You are on page 1of 84

PANDUAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM

PENDIDIKAN MORAL
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Cetakan Januari 2017


Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan


pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial,
tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi
dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

i
PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK
KEGUNAAN GURU-GURU YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM.

PANDUAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS
BERCANTUM.

Cetakan Januari 2017


Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
Isi Kandungan Muka surat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i


Notis Hak Kerajaan ii
Panduan Guru iv
1.0 Pengenalan Mata Pelajaran 1
2.0 Pemetaan Kurikulum Mata Pelajaran 8
3.0 Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum 36
3.1 Pengenalan 36
3.2 Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred 36
3.2.1 Pengajaran Secara Kelas 36
3.2.2 Pengajaran Mengikut Tahun Persekolahan 37
3.2.3 Pengajaran Secara Kumpulan 37
3.2.4 Pengajaran Individu 38
3.2.5 Pengajaran Sosial 38
3.3 Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 39
3.3.1 Ciri-ciri Pembelajaran Abad 21 40
3.3.2 Elemen-elemen Yang Terkandung Dalam
Pembelajaran Abad 21 41
3.3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 42
3.4 Strategi Pelbagai Gred (Multigrade Strategy) 48
3.4.1 Pengajaran Seluruh Kelas 49
3.4.2 Pembelajaran Arah Kendiri 50
3.4.3 Peer Tutoring 51
3.4.4 Pengajaran Kumpulan 52
3.4.5 Kolaboratif dengan Pelbagai Pihak 52
4.0 Contoh Ringkasan Pengajaran Harian 53
4.1 Contoh Pengajaran Secara Kelas dan kumpulan 53

Rujukan 77
Senarai Panel Penggubal 79

iii
PANDUAN GURU

PENGENALAN

Modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) kelas bercantum ini disediakan untuk
membantu guru merancang, mengurus dan melaksanakan kelas bercantum. Panduan
ini memberi peluang kepada guru untuk mendapatkan maklumat tentang strategi dan
kaedah pengajaran pelbagai gred yang digunakan dalam kelas bercantum.

SASARAN

Guru yang melaksanakan kelas bercantum.

SUSUNAN KANDUNGAN

Modul ini ditulis dalam susunan kandungan seperti berikut:

1. Pengenalan Mata Pelajaran


2. Pemetaan Kurikulum Mata Pelajaran
3. Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum
4. Contoh Ringkasan Pengajaran Harian (RPH)

iv
1.0 Pengenalan Mata Pelajaran

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untuk mendidik murid supaya
menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek
perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Mata
pelajaran ini diharap dapat menghasilkan murid yang berpengetahuan, mempunyai
perwatakan yang mulia, bersopan santun dan menyumbang secara produktif terhadap
masyarakat dan negara.

Mata pelajaran Pendidikan Moral juga membolehkan murid menguasai pelbagai


kemahiran; kemahiran penyelesaian konflik, kemahiran pemikiran kritikal,
kemahiranpemikiran kreatif, kemahiran menentang rakan sebaya, kemahiran kajian
masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran kreativiti dan
kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran tersebut akan membantu murid membina
daya tahan, menghadapi cabaran dan tekanan hidup dengan penuh keyakinan dan
bertanggungjawab dalam kehidupan harian.

Untuk merealisasikan hasrat mata pelajaran Pendidikan Moral, Kurikulum Standard


Pendidikan Moral sekolah rendah digubal. Kurikulum Standard Pendidikan Moral
memberikan tumpuan kepada usaha memupuk kerohanian dan moraliti murid.
Kurikulum tersebut memberikan fokus terhadap pemahaman, penghayatan dan amalan
nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai
kaum, dan perundangan di negara ini. Kurikulum ini menyediakan satu panduan hidup
kepada murid untuk membuat keputusan dan tindakan yang membolehkan mereka
melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial terhadap masyarakat .

Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Moral berasaskan prinsip berpegang


teguh kepada ajaran agama, bertanggungjawab kepada diri, keluarga, orang lain, dan
alam sekitar, mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup, bersemangat patriotik,
menghormati hak asasi manusia dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan
bagi mendukung hasrat dan aspirasi negara yang terkandung dalam Rukun Negara,
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga selaras dengan tiga prinsip moral, iaitu
altruistik, autonomi dan keadilan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke
arah status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang bermoral dan beretika,
iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan
keharmonian yang kukuh.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia


dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan
menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah membolehkan murid untuk


mencapai objektif berikut:

i. Memahami dan menghayati nilai-nilai universal;

1
ii. Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia;
iii. Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan
kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara;
dan
iv. Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral
dan perlakuan moral dalam membuat
pertimbangan dan keputusan.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG


Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan
yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang
adalah:

i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri

Reka Bentuk KSSR

2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Moral digubal dalam bentuk


pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk
modular yang mengandungi domain penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan
moral.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi Standard Kandungan.

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Standard Pendidikan Moral berfokus kepada 3 domain, iaitu penaakulan


moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Fokus kurikulum ini adalah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan penekanan kepada usaha untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

PENAAKULAN
MORAL


INSAN
PERASAAN
MORAL

BERAKHLAK
PERLAKUAN MULIA
MORAL

Sumber: Thomas Lickona

i. Penaakulan Moral
Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti
perlakuan baik dan jahat, salah dan benar. Keupayaan mental dapat merungkai
dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan
objektif.

3
ii. Perasaan Moral
Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila
membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu
yang tidak betul.

iii. Perlakuan Moral


Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang
dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah digubal mengikut tema dan
mengandungi enam (6) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai murni
universal. Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan
persekitarannya, seperti kerohanian, budaya, sosioemosi, alam sekeliling dan
sebagainya. Tema-tema tersebut adalah seperti berikut:

Tahun Tema

1 Diri Saya

2 Saya dan Keluarga

3 Saya dan Sekolah

4 Saya dan Jiran

5 Saya dan Masyarakat

6 Saya dan Negara

Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai
yang sama diajar setiap tahun, iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai itu
diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap
perkembangan dan kematangan murid. Nilai murni universal Kurikulum Standard
Pendidikan Moral Sekolah Rendah adalah seperti berikut:

1. Kepercayaan kepada Tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara.
2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan
memberikan bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna.

4
4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberikan layanan yang
bersopan serta menghormati peraturan institusi sosial.
7. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas.
8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.
9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.
10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam
melakukan sesuatu perkara.
12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan
hidup.

5
PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL

Kurikulum Pendidikan Moral memberikan peluang kepada murid menguasai kemahiran


tertentu seperti kemahiran penyelesaian konflik, kemahiran pemikiran kritikal,
kemahiranpemikiran kreatif, kemahiran menentang rakan sebaya, kemahiran kajian
masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran kreativiti dan
kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid
menghadapi dunia ledakan maklumat dalam alaf baru dengan penuh keyakinan dan
sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga membantu
membina daya tahan dan kebolehan menghadapi tekanan dan cabaran hidup dalam
kalangan murid. Pengajaran kemahiran ini memupuk dan merangsang penaakulan,
perasaan dan perlakuan moral murid.

Kemahiran Penyelesaian Konflik

Kemahiran penyelesaian konflik membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai


murni universal dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan
orang lain. Penguasaan kemahiran ini membantu murid berhubung atau berkomunikasi
dengan orang lain secara lebih berkesan.

Kemahiran Pemikiran Kritikal

Kemahiran pemikiran kritikal berpandukan penaakulan moral yang membolehkan murid


menilai sama ada sesuatu keputusan atau tindakan itu bermoral atau tidak.
Pengajaran kemahiran ini membantu menyemai nilai murni universal dalam diri murid.
Kemahiran ini membantu murid menyelesaikan konflik dan membuat keputusan yang
bermoral.

Kemahiran Pemikiran Kreatif

Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari alternatif yang lebih baik
ketika menghadapi konflik dalam kehidupan.

Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya

Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya digunakan untuk


mengelakkan pengaruh negatif rakan sebaya, pencegahan salah guna dadah atau
sebarang bentuk salah laku yang lain. Kemahiran ini mendidik murid supaya berfikir
secara rasional dan mengambil kira pandangan dan nasihat rakan sebaya.

Kemahiran Kajian Masa Depan

Kemahiran mengkaji masa depan membolehkan murid menyedari isu atau


permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Kemahiran
ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan
diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

6
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan murid melayari dan


memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan
Komunikasi seperti Internet, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Kemahiran ini
merangsang perkembangan minda murid.

Kemahiran Kreativiti

Kemahiran Kreativiti membolehkan murid menjadi individu yang kreatif dan inovatif.
Daya kreativiti dan inovasi ini membolehkan mereka menghasilkan idea dan ciptaan
yang berkualiti. Kemahiran ini membantu murid menyelesaikan dilema moral yang
dihadapi secara kreatif.

Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial membolehkan murid berkomunikasi dengan orang lain dalam situasi
yang boleh diterima oleh masyarakat. Pada masa yang sama kemahiran ini bermanfaat
kepada diri dan orang lain.

PENILAIAN

Bagi mengukur pembelajaran murid dalam Kurikulum Standard Pendidikan Moral dari
segi penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral, pelbagai kaedah
penilaian digunakan. Beberapa bentuk penilaian yang perlu dijalankan ialah ujian,
tugasan individu dan berkumpulan, laporan, pemerhatian, senarai semak dan kerja
amal.

Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan diberikan kepada


perkembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar. Ini
membolehkan murid membuat keputusan dan konflik secara bijak dan rasional dalam
menghadapi cabaran hidup. Kepelbagaian kecerdasan dan latar belakang murid perlu
diambil kira bagi memupuk, mengukuhkan dan memperkaya pengalaman pembelajaran
mereka. Usaha ini diharap dapat membentuk insan yang peka kepada isu atau konflik
yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan
perubahan yang berlaku ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup.

7
2.0 Pemetaan Mata Pelajaran

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN NILAI

STANDARD KANDUNGAN / STANDARD PEMBELAJARAN


NILAI Tahun 2 Tahun 3 CATATAN

1. Kepercayaan 1.1 Mematuhi amalan 1.1 Menghormati kepelbagaian Cadangan kaedah


kepada Tuhan beribadat dalam perayaan kelas
keluarga 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3,
1.1.4, 1.1.5

1.1.1 Menyatakan pelbagai perayaan di Cadangan secara


1.1.1 Menceritakan amalan Malaysia kumpulan
beribadat dalam keluarga -
1.1.2 Menceritakan pelbagai perayaan
1.1.2 Menyatakan cara yang disambut oleh warga
menghormati amalan sekolah.
beribadat dalam keluarga
1.1.3 Menyenaraikan cara
1.1.3 Menyedari kepentingan menghormati perayaan yang
menghormati amalan disambut oleh warga sekolah
beribadat dalam keluarga
1.1.4 Menyedari kepentingan
1.1.4 Melaksanakan amalan menghormati kepelbagaian
beribadat bersama perayaan yang disambut oleh
keluarga warga sekolah

1.1.5 Mengamalkan sikap menghormati


perayaan yang disambut oleh
warga sekolah

8
2. Baik hati 2.1 Memberi bantuan 2.1 Memberikan bantuan Cadangan kaedah
kepada keluarga kepada warga sekolah kelas
kembangan 2.1.1, 2.1.2, 2.1.3,
2.1.4

2.1.1 Menyatakan cara 2.1.1 Menyatakan cara membantu Cadangan secara


membantu keluarga warga sekolah kumpulan
kembangan -
2.1.2 Menyenaraikan kepentingan
2.1.2 Menyenaraikan membantu warga sekolah
kepentingan membantu
keluarga 2.1.3 Menceritakan perasaan
Kembangan setelah membantu warga
sekolah
2.1.3 Menceritakan perasaan
semasa membantu 2.1.4 Mengamalkan sikap saling
keluarga membantu dalam kalangan
Kembangan warga sekolah

