You are on page 1of 10

2.

3 TINDAKAN

Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah memilih model Lewin (1946)

yang diadaptasi oleh Laidlaw (1992). Model proses penyelidikan tindakan ini terdiri

daripada enam langkah. Rajah 1 menunjukkan kitaran model penyelidikan tindakan

Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).

Mengenal pasti masalah

Membuat refleksi Merancang suatu


terhadap tindakan tindakan

Mengutip dan Melaksanakan tindakan


menganalisis data yang dirancang

Rajah 1. Model proses penyelidikan tindakan

Mula-mula, saya telah merancang dengan teliti dan rapi di mana saya

mengenal pasti masalah yang wujud dalam pengajaran dan pembelajaran praktikum

fasa kedua saya untuk menetapkan satu isu kajian dan fokus kajian. Setelah

mengenal pasti masalah, saya telah mengumpulkan fakta-fakta yang berkaitan

dengan kajian agar kajian yang dilakukan dapat mencapai tujuannya iaitu membantu

murid bagi mengatasi masalah mereka. Pada masa yang sama, saya juga telah

merancang tindakan untuk mengatasi isu tersebut, cara pengumpulan data awal,

menetapkan objektif kajian dan soalan kajian yang hendak diatasi, cara mengumpul,
menganalisis dan menyemak data, jadual pelaksanaan kajian serta anggaran

perbelanjaan bagi kajian tindakan ini. Kemudian, pada hari kejadian, saya telah

melaksanakan tindakan saya ke atas murid-murid seperti yang dirancang itu. Selepas

itu, saya telah mengutip dan menganalisis data daripada pelaksanaan itu kepada

hasil dapatan pada fasa pemerhatian. Seterusnya, saya telah membuat refleksi dan

cadangan penambahbaikan hasil daripada pelaksanaan tindakan itu.

Kajian ini adalah berfokus kepada isu penyelesaian masalah Matematik

berayat untuk membantu murid memahami kehendak soalan dan menterjemahkan

maklumat daripada petikan soalan ke dalam ayat Matematik agar mereka dapat

menyelesaikannya dengan betul dan tepat. Berdasarkan hasil tinjauan awal, saya

dapat suatu gambaran yang jelas mengenai masalah murid iaitu murid mudah keliru

dengan situasi ayat Matematik. Setelah membuat pembacaan dari pelbagai sumber,

saya mendapati bahawa kemahiran metakognitif memainkan peranan yang penting

dalam membantu murid berfikir secara aras yang lebih tinggi. Hal ini menunjukkan

dalam kajian oleh Chin, Denis Lajium & Pang. (2017) di mana dapatan kajian

menunjukkan bahawa pelajar yang berpencapaian tinggi mempunyai perlakuan

metakognitif iaitu penyemakan kendiri yang lebih tinggi semasa menyelesaikan

masalah matematik jika dibandingkan dengan pelajar yang berpencapaian rendah.

Menurut Mevarech & Kramarski (1997), antara model pembelajaran yang

menekankan kemahiran metakognitif adalah Model Pembelajaran IMPROVE yang

diperkenalkan untuk kelas yang heterogen. Model pembelajaran ini menekankan

kepentingan memberikan peluang kepada setiap murid untuk membina makna

matematik. Untuk membolehkan setiap murid membina makna matematik, model

pembelajaran ini melatih murid untuk bertanya berdasarkan empat aspek iaitu

memahami masalah, membina perkaitan antara pengetahuan lepas dan

pengetahuan baharu, penggunaan strategi yang bersesuaian untuk menyelesaikan

masalah dan membuat refleksi terhadap proses dan penyelesaian. Mevarech &

Kramarski (1997) menyatakan bahawa “IMPROVE” merupakan akronim yang


mencerminkan langkah pengajaran guru dalam kelas. Langkah pengajaran guru

boleh dibahagikan kepada tujuh peringkat iaitu “Introducing the new concepts”,

“Metacognitive questioning”, “Practicing”, “Reviewing dan reducing difficulties”,

“Obtaining mastery”, “Verification” dan “Enrichment”. Memandangkan model

pembelajaran IMPROVE menekankan pula pada sistem pembelajaran aktif, saya

telah menginovasikan model ini dengan menggabungkan model pembelajaran

IMPROVE dengan pembelajaran koperatif iaitu kaedah “Think Pair Share”.

Rasionalnya adalah kerana pembelajaran koperatif dapat membantu murid

menyelesaikan masalah pembelajaran dengan lebih baik. Kerjasama berpasangan

dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik berbanding dengan pembelajaran

secara individu. Johnson dan Johnson (1991) berpendapat bahawa setiap ahli dalam

sesuatu kumpulan boleh berkongsi maklumat dan berbincang untuk mencari strategi

bagi menyelesaikan masalah, serta berupaya meluaskan pemikiran melalui

pentaksiran maklumat secara bersama-sama.

