You are on page 1of 32

1

PANDUAN MODUL e-SMART

Oleh :
KhairulHasni Binti Abdul Kadir (P61100)
Fakulti Pendidikan
e-SMART/2016/Hasni
2

Bil Perkara Mukasurat

1. Pengenalan 3

2. Pengenalan Modul e-SMART 4


3. Pengenalam Model 5E 5
4. Panduan Penggunaan Analogi 8
FAR

5. Contoh Penggunaan Analogi 9


6. Konstruk Kemahiran Berfikir 10
Kreatif

7. Panduan Pengajaran Guru 13

8. Topik Utama 14
9. Sub-Topik 24

e-SMART/2016/Hasni
3

Pengenalan

Modul pengajaran dan pembelajaran sains ini bertujuan untuk membantu guru
menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid di samping membantu murid
memahami konsep utama yang berkaitan dengan tekanan udara. Berdasarkan
Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan 2, modul ini boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi subtopik “Memahami Tekanan Udara dan
Mengaplikasi Prinsip Tekanan Udara” dalam bab “Tekanan Udara”. Pendekatan
dalam pengajaran dan pembelajaran sains yang diaplikasikan dalam modul ini
ialah pendekatan konstruktivisme dan kepebagaian kaedah pengajaran dan
pembelajaran dipilih bagi merangsang kemahiran berfikir kreatif murid dalam
setiap aktiviti yang dijalankan.

Sasaran modul sains ini adalah bagi murid tingkatan 2 daripada sekolah
menengah dan guru pula bertindak sebagai fasilitator sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Aspek penting yang ditekankan
dalam bahan pengajaran dan pembelajaran ini ialah strategi pengajaran guru
bagi mempermudahkan penerapan kemahiran berfikir kreatif di kalangan murid
dan merangsang kemahiran berfikir aras tinggi mereka bagi memahami konsep
dipelajari.

e-SMART/2016/Hasni
4

Pengenalan

Modul e-SMART adalah ringkasan bagi sebuah modul


yang diberbentuk elektronik iaitu dibangunkan secara
dalam talian berasaskan pendekatan konstruktivisme dan
penggunaan Model 5E. Maksud dan huraian e-SMART
adalah seperti berikut:

e – electronic/Model 5E
S – Science
M – Module
A – using Analogy
R – for cReative
T – Thinking skill
Model 5E digunakan bagi merancang dan menyusun
aktiviti dengan sistematik bagi memudahkan penerapan
kemahiran berfikir oleh guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Manakala, penggunaan strategi analogi
dalam fasa-fasa tertentu Model 5E berperanan
merangsang kemahiran berfikir kreatif murid. Modul ini
dibangunkan secara dalam talian bagi mewujudkan
pembelajaran yang bersifat terbuka di mana semua guru
dan murid dapat mengakses bahan-bahan dalam modul
ini pada bila-bila masa dan di mana jua berada dengan
adanya sambungan internet. Selain itu, bahan-bahan
modul juga boleh dimuat turun untuk simpanan dan juga
sebagai latihan yang boleh diberi kepada murid.

e-SMART/2016/Hasni
5

Model pengajaran 5E Model ini telah dibangunkan oleh Biological Science


Curriculum Study (BSCS) pada sekitar tahun 1980-an (Bybee et al 2006) dan
mempunyai lima fasa;(1)Penglibatan (engagement), (2)penerokaan
(exploration), (3)penerangan (explaination),(4) pengembangan (elaboration)
dan (5)penilaian (evaluation). Pembinaan aktiviti-aktiviti dalam modul e-SMART
mengambil model 5E yang berasaskan kepada teori konstruktivisme iaitu dengan
menekankan konsep murid untuk membina kefahaman mereka sendiri terhadap
topik tekanan udara melalui penerapan kemahiran berfikir murid. Dalam aktiviti
modul ini juga, pendekatan inkuiri dan penyelesaian masalah banyak digunakan
bagi merangsang kemahiran berfikir murid. Proses inkuiri dan penyelesaian
masalah memerlukan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir murid agar
sesuatu konsep sains yang dipelajari dapat difahami dengan lebih mudah. Oleh
itu pembelajaran berfikrah iaitu penekanan kepada kemahiran berfikir murid dan
strategi berfikir diaplikasikan dalam modul e-SMART ini bagi membolehkan murid
melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui
pembelajaran berfikrah ini, murid berupaya menggunakan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif untuk membantu mereka memahami konsep sains
dipelajari dan mampu mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam proses pembangunan bahan modul e-SMART, model 5E ini dijadikan


sebagai garis panduan pembahagian fasa aktiviti supaya aktiviti yang disediakan
tersusun dengan lebih sistematik. Ia menjadi kerangka utama dalam
perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti setiap fasa dalam
model 5E tidak mempunyai bilangan yang terhad, malah pelbagai pendekatan
pengajaran dan pembelajaran lain boleh digunakan. Bagi modul e-SMART,
kaedah analogi digunakan dalam beberapa fasa Model 5E bertujuan
merangsang kemahiran berfikir kreatif murid. Penerapan kemahiran berfikir kreatif
dalam modul ini diberi lebih penekanan, bertujuan menggalakkan murid-murid
menjana idea-idea baharu mereka. Ia adalah seiring dengan perkembangan
pendidikan di abad ke 21 ini, di mana pemikiran kreatif merupakan salah satu
kemahiran yang amat diperlukan bagi melahirkan individu yang inovatif agar
mampu mendepani cabaran masa depan bagi menyelesaikan masalah
dihadapi.

e-SMART/2016/Hasni
6

Jadual 1 di bawah menunjukkan ciri orientasi pengajaran dan pembelajaran


berasaskan Model 5E.

Jadual 1: Ciri Orientasi pengajaran dan pembelajaran Model 5E

Fasa Model 5E Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Engage Tugas guru :


(Memberi a) Mentaksir pengetahuan sedia ada murid
perhatian) b) Membantu murid membentuk konsep baru
c) Menerapkan kemahiran befikir kreatif semasa
aktiviti berlangsung

Pembentukan konsep baru dilakukan melalui


penggunaan aktiviti ringkas bagi menimbulkan rasa
ingin tahu murid. Aktiviti yang digunakan
mempunyai ciri-ciri berikut:
a) Buat hubung kait pengalaman atau
pengetahuan sedia ada murid dengan konsep
yang dipelajari (Topik tekanan udara)
b) Pendedahan kepada konsep sedia ada
c) Menyusun pemikiran murid ke arah hasil
pembelajaran yang ingin dicapai
d) Membantu murid menjana idea-idea melalui
aktiviti yang dijalankan

Explore Aktiviti dalam penerokaan memberi pengalaman


(Meneroka) kepada murid untuk mengenal pasti konsep sedia
ada dan juga perubahan yang berlaku kepada
konsep tersebut.