2.1.4 Mengamalkan sikap


saling membantu dalam
keluarga kembangan

9
3. 3.1 Melaksanakan 3.2 Melaksanakan Cadangan kaedah
Bertanggungjawab tanggungjawab tanggungjawab di sekolah kelas
dalam keluarga 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3,
3.1.4

3.1.1 Menceritakan 3.1.1 Menyatakan tanggungjawab di Cadangan secara


tanggungjawab dalam sekolah kumpulan
keluarga -
3.1.2 Menyenaraikan cara
3.1.2 Menyenaraikan melaksanakan
kepentingan tanggungjawab
melaksanakan di sekolah
tanggungjawab dalam
keluarga 3.1.3 Menceritakan perasaan
setelah melaksanakan
3.1.3 Menyatakan perasaan tanggungjawab di sekolah
semasa melaksanakan
tanggungjawab dalam 3.1.4 Mengamalkan sikap
keluarga bertanggungjawab di
sekolah
3.1.4 Mengamalkan sikap
bertanggungjawab
dalam keluarga

10
4. Berterima kasih 4.1 Mengamalkan budaya 4.2 Menunjukkan penghargaan Cadangan kaedah
berterima kasih terhadap sumbangan warga kelas
dalam keluarga sekolah 4.1.1, 4.1.2, 4.1.3,
4.1.4

4.1.1 Menerangkan cara 4.1.1 Menyatakan sumbangan Cadangan secara


memberi penghargaan warga sekolah kumpulan
dalam keluarga -
4.1.2 Menerangkan cara
4.1.2 Menyedari kepentingan menghargai sumbangan
memberi penghargaan warga sekolah
dalam keluarga
4.1.3 Menceritakan perasaan
4.1.3 Mengamalkan cara apabila menghargai
memberi penghargaan sumbangan warga sekolah
dalam keluarga

4.1.4 Mengamalkan cara 4.1.4 Mengamalkan sikap berterima


memberi penghargaan kasih terhadap sumbangan
dalam keluarga warga sekolah

11
5. Hemah tinggi 5.1 Mengamalkan budi 5.2 Mengamalkan pergaulan Cadangan kaedah
pekerti mulia sesama yang bersopan dalam kelas
ahli keluarga kalangan warga sekolah 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3,
5.1.4

5.1.1 Menyenaraikan cara 5.1.1 Menyatakan cara pergaulan Cadangan secara


berbudi pekerti mulia yang bersopan dalam kumpulan
sesama ahli keluarga kalangan warga sekolah -

5.1.2 Menyatakan kepentingan 5.1.2 Menceritakan kebaikan


berbudi pekerti mulia pergaulan yang bersopan
sesama ahli keluarga dalam kalangan warga sekolah

5.1.3 Menyatakan perasaan 5.1.3 Menyedari kepentingan


apabila berbudi pekerti pergaulan yang bersopan
mulia sesama ahli dalam kalangan warga sekolah
keluarga
5.1.4 Menunjukkan pergaulan yang
5.1.4 Menunjukkan cara bersopan dalam kalangan
berbudi pekerti mulia warga sekolah
sesama ahli keluarga

12
6. Hormat 6.1 Menghormati ahli 6.2 Menghormati warga sekolah Cadangan kaedah
keluarga dan pelawat kelas
6.1.1, 6.1.2, 6.1.3,
6.1.4

Cadangan secara
6.1.1 Menceritakan cara 6.1.1 Menyatakan cara menghormati kumpulan
menghormati ahli keluarga warga sekolah dan pelawat -

6.1.2 Menyenaraikan 6.1.2 Menyenaraikan kepentingan


kepentingan saling menghormati warga sekolah dan
menghormati sesama ahli pelawat
keluarga
6.1.3 Menceritakan perasaan apabila
6.1.3 Menyatakan perasaan menghormati warga sekolah dan
saling menghormati pelawat
sesama ahli keluarga
6.1.4 Mengamalkan perlakuan saling
6.1.4 Mengamalkan perlakuan menghormati dalam kalangan
saling menghormati warga sekolah dan pelawat
sesama ahli keluarga

13
7. Kasih Sayang 7.1 Menyayangi ahli keluarga 7.1 Menyayangi sekolah Cadangan kaedah
kelas
7.1.1, 7.1.2, 7.1.3,
7.1.4

7.1.1 Menceritakan cara 7.1.1 Menyatakan cara menyayangi Cadangan secara


menyayangi ahli keluarga sekolah kumpulan
-
7.1.2 Menyenaraikan kepentingan 7.1.2 Menyenaraikan kepentingan
menyayangi ahli keluarga menyayangi sekolah

7.1.3 Menghargai perasaan kasih 7.1.3 Menceritakan perasaan


sayang sesama ahli apabila menyayangi sekolah
keluarga
7.1.4 Menunjukkan sikap sayang
7.1.4 Menunjukkan kasih sayang terhadap sekolah
kepada ahli keluarga

14
8. Keadilan 8.1 Menunjukkan sikap 8.1 Mengamalkan sikap adil di Cadangan kaedah
adil dalam keluarga sekolah kelas
8.1.1, 8.1.2, 8.1.3,
8.1.4

8.1.1 Menyenaraikan contoh 8.1.1 Menceritakan cara bersikap adil Cadangan secara
keadilan dalam keluarga di sekolah kumpulan
-
8.1.2 Menceritakan 8.1.2 Menyenaraikan kepentingan
kepentingan bersikap bersikap adil di sekolah
adil dalam keluarga
8.1.3 Menyatakan perasaan apabila
8.1.3 Menyatakan perasaan bersikap adil di sekolah
bersikap adil sesama
ahli keluarga 8.1.4 Menunjukkan sikap adil di
sekolah
8.1.4 Mengamalkan sikap
adil sesama ahli
keluarga

15
9. Keberanian 9.1 Mempertahankan 9.1 Mempertahankan nama baik Cadangan kaedah
maruah keluarga sekolah kelas
9.1.1, 9.1.2, 9.1.3,
9.1.4

9.1.1 Menyenaraikan cara 9.1.1 Menyatakan cara Cadangan secara


mempertahankan mempertahankan nama baik kumpulan
maruah keluarga sekolah

9.1.2 Menyatakan 9.1.2 Menyenaraikan kepentingan


kepentingan mempertahankan nama baik
mempertahankan sekolah
maruah keluarga
9.1.3 Menceritakan perasaan
9.1.3 Menceritakan apabila mempertahankan
perasaan berupaya nama baik sekolah
mempertahankan
maruah keluarga 9.1.4 Mengamalkan sikap berani
mempertahankan nama baik
9.1.4 Mengamalkan sikap sekolah
berani dalam
mempertahankan
maruah keluarga

16
10. Kejujuran 10.1 Mengamalkan sikap 10.1 Menunjukkan sikap jujur di Cadangan kaedah
jujur dalam keluarga sekolah kelas
10.1.1, 10.1.2,
10.1.3, 10.1.4

10.1.1 Menceritakan perlakuan 10.1.1 Menceritakan perlakuan jujur di Cadangan secara


jujur dalam keluarga sekolah kumpulan
-
10.1.2 Menyenaraikan 10.1.2 Menyenaraikan kepentingan
kepentingan bersikap bersikap jujur di sekolah
jujur dalam keluarga

10.1.3 Menyedari kesan 10.1.3 Menyedari kebaikan bersikap


bersikap jujur dalam jujur di sekolah
keluarga
10.1.4 Mengamalkan sikap jujur di
10.1.4 Menunjukkan sikap jujur sekolah
dalam keluarga

17
11. Kerajinan 11.1 Mengamalkan sikap 11.1 Mengamalkan sikap rajin di Cadangan kaedah
rajin dalam keluarga sekolah kelas
11.1.1, 11.1.2,
11.1.3, 11.1.4

11.1.1 Menyenaraikan perlakuan 11.1.1 Menyatakan cara bersikap rajin Cadangan secara
rajin dalam keluarga di sekolah kumpulan
-
11.1.2 Menceritakan kepentingan 11.1.2 Menyenaraikan kepentingan
bersikap rajin dalam bersikap rajin di sekolah
keluarga
11.1.3 Menceritakan perasaan apabila
11.1.3 Menyatakan perasaan bersikap rajin di
bersikap rajin dalam sekolah
keluarga
11.1.4 Mempraktikkan sikap rajin di
11.1.4 Melaksanakan tugas sekolah
dengan rajin dalam
keluarga

18
12. Kerjasama 12.1 Melaksanakan tugas 12.1 Memberikan kerjasama Cadangan kaedah
bersama-sama dalam menjayakan aktiviti di kelas
keluarga untuk sekolah 12.1.1, 12.1.2,
kebaikan bersama 12.1.3, 12.1.4

12.1.1 Menyenaraikan tugas 12.1.1 Menyenaraikan aktiviti yang Cadangan secara


yang boleh dilakukan dilakukan bersama-sama kumpulan
bersama-sama keluarga di sekolah -

12.1.2 Menceritakan kebaikan 12.1.2 Menceritakan kebaikan


bekerjasama dengan ahli bekerjasama disekolah
keluarga
12.1.3 Menyatakan perasaan apabila
12.1.3 Menyatakan perasaan Bekerjasamadi sekolah
apabila melaksanakan
tugas bersama-sama 12.1.4 Melaksanakan aktiviti
keluarga bekerjasama di sekolah untuk
kebaikan bersama
12.1.4 Menjalankan tugas
bersama-sama keluarga

19
13. 13.1 Mengamalkan sikap 13.1 Mengamalkan sikap Cadangan kaedah
Kesederhanaan sederhana dalam sederhana di sekolah kelas
keluarga 13.1.1, 13.1.2,
13.1.3, 13.1.4

13.1.1 Menceritakan perlakuan 13.1.1 Menyatakan perlakuan Cadangan secara


sederhana dalam sederhana di sekolah kumpulan
keluarga -
13.1.2 Menyenaraikan kebaikan
13.1.2 Menyatakan bersikap sederhana di
kepentingan bersikap sekolah
sederhana dalam
keluarga 13.1.3 Menyedari kepentingan
bersikap sederhana di
13.1.3 Menyedari kepentingan sekolah
bersikap sederhana
dalam keluarga 13.1.4 Mempraktikkan sikap
sederhana di sekolah
13.1.4 Menunjukkan sikap
sederhana dalam
keluarga

20
14. Toleransi 14.1 Mengamalkan sikap 14.1 Mengamalkan sikap Cadangan kaedah
toleransi sesama toleransi di sekolah penggabungan
ahli keluarga 14.1.1, 14.1.2,
14.1.3, 14.1.4

14.1.1 Menceritakan perlakuan 14.1.1 Menyatakan sikap toleransi Cadangan secara


bertoleransi sesama ahli sesama warga sekolah kumpulan
NILAI keluarga -
14.1.2 Menyenaraikan kebaikan
14.1.2 Menyenaraikan bersikap toleransi sesama
kebaikan bersikap warga sekolah
toleransi sesama ahli
keluarga 14.1.3 Menceritakan perasaan
apabila bersikap toleransi
14.1.3 Menghargai perlakuan sesama warga sekolah
bertoleransi sesama ahli
keluarga 14.1.4 Menunjukkan sikap toleransi
sesama warga sekolah
14.1.4 Menunjukkan perlakuan
bertoleransi sesama ahli
Keluarga

