You are on page 1of 10

PENCEGAHAN PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN

DI MALAYSIA: PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN.

Reseman Ajiman, Rohani Abdul Rahim


Azizah Landa, Rovina Intung & Herlina Makanah
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia
tn_reseman@yahoo.com.my

ABSTRAK

Isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tidak sah di Malaysia merupakan satu
jenayah merentas sempadan yang semakin menimbulkan situasi yang membimbangkan. Istilah
pemerdagangan orang dan penyeludupan migran juga sering menjadi kekeliruan kepada
masyarakat umumnya. Perbezaan istilah dan pemahaman isu ini perlu di kenalpasti dan penting
dalam memberi layanan dan perlindungan undang-undang yang sewajarnya kepada mangsa
pemerdagangan atau penyeludupan orang di Malaysia. Selain itu, hak buruh paksa sebagai
pekerja sering terlepas pandang oleh pihak berkuasa kerana status mereka sebagai Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI). Menyukarkan lagi keadaan apabila perundangan negara khasnya
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670]
juga tidak menyatakan dengan jelas tafsiran dalam akta tersebut. Berdasarkan kes-kes yang
diputuskan mahkamah Malaysia, didapati mahkamah mentafsir sesuatu keadaan sebagai
‘pemerdagangan orang’ berdasarkan tujuan dan bentuk eksploitasi yang digariskan dalam akta
tersebut.
Kertas kerja ini membincangkan pendekatan yang digunakan oleh Undang-undang
Antarabangsa dan Undang-undang Malaysia dalam aspek penguatkuasaan, di samping itu
dapat memperluaskan pentafsiran maksud pemerdagangan orang dan penyeludupan migran
seiring dengan era globalisasi. Pengetahuan dan kesedaran yang kurang mengenai
pengeksploitasian yang berlaku ke atas diri mangsa sendiri menyukarkan lagi proses
pendakwaan dilakukan ke atas pesalah pemerdagangan orang. Oleh itu, kajian yang dilakukan
ini bukan sahaja mengkaji isu-isu yang timbul akibat kekaburan pentafsiran pemerdagangan
orang dalam perundangan Malaysia malah cuba menarik perhatian pihak berkuasa dan
masyarakat agar lebih peka terhadap isu ini. Usaha yang menggunakan kaedah penguatkuasaan
yang berkesan boleh membantu pihak berkuasa menguatkuasakan ATIPSOM,2007 dengan
lebih berkesan.

Kata Kunci:
Pencegahan, Pemerdagangan orang dan Penyeludupan Migran, Perundangan
PREVENTION ON TRAFFICKING IN PERSONS AND SMUGGLING OF
MIGRANT IN MALAYSIA: ENFORCEMENT AND LAWS

Reseman Ajiman, Rohani Abdul Rahim


Azizah Landa, Rovina Intung & Herlina Makanah
Faculty Of Law
National University Of Malaysia
tn_reseman@yahoo.com.my

ABSTRACT

The issue on trafficking in persons and smuggling of illegal migrants in Malaysia is an


increasingly cross-border crime that pose a worrying situation. Trafficking in persons and
smuggling of migrants terms often confused the public generally. The differences in its terms
and understanding on these issues must be determined and important in providing relevant in
treatment and legal protection in Malaysia. In addition, forced labor rights as workers are often
overlooked by the authorities because of their status as illegal immigrants (PATI). This
complicate matters further when national legislation in particular the Anti-Trafficking in
Persons and Anti-Smuggling of Migrants (ATIPSOM) Act 2007 [Act 670] also does not state
clearly the interpretation of the Act. According to court cases decided in Malaysia, it is found
that the courts interpret a situation as 'trafficking in persons' based on its purpose and forms of
exploitation outlined in the Act.
This paper examines the approach adopted by the International Laws and Malaysia Laws in the
aspects of enforcement, in order to expand the purpose of trafficking in persons and smuggling
of migrant interpretation, in line with globalization era. The lack of knowledge and awareness
about the exploitation that happens on an individual victim alone raise further difficulty to
prosecution process on trafficking in persons offenders. Therefore, this paper did not only
examine issues arising from vagueness in the interpretation of trafficking in persons in
Malaysia Laws but attempt to draw the authorities and public’s attention, to be more sensitive
to these issues. Efforts to use effective methods of enforcement could assist the authorities in
the implementation of ATIPSOM 2007 more effectively.