Melalui pengetahuan sedia ada murid, aktiviti yang


dijalankan dapat membantu murid untuk:
a) Menghasilkan atau menjana idea baru
b) Meneroka pertanyaan dan kemungkinan
c) Membuat perancangan
d) Melakukan penyiasatan awal

Explain Fasa penerangan adalah hasil daripada


(Menerang) penglibatan dan penerokaan pengalaman murid
dalam fasa sebelumnya. Dalam fasa ini, murid
berpeluang untuk menunjukkan kemampuannya
terhadap beberapa perkara berikut:
a) Pemahaman konseptual
b) Kemahiran proses sains
c) Kemahiran berfikir kreatif

e-SMART/2016/Hasni
7

Elaborate  Guru memberikan soalan-soalan yang


(Mengembang) mencabar bagi meningkatkan pemahaman
konsep dan kemahiran berfikir murid melalui
pengalaman baru.
 Murid dapat :
 Membentuk pemahaman yang lebih
mendalam dan meluas
 Memperoleh lebih banyak maklumat
 Membentuk kemahiran mencukupi yang
diperlukan.
 Mengaplikasi pengetahuan daripada konsep
dipelajari dengan melakukan aktiviti
tambahan
Evaluate  Fasa ini menggalakkan murid:
(Menilai)  Membuat penilaian kendiri
 Menilai sejauh mana pemahaman dan
kebolehan mereka
 Guru juga dapat membuat penilaian tahap
pencapaian murid berdasarkan kepada objektif
pembelajaran

e-SMART/2016/Hasni
8

Definisi analogi dalam modul ini ialah menghubungkan dan membandingkan di


antara dua benda yang mempunyai ciri-ciri yang sama untuk menerangkan
sesuatu konsep sains yang berbentuk abstrak, bagi meningkatkan keupayaan
penaakulan dan kemahiran berfikir murid (Harrison and Treagust 1993;Nessel &
Graham 2007. Panduan analogi FAR digunakan dalam modul ini bagi
membantu guru mengaplikasikan analogi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Rajah 1 menunjukkan penerangan mengenai panduan analogi
FAR.

Rajah 1: Panduan Analogi FAR

Maksud FAR Penerangan Tindakan Guru

F – Pastikan pengetahuan sedia 1. Konsep sains – susah, abstrak


(Focus)Fokus ada murid dan kenapa 2. Murid – kenal pasti idea dan
analogi digunakan pengetahuan sedia ada murid
tentang konsep tersebut
3. Analogikan–pastikan analogi
digunakan dapat difahami murid

A-(Action) Pastikan murid memahami 1. Persamaan – kenal pasti


Tindakan perkara atau fenomena yang persamaan antara perkara yang
ingin disamakan dengan ingin dianalogikan dengan konsep
konsep yang akan dipelajari sains
murid. Pastikan guru 2. Perbezaan – bincangkan pula
menerangkan konsep analogi perbezaan yang wujud antara
dan sains kepada murid keduanya

R-(Reflection) Buat refleksi berkenaan 1. Kesimpulan – beri kesimpulan


Refleksi analogi yang digunakan. tentang penggunaan analogi,
Adakah ia berguna atau perlu adakah ia dapat difahami murid.
penambahbaikan. 2. Penambahbaikan – perbincangan
tentang penggunaan analogi dan
beri murid peluang menjana idea
untuk mencipta analogi sendiri

e-SMART/2016/Hasni
9

Contoh penggunaan panduan analogi (FAR) dalam pengajaran


Analogi Bola dengan Teori Kinetik Gas

Fokus (Focus) Terangkan tentang konsep tekanan udara kepada murid.

Konsep - Tekanan udara bermaksud tekanan yang


dihasilkan oleh perlanggaran molekul (zarah-zarah) udara
ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu
objek.

Teori kinetik gas menyatakan bahawa molekul udara


sentiasa bergerak bebas dan berlanggar antara satu sama
lain dan sentiasa berlanggar terhadap dinding bekasnya.

Tindakan (Action) Persamaan

Analogi bola Sasaran zarah udara

Bola bergerak secara rawak Zarah udara bergerak


dan bebas bila ditendang secara rawak dan bebas

Tekanan wujud bila bola Tekanan wujud bila zarah


melantun dan berlanggar udara berlanggar
dengan dinding dengan dinding bekas

Perbezaan

Bola hanya akan bergerak Zarah udara sentiasa


dan melantun apabila bergerak bebas dan
ditendang berlanggar dinding bekas

Refleksi (Reflection)  Kenal pasti sama ada konsep analogi dapat difahami
oleh murid atau tidak.
 Minta murid beri kesimpulan mengenai pemahaman
mereka terhadap teori kinetik gas.
 Minta murid beri idea analogi ciptaan mereka.

e-SMART/2016/Hasni
10

Bil Konstruk Huraian Kurikulum Sains Contoh soalan/arahan


dalam modul e-SMART

1. Menjanakan idea Menghasilkan idea yang 1. Namakan keadaan


berkaitan jirim bagi setiap
dengan sesuatu perkara kumpulan
2. Cadangkan
bagaimana untuk
jadikan belon itu
boleh terbang.
3. Senaraikan seberapa
banyak cara untuk
menjadikan pembaris
tersebut patah.

2. Menghubung Membuat perkaitan dalam 1. Apa yang


kaitkan sesuatu menyebabkan zarah-
keadaan atau peristiwa untuk zarah udara dalam
mencari sesuatu struktur atau belon B bergerak
corak hubungan lebih laju?
2. Cuba buat hubung
kait antara ruang bas
dengan keadaan
penumpang dalam
bas.
3. Setiap kumpulan juga
perlu memberikan
penerangan tentang
hasil reka cipta
mereka dan
mengaitkan dengan
prinsip tekanan udara

3. Membuat inferens Menggunakan pengumpulan 1. Bagaimana air boleh


data dan pengalaman lalu mengalir keluar
untuk membuat kesimpulan daripada satu bekas
dan menerangkan sesuatu ke dalam bekas yang
peristiwa lain?
2. Apa yang

e-SMART/2016/Hasni
11

menyebabkan air
boleh disedut masuk
ke dalam picagari?