21
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN

1. Kepercayaan
1.1 Menghormati amalan 1.1 Menghormati agama dan Cadangan kaedah kelas
kepada Tuhan
beribadat pelbagai kepercayaan masyarakat 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3, 1.1.4
agama dan setempat
kepercayaan jiran
Cadangan secara
1.1.1 Menyenaraikan amalan
1.1.1 Menjelaskan kumpulan
beribadat pelbagai
kepentingan menghormati -
agama dan kepercayaan
agama dan kepercayaan
jiran
masyarakat setempat
1.1.2 Menerangkan cara
1.1.2 Menghuraikan cara
menghormati amalan
menghormati agama dan
beribadat pelbagai
kepercayaan masyarakat
agama dan kepercayaan
setempat
jiran
1.1.3 Menghayati kepentingan
1.1.3 Menyedari kepentingan
menghormati agama dan
menghormati amalan
kepercayaan masyarakat
beribadat pelbagai
setempat
agama dan kepercayaan
jiran
1.1.4 Mengamalkan sikap
menghormati agama dan
1.1.4 Mengamalkan sikap kepercayaan masyarakat
menghormati amalan setempat
beribadat pelbagai
agama dan kepercayaan
jiran

22
2. Baik hati 2.1 Memberi bantuan 2.1 Memberi bantuan Cadangan kaedah kelas
kepada jiran kepada masyarakat 2.1.1, 2.1.2, 2.1.3, 2.1.4
setempat

2.1.1 Memerihalkan cara Cadangan secara


2.1.1 Menceritakan cara memberi bantuan kepada kumpulan
memberi bantuan kepada masyarakat setempat -
jiran
2.1.2 Menghuraikan kebaikan
2.1.2 Menghuraikan memberi bantuan kepada
kepentingan memberi masyarakat setempat
bantuan kepada jiran
2.1.3 Melahirkan perasaan
2.1.3 Meramalkan perasaan apabila memberi bantuan
apabila memberi bantuan kepada masyarakat
kepada jiran setempat

2.1.4 Mengamalkan sikap 2.1.4 Mempraktikkan sikap


membantu jiran saling membantu dalam
masyarakat setempat

23
3. Bertanggungjawab 3.2 Melaksanakan 3.1 Melibatkan diri dalam Cadangan kaedah kelas
tanggungjawab sebagai aktiviti masyarakat 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3, 3.1.4
jiran setempat

3.2.1 Menjelaskan peranan 3.1.1 Menerangkan cara Cadangan secara


sebagai jiran melibatkan diri dalam kumpulan
aktiviti masyarakat -
3.2.2 Membincangkan setempat
kepentingan
melaksanakan peranan 3.1.2 Membincangkan kebaikan
sebagai jiran melibatkan diri dalam
aktiviti masyarakat
3.2.3 Menyedari peranan setempat
sebagai jiran
3.1.3 Menjelaskan perasaan
apabila melibatkan diri
3.2.4 Mempraktikkan peranan dalam aktiviti masyarakat
sebagai jiran setempat

3.1.4 Menyertai aktiviti yang


berfaedah dalam
masyarakat setempat

24
4.1 Menghargai sumbangan 4.1 Menghargai anggota Cadangan kaedah kelas
4. Berterima kasih jiran masyarakat setempat 4.1.1, 4.1.2, 4.1.3, 4.1.4,
yang berjasa 4.1.5

4.1.1 Menceritakan sumbangan Cadangan secara


jiran 4.1.1 Mengenali anggota kumpulan
masyarakat setempat yang -
4.1.2 Memaparkan cara berjasa
menghargai sumbangan
jiran 4.1.2 Menerangkan cara
menghargai anggota
4.1.3 Menceritakan perasaan masyarakat setempat yang
menghargai sumbangan berjasa
jiran
4.1.3 Menjelaskan kepentingan
4.1.4 Memberi penghargaan menghargai anggota
terhadap sumbangan masyarakat setempat yang
jiran berjasa

4.1.4 Menceritakan perasaan


apabila memberi
penghargaan kepada
anggota masyarakat
setempat yang berjasa

4.1.5 Mengamalkan sikap


menghargai anggota
masyarakat setempat
yang berjasa

25
5. Hemah tinggi 5.2 Mengamalkan adab 5.1 Mengamalkan sikap Cadangan kaedah kelas
dalam pergaulan bersopan dalam majlis 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4
dengan jiran dan upacara masyarakat
setempat

5.2.1 Menyenaraikan adab 5.1.1 Menghuraikan cara Cadangan secara


dalam pergaulan dengan bersikap sopan dalam kumpulan
jiran majlis dan upacara -
masyarakat setempat
5.2.2 Menghuraikan
kepentingan adab dalam 5.1.2 Menjelaskan kepentingan
pergaulan dengan jiran bersikap sopan dalam
majlis dan upacara
5.2.3 Menceritakan perasaan masyarakat setempat
apabila berkelakuan
beradab dalam pergaulan 5.1.3 Menceritakan perasaan
dengan jiran apabila bersikap sopan
dalam majlis dan upacara
5.2.4 Mengamalkan perlakuan masyarakat setempat
beradab dengan jiran
5.1.4 Berkelakuan sopan dalam
majlis dan upacara
masyarakat setempat

26
6. Hormat 6.1 Menghormati jiran 6.1 Menghormati pemimpin Cadangan kaedah kelas
dalam masyarakat 6.1.1, 6.1.2, 6.1.3, 6.1.4
setempat

6.1.1 Mengenal pasti cara 6.1.1 Membincangkan cara Cadangan secara


menghormati jiran menghormati pemimpin kumpulan
dalam masyarakat -
6.1.2 Menerangkan setempat
kepentingan menghormati
jiran 6.1.2 Menjelaskan kepentingan
menghormati pemimpin
6.1.3 Memerihalkan perasaan dalam masyarakat
apabila saling setempat
menghormati sesama jiran
6.1.3 Memerihalkan perasaan
apabila menghormati
6.1.4 Menunjukkan sikap pemimpin dalam
menghormati jiran
masyarakat setempat

6.1.4 Mempraktikkan sikap


menghormati pemimpin
dalam masyarakat
setempat

27
7. Kasih Sayang 7.2 Menyayangi jiran 7.1 Menyayangi Cadangan kaedah kelas
masyarakat setempat 7.1.1, 7.1.2, 7.1.3, 7.1.4

7.2.1 Menjelaskan cara 7.1.1 Menghuraikan cara Cadangan secara


menyayangi jiran menyayangi masyarakat kumpulan
setempat -
7.2.2 Menghuraikan
kepentingan menyayangi 7.1.2 Menerangkan
jiran kepentingan
menyayangi masyarakat
7.2.3 Meramalkan perasaan setempat
apabila menyayangi jiran
7.1.3 Menceritakan perasaan
apabila menyayangi
7.2.4 Mengamalkan sikap masyarakat setempat
menyayangi jiran
7.1.4 Mempraktikkan budaya
menyayangi masyarakat

28
setempat

8. Keadilan 8.1 Mengamalkan keadilan Cadangan kaedah kelas


8.1 Bersikap adil dalam
terhadap jiran 8.1.1, 8.1.2, 8.1.3, 8.1.4
masyarakat setempat

8.1.1 Menjelaskan sikap adil 8.1.1 Memerihalkan cara bersikap Cadangan secara
terhadap jiran adil dalam masyarakat kumpulan
-
setempat
8.1.2 Menghuraikan
kepentingan bersikap adil 8.1.2 Mengemukakan
terhadap jiran kepentingan bersikap adil
dalam masyarakat setempat
8.1.3 Menceritakan perasaan
apabila bersikap adil 8.1.3 Mengekspresikan perasaan
terhadap jiran apabila bersikap adil dalam
masyarakat setempat
8.1.4 Mengamalkan perlakuan
adil terhadap jiran 8.1.4 Mempraktikkan sikap adil
dalam masyarakat setempat

29
9. Keberanian 9.1 Mengamalkan sikap 9.2 Berani mempertahankan Cadangan kaedah kelas
berani menyuarakan nama baik masyarakat 9.1.1, 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4
pandangan yang setempat
membina terhadap jiran

9.1.1 Mengenal pasti cara 9.2.1 Membentangkan cara Cadangan secara


menyuarakan pandangan mempertahankan nama kumpulan
yang membina terhadap baik masyarakat setempat -
jiran
9.2.2 Menjelaskan kepentingan
9.1.2 Menerangkan mempertahankan nama
kepentingan baik masyarakat setempat
menyuarakan pandangan
yang membina terhadap 9.2.3 Menceritakan perasaan
jiran apabila mempertahankan
nama baik masyarakat
9.1.3 Meramalkan perasaan setempat
apabila menyuarakan
pandangan yang 9.2.4 Mengamalkan sikap berani
membina terhadap jiran mempertahankan nama
baik masyarakat setempat
9.1.4 Mempraktikkan sikap
berani menyuarakan
pandangan yang
membina terhadap jiran

30
10. Kejujuran 10.1 Mengamalkan sikap 10.1 Mengamalkan sikap jujur Cadangan kaedah kelas
jujur dalam dalam masyarakat 10.1.1, 10.1.2, 10.1.3,
perhubungan dengan setempat 10.1.4
jiran

10.1.1 Menyenaraikan sikap jujur 10.1.1 Membincangkan sikap Cadangan secara


dalam perhubungan jujur dalam masyarakat kumpulan
dengan jiran setempat -

10.1.2 Memberi sebab perlunya 10.1.2 Menjelaskan kepentingan


bersikap jujur terhadap bersikap jujur dalam
jiran masyarakat setempat

10.1.3 Menghuraikan perasaan 10.1.3 Menceritakan perasaan


apabila bersikap jujur apabila bersikap jujur
terhadap jiran dalam masyarakat
setempat
10.1.4 Berkelakuan jujur
terhadap jiran 10.1.4 Mengaplikasikan sikap
jujur dalam masyarakat
setempat

31
11. Kerajinan 11.1 Mengamalkan sikap 11.1 Menunjukkan sikap Cadangan kaedah kelas
rajin sesama jiran rajin dalam masyarakat 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3,
setempat 11.1.4

11.1.1 Menjelaskan cara 11.1.5 Mengilustrasikan Cadangan secara


bersikap rajin sesama perlakuan rajin dalam kumpulan
jiran masyarakat setempat -

11.1.2 Menyenaraikan 11.1.6 Menjelaskan kepentingan


kepentingan bersikap bersikap rajin dalam
rajin sesama jiran masyarakat setempat

11.1.3 Meramalkan perasaan 11.1.7 Mengutarakan perasaan


apabila bersikap rajin apabila bersikap rajin
sesama jiran dalam masyarakat
setempat
11.1.4 Mempraktikkan sikap
rajin sesama jiran 11.1.8 Mempraktikkan sikap rajin
dalam masyarakat
setempat

32
12. Kerjasama 12.1 Bekerjasam dengan 12.1 Melibatkan diri dalam Cadangan kaedah kelas
jiran pelbagai aktiviti 12.1.1, 12.1.2, 12.1.3,
kemasyarakatan 12.1.4

12.1.1 Menyenaraikan aktiviti 12.1.1 Mengemukakan aktiviti Cadangan secara


yang dilakukan bersama- berfaedah yang dilakukan kumpulan
sama jiran bersama-sama -
masyarakat setempat
12.1.2 Meramalkan kesan
melakukan aktiviti 12.1.2 Merancang cara
bersama-sama jiran melaksanakan aktiviti
secara bekerjasama dalam
12.1.3 Menceritakan perasaan masyarakat setempat
apabila melakukan
aktiviti bersama-sama 12.1.3 Mengekspresikan
jiran perasaan apabila
melaksanakan aktiviti
12.1.4 Mengamalkan sikap secara bekerjasama dalam
bekerjasama dengan masyarakat setempat
jiran
12.1.4 Mempraktikkan sikap
bekerjasama dalam
aktiviti kemasyarakatan

33
13. Kesederhanaan 13.1 Mengamalkan sikap 13.1 Menunjukkan sikap Cadangan kaedah kelas
sederhana sesama jiran sederhana dalam hidup 13.1.1, 13.1.2, 13.1.3,
bermasyarakat 13.1.4

