You are on page 1of 7

1.0 Pengenalan tentang permainan hoki.

Rekod sejarah menunjukkan permainan Hoki telah bermula dimainkan pada abad ke-
15. Pada masa ini orang Mesir, Romania, Athens, Australia dan Eropah dikenal pasti telah
bermain satu permainan dengan menggunakan kayu yang melengkong untuk memukul bola.
Dalam konteks ini asal perkataan hoki berkemungkinan telah wujud daripada perkataan
Anglo-Saxon iaitu Hook, Hok atau perkataan Perancis Hocquet.

Seterusnya, Hoki moden telah dimainkan di sekolah-sekolah awam Inggeris pada


kurun ke-19. Permainan Hoki ini tersebar luas ke negara-negara di bawah naungan British
pada akhir kurun ke-19. Oleh hal demikian Badan Peraturan Hoki Antarabangsa telah
ditubuhkan pada tahun 1895 dan permainan hoki buat julung kalinya di pertandingkan pada
tahun 1908 di Sukan Olimpik mulai London bagi kategori lelaki. Retetan daripada itu Hoki
menjadi sukan wajib dipertandingan di Sukan Olimpik mulai 1928 di Amsterdam. Persekutuan
Hoki Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1924 di Paris dan dikenali sebagai Federation
Internationale de Hockey (FIH) dan kini ibu pejabat FIH di Brussels merupakan pertubuhan
yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki.

Selanjutnya, di benua Asia pula, permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan
Asia di Tokyo pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Walaubagaimanapun,
negara-negara lain di Asia yang juga unggul dalam permainan hoki ialah Korea, Jepun, China
dan Malaysia. Pasukan hoki wanita daripada Korea, China dan Jepun adalah antara Negara
yang setaraf dengan pasukan wanita peringkat antarabangsa seperti Jerman, Australia dan
Belanda. Di negara kita Hoki mula diperkenalkan pada tahun 1898 dan permainan ini menjadi
popular pada awal tahun 1920an dan diperkenalkan di sekolah-sekolah awam Inggeris.
Persatuan Hoki Negeri yang pertama adalah ditubuhkan oleh negeri perak pada tahun 1927
dan pertandingan liga yang pertama dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925. Majlis Hoki
Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menguruskan semua aktiviti sukan hoki di
Malaysia. Tetapi ianya telah dibubarkan pada tahun 1954 dan digantikan dengan Persekutuan
Hoki Malaysia. Antara pemimpin yang pernah menerajui persekutuan ini adalah dua Perdana
Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Malaysia merupakan antara negara yang sangat aktif dalam hoki pada peringkat
antarabangsa. Setelah Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) ditubuhkan semua negeri dan
angkatan tentera bergabung dengan PHM bagi memperkuatkan persekutuan tersebut untuk
terus aktif secara holistiknya. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya
pada tahun 1956 dan pasukan hoki Kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan olimpik
tersebut. Manakala diperingkat dalam negara pula aktif dengan pertandingan-pertandingan
hoki yang juga dikelolakan oleh Persatuan Kebangsaan dan persatuan-persatuan hoki negeri.
Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi tepat yang berukuran 90 meter
panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat sesuai jika dimainkan
di atas padang “Astroturf” dan ianya juga boleh dimainkan di atas padang berumput. Terdapat
lima garisan utama di padang hoki iaitu: (Rujuk lampiran)

i. Garisan tepi

ii.Garisan gol

iii. Garisan tengah

iv. Garisan 23m

v. Garisan “D”

Seterusnya adalah pengenalan asas peraturan dan undang-undang dalam permainan


hoki yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia. Antaranya seperti berikut :

i. Bilangan pemain adalah sebanyak 11 orang setiap pasukan (tidak termasuk simpanan).

ii. Masa permainan dan rehat adalah mengikut pecahan 35-5-35.

iii. Memulakan permainan:

 Di awal permainan dan separuh masa kedua.


 Permainan dihentikan atas kesalahan yang dilakukan oleh pemain.
 Selepas gol dijaringkan.

iv. Pemain tidak dibenarkan:

 menggunakan bahagian belakang kayu


 bermain tanpa kayu sendiri
 menggunakan kayu untuk menakutkan pemain lain
 mengangkat kayu melepasi kepala lawan
 menaikkan bola yang membahayakan pemain lawan.
 Bermain dengan cara yang berbahaya

v. Penjaga gol (dalam kawasan “D” boleh :

 menendang bola
 menahan bola dengan mana-mana bahagian badan
 menghentikan bola dengan kayu melepasi bahu

vi. Menghadang
 menggunakan mana-mana bahagian badan atau kayu untuk menghalang pihak lawan
dari merampas bola tanpa memainkan bola

vii. Penalti

 pukulan percuma
 kesalahan diluar kawasan “D”

viii. Pukulan sudut penalti

 kesalahan dalam kawasan kawasan “D”


 kesalahan diantara garisan 23m dan garisan “D”

ix. Strok Penalti

 kesalahan yang di sengajakan dalam kawasan “D” dan kesalahan yang boleh memberi
peluang menghasilkan gol.