Langkah 1: Model Pembelajaran IMPROVE – Memperkenalkan konsep baru

Sebagai permulaan, saya akan memperkenalkan topik pengajaran pada hari

tersebut. Pada tahap ini, saya akan mengimbas sepintas lalu pengetahuan lepas

murid atau menyediakan set induksi yang berupaya menarik perhatian murid seperti

teka-teki, magik dan sebagainya. Dengan ini, saya dapat menarik perhatian murid

untuk fokus kepada pengajaran dan pembelajaran. Saya akan menghantarkan

konsep-konsep baru iaitu cara-cara menyelesaikan masalah dengan melontarkan

berbagai-bagai pertanyaan yang membolehkan murid terlibat secara aktif dalam

menentukan konsep baharu. Saya juga akan membimbing murid untuk memahami

konsep tanpa memberikan bentuk akhir begitu saja sehingga murid dapat mengerti

konsep tersebut lebih lama dan dapat menggunakan konsep tersebut dalam konteks

lain. Sebagai contohnya, saya akan memberikan contoh-contoh yang melibatkan

situasi harian semasa mengajar cara-cara penyelesaian masalah. Dalam menyajikan


pelajaran guru jangan memberikan konsep yang harus diterima begitu saja,

melainkan harus mementingkan pemahaman tentang proses terbentuknya konsep

tersebut.

Langkah 2: Model Pembelajaran IMPROVE – Soalan metakognitif

Pada langkah ini, saya akan membimbing murid untuk merancang dan

menyelesaikan masalah Matematik berayat dengan menggunakan soalan-soalan

metakognitif. Terlebih dahulu, saya akan menerangkan jenis-jenis soalan-soalan

metakognitif kepada murid. Kemahiran penyoalan metakognitif dapat membimbing

murid untuk memahami sesuatu masalah matematik berayat, melaksanakan

perancangan, memantau process dan menilai semula proses penyelesaian masalah

dengan melalui pertanyaan pada diri sendiri. Terdapat empat jenis kategori soalan

metakognitif yang saya gunakan iaitu soalan yang berfokus pada pemahaman

masalah, perkaitan, strategi dan refleksi. Soalan metakognitif berfokus pemahaman

mendorong murid untuk membaca soalan, menggambarkan konsepnya dengan kata-

kata sendiri dan mencuba memamahami makna konsepnya. Sebagai contohnya,

“Apakah yang dikehendaki dalam soalan?”. Soalan metakognitif berfokus perkaitan

meminta murid untuk mengembangkan hubungan antara pengetahuan yang lalu

dengan masalah sekarang. Contoh soalan yang boleh dikemukakan adalah “Apakah

persamaan dan perbezaan pada tugasan ini dengan tugasan yang diberikan sebelum

ini? Justifikasikan pernyataan tersebut.” Soalan metakognitif berfokus strategi pula

menggalakkan murid untuk mempertimbangkan strategi yang bersesuaian untuk

memecahkan masalah yang diberikan dan memberikan alasan. Contohnya, “Apakah

prinsip, taktik, strategi dan operasi yang perlu digunakan untuk menyelesaikan

masalah ini? Justifikasikan pernyataan tersebut.” Akhir sekali, soalan metakognitf

berfokus refleksi yang diselitkan setelah murid mendapat hasil penyelesaian dapat

mendorong murid untuk membuat penilaian terhadap proses dalam penyelesaian

masalah. Contoh soalan yang boleh dikemukakan adalah “Adakah jawapan


penyelesaian ini memberi makna?”. Soalan-soalan metakognitif ini akan diselitkan

dalam lembaran aktiviti murid-murid untuk membimbing murid menyelesaikan

masalah Matematik berayat dan guru dapat memperolehi maklumbalas daripada

murid tentang justifikasi langkah penyelesaian murid tersebut.

Jadual

Pemahaman masalah Apakah yang dikehendaki dalam soalan?

Keseluruhan masalah ini menggambarkan tentang

apa?

Perkaitan Apakah persamaan dan perbezaan pada tugasan ini

dengan tugasan yang diberikan sebelum ini?

Justifikasikan pernyataan tersebut.

Strategi Apakah prinsip, taktik, strategi dan operasi yang perlu

digunakan untuk menyelesaikan masalah ini?

Justifikasikan pernyataan tersebut.

Refleksi Adakah jawapan penyelesaian ini memberi makna?

Langkah 3: Model Pembelajaran IMPROVE – Latihan

Selepas membimbing murid untuk menyelesaikan masalah Matematik

berayat dengan menggunakan soalan-soalan metakognitif, saya akan memberikan

lembaran kerja kepada murid untuk meningkatkan penguasaan materi dan mengasah

kognitif mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik harus berteraskan

latihan tubi dan bukannya secara deduktif sahaja. Pada peringkat ini, murid

dikehendaki menyelesaikan masalah Matematik berayat tersebut secara individu.