13.1.1 Membincangkan cara 13.1.1 Menghuraikan cara Cadangan secara


bersikap sederhana bersederhana dalam hidup kumpulan
sesama jiran bermasyarakat -

13.1.1 Menjelaskan kepentingan 13.1.2 Membentangkan


bersikap sederhana kepentingan bersikap
sesama jiran sederhana dalam hidup
bermasyarakat
13.1.3 Menghayati sikap
sederhana sesama jiran 13.1.3 Menjelaskan perasaan
bersikap sederhana dalam
13.1.4 Mengaplikasikan sikap hidup bermasyarakat
sederhana dalam aktiviti
harian sesama jiran 13.1.4 Melaksanakan sikap
sederhana dalam hidup
bermasyarakat

34
14. Toleransi 14.1 Mengamalkan sikap 14.1 Mengamalkan toleransi Cadangan kaedah kelas
toleransi sesama jiran dalam masyarakat 14.1.1, 14.1.2, 14.1.3,
setempat 14.1.4

14.1.1 Menggambarkan cara 14.1.1 Menghuraikan cara Cadangan secara


bertoleransi sesama jiran bertoleransi dalam kumpulan
masyarakat setempat -
14.1.2 Menjelaskan kebaikan
bertoleransi sesama jiran 14.1.2 Memerihalkan kebaikan
bertoleransi dalam
14.1.3 Menceritakan perasaan masyarakat setempat
apabila bertoleransi
sesama jiran 14.1.3 Menjelaskan perasaan
apabila bertoleransi dalam
14.1.4 Mempraktikkan sikap masyarakat setempat
toleransi sesama jiran
14.1.4 Mengaplikasikan sikap
bertoleransi dalam
masyarakat setempat

35
3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM
3.1 Pengenalan
Kelas bercantum mempunyai bilangan murid yang kecil dan terdiri daripada
murid daripada tahun persekolahan yang berbeza. Proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas bercantum perlu mengambil kira keperluan murid
yang berbeza daripada aspek kebolehan, minat dan tahap pemikiran.
Sehubungan dengan itu kaedah pengajaran pelbagai gred digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum. Umumnya, pengajaran dan
pembelajaran yang biasa dilaksanakan dalam pengajaran pelbagai gred adalah
Pengajaran Kelas, Pengajaran Kumpulan dan Pengajaran Individu. Strategi
pengajaran dan pembelajaran seperti penggabungjalinan, penyerapan,
pemulihan dan pengayaan perlu diubahsuai berdasarkan keperluan murid yang
pelbagai.

Murid dalam kelas bercantum mempunyai unsur-unsur kepelbagaian yang perlu


diambilkira oleh guru ketika merancang proses pengajaran. Unsur-unsur
kepelbagaian mereka adalah seperti berikut:

i. Umur
ii. Kebolehan
iii. Tahap perkembangan
iv. Latar belakang
v. Pengalaman
vi. Motivasi
vii. Minat

3.2 Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred


Pengajaran pelbagai gred digunakan dalam kelas bercantum untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berikut adalah
limajenis pengajaran pelbagai gred yang digunakan dalam kelas bercantum:

3.2.1 Pengajaran Secara Kelas


Guru menyampaikan pelajaran kepada semua murid yang berada dalam bilik
darjah kelas bercantum pada masa yang sama. Walau bagaimanapun,
pengajaran secara kelas ini hanya sesuai dilaksanakan untuk mata pelajaran

36
seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Moral kerana guru
boleh menyampaikan maklumat am kepada murid.

3.2.2 Pengajaran Mengikut Tahun Persekolahan


Kaedah ini dijalankan dalam situasi guru mengajar murid dalam kumpulan
berasingan mengikut umur tertentu dalam sesuatu waktu. Guru akan mengajar
satu kumpulan murid secara kelas dan dalam waktu yang sama murid daripada
tahun persekolahan yang lain akan membuat kerja secara individu. Kaedah ini
disebut “Kaedah Mengikut Tahun Persekolahan” dengan tujuan
membezakannya dengan kaedah kumpulan kebolehan yang terdapat dalam
kelas biasa.

Kaedah ini boleh digunakan apabila terdapat peringkat kebolehan murid


mengikut tahun persekolahan sangat berbeza daripada aspek kemahiran dan
pengetahuan di dalam sesuatu bidang tertentu. Contohnya, bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, kemahiran membaca bagi sebuah kelas bercantum Tahun 2
dan Tahun 3, guru akan melaksanakan aktiviti bacaan dengan murid Tahun 2
dan kemudian, manakala murid Tahun 3 diberi buku atau teks untuk pembacaan
di ruang pembacaan senyap. Kemudian guru akan beralih kepada Tahun 3
untuk melaksanakan aktiviti bacaan.Semasa melaksanakan kaedah ini, guru
digalakkan mengadakan aktiviti-aktiviti kumpulan.

3.2.3 Pengajaran Secara Kumpulan


Kaedah ini bermaksud guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
dan menyampaikan pengajarann kepada kumpulan murid tertentu dalam satu-
satu masa. Setelah guru selesai membimbing satu kumpulan, guru akan
berpindah dan membimbing kumpulan yang lain; dan seterusnya bergilir-gilir
sehingga merangkumi semua kumpulan murid.
Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membentuk kumpulan :

(a) Kumpulan Mengikut Kebolehan Yang Sama

Murid yang lebih kurang sama tahap kebolehan diletakkan dalam satu kumpulan
. Kumpulan seperti ini sesuai untuk beberapa aktiviti dalam kemahiran asas,
aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik.

37
Kaedah ini amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran seperti Matematik,
Sains dan bahasa. Guru akan memerhati dan mencatat pencapaian murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara sistematik
akanmembahagikan murid pada kumpulan-kumpulan tertentu berdasarkan
kebolehan mereka. Guru perlu lebih menitikberatkan keperluan murid daripada
kumpulan yang lemah.

(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Murid daripada pelbagai kebolehan dan kecenderungan akan diletakkan dalam


satu kumpulan. Contohnya, ahli kumpulan yang terdiri daripada murid yang
pandai membaca, melukis dan merekacipta. Biasanya kumpulan seperti ini
dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang
mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan projek yang berjaya.
Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan murid.

3.2.4 Pengajaran Individu


Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing
secara individu. Kaedah individu ini bermaksud pengajaran guru adalah
dikhususkan kepada seseorang murid yang tertentu dengan bahan bantu
mengajar atau lembaran kerja khas untuk murid berkenaan sahaja. Kaedah ini
bertujuan untuk mengembangkan secara optima potensi dan kebolehan murid
itu, dan dalam situasi kelas bercantum dimana bilangan muridnya yang bersaiz
kecil, kaedah ini merupakan kaedah paling efektif.

3.2.5 Pengajaran Sosial


Kumpulan ini berbeza dengan kumpulan yang dibentuk berdasarkan aktiviti dan
kumpulan pelbagai kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan
kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri dimana kanak-kanak diberi peluang
memilih kumpulan-kumpulannya sendiri berdasarkan minat dan kecenderungan
murid berkenaan serta dikelilingi oleh rakan-rakan yang disenangi murid itu.
Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran
muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi; juga ata pelajaran yang
menekankan kemahiran psikomotor.

38
3.3 Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21
Pengajaran bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran
atau ilmu pengetahuan kepada murid. Ia merupakan satu proses yang bermula
daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali
apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan
proses pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik
untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembelajaran
ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku
yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan
tingkah laku yang segera. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan
akan membawa perubahan tingkah laku.

Pelbagai kaedah pengajaran yang telah digunakan oleh guru sejak berkurun
lamanya. Ini dilakukan untuk memastikan supaya murid mendapat
pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Kaedah pengajaran yang sering
diperkatakan masa kini adalah pembelajaran abad 21 seiring dengan arus
pembangunan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif
pembelajaran abad 21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan
pelaksanaan ke seluruh negara mulai tahun 2015 selaras dengan transformasi
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025). Terdapat perbezaan antara pembelajaran konvensional dan
pembelajaran abad 21 iaitu:

Pembelajaran Konvensional Pembelajaran Abad Ke-21


 Dipimpin oleh guru  Berasaskan murid
 Pembelajaran langsung  Pembelajaran koperatif
 Menekankan pengetahuan,  Menekankan kemahiran,
kandungan dan kemahiran asas. proses dan pemikiran aras
tinggi
 Berfokuskan teori  Berfokuskan praktikal
 Menekankan Kurikulum  Menekankan kemahiran hidup
 Aktiviti Individu  Aktiviti berkumpulan

 Merangkumi dalam bilik darjah  Melibatkan komuniti


 Pentaksiran formatif
 Pentaksiran sumatif  Belajar untuk kehidupan
 Belajar untuk sekolah

39
3.3.1 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad 21
Pengajaran dan pembelajaran abad 21 turut menekankan 4 ciri iaitu:
(a) Komunikasi (Communication)
(b) Pemikiran kritis (Critical Thinking)
(c) Kolaborasi (Collaboration)
(d) Kreativiti (Creativity)

(a) Komunikasi

Murid digalakkan untuk memahami, mengelola dan menghasilkan satu


komunikasi yang efektif dalam pelbagai bentuk sama ada secara lisan atau
tulisan. Murid akan diberi peluang untuk menggunakan kemahiran komunikasi
ketika mengutarakan pendapat mereka sama ada dalam aktiviti berkumpulan
atau pun ketika bersama guru.

(b) Kolaborasi
Murid akan diberi peluang untuk menunjukkan kemampuannya dalam aktiviti
berkumpulan, bakat kepimpinan, memainkan pelbagai peranan, memikul
tanggungjawab, menghormati pendapat orang lain, bertoleransi dan berempati
dengan orang lain.

(c ) Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah


Murid dididik untuk berusaha menganalisa, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.

40
(d) Kreativiti dan inovasi
Murid digalakkan untuk mencuba menghasilkan sesuatu yang baharu atau
membuat inovasi.

Secara rumusannya, murid kini perlu didedahkan dengan pelbagai situasi yang
menuntut mereka untuk menyelesaikan pelbagai pemasalahan supaya mereka
boleh menjadi modal insan yang kritis, berdaya saing dan mampu berhadapan
dengan cabaran globalisasi. Mereka juga perlu bijak berkomunikasi dan bekerja
dengan orang lain terutama ketika mereka berada di dalam alam pekerjaan.
Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu menyediakan murid dengan ilmu dan
kemahiran ini bersesuaian dengan kehendak semasa.

3.3.2 Elemen-Elemen Yang Terkandung Dalam Pembelajaran Abad 21


Berikut adalah gambarajah yang menyenaraikan elemen-elemen yang
terkandung dalam pembelajaran abad 21.

Ciri-ciri murid yang diharapkan hasil daripada pembelajaran abad 21 ialah:


 bijak menyoal
 berupaya membuat hubung kait
 yakin berkomunikasi

41
 mengambil risiko
 ingin tahu
 menjana idea
 fleksibel
 mendengar dan membuat refleksi
 mampu bekerja dengan orang lain
 mampu berfikir sendiri
 menguasai kemahiran literasi
 berani mencuba

3.3.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21.

Strategi kolaboratif dan kooperatif


Strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan murid bekerjasama dalam kumpulan bagi
mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta
berinteraksi antara satu sama lain secara beerstuktur.

Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu murid
berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan
satu hasil akhir (end product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran.
Pendekatan berstruktur dalam pembelajaran koperatif melibatkan proses mencipta,
menganalisis dan mengaplikasikan struktur dan tidak terikat kepada isi kandungan
pelajaran.

