seketika.
5. Tutup api dan sedia dihidang.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 4 ketul bebola ikan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

140 17 7 4.5 384

33 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 34
Sambal Tempe &Kentang
Lauk Pauk

(4 hidangan)

Bahan-bahan A:
1 cawan minyak masak – untuk menggoreng
3 biji kentang – dipotong memanjang
1 ½ peket tempe (3 inci panjang x 4 inci lebar) – dipotong kecil

Bahan-bahan B: Bahan Tumis


2 sudu makan minyak masak – untuk menumis
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar Dikisar halus
2 ulas bawang putih

Bahan-bahan C: Bahan Perasa


1 biji limau nipis – diperah jusnya
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.
2. Goreng kentang dan tempe secara berasingan hingga garing. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam. Masak seketika.
6. Apabila naik minyak, masukkan kentang dan tempe. Gaul rata.
7. Angkat dan hidangkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

260 19 7 17 502

35 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 36
Sayur &Buah

37 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 38
Siew Pak Choy Goreng
Sayur & Buah

(4 hidangan)

Bahan-bahan:
4 batang Siew Pak Choy
1 peket kecil cendawan tiram segar

Bahan A: Bahan Tumis


1 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih
1 sudu makan sos tiram
4 sudu makan air

Bahan B: Bahan Pemekat


1 sudu makan tepung jagung
Dibancuh bersama
3 sudu makan air

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan air.
3. Masukkan cendawan tiram. Masukkan sawi bila cendawan tiram
agak lembut.
4. Masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit, kacau sentiasa
sehingga agak pekat dan sayur sedikit layu.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

93 8 3 5 310

39 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 40
Kerabu Betik Muda
Sayur & Buah

(4 hidangan)

Bahan-bahan A:
½ biji betik muda Dibuang kulit & dihiris memanjang
1 biji mangga muda
2 batang kacang panjang - dihiris nipis
1 biji tomato - dipotong kiub

Bahan-bahan B:
3 biji cili padi
1 biji bawang besar
Dihiris nipis
1 tangkai daun ketumbar
1 kuntum bunga kantan

Bahan-bahan C: Bahan Sos


½ sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
3 biji limau kasturi

Cara Penyediaan:
1. Campurkan Bahan A dengan Bahan B. Gaul rata.
2. Tambahkan Bahan Sos kepada Bahan-bahan A & B. Sebatikan.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

72 15 2 0 182

41 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 42
Sayur & Buah

Salad Campuran
(4 hidangan)

Bahan-bahan:
2 biji epal merah Dibuang sebahagian kulit, dipotong kiub dan
2 biji epal hijau direndam seketika dalam air perahan limau nipis
4 sudu makan kismis hitam
½ batang lobak merah - disagat
½ cawan sago merah/ hijau/ kuning - dimasak
1 tub kecil yogurt asli rendah lemak

Cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan.
2. Gaul rata.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

139 24 1 4 161

43 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 44
Sayur & Buah

Paceri Nenas
(4 hidangan)

Bahan-bahan:
½ sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh pes asam jawa
½ biji nenas (madu, Morris atau ½ cawan santan cair
Sarawak) – Dibelah 4. Dibuang 2 sudu makan kerisik
empulur & hiris setebal ½ inci 2 biji cili merah Dibelah dua tanpa putus.
1 sudu makan rempah kari ikan 2 biji cili hijau Direndamkan ke dalam air
2 sudu teh minyak ¼ sudu teh garam
½ sudu makan cili kisar 1 sudu teh gula
1 sudu makan gula perang
Bahan-bahan A: Bahan Kisar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Dikisar halus dengan
½ inci halia
½ cawan air
1 sudu teh udang kering – direndam selama 15 minit
dan ditoskan
½ inci kunyit hidup
2 biji buah keras – dihiris

Bahan-bahan B: Bahan Tumis


1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara Penyediaan:
1. Didihkan air. Masukkan serbuk kunyit & rebus nenas selama 5 minit. Toskan.
2. Campurkan rempah kari dengan bahan kisar hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.
3. Panaskan minyak. Tumiskan cili kisar dan bahan tumis hingga naik bau
4. Gunakan api kecil dan kacau selalu. Tambahkan pes asam jawa, kacau rata.
5. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
6. Masukkan nenas, cili merah dan hijau.
7. Kacau rata hingga kuah menjadi pekat.
8. Perisakan dengan garam dan gula.
9. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

167 15 2 11 185

45 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 46
Kuih &
Pemanis Mulut

47 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 48
Kuih &

Pau Kari Vegetarian


Pemanis Mulut

(12 hidangan)

Bahan-bahan Inti Bahan-bahan Pau


Bahan-bahan A: Bahan tumis Bahan-bahan C:
3 sudu makan minyak 1 sudu teh yis Dibancuh dalam 4 sudu
½ biji bawang besar ½ sudu teh gula makan air suam
Dicincang
2 ulas bawang putih 1 ½ cawan tepung pau
1 sudu teh serbuk kari ½ cawan air suam

