You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA


DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL PEDAS Tel : 06-6857162
Fax : 06-6858160
71400 Pedas Negeri Sembilan Darul Khusus

Ruj.Kami : SMKAP 08/04/002 JLD 5/ ( 02 )


Tarikh : 10 Januari 2018

Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal


Pengerusi Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)

Yang Berbahagia Tan Sri,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI DANA KEWANGAN TAHFIZ SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL, PEDAS NEGERI SEMBILAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah ini, telah dijadikan sebagai sekolah


Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) bermula daripada tahun 2016 oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah dan sedang merancang pelbagai
aktivti untuk murid TMUA ini. Dalam keadaan ekonomi terkini, kewangan menjadi
kekangan untuk setiap aktiviti.

4. Selaku Yang Dipertua PIBG sekolah ini, tanggungjawab saya untuk membantu
pihak sekolah dalam apa sahaja bentuk bagi kebaikan sekolah, guru dan murid. Jadi
saya bebesar hati sekiranya Yang berbahagia Tan Sri dapat memberi sumbangan demi
merealisasikan perkara di atas.

5. Segala keprihatinan Yang Berbahagia Tan Sri, Kami Warga sekolah mengucapkan
jutaan terima kasih, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Sekian terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang diamanahkan,

.........................................
( DATUK HAJI OMAR BIN OSMAN)
Yang di Pertua PIBG,
SMK Agama Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail,
71400 Pedas, Negeri Sembilan.
(Mantan Presiden Ceupacs Malaysia)

Sk: Fail PIBG Sekolah

You might also like