Keywords:
Prevention, Trafficking in Persons and Smuggling of migrants, Laws
Pengenalan

Isu pemerdagangan orang telah mendapat perhatian global sebagai jenayah rentas
sempadan yang serius sama seperti jenayah penyeludupan senjata dan dadah. Dianggarkan
bahawa keuntungan daripada jenayah pemerdagangan orang adalah berjumlah USD38 bilion
setahun1. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada jenayah pemerdagangan orang.
Di antaranya ialah kemiskinan, buta huruf, krisis ekonomi, konflik domestik dan serantau,
ketidakstabilan politik dan terpinggir (displacement). Aspek migrasi juga berkait rapat dengan
jenayah pemerdagangan orang. Sehubungan itu, aspek ini perlu diberikan perhatian kerana
jumlah migrasi kian meningkat dan dianggarkan jumlah migrasi di peringkat global berjumlah
240 juta orang2. Migrasi menjurus kepada isu pemerdagangan buruh kerana dieksploitasi oleh
individu dan sindiket tidak bertanggungjawab. Berdasarkan kepada latar belakang ini, kerajaan
Malaysia menyedari kepentingan untuk mewujudkan Akta Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 (selepas ini di tulis sebagai ATIPSOM)3 dan Pelan Tindakan
Kebangsaan sebagai instrumen bagi menangani jenayah ini terutamanya yang menyentuh
mengenai bidang pencegahan, pemulihan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang
termasuk pendakwaan.

Pada tahun 2008, Malaysia juga menubuhkan Sekretariat Majlis Antipemerdagangan


Orang dan Antipenyeludupan Migran(MAPO) bagi membantu Majlis Antipemerdagangan
Orang sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 6 (1) Akta Antipemerdagangan Orang
dan Antipenyeludupan Migran 2007.4 Sumber rujukan utama dalam mewujudkan ATIPSOM
adalah berdasarkan kepada instrumen-instrumen antarabangsa iaitu Protocol to Prevent,
Suppress and Punish Trafficking in Persons, especially Women and Children (TIP Protocol)
dan Protocol Against the Smuggling of Migrants by Land, Sea and Air5. Kedua-dua protocol
ini adalah instrumen yang menyokong United Nations Convention Against Transnational
Organized Crime (UNTOC). Malaysia telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen ini
dan menyertai TIP Protocol. Selain daripada Akta ini, lain-lain perundangan domestik yang
menyokongnya ialah Akta Imigresen 1959/636 , Akta Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
20047, Akta Kastam 19678, Akta Keterangan 19509, Akta Mahkamah Kehakiman 196410, Akta
Kanak-Kanak 200111, Kanun Keseksaan12, Di samping itu, inisiatif Malaysia untuk
membanteras jenayah pemerdagangan orang juga adalah selaras dengan ASEAN Declaration
against Trafficking in Persons Particularly Women and Children, United Nations Declaration
on Human Rights [UDHR] 1949, Convention of the Elimination of All Forms Discrimination
against Women [CEDAW] 1979 dan Convention on the Rights of the Child [CRC] 198913.