Bahan-bahan B: Bahan-bahan D:
1 cawan air ½ cawan tepung pau
1 batang lobak merah 4 sudu makan gula
2 biji tomato Dipotong kiub 1 sudu teh lemak sayur Digaul bersama
½ biji lada benggala merah ½ sudu teh double action
1 batang timun jepun – dipotong panjang baking powder
½ sudu teh garam

Cara Penyediaan Pau


Cara Penyediaan Inti 1. Masukkan bancuhan yis ke dalam tepung
1. Panaskan minyak. pau. Sebatikan.
2. Tumis bawang dan serbuk kari hingga 2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit
naik bau. dan uli tepung hingga kental.
3. Masukkan air diikuti lobak merah. 3. Rehatkan doh selama 40 minit.
4. Masak hingga lobak merah lembut. 4. Masukkan campuran bahan D ke dalam
5. Masukkan tomato, lada benggala dan doh sedikit demi sedikit.
timun jepun. Masak hingga empuk. 5. Uli sehingga sebati.
6. Perisakan dengan garam. Ketepikan. 6. Bahagikan adunan kepada 12 biji dan
dibentukkan menjadi bulat.
7. Gelekkan dengan penggelek.
8. Masukkan 1/12 bahagian inti dan
cantumkan kembali doh.
9. Kukus selama 15 minit dengan api besar.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

145 24 4 4 121

49 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 50
Kuih &

Skon Tanpa Telur


Pemanis Mulut

(8 hidangan)

Bahan-bahan :
½ cawan marjerin rendah garam
6 sudu makan gula
½ cawan buah-buahan kering
½ sudu teh rempah campuran
¼ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh soda bikarbonat
1 ½ cawan tepung naik sendiri
6 sudu makan air panas
3 sudu makan kepingan badam
1 sudu teh marjerin Griskan dulang pembakar dengan
1 sudu teh tepung gandum marjerin dan taburkan tepung

Cara Penyediaan:
1. Menggunakan kuali leper dan api kecil, cairkan marjerin bersama gula,
buah-buahan kering, rempah campuran dan serbuk buah pala.
2. Kacau perlahan selama 3 minit.
3. Matikan api dan biar campuran menjadi suam.
4. Tambahkan soda bikarbonat. Kacau rata dan ketepikan.
5. Menggunakan mangkuk, masukkan tepung.
6. Buang lubang di tengah. Memasukkan air suam.
7. Masukkan campuran marjerin. Kacau rata.
8. Masukkan ke dalam dulang pembakar.
9. Tabur kepingan badam.
10. Panaskan oven ke suhu 365° F (185°C).
11. Bakar selama 1 jam 15 minit
12. Biarkan kek menyejuk selama 5 minit di dalam oven sebelum dikeluarkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

270 31 4 14 63

51 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 52
Kuih &

Sagu Gula Melaka


Pemanis Mulut

(4 hidangan)

Sagu:
4 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
1 cawan biji sagu – direndam dalam air selama 30 minit & ditoskan.

Bahan Kuah:
½ cawan susu cair

Bahan Manisan:
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
1 cawan air Dicampur bersama
1 helai daun pandan - disimpul

Cara Penyediaan:
1. Didihkan air bersama daun pandan. Tambahkan pewarna jika perlu.
2. Masukkan biji sagu, kacau dan masak hingga sagu bertukar jernih. Tutup api.
3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air mengalir untuk membuang kanji.
4. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Cara Penyediaan Manisan:


1. Masakkan gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut dan pekat.
Tapiskan manisan, jika perlu.

Cara Menghidang:
1. Keluarkan sagu dari acuan.
2. Curahkan manisan dan 3 sudu makan susu cair.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

130 26 1.8 2 34

53 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 54
Kuih &

Pulut Mangga
Pemanis Mulut

(4 hidangan)

Bahan-bahan :
1 cawan beras pulut
5 helai daun pandan
1 ½ cawan santan cair
5 sudu makan gula
½ sudu teh garam
5 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras Dicampur bersama
1 biji mangga

Cara Penyediaan:
1. Masukkan beras pulut dan daun pandan ke dalam loyang.
Tambah air separas pulut.
2. Kukus hingga masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala. Ketepikan.
3. Dalam periuk berasingan panaskan santan dengan api sederhana.
4. Kacau hingga hampir naik minyak.
5. Masukkan 4 sudu makan gula. Kacau hingga larut.
6. Asingkan ¾ cawan santan dan tambahkan baki gula dan ¼ sudu teh garam.
Kacau rata.
7. Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut ketika pulut masih panas.
Gaul rata.
9. Panaskan baki santan dengan api sederhana.
10. Tambahkan tepung untuk memekatkan santan.
11. Perisakan dengan ¼ sudu teh garam. Gaul rata.

Cara Menghidang:
1. Makan pulut bersama kuah santan dan hirisan mangga.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)


Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

400 50 5 19 250

55 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 56
Early intervention with Keto Acid Therapy
for Chronic Kidney Disease (CKD)

Find out more at www.diet-in-chronic-kidney-disease.com


FKMY/KETO/0814 002

You might also like