Ciri-ciri pembelajaran koperatif


 Ganjaran kumpulan: ganjaran kumpulan menjadikan murid lebih bermotivasi
untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan
 Tanggungjawab individu: mendorong murid membimbing rakan-rakan
sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran
 Peranan ahli
 Interaksi
 Kemahiran berkumpulan-menguruskan sebarang konflik yang timbul di dalam
kumpulan

Pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi yang melibatkan satu


kumpulan murid yang bekerja bersama untuk mencapai hasil pembelajaran secara

42
bersama. Dalam pembelajaran kolaboratif terdapat tiga cara iaitu kolaboratif guru-murid,
kolaboratif murid, dan kolaboratif melalui ICT. Dalam Pembelajaran Abad 21,
pembelajaran kolaboratif penting kerana ia merupakan satu proses yang mencabar
murid berfikir, menyelesaikan masalah, mepunyai tujuan yang sama untuk mencapai
keputusan.

Pembelajaran
kolaboratif

Kolaboratif kolaboratif
murid-murid melalui ICT

Berkongsi membuat Perkongsian


pendapat keputusan maklumat

Ciri –ciri pembelajaran kolaboratif


 Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid- contoh
maklumat hasil carian internet
 Perkongsian kuasa antara guru dan murid – penurunan kuasa kepada murid
menentukan objektif sesuatu tugasan, menggunakan kreativiti mereka
menyiapkan tugasan, contohnya pengurusan grafik
 Guru sebagai mediator- membantu murid mengaitkan maklumat baru yang
diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan
kepada situasi baru

Tambahan pula, pembelajaran ini berpotensi memenuhi gaya pembelajaran murid, dan
murid dapat mempelajari kemahiran interpersonal. Selain itu pembelajaran ini menuju
kepada perubahan dan murid bertoleransi sesama sendiri (Watson & Battistich 2006).
Dalam kelas bercantum, kaedah pembelajaran ini boleh digunakan dalam menjalankan
aktiviti kumpulan secara bersama-sama oleh murid. Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan mengikut kebolehan mereka. Elemen yang perlu di beri perhatian
ialah minat, kebolehandan umur mereka. Bagi murid yang mempunyai aras yang lebih

43
tinggi, isu yang lebih kompleks boleh dikemukakan di mana ahli-ahli kumpulan akan
berusaha untuk mencari penyelesaian yang sesuai.

Contoh pembelajaran kolaboratif dan kooperatif yang boleh digunakan dalam kelas
bercantum adalah jigsaw, gallery walk, perbincangan kumpulan, projek. Contoh:
Jigsaw Model.

Murid di bahagikan kepada kumpulan. Setiap murid akan belajar satu topik atau
kemahiran. Selepas itu kumpulan itu dibahagikan kepada kumpulan baru supaya setiap
kumpulan mempunyai wakil yang boleh mengajar satu topik atau kemahiran. Kaedah ini
sangat efektif untuk pembentangan isi kandungan . Murid dapat mengajar murid yang
lain dan pada masa yang sama dapat memupuk sifat kepimpinan. Semasa
pembelajaran ini berlaku, guru berpeluang mengajar kumpulan yang lain.

Pembelajaran kontekstual
Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu
yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia
pekerjaan. Pembelajaran kontekstual melibatkan murid sepenuhnya dalam proses
pembelajaran. Pembelajaran ini menekankan proses penglibatan murid untuk mencari
bahan-bahan yang mereka belajar dan kaitkan dengan kehidupan sebenarnya.
Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan pengalaman guru untuk memberi
kefahaman kepada murid kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri
melibatkan murid, pengajar dan bahan pengajaran. Pembelajaran kontekstual ini bukan
sekadar mendengar dan mengambil nota tetapi murid mengalami proses pembelajaran
secara langsung, iaitu menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses
interaksi antara murid dengan murid yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di
dalam kelas sebagai simulasi kepada kehidupan harian mereka.

Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada


murid. Guru dikehendaki melibatkan murid secara aktif dan menemui idea dan fakta. Ini
akan menjadikan murid dapat melibatkan diri secara menyeluruh dalam aktiviti dan
membentangkan hasil kerja mereka.

Contohnya: Pembelajaran eksperiential, pengalaman hidup sebenar, dan pembelajaran


aktiviti. Kaedah yang boleh digunakan ialah simulasi, main peranan, kajian kes dan
“problem based learning”

44
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Pembelajaran Berasaskan Masalahialah satu strategi yang berpusatkan murid. Murid
dikehendaki belajar tentang sesuatu mata pelajaran dengan menggunakan pengalaman
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Murid akan menguasai kemahiran berfikir dan
juga pengetahuan tentang matapelajaran tersebut. Kaedah ini bermatlamat untuk
menolong murid mengembangkan pengetahuan mereka, menyelesaikan masalah
dengan efektif, pembelajaran kendiri, kemahiran kolaboratif dan meningkatkan motivasi
intrinsik.

Dalam kumpulan, murid mengenalpasti apa yang mereka tahu, apa yang perlu mereka
tahu, bagaimana dan cara mengakses informasi baru untuk menyelesaikan masalah.
Guru berperanan sebagai fasilitator dengan memberi sokongan, bimbingan dan
memantau proses pembelajaran.

Masalah

Aplikasikan Apa murid


pengetahuan tidak tahu

Belajar apa
yang tidak tahu

Kitaran Pembelajaran Berasaskan Masalah


Contoh:
1) Murid di beri satu masalah untuk berbincang dalam kumpulan. Di sini murid
akan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka.
2) Dalam kumpulan, murid akan mengembangkan teori atau hipotesis untuk
menerangkan masalah. Pada masa ini murid akan mengenalpasti isu
pembelajaran. Fasilitator memberi bimbingan supaya murid dapat membina
pengetahuan semasa menyelesaikan masalah.
3) Pembelajaran kendiri akan berlaku dalam proses ini di mana murid terus
mencari isu dalam masalah yang diberi.
4) Murid akan membentuk kumpulan dan membincang dapatan mereka
berdasarkan apa yang mereka pelajari.

45
Dalam proses pembelajaran, maklumbalas dan refleksi akan berlaku. Murid aktif dalam
membina pengetahuan baru. Kekuatan PBL adalah proses pembelajaran ini membina
satu keyakinan dalam murid berdasarkan pengalaman dan interaksi dengan
persekitaran mereka, seterusnya menyediakan mereka untuk menghadapi masalah dan
cabaran yang sebenar berlaku dalam dunia.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)


Pembelajaran Berasaskan Projek adalah kaedah pengajaran abad 21 yang sangat
komprehensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam ciri abad 21. Ia
merupakan satu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek
sebagai cara murid memeperoleh ilmu. Kaedah ini adalah berpusatkan murid,
memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran
serta kecerdasan pelbagai. Kaedah ini memerlukan murid untuk berinteraksi dengan
isu dan amalan dunia sebenar selain menekankan pembelajaran kendiri dan amalan
penerokaan oleh murid.

Proses pembelajaran menggunakan kaedah ini bermula dengan soalan-soalan


berpandu, pemahaman konsep dan prinsip terus pelajaran. Ini akan memberi peluang
kepada murid untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam. Murid biasanya
diberi kebebasan untuk memilih tema bagi projeknya berdasarkan kepada senarai tema
yang disediakan. Kemudian murid akan mengumpul segala maklumat dan bahan yang
berkaitan dengan projek tersebut. Oleh itu murid perlu menjangkau bidang yang
pelbagai dan luas. Dengan cara ini projek dapat meluaskan skop pemikiran murid dan
memberi mereka peluang untuk memperoleh pengalaman yang lebih luas.
Pembelajaran menggunakan kaedah ini selalunya dicirikan dengan penghasilan satu
produk pada akhir pembelajaran. Murid juga boleh menunjukkan apa yang telah
dipelajari dalam bentuk demonstrasi dan persembahan.

Terrdapat persamaaan di antara kaedah Pengajaran Berasaskan Masalah (PBM) dan


Pengajaran Berasaskan Projek (PBP) di mana kedua-duanya menggunakan kaedah
inkuiri yang membentuk soalan dan masalah untuk diselesaikan. Namun begitu
terdapat perbezaan di antara keduanya. PBP menilai murid melalui penghasilan produk
atau pembentangan murid terhadap pemasalahan yang dipilih. Manakala PBM melihat
kepada jawapan atau penyelesaian masalah. Dalam PBM guru akan terus memberikan
masalah kepada murid untuk diselesaikan manakala PBP memberi ruang kepada murid
untuk memilih tema atau isu yang ingin mereka selesaikan.

46
Flipped classroom
Flipped classroom adalah satu strategi pengajaran yang berbeza dengan kaedah
tradisional yang sering guru laksanakan. Flipped classroom menyampaikan isi
kandungan pengajaran di luar bilik darjah contoh melalui talian, penggunaan video,
audio, perisian multimedia dan apa jua jenis bahan yang memanfaatkan murid. Kaedah
ini adalah fleksibel dan boleh diguna dalam pelbagai disiplin dan peringkat pendidikan.
Pada peringkat sekolah , kaedah ini tidak terhad kepada murid biasa. Siegle (2013)
telah membuktikan kaedah flipped classroom sesuai dilaksanakan terhadap murid yang
istimewa dan murid yang berbakat. Bagi murid yang pada tahap rendah kaedah flipped
classroom membantu meningkatkan motivasi dan minat murid seperti pemulihan.
Sebaliknya, bagi murid yang mempunyai kecerdasan tinggi, kaedah flipped classroom
bertindak sebagai proses pengayaan.

Dalam pembelajaran menggunakan flipped classroom, guru menyediakan bahan-bahan


bacaan seperti buku, nota, video tape pengajaran dan juga laman web yang berkenaan
dengan topik yang hendak diajar. Sebelum pengajaran topik itu, murid akan membaca
atau mengakses bahan tersebut di rumah. Ia adalah satu persediaan yang rapi dan baik
kerana murid dapat mengakses bahan-bahan pelajaran di rumah mengikut tahap
mereka. Sebagai contoh, murid pada tahap yang rendah boleh melihat bahan-bahan
pelajaran beberapa kali dan murid pada tahap yang tinggi akan lebih bermotivasi untuk
mencari lebih maklumat tentang topik yang berkenaan. Apabila murid menghadiri kelas,
guru telah menyediakan pelbagai aktiviti kumpulan di dalam kelas. Aktiviti kumpulan
adalah berkenaan dengan bahan yang mereka telah baca.

Cadangan ialah guru boleh menyediakan stesen pembelajaran, demonstrasi, aktiviti


makmal, kerja berkumpulan dengan bimbingan.

47
Ciri-ciri flipped classroom
 Pembelajaran aktif: Murid melalui satu proses pembelajaran yang aktif di mana
murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.
 Pembelajaran arah-kendiri: Murid merujuk kepada bahan pengajaran yang lalu
dan kaitkan dengan pengetahuan yang baru.
 Pelbagai gaya pembelajaran: Flipped classroom dapat memenuhi gaya
pembelajaran murid, iaitu pengajaran dan pembelajaran adalah dalam berbagai
bentuk dan murid melibatkan diri dalam aktiviti.
 Pelbagai “instruction: Murid belajar mengikut tahap kebolehan.
 Interaksi sosial: Interaksi sosial dipertingkatkan melalui aktiviti kolaboratif di
dalam kalangan muriddengan murid dan murid dengan guru. Interaksi dengan
guru adalah lebih bermakna.
 Penyediaan abad 21: Menggunakan teknologi untuk tujuan pendidikan, iaitu
mengembangkan kemahiran teknologi supaya murid dapat menggunakan
teknologi dan sumber untuk menambah pengetahuan mereka.

3.4 Strategi Pelbagai Gred(Multigrade Strategy)


Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum, guru mesti
mengenal murid dari segi aras kebolehan murid, kematangan, umur, dan minat. Guru
yang mengajar kepelbagaian aras dalam kelas bercantum harus mengetahui beberapa

48
aspek supaya guru dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
Aspek-aspek tersebut akan dibincangkan di bawah.