1
Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) ,Jabatan Negara Amerika Syarikat (2015)
2
Laporan Anti Pemerdagangan Manusia 2015,U.S Department of State.
3
Akta 670
4
Akta 670
5
Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional (UNTOC) anjuran Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu(PBB) Pada 27 Mei 2004 UNTOC telah mengeluarkan Protokol Penyeludupan (the Smuggling
Protocol) menentang penyeludupan migran melalui darat, laut dan udara.
6
Akta 155
7
Akta 633
8
Akta 235
9
Akta 56
10
Akta 91
11
Akta 611
12
Akta 574
13
www.moha.gov.my
Malaysia merupakan salah satu negara transit bagi kegiatan jenayah permerdagangan
orang, menerima masuk mangsa dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina,
Kemboja, Vietnam, Myanmar dan Pakistan, dan China secara langsung atau tidak langsung
melalui agensi sindiket. Penerimaan Malaysia sebagai ahli United Nation (UN), menerima dan
meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa seperti UDHR, United Nation Convention Against
Transnational Organized Crime (UNTOC) serta menyertaiProtocol to Prevent, Suppress and
Punish Trafficking in Persons, especially Women and Children (TIP Protocol) dan Protocol
Against the Smuggling of Migrants by Land, Sea and Air, meletakkan tanggungjawab ke atas
Malaysia sebagai ahli untuk mematuhi perjanjian yang dimasuki dengan menyediakan
perlindungan terhadap mangsa-mangsa pemerdagangan dan penyeludupan. Kedudukan
Malaysia kini berada pada senarai pemerhatian tingkat kedua (tier 2 watch list) dalam 2015
United State Department of State’s Trafficking in Person Report.14
Tingkat kedua meletakkan Malaysia sebagai negara yang kerajaan tidak sepenuhnya
mematuhi piawaian minimum Trafficking Victims Protection Act(TVPA),15 tetapi sedang giat
melakukan usaha-usaha ke arah mematuhan piawaian tersebut. Kesedaran tentang kedudukan
kerajaan Malaysia dalam membendung masalah penyeludupan orang, telah membuat Malaysia
untuk lebih proaktif dalam usaha membanteras jenayah kemanusiaan. Kerajaan Malaysia
melalui Pelan Tindakan Kebangsaan mengatur strategi kolektif yang melibatkan penyertaan
kerajaan, masyarakat sivil, pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), dan masyarakat
umum dalam usaha menangani masalah ini.16
Kesukaran dalam membezakan di antara pesalah migran dan mangsa pemerdagangan
orang yang sering bertindan dan berkait antara satu sama lain menyukarkan usaha kerajaan
Malaysia dalam memberi perlindungan kepada mangsa. Kalau dahulunya tangkapan migran
lebih mudah dilakukan apabila mereka cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui sempadan
negara, namun kini penyeludupan orang dan kemasukan migran lebih sukar dijejaki kerana
mereka diseludup melalui cara pemalsuan dokumen yang dilakukan dengan teliti oleh sindiket
penipuan. Dengan itu, unsur penting untuk membezakan di antara pesalah migran dan mangsa
permerdagangan adalah samada wujudnya perlakuan eksploitasi ke atas migran. Apabila
seseorang itu diekploitasi bagi tujuan tertentu seperti pelacuran dan buruh paksa tanpa memberi
sebarang upah, mereka tergolong dalam kategori orang yang diperdagangkan dan perlu diberi
perlindungan, walaupun pada awal penglibatan mereka adalah sebagaiPendatang Asing Tanpa
Izin (PATI).
Perbezaan ini juga memberi kesan kepada jenis perlindungan yang boleh diberi kepada
mangsa. Pesalah migran yang memasuki Malaysia secara tidak sah akan ditempatkan di depot
tahanan imigresan seperti di depot tahanan imegresan Lapangan Terbang Antarabangsa
(KLIA) yang berfungsi sebagai tempat tahanan bagi pesalah imigran sebelum mereka dihantar
pulang ke negara masing-masing. Manakala, mangsa bagi jenayah pemerdagangan orang
ditempatkan di pusat perlindungan bagi mangsa pemerdagangan seperti di Lembah Klang,
Melaka, Johor dan Sabah. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap migran dan mangsa
pemerdagangan orang juga berasingan, di mana migran diletakkan di bawah pengawalan
Jabatan Imigresan Malaysia, manakala mangsa pemerdagangan orang diletakkan di bawah
tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Antipemerdagangan Orang dan

14
United State Department of State’s Trafficking in Person Report 2015,
15
Trafficking Victims Protection Act of 2000, Div.A of Pub.L. No. 106-386, § 108, as amended.
Trafficking in Persons Report 2011, http://www.state.gov/g/tip/rls/tiprpt/2011/164222.htm [11 November 2011].
16
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPOM), Pelan Tindakan
Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015), Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur,
2010.
Antipenyeludupan Migran (MAPOM). Kuasa berasingan di antara Jabatan Imigresen dan
Kementerian Dalam Negeri ini juga menimbulkan kesukaran untuk mengenal pasti dan
membezakan diantara status mereka sama ada sebagai pesalah migran dan mangsa
pemerdagangan orang.

Tafsiran ‘Pemerdagangan Orang’ dan ‘Penyeludupan Migran”dalam perundangan


Malaysia.