x. Amaran

 Hijau (penggantugan sementara 2 minit dan masa diambil kira apabila pemain duduk
di kerusi yang disediakan khas di tempat teknikal.
 Kuning (penggantungan sementara dan minima masa 5 minit)
 Merah penggantungan tetap)
2.0 Sistem formasi permainan hoki

Formasi ini banyak diguna pakai kebanyakkan pasukan dlm sukan hoki. Formasi ini
diperkenalkan oleh pasukan Belanda menerusi formasi asas mereka 3-3-3-1 yang mana
seorang pemain dibelakang bertindak sebagai sweeper. Formasi yang digunakan adalah
antara formasi paling seimbang dari segi segenap bahagian padang iaitu dipenuhi ruang oleh
permain yang berada pada posisi penyerang, pertahanan, mahupun pertengahan. Formasi ini
dipilih adalah kerana ia merupakan ramuan yang paling sesuai untuk para jurulatih untuk
memenangi perlawanan samaada pihak lawan yang berbagai aras iaitu kuat ataupun lemah.
Sebelum ini, kita dapat lihat strategi yang memperbanyakkan pertahanan apabila melawan
pasukan kuat. Strategi tersebut tidaklah sesuai dengan permainan hoki yang telah berubah
dengan corak permainan laju dan peraturan yang juga berubah. Maka, strategi ini adalah
berbentuk empat lapisan yang akan menyukarkan pihak lawan untuk menembusi untuk
mendapat jaringan gol. Terutamanya, tiga pemain yang berada di bahagian tengah adalah
pemain yang mempunyai stamina dan kelajuan yang terbaik dalam pasukan kerana mereka
adalah jentera kepada formasi ini berkesan. Tiga pemain ini akan membantu bahagian
serangan dan juga bertahan.

Dalam 3-3-1-3 pula, hanya mempunyai sedikit perbezaan dengan formasi 3-3-3-1 iaitu
seorang pemain akan berada di hadapan tiga pertahanan untuk memintas sebarang hantaran
ke penyerang. Sekiranya pemain tidak dapat memintas hantaran, beliau perlu segera ke
belakang pertahanan dan bertindak sebagai sweeper. Watak sweeper ini adalah diterapkan
corak permainan iaitu “ Defend in numbers” iaitu memberi kelebihan kepada pertahanan
apabila bertahan kerana mempunyai jumlah pemain yang lebih daripada serangan lawan dan
akan menyebabkan pertahanan lebih efektif.

Pemain ini akan sentiasa bebas dari sebarang tugas untuk mengawal penyerang
lawan dan fokus kepada membaca gerakan lawan untuk memintas hantaran-hantaran ke
dalam D. Dalam pada ini, pemain ini bertindak sebagai pengacau hantaran lawan untuk
mengelakkan daripada memasuki dalam D. Pemain ini haruslah pemain yang mempunyai
stamina, kelajuan dan visi yang tinggi untuk mengekang serangan lawan.

Ketika pasukan menyerang, pemain ini akan naik menyokong serangan bersama-
sama pemain tengah untuk mewujudkan kelebihan pemain. Sokongan ini penting dalam
memberi pilihan melakukan pertukaran arah ketika menyerang. Dalam hal ini juga, corak
permainan iaitu “ Attack in numbers “ dapat diterapkan yang menghasilkan serangan yang
berbahaya kepada pihak lawan iaitu jumlah serangan lebih banyak daripada pertahanan
lawan. Kaedah ini telah memberikan peluang dan ruang yang berbeza – beza dan bukanlah
serangan yang hanya berbentuk selari tetapi serangan bercorak hantaran dekat boleh
digunakan dan membuat pertahanan lawan musnah dan sudah tentu memberikan peluang
jaringan gol lebih tinggi.

Pemain yang bermain di posisi ini biasanya mempunyai kemampuan teknikal yang
tinggi kerana beban tugas yang cukup tinggi ketika menyerang dan bertahan. Mobiliti di
padang juga amat tinggi kerana pemain ini umpama hole/link dalam transisi bertahan-
menyerang-bertahan. Watak pemain ini haruslah berfungsi supaya memastikan
keberkesanan dalam formasi yang di pilih iaitu 3-3-1-3.