4. Meramalkan Membuat jangkaan tentang 1. Apa yang berlaku


sesuatu peristiwa berdasarkan sekiranya penyedut
pemerhatian dan minuman bocor di
pengalaman yang lalu atau bahagian tengah?
data yang boleh dipercayai 2. Cuba ramalkan apa
yang berlaku
sekiranya kadbod
digantikan dengan
piring kaca
5. Mengitlakkan Membuat pernyataan umum 1. Senaraikan perbezaan
terhadap sesuatu perkara yang ada dalam
untuk keseluruhan kumpulan ketiga-tiga aktiviti
berdasarkan pemerhatian ke tersebut. Berikan
atas sampel atau beberapa kesimpulan anda
maklumat berdasarkan aktiviti
daripada kumpulan itu yang ditunjukkan.
2. Bincangkan dalam
kumpulan cara alatan
itu berfungsi
menggunakan prinsip
tekanan udara dan
kegunaannya dalam
kehidupan harian

6. Membuat Membuat tanggapan atau 1. Lukiskan susunan


gambaran mental membayangkan sesuatu idea, zarah-zarah dalam
konsep, keadaan atau setiap kumpulan
gagasan dalam minda atau 2. Nyatakan keadaan
fikiran penumpang dalam
bas A dan dalam bas
B. Buat perbandingan
dari segi ruang dalam
bas dan keadaan
penumpang

7. Mensintesiskan Menggabungkan unsur yang 1. Huraikan jawapan


berasingan untuk anda dengan
menghasilkan satu gambaran menggunakan Teori
menyeluruh dalam bentuk Kinetik Gas dari aspek
seperti pernyataan, lukisan pergerakan zarah-
dan artifak zarah udara dalam
tayar
2. Berikan kesimpulan
yang anda perolehi
dari aktiviti yang
dijalankan

e-SMART/2016/Hasni
12

8. Membuat hipotesis Membuat sesuatu penyataan 1. Apakah faktor yang


umum tentang hubungan mempengaruhi
antara pemboleh ubah yang tekanan udara dalam
dimanipulasi dan pemboleh picagari?
ubah yang bergerak balas 2. Apa hubungan di
untuk menerangkan sesuatu antara suhu dengan
peristiwa atau pemerhatian tekanan udara?

9. Menganalogikan Membentuk kefahaman 1. Buat perbandingan


tentang sesuatu konsep yang (analogi) dari segi
kompleks atau abstrak secara keadaan isi padu
mengaitkan konsep itu ruang bekas dengan
dengan konsep yang mudah pergerakan zarah-
atau maujud yang mempunyai zarah udara
ciri yang serupa 2. Berikan contoh
analogi anda
berkaitan pergerakan
zarah-zarah udara

10. Mereka cipta Menghasilkan sesuatu yang 1. Cuba fikirkan cara


baru atau melakukan lain untuk
pengubahsuaian kepada mengasingkan telur
sesuatu yang sedia ada untuk kuning tersebut
mengatasi masalah secara 2. Setelah menonton
terancang video tersebut, setiap
kumpulan
dikehendaki mereka
cipta kereta belon
berdasarkan kreativiti
masing-masing.

e-SMART/2016/Hasni
13

Modul e-Smart dalam talian ini memerlukan guru sebagai pembimbing murid.
Penglibatan guru haruslah diminimumkan bagi menggalakan penglibatan murid
secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Berikut merupakan peranan guru
dalam melaksanakan aktiviti modul ini:

a. Memberi arahan dan panduan bagi aktiviti yang perlu dilaksanakan.


b. Menggalakkan murid mengambil bahagian dalam setiap aktiviti
dijalankan
c. Membimbing murid sepanjang aktiviti dijalankan
d. Merangsang kemahiran berfikir kreatif murid dalam aktiviti dijalankan
e. Sekiranya aktiviti panjang, guru boleh mengubahsuai masa agar aktiviti
dapat dijalankan sewaktu p&p
f. Sekiranya masa tidak mencukupi, guru boleh membuat flipped classroom,
iaitu guru meminta murid mengakses maklumat tersebut di rumah dan
akan dibincangkan di sekolah pada hari seterusnya.

Berdasarkan aktiviti yang telah dirangka, Jadual 1 berikut merupakan panduan


guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

e-SMART/2016/Hasni
14

UNIT 6 Modul Pengajaran Sains e-SMART

TEMA : Jirim Dalam Alam


BIDANG PEMBELAJARAN : Tekanan Udara
TAJUK : Tekanan Udara

Band : 4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
(Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik)

Pernyataan standard : B4
Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk
konsep dan prinsip sains dalam penyelesaian masalah

Deskriptor : D14
Mengkaji tekanan udara

Evidens : E1
Menghubungkait pergerakan zarah udara dengan Teori Kinetik gas, menunjukkan
udara mengenakan tekanan dan menerangkan faktor yang mempengaruhi
tekanan udara seperti isipadu atau suhu melalui aktiviti

Objektif pembelajaran:
Selepas mempelajari bab ini, pelajar boleh:
1/ Memahami tekanan udara
2/ Mengaplikasi prinsip tekanan udara dalam kehidupan harian

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;


1/ Menerangkan kewujudan tekanan udara dengan merujuk kepada Teori
Kinetik.
2/ Menerangkan faktor yang mempengaruhi tekanan udara.

Kata Kunci :
Tekanan udara, Teori Kinetik Gas, zarah, isipadu, suhu

Sumber Bahan Pengajaran & Pembelajaran : Modul e-SMART/Buku teks


Buku rujukan/Internet

e-SMART/2016/Hasni
15

Jadual 1: Panduan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran

Langkah 1 : Fasa Memberi Perhatian


Aktiviti Aktiviti Guru Catatan
1. Minta murid perhatikan Gambar Kemahiran berfikir
1- Ingat Kembali foto 1 di beri. kreatif diterapkan
(Aktiviti 1) 2. Arahkan murid tonton pula video 1
3. Minta murid kenal pasti perbezaan 1. Menjana idea
yang wujud dalam ketiga-tiga 2. Membuat
Tujuan: kumpulan dari aspek: hubung kait
Menghubungkaitk a. Keadaan jirim bagi setiap 3. Membuat
an pengetahuan kumpulan inferens
sedia ada b. Susunan zarah-zarah dalam 4. Membuat
(keadaan jirim) setiap kumpulan gambaran
dengan konsep c. Keadaan pergerakan zarah- mental
baru (tekanan zarah dalam setiap kumpulan 5. Mereka cipta
udara)
(Teori 4. Sekali lagi, minta murid berikan
Konstruktivisme) satu lagi contoh bagi setiap Teori:
kumpulan A, B dan C Konstruktivisme
5. Kemudian, arahkan murid
lengkapkan maklumat dalam Bahan bantu
Lembaran Kerja 1. mengajar:
 Modul e-SMART
1. Minta murid perhatikan Gambar  Buku
foto 2 yang ditunjukkan. teks/rujukan
2. Soal murid dengan soalan di
bawah:
a. Apakah yang berlaku apabila Alat berfikir:
belon ditiup?  Lembaran
b. Mengapa berlaku perubahan penyusunan
pada belon? grafik
c. Apa yang berlaku sekiranya membanding
belon ditiup berterusan? beza &
d. Apa yang menyebabkan membuat
belon tersebut jadi demikian? kesimpulan/
refleksi
3. Minta murid berikan idea lain  Soalan &
selain daripada belon, contoh penyoalan
bahan lain yang boleh dilakukan
Apakah Tekanan seperti aktiviti ini.
Udara? 4. Jana idea murid dengan mencari Kaedah/Teknik:
(Aktiviti 1) cara bagaimana untuk  Perbincangan
menjadikan belon itu boleh  Demonstrasi
terbang.
5. Minta murid berikan pendapat
berkaitan aktiviti 1 dan aktiviti 2
yang telah dijalankan.
6. Arahkan murid melengkapkan
Lembaran Kerja 2.

