You are on page 1of 1

PANDUAN GURU BERTUGAS AKTIVITI KOKURIKULUM

1 Menepati masa semasa bertugas.

2 Memberi bimbingan, pengajaran dan penglibatan diri dengan sepenuhnya


semasa mengendalikan aktiviti kokurikulum.

3 Mencatat kehadiran murid bagi setiap kali aktiviti diadakan serta merekod
segala insiden / perkara yang berlaku semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum.

4 Mencatat kegiatan-kegiatan yang dijalankan untuk satu waktu / sehari bagi


sesuatu aktiviti kokurikulum dalam Buku Panduan Kokurikulum.

5 Menandatangan dalam Buku Panduan Kokurikulum semasa bertugas.

6 Buku Panduan Kokurikulum diserah kepada GPK KK pada tarih-tarikh yang


telah ditetapkan untuk tujuan pemantauan dan semakan.

7 Jika guru tidak dapat hadir pada hari aktiviti kokurikulum, guru berkenaan
diminta memberitahu kepada GPK KK.

8 Disiplin muird dan kebersihan sekitar sekolah harus diutamakan.

9 Melantik murid (Ketua Kumpulan) untuk mengendalikan alatan keperluan


untuk aktiviti berkenaan. Dengan ini harap dapat mempertingkatkan sistem
pengawasan penggunaan alatan sekolah.

10 Semua alatan yang telah diguna mestilah dipulangkan serta disimpan di


tempat asal.

11 Jika didapati kekurangan alatan untuk melaksanakan aktiviti, diminta


berhubung dengan GPK KK.

You might also like