Kumpulan strategik
Bahagikan murid kepada kumpulan pelbagai aras. Dengan pembentukkan kumpulan
pelbagai aras, murid digalakkan bergaul dan berinteraksi dalam tugasan mereka.
Contohnya, guru boleh memberi murid yang beraras rendah aktiviti membaca, beraras
tinggi pula aktiviti menulis dan aktiviti yang lain bersesuaian dengan tahap murid.

Penyediaan sumber/bahan pengajaran dan pembelajaran


Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai jenis dan harus
memberi cabaran kepada pembelajaran murid yang pelbagai aras. Contohnya,
lembaran kerja yang pelbagai jenis untuk digunakan dalam kumpulan pelbagai aras.
Lembaran kerja adalah berbentuk tugasan berkumpulan, tugasan dengan bimbingan
guru, tugasan individu dan tugasan bimbingan rakan sebaya.
Pembelajaran kendiri
Dalam menjalankan aktiviti kumpulan, pada masa yang sama murid juga diberi peluang
untuk membuat pembelajaran kendiri. Pembelajaran kendiri ini akan menolong murid
dalam mencapai objektif pembelajaran.

Meluangkan masa untuk murid berkeperluan khas.


Guru harus memastikan murid yang berkeperluan khas, bermasalah pembelajaran,
boleh mencapai kejayaan seperti murid lain. Memberi tugasan yang khas dan memberi
lebih perhatian individu kepada murid yang berkenaan. Perhatian individu ini
bergantung kepada tahap keperluan murid berkenaan.

Terdapat beberapa strategi pelbagai gred yang boleh digunakan untuk kelas
bercantum. Antaranya adalah seperti apa yang akan dibincangkan di bawah.

3.4.1 Pengajaran Seluruh Kelas


Dalam pengajaran seluruh kelas, guru mengajar semua kumpulan secara kelas.
Untuk strategi ini, guru merancang pengajaran dengan memilih topik yang
sesuai untuk semua murid dalam kelas. Dalam strategi ini, guru menyediakan isi
kandungan, hasil pembelajaran dan kaedah penyampaian pengajaran yang
sama. Sokongan rakan sebaya boleh diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu murid yang yang lebih tua boleh bekerjasama dengan murid
yang lebih muda. Contoh aktiviti pengajaran kelas, guru merancang untuk

49
mengajar nombor 1-10 kepada murid yang beraras rendah. Guru tersebut
menerangkan nombor dengan teknik bercerita kepada semua kumpulan dalan
bilik darjah. Semasa becerita guru melibatkan murid yang beraras lebih tinggi
menggunakan chart nombor dan menunjukkan nombor semasa guru menyebut
nombor itu semasa becerita.

3.4.2 Pembelajaran Arah Kendiri


Pembelajaran arah kendiri merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk
memenuhi keperluan pembelajaran individu. Murid diberi tanggungjawab bagi
pembelajaran mereka sendiri. Murid juga diberi peluang untuk belajar mengikut
keperluan mereka dan berinisiatif untuk belajar. Dalam kelas bercantum, lebih
daripada dua kumpulan murid akan terlibat aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam masa serentak. Oleh sebab itu, guru perlu merancang
pembelajaran arah kendiri kepada salah satu kumpulan murid supaya proses
pengajaran dan pembelajaran boleh berjalan lancar. Contohnya, guru memberi
tugasan kepada sekumpulan murid untuk pembelajaran arah kendiri semasa
mengajar murid di kumpulan lain. Selepas tamat mengajar di kumpulan itu, guru
akan membimbing murid yang melaksanakan pembelajaran arah kendiri.

Pembelajaran arah kendiri boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti berikut:


 Memberikan murid tugasan. Contoh; kerja sekolah
 Memberikan murid projek di mana penglibatan semua murid adalah
maksimum. Contoh; projek sejarah.

Kelebihan pembelajaran arah kendiri:


 Murid akan mempunyai autonomi di atas pembelajaran mereka
 Kaedah ini boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar
 Ia boleh meningkatkan komitmen dan rasa tanggungjawab dalam diri murid
 Murid belajar untuk menetapkan matlamat pembelajaran dan menilai tahap
pencapaian mereka sendiri
 Murid dididik untuk membuat keputusan mereka sendiri.

Kelemahan

 Murid akan merasa terpinggir dan keliru kerana mereka berasa kurang
mendapat bimbingan daripada guru

50
3.4.3 Peer Tutoring
Peer tutoring atau bantuan rakan sebaya adalah penting dalan pelaksanaan kelas
bercantum. Bantuan rakan sebaya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Bantuan rakan sebaya diperlukan apabila guru
mengajar satu kumpulan dan pada masa yang sama bantuan rakan sebaya diperlukan
untuk kumpulan yang lain. Murid boleh mendapatkan bantuan dan sokongan daripada
rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar oleh guru. Kaedah ini boleh
dilaksanakan menggunakan 3 cara:
 Murid yang lebih tua mengajar murid yang lebih muda (gred yang berlainan)
 Murid yang lebih pandai mengajar murid yang kurang pandai (gred yang
sama)
 Dua orang rakan belajar bersama-sama dan saling berbincang untuk
memahami sesuatu tajuk atau topik yang dipelajari.
 Murid yang lemah akademik akan mengajar murid yang pandai tapi dalam
subjek lain yang mereka mahir. Contohnya, Pendidikan Seni

Beberapa panduan yang perlu dipatuhi oleh guru ketika melaksanakan peer
tutoring ialah:

 Guru perlu teliti dan berhati-hati ketika melantik murid yang akan menjadi
pembimbing.
 Guru perlu peka dengan hubungan antara murid yang menjadi pembimbing
dengan murid yang akan dibimbing untuk mengelakkan konflik.
 Guru perlu memberi persediaan kepada murid yang akan menjadi
pembimbing.
 Kaedah peer tutoring tidak boleh dilaksanakan terlalu lama
 Menasihati murid yang menjadi pembimbing supaya tidak angkuh.
 Memberitahu ibubapa tentang pelaksanaan peer tutoring supaya mereka
sedar apa yang berlaku di dalam bilik darjah.

Kelebihan peer tutoring:


 Memberi ruang dan masa kepada guru untuk menekankan aspek-aspek lain
dalam pengajaran dan pembelajaran kepada kumpulan lain terutama ketika
menyelesaikan masalah.
 Memberi peluang kepada murid yang pandai untuk mengasah bakat sebagai
pemimpin dan pembimbing

51
 Murid akan lebih memahami konsep dengan mendalam apabila menjadi
pembimbing
 Mampu meningkatkan kematangan dan hubungan interpersonal murid

3.4.4 Pengajaran Kumpulan


Di dalam kelas bercantum yang terdiri daripada pelbagai aras dan kebolehan,
murid boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan ketika pengajaran dan
pembelajaran. Pembahagian murid dalam kumpulan ini bergantung kepada
subjek yang diajar. Terdapat beberapa jenis kumpulan yang boleh dilaksanakan
dalam kelas bercantum iaitu:
 Between class ability
Amalan membahagikan murid kepada kelas-kelas yang berbeza
berdasarkan tahap keupayaan.
 Within class ability
Amalan membahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan pengajaran kecil
 Pembelajaran kooperatif

3.4.5 Kolaborasi Dari Pelbagai Pihak

Pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru perlu dilakukan


sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran
profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah
dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak
berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum
dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan
dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian guru. Antaranya ialah
pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson
demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian
pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara
kolaboratif (collaborative teaching).

Pihak sekolah juga boleh menjalinkan kerjasama dengan ibubapa murid dalam
melaksanakan kelas bercantum ini. Antara langkah-langkah yang boleh adalah:

 Mengadakan hari terbuka supaya murid boleh berbincang dengan ibubapa


dan guru tentang prestasi akademik mereka
 Mengadakan Khidmat Masyarakat
 Ibubapa turut membantu dalam penyediaan bahan bantu mengajar
 Menganjurkan aktiviti untuk mengutip dana
 Ibubapa turut terlibat dalam penilaian murid dan pemantauan kerja sekolah
 Ibubapa turut menumbang kepakaran untuk mengajar berpasangan dengan
guru

52
4.0 Contoh Ringkasan Pengajaran Harian

4.1 Contoh Pengajaran Secara Kelas dan kumpulan

53
SAYA DAN KELUARGA SAYA DAN SEKOLAH
TEMA
(Tahun 2) (Tahun 3)

NILAI BERTANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB TANGGUNGJAWAB DI
TAJUK SEKOLAH
TERHADAP KELUARGA
2 AMANAH 3 AMANAH / 60 MINIT
KELAS / MASA 8.00PAGI-9.00PAGI
8.00PAGI-9.00PAGI
STANDARD 3.1 Melaksanakan 3.1 Melaksanakan
KANDUNGAN tanggungjawab dalam keluarga tanggungjawab di sekolah

3.2.5 Menceritakan 3.1.5 Menyatakan


tanggungjawab dalam tanggungjawab di sekolah
keluarga
3.1.6 Menyenaraikan cara
3.2.6 Menyenaraikan melaksanakan
STANDARD kepentingan tanggungjawab
PEMBELAJARAN melaksanakan di sekolah
tanggungjawab dalam 3.1.4 Mengamalkan sikap
keluarga bertanggungjawab di
sekolah
3.1.4 Mengamalkan sikap
bertanggungjawab dalam
keluarga
Pada akhir pengajaran murid dapat:
OBJEKTIF Tahun 2
i. Menyatakan 3 tanggungjawab dalam keluarga.
ii. Menyenaraikan 3 kepentingan melaksanakan tanggungjawab
dalam keluarga.
iii. Mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam keluarga.

Tahun3
i. Menyatakan 3 tanggungjawab sebagai seorang murid di
sekolah.
ii. Menyenaraikan 3 cara melaksanakan tanggungjawab
di sekolah.
iii. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang murid.

PENGISIAN Strategi/Teknik: Pembelajaran Koperatif/Perbincangan Kumpulan dan


KURIKULUM Lakonan
EMK : Alam Sekitar/Bahasa
KB : Sumbangsaran/Banding Beza/Menjana Idea
KP : Verbal Linguistik/Kinestatik
Ilmu : Pedidikan Kesihatan/Kemahiran Bertutur
PA21 : Komunikasi, Kreativiti
BAHAN BANTU Kad bergambar, peta i-Think, kad situasi, senarai semak dan
BELAJAR lembaran kerja

PENILAIAN Melaksanakan tanggungjawab Melaksanakan tanggungjawab


PENGAJARAN DAN dalam keluarga. di sekolah.
PEMBELAJARAN 54
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengisian
Tahun 2 & 3 Kurikulum/ Catatan

Set Induksi 1. Secara berpasangan murid diminta Strategi/Teknik:


(5 Minit) mencantum gambar tentang tanggungjawab Pembelajaran
dalam keluarga (Lampiran 1a) dan di sekolah Koperatif
(Lampiran 1b). EMK : Alam Sekitar
KP :
2. Murid menyatakan aktiviti yang dilakukan Kinestatik/Verbal
dalam gambar. Linguistik
Ilmu : Pendidikan
3. Murid-murid dinasihatkan supaya sentiasa Kesihatan/
menjaga kebersihan alam sekitar tempat Kemahiran
tinggal dan di sekolah. bertutur
KBAT :
4. Guru menjelaskan objektif PdP kepada murid- Menganalisis
murid. aktiviti di dalam
gambar
Bahan : Kad
bergambar
PA21 : Komunikasi

Langkah 1 1. Murid diberikan penjelasan tentang konsep Strategi/Teknik:


(15 Minit) nilai bertanggungjawab. Pembelajaran
Koperatif , Round
2. Tahun 2 : Dengan menggunakan teknik Robbin dan Round
Round Robbin murid-murid Tahun 2 diminta Table
menyatakan sekurang-kurangnya 3 EMK : Bahasa
pengalaman mereka melaksanakan sikap KP: Verbal
bertanggungjawab dalam keluarga mereka Linguistik
secara bergilir-gilir. KBAT : Banding
beza
3. Tahun 3 : Dengan menggunakan teknik Bahan : Lembaran
Round Table murid-murid Tahun 3 kerja 2a dan 2b
dikehendaki untuk menyenaraikan sekurang- PA21 : Kemahiran
kurangnya 3 pengalaman mereka berfikir, Komunikasi
melaksanakan sikap bertanggungjawab
terhadap sekolah secara bergilir-gilir.

