You are on page 1of 1

Minit Curai

Perkara:Taklimat staf
Tarikh: 15 Jun 2017
Masa: 1200-1300
Tempat:Makmal Komputer

1. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Sulaiman selaku Penolong Kanan 1. Beliau berharap mesyuarat
ini berjalan dengan lancar dan semua keputusan dan cadangan diterima.

2. Encik Sulaiman memaklumkan Hari Permuafakatan diadakan pada 22 Jun 2017 bertempat di SK
Muton dan bermula pada pukul 8.00 pagi.

3. Dialog Prestasi turut diadakan pada 22 Jun 2017 selepas penyampaian wang bantuan kepada
murid.

4. Beliau juga menyatakan semasa dialog prestasi diadakan semua murid berada di kelas masing-
masing bersama guru kelas mereka.

5. Hanya tahun 6 sahaja yang berada di makmal komputer semasa dialog prestasi dijalankan.

6.Majlis ramah-tamah Aidil Fitri akan diadakan pada 5 dan 6 Julai 2017.

7. Majlis ramah-tamah bersama seluruh staf SK Muton diadakan pada 5 Julai 2017 manakala pada 6
Julai 2017 majlis ramah-tamah yang kedua diadakan bersama ahli PIBG SK Muton.

8.Puan Rajanah menyatakan wang bantuan yang akan diterima oleh murid pada 22 Jun akan datang
ialah KWAMP, BKAP dan e-Kasih.

9.Encik Sulaiman mengingatkan sesiapa guru yang belum menghantar Borang Keberhasilan diminta
untuk menghantar dengan kadar yang segera.

You might also like