e-SMART/2016/Hasni
16

1. Minta murid tonton Video Kemahiran berfikir


Analogi yang ditayangkan dan kreatif diterapkan:
minta mereka perhatikan  Menjana idea
pergerakan bola dengan zarah  Menghubungkait
udara.  Membuat
inferens
2. Kemudian, soal murid dengan  Menganalogi
soalan berikut:  Merekacipta
a. Apakah persamaan di antara
kedua-dua pergerakan Teori:
tersebut?  Konstruktivisme
b. Bagaimana cara bola  Teori kognitif
bergerak? pembelajaran
2-VideoAnalogi c. Bagaimana pula cara zarah- dengan
(Aktiviti 2) zarah bergerak? multimedia
d. Apakah perbezaan di antara (CTML)
pergerakan bola dengan
pergerakan zarah-zarah Bahan bantu
udara? mengajar:
e. Berikan contoh analogi anda  Modul e-SMART
berkaitan pergerakan zarah- (video analogi)
zarah udara.  Buku
f. Lengkapkan Lembaran Kerja 3 teks/rujukan

3. Bantu murid untuk menjana idea Alat berfikir:


dengan meminta mereka  Lembaran
memberikan contoh analogi lain pengurusan
berkaitan pergerakan zarah udara. grafik
membanding
4. Berdasarkan analogi diberi, minta beza
murid memberikan pandangan  Soalan &
berkaitan penggunaan analogi Penyoalan
dalam topik ini.
Kaedah/Teknik:
5. Beri penjelasan mengenai konsep  Penggunaan
teori kinetik gas berdasarkan analogi analogi
yang diberi.  Penggunaan
teknologi
 Perbincangan

e-SMART/2016/Hasni
17

Langkah 2 : Fasa Meneroka

Aktiviti Aktiviti Guru Catatan


1. Arahkan murid menjalankan Kemahiran berfikir
1-Eksperimen eksperimen dengan mengikut kreatif diterapkan:
(Aktiviti 1) prosedur yang diberi dan  Menjana idea
dijalankan dalam kumpulan  Menghubungkait
masing-masing.  Membuat inferens
2. Setelah eksperimen di jalankan,  Meramal
minta murid menjawab soalan
berikut: Teori:
a. Apa yang berlaku semasa Konstruktivisme
gelas diterbalikkan ?
b. Mengapa anda berkata Bahan bantu mengajar:
demikian?  Modul e-SMART
c. Cuba ramalkan apa yang  Bahan-bahan
berlaku sekiranya kadbod eksperimen
digantikan dengan piring  Buku teks/rujukan
kaca.
d. Sila berikan alasan anda Alat berfikir:
atas ramalan yang dibuat.  Lembaran
3. Seterusnya, minta murid pengurusan grafik
melengkapkan Lembaran Kerja membuat inferens
4 yang diberikan. kesimpulan
4. Minta murid membuat refleksi  Soalan & penyoalan
berdasarkan eksperimen yang
telah dijalankan. Kaedah/Teknik:
 Eksperimen
 Perbincangan
kumpulan

1. Berdasarkan Gambar foto 1, Kemahiran berfikir


2. Mematahkan minta murid senaraikan kreatif diterapkan:
Pembaris seberapa banyak cara untuk  Menjana idea
(Aktiviti 2) mematahkan pembaris.  Menghubungkait
2. Soal murid dengan tentang  Membuat inferens
bagaimana pembaris boleh  Meramal
dipatahkan menggunakan surat  Mensintesis
khabar?
3. Kemudian, arahkan murid untuk Teori:
menonton video 1 dan soal Konstruktivisme
murid dengan soalan berikut:
Bahan bantu mengajar:
a. Apa fungsi surat khabar?  Modul e-SMART
b. Sila nyatakan kawasan  Pembaris kayu dan
tekanan udara rendah dan surat khabar
kawasan tekanan udara  Buku teks/rujukan
tinggi.
c. Pada pendapat anda, Alat berfikir:
bolehkan surat khabar  Soalan & penyoalan
digantikan dengan bahan

e-SMART/2016/Hasni
18

lain? Kaedah/Teknik:
d. Apakah hasilnya sama  Demonstrasi
seperti menggunakan surat  Perbincangan
khabar? kumpulan
e. Berikan sebab kepada  Penggunaan
jawapan anda. teknologi

4. Akhir sekali, minta murid


membuat refleksi berdasarkan
eksperimen yang telah dijalankan

Langkah 3. Fasa Menerangkan

AKTIVITI AKTIVITI GURU Catatan


1. Sediakan belon, air batu, air Kemahiran berfikir
1-Eksperimen suam dan bekas berisi air. kreatif diterapkan:
Belon 2. Beri arahan kepada murid  Menjana idea
(Aktiviti 1) menjalankan eksperimen  Membuat inferens
mengikut prosedur yang diberi.  Menghubungkait
3. Bimbing murid dalam  Meramal
menjalankan eksperimen  Mensintesis
tersebut.  Membuat hipotesis
4. Setelah eksperimen di jalankan,
minta murid menjawab soalan Teori:
berikut: Konstruktivisme
a. Cuba anda picit kedua-dua
belon dan nyatakan apa Bahan bantu
yang anda rasa. mengajar:
b. Apa yang berlaku kepada  Modul e-SMART
pergerakan zarah udara  Bahan
dalam belon A dan belon eksperimen:air,
B? belon dan besen
c. Apa yang menyebabkan  Buku teks/rujukan
zarah-zarah udara dalam
belon B bergerak lebih laju? Alat berfikir:
d. Mengapa zarah-zarah  Lembaran
udara dalam belon B pengurusan grafik
bergerak lebih laju? membuat inferens,
e. Apa kaitan suhu dengan membanding beza
pergerakan zarah udara dan membuat
dalam belon? refleksi
f. Cuba anda gantikan belon
dengan bahan lain dalam Kaedah/Teknik:
eksperimen ini.  Eksperimen
g. Apakah kesannya sama  Perbincangan &
seperti belon? Terangkan pembentangan
jawapan anda. kumpulan

e-SMART/2016/Hasni
19

5. Seterusnya, beri ruang masa


untuk berbincang bagi
memahami konsep sains dan
aktiviti yang dijalankan.
6. Bimbing murid semasa mereka
membuat kesimpulan
berkaitan faktor suhu ke atas
tekanan udara.
7. Kemudian, minta murid
melengkapkan Lembaran Kerja
5 yang diberikan.
8. Minta murid membuat refleksi
berdasarkan eksperimen yang
telah dijalankan.