4. Kumpulan murid Tahun 2 dan 3 diminta


menyatakan 3 perbezaan antara sikap
bertanggungjawab mereka terhadap keluarga
dengan sekolah.

55
5. Murid dinasihatkan supaya setiasa
menyayangi keluarga dan sekolah.
Lampiran 2
Lembaran Kerja 2a dan 2b

Langkah 2 1. Murid Tahun 2 dan 3 dibahangikan kepada Strategi/Teknik:


(15 Minit) beberapa kumpulan (2 – 3 orang/kumpulan) Perbincangan
Kumpulan
2. Murid-murid dikehendaki berbincang dalam EMK : Bahasa
kumpulan dan menghasilkan peta i-Think KP : Verbal
yang sesuai tentang kepentingan mereka Linguistik/Kinestatik
melaksanakan tanggungjawab: KBAT : Menjana
a. dalam keluarga (Tahun 2) Idea
b. di sekolah (Tahun 3) Bahan : Peta i-Think
PA21 : Komunikasi
3. Murid-murid membentangkan hasil kerja
kumpulan.

4. Murid dinasihatkan supaya bekerjasama


dalam
kumpulan dan sentiasa menyayangi keluarga
dan
sekolah.

Lampiran 3
Peta Bulatan

Langkah 3 1. Murid melakonkan watak berdasarkan kad Strategi/Teknik:


(10 Minit) situasi yang diberi: Lakonan
a. Kad Situasi 1: Tahun 2 (situasi dalam EMK : -
keluarga) KP : Verbal
b. Kad Situasi 2: Tahun 3 (situasi di Linguistik/
sekolah) Kinestatik
Ilmu : -
Lampiran 4 KBAT : Analisis,
Kad Situasi 1, Kad Situasi 2 Aplikasi
Bahan : Kad situasi
1 dan 2

Penilaian 1. Murid Tahun 2 dan 3 membuat lembaran EMK : -


(12 Minit) kerja yang disediakan oleh guru mengikut KP :-
tahap penguasaan murid. Nilai : -
KBAT : Menjana
Lampiran 5 (Pengukuhan) Idea
Lembaran Kerja 5a dan 5b Bahan : Lembaran
kerja
Lampiran 6 ( Pengayaan) (Lampiran 5a, 5b,
Lembaran Kerja 6a dan 6b 6a, 6b, 7a dan 7b)

Lampiran 7 ( Pemulihan)
Lembaran Kerja 7a dan 7b

56
-
Penutup 1. Guru merumuskan tajuk pembelajaran
(3 Minit) dengan menekankan tanggungjawab
terhadap keluarga dan tanggungjawab di
sekolah.

Lampiran 1a : Amalan Nilai Bertanggungjawab Dalam Keluarga

Lampiran 1b : Amalan Nilai Bertanggungjawab Di Sekolah

57
Aktiviti Round Table Mencatatkan Bertanggungjawab Di Sekolah

Kepentingan Nilai Bertanggungjawab di Sekolah

Murid 1 :
_______________________________________________________________

Murid 2 :
_______________________________________________________________

Murid 3 :
_______________________________________________________________

Murid 1 :
_______________________________________________________________

Murid 2 :
_______________________________________________________________

Murid 3 :
_______________________________________________________________

Murid 1 :
_______________________________________________________________

Murid 2 :
_______________________________________________________________

Murid 3 : ______________________________________________________________

Lampiran 2a : Contoh Peta i-Think Kepentingan Bertanggungjawab Dalam


Keluarga

Mengeratkan
hubungan
kekeluargaan

Membentuk Mengeratkan
disiplin diri Kepentingan kasih sayang
bertanggungjawab antara ahli
dalam keluarga kekeluarg

Meringankan beban ahli


Melahirkan rasa
keluarga
kebersamaan

58
Lampiran 2b : Contoh Peta i-Think Kepentingan Bertanggungjawab Di Sekolah

Meningkatkan
disiplin diri di
Memastikan sekolah
kebersihan
kawasan
sekolah Kepentingan
bertanggungjawab Mengeratkan
di sekolah hubungan
Mengekalkan
keharmonian
sekolah
Menjadi contoh
kepada murid lain

Lampiran 3

Kad Situasi 1

Raju mendapati adiknya telah meninggalkan pinggan


yang kotor di atas meja selepas makan. Sebagai
seorang abang yang bertanggungjawab, lakonkan
situasi menasihati adiknya.

59
Anda mendapati Aiman tidak menutup pili air selepas
menggunakannya. Sebangai seorang murid yang
bertanggungjawab, lakonkan situasi yang
menunjukkan anda mengamalkan sikap
bertanggungjawab di sekolah.

Kad Situasi 2

Lampiran 5a : Pengukuhan Tahun 2


Gariskan jawapan yang betul.

1. Chee Hee (menyapu/membiarkan) air yang tumpah di atas lantai.

2. Beego (menolong/memarahi) adik ketika adiknya terjatuh di hadapan rumah.

3. Jye Yee segera (menutup/membuka) pintu rumah apabila malam tiba.

4. Ragha melihat ayahnya sedang mencuci kereta. Ragha akan


(membantu/mengejek) ayahnya.

5. Aziz sentiasa (memenuhi /mengabaikan) permintaan ibunya.

6. Anak yang bertanggungjawab dapat (meringankan/membebankan) tugasan


ahli keluarga.

7. Kita akan (melahirkan/mengurangkan) rasa kebersamaan apabila


mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap ahli keluarga.

60
Lampiran 5b : Pengukuhan Tahun 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

memulangkan seragam memadamkan erat

membuka membeli memastikan menjadi

1. Ramli sentiasa memakai pakaian____________________ sekolah setiap hari.

2. Apabila Mei Hua tiba di sekolah, dia akan _____________________ kelasnya


dalam keadaan bersih.

3. Semasa di kantin, Jasrina akan beratur semasa ___________________


makanan dan minuman.

4. Ketua kelas 3 Hijau sentiasa mengingatkan rakan-rakannya supaya


________________ suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas.

5. Aiman __________________ semula buku yang telah dibaca ke rak buku


yang telah disediakan di perpustakaan.

6. Hubungan antara warga sekolah semakin ____________________ apabila


warga sekolah sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab.

7. Kita dapat ___________________ contoh kepada warga sekolah lain jika kita
bersikap bertanggungjawab.

61
Lampiran 6a : Pengayaan Tahun 2 :

Nama : _____________________________
Kelas : _____________________________

Lengkapkan senarai semak berikut:

Senarai Semak Tugas Di Rumah

Tidak
Dilaksanakan
Tugasan di rumah dilaksanakan Alasan
(√)
(X)

1. Menyapu lantai

2. Mengemop lantai

3. Mengemas bilik tidur

4. Mengelap meja makan

5. Membersihkan bilik air

6. Menyiram pokok bunga

7. Menolong ibu menyidai


pakaian

8. Menjaga adik semasa ibu


sibuk

9. Mencuci pinggan
mangkuk

10. Membantu ibu membuang


sampah ke dalam tong
sampah

62
Lampiran 6b : Pengayaan Tahun 3
Nama : ________________________________
Kelas : ________________________________

Lengkapkan senarai semak berikut:

Senarai Semak Tugas Di Sekolah

Tidak
Dilaksanakan
Tugasan di rumah dilaksanakan Alasan
(√)
(X)

1. Membersihkan kelas

2. Menghias pondok bacaan

3. Datang awal ke sekolah

4. Menyiapkan kerja sekolah

5. Mengutip sampah yang


terdapat di kawasan sekolah

6. Melaporkan kepada guru


tentang kebocoran pili air
di dalam tandas
7. Memulangkan peralatan
sukan yang digunakan ke
stor sukan
8. Senyap semasa berada di
dalam perpustakaan

9. Memberi perhatian semasa


guru mengajar atau berucap

10. Meletakkan pinggan dan


cawan yang telah digunakan di
tempat yang disediakan

63
Lampiran 7a: Pemulihan Tahun 2

Tandakan ( √ ) pada gambar yang menunjukkan murid yang bertanggungjawab


terhadap keluarga.

( ) ( )

( ) ( )

( )

64
Lampiran 7b : Pemulihan Tahun 3

Baca dan fahami. Lukis bagi sikap bertanggungjawab atau bagi sikap
tidak bertanggungjawab.

Situasi

1. Kamu tidak menyiapkan kerja sekolah yang


diberikan oleh guru.

2. Kamu memadamkan suis komputer sebelum


keluar dari makmal komputer.

3. Kamu melaporkan kebocoran paip di tandas.

4. Sebagai ketua kebersihan kelas, kamu sentiasa


memastikan kelas bersih.

5. Kamu ditegur oleh guru kerana tidak menyimpan


alatan sukan di stor dengan teratur.

6. Kamu dijadikan contoh oleh guru kerana


menyiapkan setiap tugasan di kelas dengan
sempurna.

7. Kamu dimarahi oleh guru kerana mengoyakkan buku


yang dipinjam dari perpustakaan.

8. Kebersihan sekolah akan terjamin apabila semua


murid bertanggungjawab.

65
SAYA DAN JIRAN SAYA DAN MASYARAKAT
TEMA
(Tahun 4) (Tahun 5)

NILAI BERTANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB SESAMA TUGAS DILAKSANAKAN


TAJUK
JIRAN MASYARAKAT SEJAHTERA

KELAS / MASA 4 SEJAHTERA 5 AMAN


8.00PAGI-9.00PAGI 8.00PAGI-9.00PAGI
3.1 Melaksanakan 3.1 Melibatkan diri dalam
STANDARD tanggungjawab sebagai jiran aktiviti masyarakat setempat
KANDUNGAN

3.1.1 Menerangkan cara


3.2.7 Menjelaskan peranan
melibatkan diri dalam
sebagai jiran.
aktiviti masyarakat
setempat.
3.1.3 Menyedari peranan sebagai
STANDARD 3.1.3 Menjelaskan perasaan
jiran.
PEMBELAJARAN apabila melibatkan diri
dalam aktiviti masyarakat
3.1.4 Mempraktikkan peranan
setempat.
sebagai jiran.
3.1.4 Menyertai aktiviti yang
berfaedah dalam
masyarakat setempat.
Pada akhir pengajaran murid dapat:
OBJEKTIF
Tahun 4
i. Menerangkan 3 peranan sebagai jiran.
ii. Menzahirkan perasaan apabila menyedari peranan sebagai
jiran.
iii. Mempraktikkan satu lakonan peranan sebagai jiran.

Tahun 5
i. Menerangkan 3 cara melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat
setempat.
ii. Menjelaskan perasaan apabila melibatkan diri dalam aktiviti
masyarakat setempat.
iii. Mempraktikkan satu lakonan yang menunjukkan aktiviti yang
berfaedah dalam masyarakat setempat.

Strategi/Teknik: Pembelajaran Koperatif/Perbincangan Kumpulan


PENGISIAN dan Lakonan
KURIKULUM EMK : TMK
KB : Aplikasi, menjana idea, mencipta
KP : Kecerdasan linguistik, kinestetik
ILMU: Pendidikan Kesihatan
PA21: Komunikasi, kreativiti
BAHAN BANTU Gambar, LCD, laptop, kad situasi, kertas A4, klip video dan lembaran
BELAJAR kerja.