Malaysia telah menerimapakai peruntukan tersebut dalam Akta Antipemerdagangan


Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). Walaupun tidak menerimapakai
sepenuhnya United Nations Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons,
Especially Women and Children, supplementing the United Nations Convention against
Transnational Organized Crime (Protocol)tersebut, ia masih menjadi rujukan utama kepada
dasar ATIPSOM. Akta ini dipinda pada 2010 dengan memasukkan peruntukan berkenaan
dengan penyeludupan migran dan seiring dengan itu telah menaikkan status Malaysia kepada
tahap 2 senarai pemerhatian oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Seksyen 2 ATIPSOM memberikan pentakrifan ‘pemerdagangan orang’ sebagai segala
perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan
seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan,
melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini. Pentakrifan yang
diberikan oleh akta tersebut agak kabur berkenaan dengan ‘bagi maksud akta tersebut’,
berlainan dengan niat Protokol iaitu ‘bagi tujuan eksploitasi’.Sekiranya bagi maksud akta
tersebut, adakah ia merangkumi maksud perlakuan jenayah penyeludupan migran, di mana
unsur eksploitasi ini penting dalam menyediakan suatu sempadan(range) antara mangsa
pemerdagangan dengan mangsa penyeludupan.
.
Jadual 1: Perbezaan Antara Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran
Pemerdagangan Manusia Penyeludupan Migran

Instrumen/ undang-undang antarabangsa yang Instrument/ undang-undang antarabangsa yang


terlibat adalah Protocol to Prevent, Suppress terlibat adalah Protocol Against The Smuggling
and Punish Trafficking in Persons, especially Of Migrants By Land, Air And Sea di bawah UN
Women and Children di bawah UN Convention on Transnational Organised Crime.
Convention on Transnational Organised
Crime.
Elemen utama bagi membuktikan sebarang Elemen penting di dalam penyeludupan migran
kesalahan berhubung dengan pemerdagangan adalah ianya mesti melibatkan unsur rentas
orang adalah unsur eksploitasi dan ia boleh sempadan
berlaku di dalam sesebuah Negara tanpa
melibatkan aspek rentas sempadan. Ianya
boleh juga berlaku di peringkat domestik.

Melibatkan elemen eksploitasi, manipulasi, Melibatkan kerelaan orang yang diseludupkan dan
ancaman terhadap mangsa yang terlibat. keuntungan terhadap sindiket penyeludupan
Eksploitasi berterusan dan berulang. manusia. Kegiatan penyeludupan tamat apabila
tiba di destinasi.

Sumber: Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Malaysia


Statistik kes Pemerdagangan orang dan penyeludupan Migran

Statistik yang diperolehi daripada Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan


Antipenyeludupan Migran melibatkan laporan-laporan yang diterima dari tahun 2011 iaitu
sehingga akhir Oktober 2014.

Jadual 2 : Jumlah Kes dan Tangkapan Pemerdagangan Orang di Malaysia


(28 Feb 2011 sehingga 30 Okt 2014)

Tahun Bilangan Bilangan Mangsa dalam Perintah Mangsa dalam


Kes Tangkapan Perlindungan Perintah
Sementara (IPO) Perlindungan (PO)
(orang) (orang)
2011 18 20 87 31
2012 151 217 956 206
2013 132 195 870 471
2014 70 102 300 161
Jumlah 371 534 2213 869
Sumber: Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

Berdasarkan Jadual 2 tersebut, jumlah bilangan kes yang dilaporkan adalah sebanyak
371 kes, di mana tahun 2012 mencatatkan bilangan kes terbanyak berikutan penambahan
tangkapan yang dilakukan pada tahun tersebut. Dibandingkan antara tahun 2013 dengan tahun
2014, dapat dilihat bahawa terdapatnya pengurangan tangkapan dan kes. Pengurangan ini
merupakan kesan daripada peningkatan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam
membanteras jenayah pemerdagangan orang yang berlaku di Malaysia. Usaha yang dilakukan
ini bagi menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia selepas mendapat laporan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Jadual 3 : Bilangan Kes Mengikut Negeri