1. Arahkan murid membuat Kemahiran berfikir


2-Faktor Isi padu pemerhatian kepada Rajah 2a kreatif diterapkan:
(Aktiviti 2) diberi.  Menjana idea
2. Minta murid nyatakan  Membuat inferens
keadaan penumpang dalam  Menghubungkait
bas A dan dalam bas B  Membuat
dengan membuat gambaran mental
perbandingan dari segi ruang  Meramal
dalam bas dan keadaan  Membuat hipotesis
penumpang.  Menganalogi
3. Kemudian, soal murid dengan
soalan berikut: Teori:
a. Penumpang dalam bas Konstruktivisme
mana rasa selesa dan
kurang tekanan? Bahan bantu
Mengapa? mengajar:
b. Cuba buat hubung kait  Modul e-SMART
antara ruang bas dengan  Buku teks/rujukan
keadaan penumpang
dalam bas. Alat berfikir:
4. Seterusnya, minta murid  Lembaran
perhatikan Rajah 2b dan minta pengurusan grafik
mereka kaitkan dengan membanding beza
analogi bas dalam Rajah 2a.  Soalan &
5. Kemudian, beri soalan berikut penyoalan
kepada murid:
a. Nyatakan keadaan isi padu Kaedah/Teknik:
dalam bekas A dan isi padu  Penggunaan
dalam bekas B. analogi
b. Buat perbandingan dari  Perbincangan
segi keadaan isi padu
ruang bekas dengan
pergerakan zarah-zarah
udara.
c. Apabila isi padu bekas B

e-SMART/2016/Hasni
20

dikurangkan, apakah yang


berlaku kepada tekanan
udara dalam bekas B?
d. Berikan sebabnya dengan
membuat kaitan kepada
pergerakan zarah-zarah
udara.
6. Seterusnya, minta murid
membuat refleksi berdasarkan
penggunaan analogi dan
bimbing murid menjana
analogi sendiri.
7. Akhir sekali, minta murid
melengkapkan Lembaran kerja
6.

1. Arahkan murid menonton Kemahiran berfikir


3-Faktor Suhu Video 1 berkaitan faktor suhu kreatif diterapkan:
(Aktiviti 3) yang mempengaruhi tekanan  Menjana idea
udara dan soal murid dengan  Membuat inferens
soalan berikut:  Menghubungkait
a. Apa yang berlaku kepada  Meramal
bola yang kempis selepas  Membuat hipotesis
suhu dinaikkan?
b. Senaraikan sebab-sebab Teori:
mengapa bola berubah Konstruktivisme
bentuk.
c. Bagaimana pergerakan Bahan bantu
zarah-zarah udara dalam mengajar:
bola semasa bola kempis?  Modul e-SMART
d. Bagaimana pergerakan  Buku teks/rujukan
zarah-zarah udara dalam
bola semasa suhu Alat berfikir:
dinaikkan?  Lembaran
pengurusan grafik
2. Bimbing murid melengkapkan membuat inferens
Lembaran Kerja 7. dan membuat
refleksi
 Soalan &
penyoalan

Kaedah/Teknik:
 Perbincangan

e-SMART/2016/Hasni
21

Langkah 4: Fasa Mengembangkan

AKTIVITI AKTIVITI GURU Catatan


1. Minta murid membuat Kemahiran berfikir
1-Pemerhatian pemerhatian ke atas Gambar kreatif diterapkan:
(Aktiviti 1) foto 1 di beri.  Menjana idea
2. Kemudian, soal murid dengan  Membuat inferens
soalan berikut:  Menghubungkait
a. Senaraikan persamaan  Meramal
yang ada di antara situasi A  Mensintesis
dan situasi B?  Membuat hipotesis
b. Nyatakan perbezaan yang  Merekacipta
ada di antara situasi A dan
situasi B? Teori:
c. Pada pendapat anda, Konstruktivisme
dalam situasi mana mudah
bagi anda untuk mengayuh Bahan bantu
basikal? mengajar:
d. Huraikan jawapan yang  Modul e-SMART
anda beri dalam soalan  Buku teks/rujukan
no.4 di atas.
Alat berfikir:
3. Seterusnya, tunjukkan Gambar  Lembaran
foto 2 kepada murid dengan pengurusan grafik
situasi berikut: membuat inferens,
“Setelah telah mengayuh membuat refleksi
beberapa kilometer, anda dapati dan membanding
ada perubahan pada tayar beza
basikal anda seperti ditunjukkan  Soalan &
dalam Gambar foto 2”. Penyoalan

4. Minta murid senaraikan sebab- Kaedah/Teknik:


sebab tayar basikal jadi seperti  Perbincangan
dalam Gambar foto 2.

5. Kemudian, tanya pendapat


murid dalam situasi mana (A atau
B) menyebabkan tayar basikal jadi
demikian?

6. Seterusnya, bimbing murid


menghuraikan jawapan mereka
menggunakan Teori Kinetik Gas
dari aspek:

a. Pergerakan zarah-zarah udara


dalam tayar
b. Perubahan tekanan udara
dalam tayar
c. Faktor yang mempengaruhi
perubahan pada tayar

e-SMART/2016/Hasni
22

7. Minta murid cadangkan ciri-ciri


tayar basikal yang membolehkan
mereka mengayuh basikal
dengan laju.

8. Akhir sekali, arahkan mereka


melengkapkan Lembaran kerja 8.

1. Minta murid perhatikan Gambar Kemahiran berfikir


2-Perbincangan foto 1 kreatif diterapkan:
(Aktiviti 2) 2. Seterusnya, minta murid  Menjana idea
senaraikan seberapa banyak  Membuat inferens
cara yang boleh gunakan  Menghubungkait
untuk menjadikan tin kemek.  Meramal
3. Arahkan pula murid untuk  Membuat
tonton video 1 berkaitan tin gambaran mental
kemek dan jana idea murid  Mensintesis
dengan memberikan sebab-  Membuat hipotesis
sebab tin menjadi kemek.  Merekacipta
4. Kemudian, beri murid peluang
berbincang di dalam kumpulan Teori:
dengan melengkapkan Konstruktivisme
Lembaran Kerja 9 dan
membentangkan hasil Bahan bantu
perbincangan dengan mengajar:
membuat huraian berikut:  Modul e-SMART
a. Apa yang berlaku kepada  Buku teks/rujukan
zarah-zarah udara apabila
dipanaskan? Alat berfikir:
b. Apa yang berlaku kepada isi  Lembaran
padu dalam tin apabila pengurusan grafik
dipanaskan? Soalan &
c. Apa yang berlaku kepada Penyoalan
tekanan udara di dalam tin
apabila dipanaskan? Kaedah/Teknik:
d. Apabila tin direndamkan ke  Perbincangan
dalam air batu, apa yang
berlaku kepada tekanan
udara di dalam tin?
e. Apa yang menyebabkan tin
menjadi kemek?
f. Bolehkah anda terbalikan
proses di atas, iaitu
kembalikan tin kemek ke
bentuk asalnya? Jika boleh,
terangkan caranya.
5. Kemudian, minta murid beri
cadangkan benda/bahan lain
selain tin yang boleh dilakukan
seperti eksperimen yang telah

e-SMART/2016/Hasni
23

ditonton.
6. Akhir sekali, bantu murid
membuat kesimpulan
berdasarkan aktiviti tersebut
bagi melihat aplikasi konsep
yang telah dipelajari murid.