Secara keselurahannya, Formasi ini adalah memberikan tekanan kepada pihak lawan
daripada segenap bahagian padang samaada tengah ataupun tepi. Dalam bahagian
serangan kita mempunyai tiga pemain penyerang iaitu penyerang utama dan penyerang kiri
dan kanan. Penyerang utama merupakan watak penting iaitu sentiasa memberikan tekanan
pada bahagian pertahanan pihak lawan dan tidak terlalu membantu pertahanan kerana
permainan yang menggunakan kaedah “ counter attack “ yang memerlukan hantaran jauh
ketika berlakunya “ fast break”. Oleh itu, penyerang ini hendaklah bersiap siaga untuk
membuat larian yang pantas dalam memastikan hantaran jauh dapat diterima. Selain itu,
tugas penyerang sudah menjadi kebiasaan iaitu seorang yang mempunyai kemahiran dalam
menjaring dan larian yang pantas supaya dapat melepasi benteng pertahanan pihak lawan.
Manakala, penyerang kanan dan kiri pula bertindak sebagai serangan bahagian sayap dan
melakukan “ crossing ” untuk disambar oleh penyerang utama. Hal ini demikian, kaedah
serangan yang memberikan kelebihan kepada bilangan jumlah pemain iaitu “ Attack in
numbers” amatlah dititikberatkan supaya pelbagai corak serangan dapat dicipta supaya
gawang pihak lawan dapat ditembusi. Formasi ini sesuai kerana memberikan tekanan yang
tinggi kepada pihak pertahanan lawan dek kerana mempunyai jumlah serangan yang melebihi
daripada pertahanan pihak lawan dan sudah tentu memastikan serangan yang berkesan
kepada setiap pasukan.

Pada bahagian tengah pula, terdapat tiga permain yang memegang watak penting
untuk menghidupkan formasi 3-3-1-3 ini kerana sememangnya pemain tengah haruslah
mempunyai deria permainan yang sangat tinggi supaya dapat menghasilkan strategi yang
berkesan. Tiga pemain ini haruslah membantu bahagian serangan dan pertahanan yang
mewujudkan keseimbangan pada formasi ini kerana tugas setiap bahagian serangan dan
pertahanan akan menjadi optimum kerana setiap bahagian mempunyai tiga pemain dan
pemain tengah akan membantu secara minimum dalam memantapkan lagi serangan dan
pertahanan pasukan. Pemain tengah ini haruslah mempunyai pemikiran yang kreatif dalam
menghidupkan permainan dengan mengadakan hantaran – hantaran celah yang memberikan
peluang kepada penyerang untuk menghasilkan jaringan. Manakala, dengan jumlah tiga
pemain di bahagian tengah sudah tentu akan membolehkan permainan hantaran dekat boleh
digunakan dengan memastikan kedudukan bola pada sepanjang permainan tinggi dengan
adanya watak penting iaitu seorang pemain yang membantu pada bahagian serangan dan
pertahanan. Sudah pasti formasi ini akan menjadikan tiga pemain tengah ini sebagai tulang
belakang kepada keberkesanan formasi 3 - 3 -1- 3. Keseimbangan dari segi tugas dalam
permainan akan membuatkan tenaga yang digunakan adalah optimum dan bukanlah
maksimum yang akan menyebabkan keletihan dan kelesuan sebelum perlawanan tamat.

Akhir Sekali, bahagian pertahanan yang mempunyai tiga orang pemain akan menjadi
benteng utama kepada formasi ini. Tiga pemain ini akan bertindak selepas pemain pengacau
serangan bertindak iaitu sebelum pihak lawan memasuki kawasan D. Pemain ini adalah terdiri
daripada pemain yang mempunyai kekuatan dan mempunyai visi yang lebih untuk memintas
hantaran lawan. Bahagian pertahanan akan dibantu dengan pemain tengah iaitu yang akan
menghasilkan pertahanan yang sukar ditembusi kerana menekankan corak pertahanan iaitu
“ Defend in numbers “. Manakala, jumlah pemain penyerang yang banyak juga membantu
tugas pemain pertahanan dengan hanya memerlukan pemain pertahanan untuk memukul
jauh untuk menghasilkan permainan “ Counter Attack “ yang membuatkan pertahanan lawan
tidak sempat untuk kembali kepada posisi sepatutnya dan menghasilkan ruang kepada
penyerang untuk menghasilkan gol. Selain itu, situasi hantaran jarak dekat untuk
mengelakkan hantaran daripada pertahanan di rampas oleh pihak lawan juga dapat
diaplikasikan melalui formasi ini kerana jarak antara pemain pertahanan dan pemain tengah
tidak terlampau jauh yang membolehkan serangan dan pertahanan dapat dilakukan dengan
bersama – sama . Tugas pertahanan bukanlah senang dalam melawan pemain yang
mempunyai kemahiran menggelecek yang tinggi tetapi dengan adanya pertolongan daripada
pemain tengah akan memudahkan beban tugas pertahanan yang membantu untuk
menghasilkan formasi yang mempunyai pertahanan yang akan sentiasa cergas sehingga
tiupan wisel terakhir.
Aplikasi sistem formasi dalam sutuasi permainan.

You might also like