(28 Feb 2011 sehingga 31 Mac 2014)
Negeri Bilangan
Sabah 50
Sarawak 24
Johor 9
Kelantan 2
Melaka 6
Negeri Sembilan 1
Pahang 1
Perlis 113
Perak 3
Pulau Pinang 10
Selangor 79
Kuala lumpur 32
Jumlah 330
Sumber: Jabatan Peguam Negara Putrajaya
Antara negeri yang mencatat jumlah kes tertinggi adalah Perlis, sebanyak 113 kes,
diikuti oleh Selangor 79 kes dan Sabah dengan 50 kes dilaporkan. Persempadanan Perlis dan
Sabah dijadikan sebagai pintu masuk untuk memasuki negara ini secara haram oleh sindiket
pemerdagangan orang melalui jalan darat dan laut antara faktor yang mengakibatkan
peningkatan jumlah bagi kedua-dua negari tersebut. Kedudukan Selangor dan Kuala Lumpur
sebagai pusat bandar dijadikan tumpuan pengoperasian mangsa-mangsa pemerdagangan,
contohnya mereka diagihkan mengikut kawasan bagi pelbagai tujuan eksploitasi terutamanya
bagi pelacuran.
Kesimpulan

Pentafsiran ‘eksploitasi’ yang diberikan oleh Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti
Penyeludupan Migran 2007 dan undang-undang antarabangsa, Convention for the Suppression
of the Traffic in Persons and of the Exploitation of the Prostitution of Others hanya merujuk
kepada bentuk eksploitasi tanpa menjelaskan pengertian sebenar istilah tersebut. Eksploitasi
merupakan elemen terpenting dalam mendakwa sama ada sesuatu keadaan itu tergolong kepada
pemerdagangan orang. Oleh itu, kebergantungan terhadap definisi yang terhad ini tidak mampu
memberi suatu garis pemisah antara apa yang dimaksudkan sebagai jenayah penyeludupan
migran dan juga maksud pemerdagangan manusia.
Walaupun telah terdapat persetujuan di peringkat Antarabangsa terhadap definisi
pemerdagangan manusia, kajian semula perlu dilakukan bagi mencadangkan definisi
pemerdagangan yang lebih jelas dan dapat membantu meningkatkan pemahaman terhadap
sesebuah tempat yang berpotensi berlakunya pemerdagangan orang serta mengenal pasti
mangsa dengan lebih jelas, menilai skala masalah dan secara tidak langsung membantu
pembangunan dasar-dasar mengenai hak asasi manusia. Konsep-konsep penting dalam
mengenal pasti dan menangani pemerdagangan orang seperti paksaan, penipuan, eksploitasi
dan sebagainya perlu dijelaskan dengan lebih nyata dalam Akta atau undang-undang bagi
menyediakan penggunaan konsep yang lebih konsisten dalam perundangan negara dan
Antarabangsa. Kajian menunjukkan, istilah terkini yang digunakan sering bertindih antara satu
sama lain dengan meninggalkan kecelaruan mengenai apa yang harus diukur, apakah cara
penyelesaian terbaik dan siapa yang harus bertanggungjawab dalam setiap keadaan yang
berbeza.
Desakan globalisasi ekonomi negara membuka peluang pekerjaan bukan sahaja kepada
warga negara jiran malah menarik lebih banyak penghijrahan daripada negara barat. Ini
mengundang lebih banyak kemasukan buruh dari luar negara ke dalam negara sama ada secara
sah atau tidak. Ini membuka peluang kepada keadaan memanipulasi mangsa oleh sindiket-
sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk mengaut keuntungan. Tanpa ukuran
yang lebih jelas mengenai subjek-subjek yang harus dilindungi atau dihukum, mengundang
lebih banyak masalah dalam mengawal kebanjiran warga asing di negara ini. Undang-undang
buruh harus diberi keutamaan dalam mengatasi masalah eksploitasi buruh bagi memberi lebih
ganti rugi yang lebih wajar terhadap mangsa, kerana undang-undang berkenaan hak asasi
manusia lebih bersifat melindungi daripada memberi keadilan yang sewajarnya kepada
mangsa.
Mangsa yang sering dilindungi tanpa mengajarnya tentang hak yang harus mereka
pertahankan tidak akan mampu menyediakan mereka dengan pertahanan diri yang lebih kuat.
Perlindungan mangsa adalah lebih baik tanpa mengira status undang-undang, seperti yang
diterima oleh mangsa eksploitasi seks. Perlindungan terhadap mangsa juga perlu seiring
dengan penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan, di mana keterangan yang dibekalkan
oleh mangsa-mangsa yang dilindungi boleh meningkatkan pendakwaan terhadap pelaku.
Manakala tanpa sokongan yang mencukupi, menyebabkan mangsa tidak berani tampil
ke hadapan menuntut hak mereka, lebih-lebih lagi jika mereka merasakan meraka telah
menyalahi undang-undang. Akhirnya, mereka terus bersembunyi tanpa dikenal pasti dan
terdedah kepada eksploitasi secara berterusan.

Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007


mentafsir ‘eksploitasi’ sebagai meliputi perlakuan eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan
paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti
yang menyalahi undang-undang, dan pemindahan organ manusia. Berdasarkan pentafsiran
tersebut, eksploitasi buruh juga tergolong dalam pentafsiran yang dimaksudkan oleh
penggubal. Namun, secara realiti buruh paksa dan migran haram yang memasuki Malaysia
sukar dibezakan oleh pihak kastam dan pihak imigresen.

Oleh itu, mangsa buruh paksa dianggap migran haram yang menceroboh masuk ke
dalam negara. Ini dilihat melalui lambakan migran haram atau Pendatang Asing Tanpa Izin
yang ditahan di depot-depot pertahanan, di mana kebanyakan mereka dibawa masuk
menggunakan dokumen palsu dan dipaksa bekerja dengan upah yang tidak sepadan dengan
pekerjaan yang mereka lakukan, malah ada di antara mereka tidak dibayar gaji dan diugut untuk
terus bekerja.

Cadangan untuk penguatkusaan dan penambahanbaikkan ATIPSOM

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan cadangan penyelesaian isu penguatkuasaan
serta tafsiran ini harus seiring dengan peningkatan aspek-aspek luaran seperti berikut:

a. Memperkukuhkan mekanisme perundangan. Keberkesanan pelaksanaan undang-


undang yang telah dikuatkuasakan boleh dicapai dengan membuat kajian semula dan
memperbaiki undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan penyiasatan,pendakwaan
dan hukuman. Prosedur Operasi sedia ada boleh dikaji semula sekiranya dirasakan perlu untuk
mempertingkatkan tahap siasatan, perlindungan dan pendakwaan selaras dengan kehendak
semasa.
Cadangan dengan menyenaraikan kesalahan jenayah pemerdagangan orang di dalam
Kanun Keseksaan[Akta 574] atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613], adalah ianya akan dapat mencegah daripada
berlakunya jenayah ini.

b. Meningkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang di bawah undang-undang anti-


pemerdagangan, terutamanya kes pemerdagangan buruh. Melaksanakan hukuman berat ke atas
mereka yang terlibat dalam penipuan pengambilan pekerja atau eksploitasi buruh paksa.
Meningkatkan usaha mendakwa dan menghukum penjawat awam yang mendapat keuntungan
atau terlibat dalam pemerdagangan orang, atau mereka yang mengeksploitasi mangsa
pemerdagangan. Membangun dan melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti mangsa
pemerdagangan buruh di kalangan kumpulan-kumpulan terdedah seperti pekerja asing dan
merujuk mereka kepada perkhidmatan perlindungan yang sedia ada. Meningkatkan
perlindungan kepada mangsa dalam fasiliti kerajaan dengan menyediakan bantuan
perundangan kepada mangsa, dan menyediakan kaunseling yang berkesan dan penjagaan
kepada mangsa pemerdagangan orang. Membangunkan dan melaksanakan mekanisme bagi
membolehkan mangsa pemerdagangan asing yang dewasa untuk berjalan, bekerja dan tinggal
di luar tempat perlindungan kerajaan. Menyediakan alternatif undang-undang bagi pengusiran
mangsa pemerdagangan ke negara-negara di mana mereka akan menghadapi hukuman atau
kesusahan.
c. Pindaan penalti dan hukuman dalam ATIPSOM perlu dilakukan demi membuktikan
betapa seriusnya jenayah pemerdagangan manusia ini. Adalah dicadangkan penalti dinaikkan
hingga RM 5 juta serta memasukkan hukuman sebat serta gantung sampai mati terhadap
pesalah berkait dengan pemerdagangan manusia. Selain daripada itu juga,kerajaan juga harus
melancarkan atau mengadakan satu Pelan Kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang sebagai
panduan melaksanakan usaha membenteras jenayah tersebut. Pelan itu perlu menggariskan
strategi kerajaan dalam membenteras jenayah tersebut pada peringkat domestik dan
antarabangsa. Program kesedaran awam juga turut perlu diperhebatkan antarnya menarik
penyertaan NGO serta agensi swasta dalam usaha membenteras jenayah ini.