66
PENILAIAN
Melaksanakan tanggungjawab Melibatkan diri dalam aktiviti
PENGAJARAN DAN
sebagai jiran. masyarakat setempat.
PEMBELAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengisian
Tahun 4 & 5 Kurikulum/
Catatan
Set Induksi 1. Murid meneliti gambar yang menunjukkan Strategi/Teknik:
(5m) tanggungjawab sesama jiran dan anggota Pembelajaran
masyarakat (Rujuk Lampiran 1). Koperatif
2. Guru bersoal-jawab mengenai tanggungjawab EMK: TMK
bersama jiran dan masyarakat. Murid diajukan KBAT: Menjana
dengan soalan berikut: idea
KP: Kemahiran
a. Apakah jenis aktiviti yang dapat dilaksanakan Linguistik
sesama jiran dan anggota masyarakat? Ilmu: Pendidikan
b. Huraikan perasaan anda apabila melibatkan diri Kesihatan
dalam aktiviti sedemikian.
Langkah 1 1. Murid secara kumpulan menjalankan sumbangsaran Strategi/Teknik:
(10m) dengan menyatakan: Perbincangan
kumpulan
Tahun 4 EMK: Kreatif dan
1.1 Peranan sebagai jiran (Rujuk Lampiran 2). Kritis
KBAT: Menjana
Tahun 5 idea
1.2 Cara-cara melibatkan diri dalam aktiviti KP: Kemahiran
masyarakat setempat (Rujuk Lampiran 3). Sosial
Ilmu: Bahasa
Malaysia
Langkah 2 1. Murid melakonkan situasi yang berkaitan dengan Strategi/Teknik:
(10m) tanggungjawab sebagai jiran dan anggota Lakonan
masyarakat. EMK: Kreatif dan
Kritis
KBAT: Mengaplikasi
Tahun 4 KP: Kemahiran
1.1 Anda dan adik anda mengesyaki seseorang Sosial
memasuki rumah jiran anda. Lakonkan situasi ini. Ilmu: Bahasa
Tahun 5 Malaysia
1.2 Jawatan kuasa Rukun Tetangga taman anda
akan mengadakan kegiatan gotong-royong
membersihkan kawasan taman. Lakonkan satu
aktiviti yang boleh dilakukan semasa kegiatan
gotong-royong tersebut.
Langkah 3 1. Guru menayangkan klip video yang menunjukkan Strategi/Teknik:
(15m) tanggungjawab sebagai jiran dan anggota Pembelajaran
masyarakat. Koperatif
EMK: TMK
Tahun 4 KBAT: Menilai
https://www.youtube.com/watch?v=Z4VLYaRV4o KP: Kemahiran Inter
Tahun 5 personal

67
https://www.youtube.com/watch?v=RhhrMt1qwfI Ilmu: Bahasa
Malaysia
2. Murid menyatakan perasaan berdasarkan setiap klip
video yang ditunjukkan.
3. Murid menceritakan perasaan daripada pengalaman
sedia ada mereka berkaitan tanggungjawab terhadap
jiran dan anggota masyarakat.
Penilaian 1. Murid melengkapkan lembaran kerja berkaitan: EMK: Kreatif dan
(5m) Kritis
Tahun 4 KBAT: Mengaplikasi
1.1 Tanggungjawab sebagai jiran KP: Kemahiran
(Rujuk Lampiran 4). Sosial
Tahun 5 Ilmu: Bahasa
1.2 Tanggungjawab sebagai anggota Malaysia
masyarakat (Rujuk Lampiran 5).
Pemulihan 1. Murid melengkapkan teka silang kata berkaitan: EMK: Kreatif dan
(5m) Kritis
Tahun 4 KBAT: Mengaplikasi
1.1 Tanggungjawab jiran (Rujuk Lampiran 6). KP: Kemahiran
Tahun 5 Sosial
Ilmu: Bahasa
1.2 Tanggungjawab anggota masyarakat
Malaysia
(Rujuk Lampiran 7).
Pengayaan 1. Mencadangkan 5 aktiviti kreatif yang EMK: Kreatif dan
(5m) menunjukkan: Kritis
KBAT: Menjana
Tahun 4 idea
1.1 Tanggungjawab sebagai jiran KP: Kemahiran
(Rujuk Lampiran 8). Sosial
Tahun 5 Ilmu: Bahasa
1.2 Tanggungjawab sebagai anggota masyarakat Malaysia
(Rujuk Lampiran 9).
Penutup 1. Guru merumuskan tajuk pembelajaran dengan
(5m) menekankan tanggungjawab sesama jiran dan
anggota masyarakat.

68
LAMPIRAN 1 (Tahun 4&5)

Arahan: Teliti gambar di bawah dan jawab soalan berikut:

Apakah jenis aktiviti yang dapat dilaksanakan sesama jiran dan anggota masyarakat?

LAMPIRAN 2 (Tahun 4)

Arahan: Tuliskan jawapan yang sesuai.

Permainan: ‘One Minute Paper’

Cara bermain:

1. Pilih kumpulan yang mempunyai ahli sekurang-kurangnya 2-5 orang.


2. Lukis tapak tangan pada sehelai kertas A4.
3. Di tengah-tengah tapak tangan tulis tajuk atau isu yang dibincangkan.

69
4. Secara giliran setiap ahli perlu menulis satu jawapan yang sesuai dengan tajuk
atau isu yang dinyatakan.
5. Setelah selesai menulis semua jawapan ketua hendaklah membacakan jawapan
kepada semua ahli.

LAMPIRAN 3 (Tahun 5)

Arahan: Tuliskan jawapan yang sesuai.

Permainan: ‘One Minute Paper’

Cara bermain:

1. Pilih kumpulan yang mempunyai ahli sekurang-kurangnya 2-5 orang.


2. Lukis tapak tangan pada sehelai kertas A4.
3. Di tengah-tengah tapak tangan tulis tajuk atau isu yang dibincangkan.
4. Secara giliran setiap ahli perlu menulis satu jawapan yang sesuai dengan tajuk
atau isu yang dinyatakan.
5. Setelah selesai menulis semua jawapan ketua hendaklah membacakan jawapan
kepada semua ahli.

70
LAMPIRAN 4 (Tahun 4)

Penilaian

Arahan: Lengkapkan peta minda di bawah dengan jawapan yang sesuai.

Aktiviti-aktiviti yang
dapat dilakukan
sesama jiran

71
LAMPIRAN 5 (Tahun 5)

Penilaian
Arahan: Lengkapkan peta minda di bawah dengan jawapan yang betul.

Aktiviti-aktiviti yang
dapat dilakukan
bersama-sama
dengan masyarakat
setempat

LAMPIRAN 6 (Tahun 4)

72
Aktiviti Pemulihan

Arahan: Lengkapkan teka silang kata berikut.

j i r a n x c v b

t w m n a s i m n

e a d v h a r t a

r a x c m m y l l

b k m a s a l a h

u t w p p q s a o

k r s s u i k u o

a s i t a m r o h

1. ________ merupakan orang yang tinggal berhampiran kita.

2. Kita mestilah sentiasa meng________ jiran kita.

3. Sebagai jiran, kita harus menjaga __________ jiran ketika mereka tiada di rumah.

4. Sebagai jiran kita harus menghadiri rumah __________ ketika perayaan diadakan.

5. Kita mesti prihatin dengan ____________ jiran kita.

73
LAMPIRAN 7 (Tahun 5)

Aktiviti Pemulihan

Arahan: Lengkapkan teka silang kata berikut.

s e t e m p a t n

e t u i h o l m a

a m a s a j r e k

u a k a l u j g i

d q e c a g a h a

i w d x s t r l b

r s h b a y i p e

i z x a m a s s k

1. Masyarakat __________ haruslah membantu antara satu sama lain.

2. Kita mestilah melibatkan _____ dalam aktiviti masyarakat setempat.

3. Sebagai anggota masyarakat, kita harus be__________ dalam melaksanakan


aktiviti setempat.

4. Penglibatan diri dalam aktiviti masyarakat setempat membawa ____________


Kepada semua.

5. Kita mesti prihatin dengan ____________ masyarakat setempat.

74
LAMPIRAN 8 (Tahun 4)

Aktiviti Pengayaan

Arahan: Lengkapkan Peta Buih di bawah.

Cadangkan 5
aktiviti kreatif
yang
menunjukkan
tanggungjawab
sebagai jiran

75
LAMPIRAN 9 (Tahun 5)

Aktiviti Pengayaan

Arahan: Lengkapkan Peta Buih di bawah.

Cadangkan 5
aktiviti kreatif
yang
menunjukkan
tanggungjawab
sebagai anggota
masyarakat

76
RUJUKAN

A.W. Little (2006). Education for All and Multigrade Teaching: Challenges and
Opportunities, Netherlands: Springer

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah, (2006). Modul Kelas Bercantum,
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malayisa.

Rief,S.F., Heimburge, J.A. (2006). How to reach and teach all children in the inclusive
classroom:Practical strategies, lessons and activities. (2nd ed.). Canada:John
Wiley &Sons.

Siegle, D. (2013). Technology: Differentiating Instruction by Flipping the Classroom.


Gifted Child Today, 37 (1), 51–55.

Slavin, R.E. (1987). Ability grouping and student achievement in elementary schools: A
best-evidence synthesis. Review of Educational Research, 57(3), 293–336.

Trilling, B., & Fadel, C. (2009). 21st Century Skills: Learning for life in our times. San
Francisco: Jossey-Bass.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Dokumen Standard Kurikulum Dan


Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan Tahun
5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah, (2003). Modul Kelas Bercantum,
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Siegle, D. (2013). Technology: Differentiating Instruction by Flipping the Classroom.


Gifted Child Today, 34 (1), 51–55.

Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (2000), Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kreatif (KBKK) Longman Kuala Lumpur,

Poh Swee Hiang (1994), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Penerbit
Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur

Rosini Abu et.al (2000) Kemahiran Berfikir EDU 3943 – Modul PJJ, Universiti Putra
Malaysia, Serdang

Ee A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.

______. ( 1994). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn.


Bhd. Kuala Lumpur.

77
Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992 ). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang
Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit UPM.

Abdul Rahman Md.Aroff & Chang, L. H. (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya :
Longman Malaysia Sdn. Bhd

Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.

78
PANEL PENGGUBAL MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS
BERCANTUM

BIL NAMA ORGANISASI


1. Institut Pendidikan Guru
Dr. Mohd Nordin Abu Bakar Malaysia
(Penyelaras)

2 Pn Rafidah Ruhani IPGK Ilmu Khas

3. Dr Lee Phaik Gaik IPGK Ilmu Khas

4. Dr. Boon Pong Ying IPGK Bahasa


Antarabangsa

5. Pn Haliza Hamzah IPGK Pendidikan Teknik

6. Pn Joy Nesamalar Samuel IPGK Pendidikan Teknik

7. Pn Zaidah Abu Bakar IPGK Perempuan Melayu


Melaka

8. Pn Che’ Mah Yusof IPGK Bahasa


Antarabangsa

9 Dr Mohd Anuar B. Abdullah IPGK Ipoh

10 Pn Wan Nor Fadzilah Bt Wan Husin Bahagian Pembangunan


Kurikulum
11 Zaradi Bin Sudin IPG Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur
12 Abdul Aziz Bin Shamsuddin IPG Kampus Ipoh , Ipoh
Perak
13 Magesvaran a/l Superamaniam Bahagian Pembangunan
Kurikulum
14 Moshaizaimatun binti Mohamed Yunus SK Bukit Naga

15 Koh Mooi Ling SJK (C ) Yoke Nam

79

You might also like