Langkah 5: Fasa Menilai

AKTIVITI AKTIVITI GURU Catatan


1. Arahkan murid untuk membuat Kemahiran berfikir kreatif
1-Simulasi Analogi pemerhatian ke atas Rajah 1. diterapkan:
(Aktiviti 1) 2. Jana idea murid untuk  Menjana idea
membuat persamaan di antara  Membuat inferens
pergerakan bola dengan  Menghubungkait
pergerakan zarah udara.  Meramal
3. Kemudian, beri ruang murid  Membuat gambaran
berbincang dalam kumpulan mental
untuk mencipta analogi  Mensintesis
mereka sendiri.  Merekacipta
4. Seterusnya, arahkan mereka
membuat simulasi (lakonan) Teori:
analogi ciptaan mereka Konstruktivisme
dengan konsep Teori Kinetik
Gas, iaitu membuat Bahan bantu mengajar:
perbandingan dari aspek  Modul e-SMART
pergerakan zararh-zarah  Buku teks/rujukan
udara.
5. Selepas itu, beri murid Alat berfikir:
menonton video 1 yang  Soalan & Penyoalan
menunjukkan bagaimana
simulasi analogi dilakukan. Kaedah/Teknik:
6. Akhir sekali, minta murid  Simulasi
memberikan kesimpulan  Perbincangan
berdasarkan aktiviti yang telah
dijalankan.

2-Kuiz 1. Beri lembaran kuiz kepada Alat berfikir:


(Aktiviti 2) murid.  Soalan & Penyoalan
2. Seterusnya, arahkan murid
melengkapkan lembaran kuiz
yang diberi dalam tempoh 10
minit

e-SMART/2016/Hasni
24

Sub-Topik Aplikasi Prinsip Tekanan Udara

Tajuk Tekanan Udara

Pernyataan Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik


Standard dalam membentuk konsep dan prinsip sains dalam
penyelesaian masalah

Objektif a) Murid berupaya menerangkan dengan contoh alatan


pembelajaran: yang menggunakan prinsip tekanan udara.

b) Murid berupaya menjana idea untuk menyelesaikan


masalah dengan menggunakan prinsip tekanan udara.

c) Murid berupaya menghubungkaitkan langkah


keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan
gas di bawah tekanan tinggi.

Sinopsis Guru menggunakan pendekatan konstruktivisme model 5E


pengajaran dan dengan menggabungngkan panduan analogi FAR bagi
pembelajaran menerangkan konsep tekanan udara kepada murid.

Penggunaan analogi FAR dalam fasa penglibatan/focus


(engagement/focus) dan penerokaan memberi peluang
murid untuk menghubungkait pengalaman sedia ada
mereka dengan konsep tekanan udara yang akan dipelajari.
Penerapan kemahiran berfikir kreatif oleh guru dalam setiap
aktiviti yang dijalankan.

Penerapan 1. Menjanakan idea 7. Mensintesis


Kemahiran berfikir 2. Membuat inferens 8. Membuat hipotesis
kreatif 3. Menhubungkait 9. Menganalogi
4. Meramal 10. Merekacipta
5. Mengitlak
6. Membuat gambaran mental

e-SMART/2016/Hasni
25

1. Fasa Memberi Perhatian

AKTIVITI AKTIVITI GURU Catatan


1. Arahkan murid memerhatikan Kemahiran berfikir
1-Imbas Kembali Gambar foto 1 . kreatif diterapkan:
(Aktiviti 1) 2. Kemudian, jana idea mereka  Menjana idea
dengan memberikan  Membuat inferens
persamaan dan perbezaan  Menghubungkait
yang wujud dalam ketiga-tiga  Mengitlak
aktiviti dalam gambar.  Mensintesis
3. Minta murid memberikan Teori:
kesimpulan berdasarkan Konstruktivisme
aktiviti yang ditunjukkan. Bahan bantu mengajar:
4. Rangsang minda murid  Modul e-SMART
dengan meminta mereka  Buku teks/rujukan
membuat senarai peralatan Alat berfikir:
lain yang menggunakan prinsip  Pengurusan grafik
tekanan udara  Soalan & Penyoalan
Kaedah/Teknik:
 Perbincangan

1. Minta murid membuat Kemahiran berfikir


2-Di Mana pemerhatian ke atas Gambar kreatif diterapkan:
Tekanan Udara foto 1 bagi aktiviti 2.  Menjana idea
Tinggi dan 2. Kemudian, arahkan murid  Membuat inferens
Rendah? melengkapkan soalan-soalan  Menghubungkait
(Aktiviti 2) dalam Lembaran Kerja 10  Meramal
seperti berikut:  Membuat
a. Apa yang berlaku sekiranya gambaran mental
penyedut minuman bocor di  Mensintesis
bahagian tengah? Berikan
alasan kepada jawapan anda. Teori:
b. Tandakan dalam Rajah 1 Konstruktivisme
bahagian mana tekanan
udara tinggi dan tekanan Bahan bantu mengajar:
udara rendah.  Modul e-SMART
c. Apa yang berlaku kepada  Buku teks/rujukan
kotak susu apabila ia
berterusan disedut sehingga Alat berfikir:
tiada lagi air yang tinggal di  Lembaran
dalam kotak susu? Lukiskan pengurusan grafik
dalam kotak A di bawah  Soalan & Penyoalan
perubahan kotak susu.
d. Apa yang berlaku kepada Kaedah/Teknik:
tekanan udara di dalam dan di  Perbincangan
luar kotak susu?
e. Tandakan di mana tekanan
udara tinggi dan rendah
dalam kotak A.
3. Minta murid membuat
kesimpulan anda berdasarkan