d. Mengkaji undang-undang negara lain atau undang-undang antarabangsa berkenaan


dengan pendekatan yang digunakan oleh negara tersebut. Kerjasama erat dengan negara-negara
Asean dan negara luar seperti Australia,Amerika Syarikat,Belanda,United Kingdom dan
pertubuhan antarabangsa penting ke arah membenteras jenayah itu serta membincangkan
dengan lebih lanjut berkenaan dengan kekaburan yang undang-undang yang melindungi
mangsa pemerdagangan orang dengan migran haram yang berpindah tanpa dokumen yang sah.

e. Cadangan yang paling praktikal perlu dilaksanakan segera adalah dengan menubuhkan
satu agensi khusus yang mempunyai autonomi serta mempunyai kuasa penuh dalam
penguatkuasaan,penyiasatan,pemantauan,perlaksana serta mengurus dan mengawal
keseluruhan segala berkaitan dengan jenayah pemerdagangan manusia. Agensi ini perlu
diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan kemungkinan boleh diberi nama Suruhanjaya
Penguatkuasaan Anti Penyeludupan Manusia. Ini merupakan satu langkah yang baik bagi
mengelak pertindihan bidang kuasa angensi-agensi penguatkuasaan sedia-ada selain mengelak
daripada tolak menolak dalam melakukan siasatan. Dengan tertubuhnya sebuah agensi khusus
itu nanti akan membuat urusan berkaitan penguatkuasaan ATIPSOM lebih sistematik dan
berkesan.
Rujukan

Allen, R., Beale, A. and Crasnow, R. 2007. Employment Law and Human Rights. Oxford:
Oxford University Press.
Bales and Kevin. 2000. Expendable People: Slavery in the Age of Globalization. Journal of
International Affairs 53 (2):461.
Che Guevara. 1964. On Development. Plenary session of the United Nations Conference on
Trade and Development in Geneva, Switzerland.
Congressional Quarterly Researcher. 2004. Human Trafficking and Slavery. Volume 14,
Number 12. http://www.hrusa.org/workshops/trafficking/CQResearcher.pdf.
Clift, Stephen and Simon Carter (2000). Tourism and Sex. Cengage Learning EMEA. pp.
Dr. Rohani Abdul Rahim et al. 2008. An Interpretation on the Malaysia Anti-Trafficking in
Persons Act, 2007 (Act 670) and its Foreseeable Impact on the Indonesian Women
Migrant Labor. Yogyakarta: Siti Hariti Edit, Women in Public Sector, Pusat Studi
Wanita Universitas Gadjah Mada dan Penerbit Tiara Wacana.
International Labour Organization. 2005. Human Trafficking and Forced Labour Exploitation.
Guidance for Legislation and Law Enforcement. Geneva.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2013. Penyiasatan Tenaga Buruh, Profil Bukan Warganegara.
Jones. S. 2000. Making Money Off Migrants: The Indonesian Exodus to Malaysia. Hong Kong:
Asia 2000 Ltd.
Jones R. Prevention as The New Approach to Human Trafficking. Resourse Net Friday File.
http://www.uncjin.org/Documents/Conventions/conventions.html.
Kementerian Dalam Negeri. 2014. Statistik Kes Pemerdagangan Orang Mulai 28.02.2011
Sehingga 30.10.2014. http://www.moha.gov.my.
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPOM). 2010. Pelan
Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015). Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). 2012. Trafficking in Women and
Children. Report. Kuala Lumpur: Human Rights Commission of Malaysia
(SUHAKAM).
United Nations Office on Drugs and Crime. http://www.unodc.org/unodc/en/human-
trafficking/what-is-human-trafficking.html.
US Department of State Trafficking in Persons Report. 2015.
http://www.humantrafficking.org/countries/malaysia.

You might also like