e-SMART/2016/Hasni
26

aktiviti 1 dan aktiviti 2


4. Seterusnya perkenalkan konsep
awal yang akan dipelajari
murid.

1. Arahkan murid menonton video Kemahiran berfikir


1-Eksperimen Sifon 1 iaitu berkaitan aplikasi kreatif diterapkan:
(Aktiviti 1) peralatan sifon menggunakan  Menjana idea
prinsip tekanan.  Membuat inferens
2. Kemudian, buat demonstrasi  Menghubungkait
eksperimen kepada murid untuk  Meramal
menunjukkan bagaimana sifon  Mensintesis
berfungsi. Teori:
3. Seterusnya, beri murid tonton Konstruktivisme
Video 2 berkaitan analogi
pengaliran air dalam sifon. Bahan bantu mengajar:
4. Beri penerangan kepada murid  Modul e-SMART
bagaimana pengaliran air  Buku teks/rujukan
dalam sifon boleh dianalogikan
seperti rantai manik yang keluar Alat berfikir:
dari sebuah jag.  Lembaran
5. Seterusnya, beri peluang murid pengurusan grafik
bekerjasama dalam kumpulan  Soalan & Penyoalan
bagi menjalankan eksperimen
seperti ditunjukkan dalam Video Kaedah/Teknik:
1  Eksperimen
6. Kemudian, galakkan mereka  Perbincangan
berbincang dalam kumpulan
bagi melengkapkan aktiviti
dalam lembaran kerja 10.
7. Akhir sekali, minta murid
membuat refleksi terhadap
aktiviti yang telah dijalankan.

1. Arahkan murid untuk menonton Kemahiran berfikir


2-Video Picagari video 2 iaitu berkaitan aplikasi kreatif diterapkan:
(Aktiviti 2) peralatan picagari  Menjana idea
menggunakan prinsip tekanan  Membuat inferens
udara.  Menghubungkait
2. Kemudian, soal murid dengan  Membuat hipotesis
soalan berkaitan penggunaan
prinsip tekanan udara berikut: Teori:
a. Apakah keadaan tekanan  Konstruktivisme
udara dalam picagari  Kognitif dengan
sebelum air disedut masuk? Pembelajaran
b. Apa yang perlu dibuat Multimedia (CTML)
kepada piston/omboh
supaya air boleh disedut Bahan bantu mengajar:
masuk ke dalam picagari?  Modul e-SMART
c. Apa yang menyebabkan air  Buku teks/rujukan
boleh disedut masuk ke

e-SMART/2016/Hasni
27

dalam picagari? Alat berfikir:


d. Apakah faktor yang  Pengurusan grafik
mempengaruhi tekana  Soalan & Penyoalan
udara dalam picagari?
e. Senaraikan kegunaan Kaedah/Teknik:
picagari dalam kehidupan  Demonstrasi
seharian.

1. Arahkan murid Kemahiran berfikir


3-Video Kuning menonton video 2 bagaimana kreatif diterapkan:
Telur aplikasi prinsip tekanan udara  Menjana idea
(Aktiviti 3) dapat mengasingkan kuning  Membuat inferens
telur dari telur putih .  Menghubungkait
2. Seterusnya soal murid dengan  Mensintesis
soalan berikut:  Merekacipta
a. Mengapa botol kosong
perlu dipicit sebelum Teori:
menyedut kuning telur  Konstruktivisme
masuk?  Kognitif dengan
b. Apakah yang Pembelajaran
menyebabkan kuning telur Multimedia (CTML)
dapat masuk ke dalam
botol kosong? Bahan bantu mengajar:
c. Apakah kesimpulan yang  Modul e-SMART
dapat anda buat?  Buku teks/rujukan
d. Cuba fikirkan cara lain
untuk mengasingkan telur Alat berfikir:
kuning tersebut.  Pengurusan grafik
e. Senaraikan peralatan lain  Soalan & Penyoalan
yang menggunakan prinsip
tekanan udara Kaedah/Teknik:
3. Minta murid memberikan  Perbincangan
pendapat berkaitan aktiviti  Penggunaan
yang ditunjukkan. teknologi

3. Fasa Menerangkan

AKTIVITI AKTIVITI GURU


1. Arahkan murid memerhatikan Kemahiran berfikir
1-Buku Skrap Gambar 1 yang diberi. kreatif diterapkan:
(Aktiviti 1) 2. Kemudian, beri arahan berikut  Menjana idea
kepada murid:  Membuat inferens
a. Setiap kumpulan perlu  Menghubungkait
mengumpul maklumat dan  Mengitlak
gambar foto tentang alatan  Mensintesis
yang menggunakan prinsip Teori:
tekanan udara.  Konstruktivisme
b. Dapatkan maklumat  Behaviorisme
daripada internet,

e-SMART/2016/Hasni
28

ensiklopedia, majalah dan Bahan bantu


sebagainya. mengajar:
c. Bincangkan dalam  Modul e-SMART
kumpulan cara alatan itu  Buku teks/rujukan
berfungsi menggunakan
prinsip tekanan udara dan Alat berfikir:
kegunaannya dalam  Pengurusan grafik
kehidupan harian.  Soalan &
d. Persembahkan hasil Penyoalan
perbincangan anda dan
terangkan dalam buku skrap Kaedah/Teknik:
sebagai tugasan individu.  Projek

1. Minta murid menonton video Kemahiran berfikir


2-Video Ping pong 1 berkaitan aplikasi kreatif diterapkan:
(Aktiviti 2) penggunaan prinsip tekanan  Menjana idea
udara bagi mengembalikan  Membuat inferens
bentuk asal bola ping pong  Menghubungkait
yang kemek.  Meramal
2. Seterusnya arahkan murid men  Mengitlak
jawab soalan dalam Lembaran  Mensintesis
Kerja 12 seperti berikut:  Membuat hipotesis
a. Senaraikan sebab-sebab
bola ping pong menjadi Teori:
kemek.  Konstruktivisme
b. Mengapa bola ping pong  Teori Kognitif
perlu direndam dalam air Dengan
panas? Pembelajaran
c. Apa yang berlaku kepada Multimedia (CTML)
zarah-zarah udara dalam
bola ping pong? Bahan bantu
d. Apa hubungan di antara mengajar:
suhu dengan tekanan  Modul e-SMART
udara?  Buku teks/rujukan
4. Minta murid memberikan
pendapat berdasarkan aktiviti Alat berfikir:
video yang ditunjukkan.  Pengurusan grafik
3. Kemudian, arahkan murid  Soalan &
menyelesaikan masalah dalam Penyoalan
gambar foto 2 di beri dengan
menggunakan prinsip tekanan Kaedah/Teknik:
udara.  Perbincangan
4. Bimbing murid menerangkan  Penggunaan
jawapan mereka dengan teknologi
mengaitkan tekanan udara tinggi
dan rendah
5. Akhir sekali, minta murid buat
kesimpulan berkaitan aktiviti yang
telah dijalankan

e-SMART/2016/Hasni
29

4. Fasa Mengembangkan

AKTIVITI AKTIVITI GURU Catatan


1. Arahkan murid untuk Kemahiran berfikir
1-Gas di Bawah menonton video 1 berkaitan kreatif diterapkan:
Tekanan Tinggi penghasilan gas di bawah  Menjana idea
(Aktiviti 1) tekanan tinggi.  Membuat inferens
2. Kemudian, soal murid dengan  Menghubungkait
soalan berikut:  Meramal
a. Apakah kaedah utama  Mengitlak
digunakan untuk  Mensintesis
menghasilkan gas ini?  Membuat hipotesis
b. Apa tujuan gas ditukarkan  Merekacipta
kepada bentuk cecair?
c. Apakah nama dua hasil Teori:
sampingan ekstrak gas asli  Konstruktivisme
yang digunakan sebagai  Teori Kognitif
bahan penyejuk? Dengan
d. Berapa suhu yang Pembelajaran
digunakan untuk Multimedia (CTML)
menyejukkan gas asli
tersebut?
e. Isi padu gas tersebut telah Bahan bantu
dimampatkan sebanyak mengajar:
berapa kali ganda?  Modul e-SMART
f. Apakah nama hasil akhir gas  Buku teks/rujukan
tersebut?
g. Apakah kelebihan gas Alat berfikir:
dalam bentuk cecair ini?  Soalan &
h. Apakah pengangkutan Penyoalan
utama bagi memindahkan  Peta minda
gas berbentuk cecair ini?
i. Dalam bentuk apakah gas Kaedah/Teknik:
cecair asli ini dipindahkan  Perbincangan
untuk kegunaan di rumah  Penggunaan
atau kilang? teknologi
j. Senaraikan kegunaan hasil
askhir gas asli cecair ini?

3. Seterusnya, arahkan murid


untuk mengumpulkan
maklumat berkaitan
penghasilan gas di bawah
tekanan tinggi
4. Beri peluang murid berbincang
mengenai bagaimana tangki
gas dan tin aerosol berfungsi.
5. Akhir sekali, minta murid
mempersembahkan hasil
perbincangan mereka dalam
bentuk kreativiti poster, animasi

e-SMART/2016/Hasni
30

video atau perisian PowerPoint


6. Minta murid membuat refleksi
terhadap aktiviti yang telah
dijalankan

1. Arahkan murid menonton video Kemahiran berfikir


2- Keselamatan 2 berkaitan gas di bawah kreatif diterapkan:
Gas di Bawah tekanan tinggi.  Menjana idea
Tekanan Tinggi 2. Berdasarkan video 2, minta  Membuat inferens
(Aktiviti 2) murid menjawab soalan berikut:  Menghubungkait
 Meramal
a. Senaraikan sebab-sebab  Mensintesis
tangki gas boleh meletup?
b. Terangkan bagaimana Teori:
tangki gas tersebut boleh  Konstruktivisme
meletup berdasarkan  Teori Kognitif
kepada prinsip tekanan Dengan
udara. Pembelajaran
c. Mengapa kebanyakan Multimedia (CTML)
tangki gas diperbuat
daripada besi? Bahan bantu
d. Cuba fikirkan kebaikan dan mengajar:
keburukan tangki gas  Modul e-SMART
sekiranya ia diperbuat  Buku teks/rujukan
daripada plastik?
e. Senaraikan langkah-langkah Alat berfikir:
keselamatan yang perlu  Pengurusan grafik
anda ambil semasa  Soalan &
mengendalikan gas di Penyoalan
bawah tekanan tinggi
seperti tong gas memasak. Kaedah/Teknik:
 Perbincangan
3. Minta murid memberikan  Penggunaan
pendapat berkaitan penggunaan Teknologi
gas di bawah tekanan tinggi.

5. Fasa Menilai

AKTIVITI AKTIVITI GURU Catatan


1. Minta murid menonton video Kemahiran berfikir kreatif
1-Projek Reka 1 berkaitan projek mereka diterapkan:
cipta cipta kereta belon.  Menjana idea
(Aktiviti 1) 2. Setelah menonton video  Membuat inferens
tersebut, beri arahan berikut  Menghubungkait
kepada murid:  Meramal
a. setiap kumpulan (3 orang  Mengitlak
ahli) dikehendaki mereka  Membuat gambaran
cipta kereta belon mental

e-SMART/2016/Hasni
31

berdasarkan kreativiti  Mensintesis


masing-masing  Membuat hipotesis
b. Perlumbaan kereta akan  Menganalogi
diadakan bagi mengadili  Mereka cipta
pemenang berdasarkan
kriteria berikut: Teori:
 Kelajuan  Konstruktivisme
 Kreativiti  Teori Kognitif Dengan
 Bahan terpakai Pembelajaran
 Pembentangan Multimedia (CTML)
c. Setiap kumpulan juga perlu
memberikan penerangan Bahan bantu mengajar:
tentang hasil reka cipta  Modul e-SMART
mereka dan mengaitkan  Buku teks/rujukan
dengan prinsip tekanan
udara. Alat berfikir:
3. Setelah projek reka cipta siap,  Peta minda
jalankan perlumbaan di antara  Soalan & Penyoalan
kumpulan.
4. Minta murid membuat refleksi Kaedah/Teknik:
terhadap aktiviti yang telah  Projek
dijalankan.  Perbincangan
 Penggunaan
Teknologi

1. Minta murid berikan Kemahiran berfikir kreatif


2-Refleksi diterapkan:
pandangan berkaitan
(Aktiviti 2)  Menjana idea
pemahaman mereka terhadap  Membuat inferens
Teori Kinetik Gas.  Menghubungkait
2. Seterusnya, minta pandangan  Meramal
murid berkaitan perkara  Mengitlak
 Membuat gambaran
berikut:
mental
a. Berikan pendapat anda  Mensintesis
mengenai penggunaan  Membuat hipotesis
analogi dalam topik  Menganalogi
tekanan udara. Mereka cipta
b. Sila nyatakan analogi mana
Teori:
yang menarik dan berikan Konstruktivisme
sebabnya.
c. Apa yang anda perolehi Bahan bantu mengajar:
semasa menjalankan aktiviti  Modul e-SMART
 Buku teks/rujukan
secara berkumpulan?
d. Senaraikan aktiviti-aktiviti Alat berfikir:
dalam modul ini yang  Soalan & Penyoalan
dapat merangsang anda
Kaedah/Teknik:
berfikir secara kreatif.
Perbincangan

e-SMART/2016/Hasni
32

Berikan sebab-sebabnya.
e. Terangkan apa yang telah
anda pelajari sepanjang
pembelajaran ini. Buat
rumusan tentang
kandungan pelajaran yang
telah dipelajari.
3. Akhir sekali, minta murid
membuat kesimpulan
terhadap pemahaman mereka
secara keseluruhan berkaitan
topik tekanan udara.

Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu, maka


ia berada di jalan Allah sampai ia kembali.

Hadis Riwayat Tirmidzi

e-SMART/2016/Hasni

You might also like