Sepanjang proses ini, murid perlu bertanya diri dengan soalan-soalan metakognitif,

memberikan maklumbalas dan menyelesaikan masalah dalam lembaran kerja yang

diberikan. Menurut Vygotsky (seperti petikan dalam Haliza Hamzah & Joy N.
Sammuel, 2011), selain daripada berkomunikasi dengan orang lain untuk

mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga

berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini menolong kanak-

kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri. Bercakap

sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3-7 tahun yang seterusnya

akan berkembang di mana bercakap sendiri akan bertukar menjadi komunikasi

sendiri tanpa verbal. Akhirnya, ia berubah menjadi suara hati dan dorongan pemikiran.

Vygotsky percaya apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka menggunakan

bahasa untuk mengawal tingkah laku dan membimbing pemikiran mereka. Kajian

juga mendapati kanak-kanak yang suka bercakap sendiri memberikan impak positif

kepada perkembangan mereka. Mereka yang bercakap sendiri didapati lebih tekun

dan lebih cenderung memperbaiki kelemahan mereka berbanding dengan kanak-

kanak yang kurang bercakap sendiri.

Langkah 4: Model Pembelajaran IMPROVE – Melihat semula dan menilai

Selepas murid menyiapkan lembaran kerja, saya melihat semula dan menilai

proses penyelesaian masalah yang dilakukan oleh murid. Saya berbincang dengan

murid-murid mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka dan memecahkan

masalah matematik tersebut melalui perbincangan di dalam kelas. Refleksi semula

terhadap proses-proses penyelesaian masalah kelihatan mempunyai persamaan

dengan strategi metakognitif yang dinyatakan oleh Flavell (1979). Flavell mengatakan

bahawa strategi metakognitif digunakan untuk memantau perkembangan kognitif dan

memastikan matlamat kognitif seperti menyelesaikan masalah matematik tercapai.

Dalam langkah ini, saya akan bertanya secara spontan kepada murid bagi

mewujudkan komunikasi berkesan antara saya dengan murid. Pendekatan

berpusatkan guru ini akan bertukar menjadi pendekatan berpusatkan murid di mana

murid harus menilai sama ada jalan penyelesaian mereka memberi makna sendiri.
Langkah 5: Model Pembelajaran IMPROVE – Pemerolehan

Melalui hasil penilaian dan perbincangan dalam kelas, murid memperolehi

maklumbalas tentang penyelesaian masalah. Maklumbalas tersebut boleh berbentuk

teguran, peringatan dan pembetulan berdasarkan kekeliruan dan kesalahan konsep

terhadap masalah Matematik berayat. Langkah pemerolehan ini boleh dilaksanakan

dengan menggunakan aktiviti pembelajaran koperatif iaitu aktiviti “Fikir-Pasangan-

Kongsi”. Dalam kaedah ini, selepas murid telah memikirkan jalan penyelesaian

masing-masing, murid diminta untuk berkongsi dan bertukar jawapan secara

berpasangan. Daripada maklumbalas yang diberikan oleh pasangan tersebut, murid

akan mengesan kesilapan diri dan memperbetulkan kesilapan masing-masing.

Selepas itu, murid dikehendaki berkongsi hasil maklumbalas kesilapan masing-

masing kepada kumpulan lain sekiranya ada.

Langkah 6: Model Pembelajaran IMPROVE – Menyemak semula

Selepas penilaian dan pemerolehan maklumbalas, murid membandingkan

jawapan yang diperolehi mereka dengan jawapan sebenar untuk disemak semula.

Murid turut dikehendaki menyemak setiap langkah pengiraan yang dilakukan supaya

mereka dapat melakukan jalan kerja pengiraan dengan betul. Pada masa yang sama,

saya akan mengidentifikasikan murid mana yang sudah menguasai dan murid mana

yang masih belum dapat menguasai dengan melihat hasil kerja mereka.

Langkah 7: Model Pembelajaran IMPROVE – Pengukuhan

Akhir sekali, saya memberikan lembaran kerja kepada murid sebagai

pengukuhan. Latihan tambahan ini dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir

beraras tinggi murid-murid kerana semasa murid-murid menyelesaikan masalah,

kemahiran berfikir mereka masih diperkembangkan.


Di samping itu, bagi memartabatkan lagi kajian tindakan ini saya telah

menggunakan beberapa teori sebagai asas kepada tindakan saya. Teori metakognisi

merupakan unsur utama dalam penerapan model pembelajaran IMPROVE. Hal ini

kerana metakognisi meruapakan bahagian terpenting dalam urutan model

pembelajaran IMPROVE. Kejayaan seseorang dalam menyelesaikan masalah

adalah bergantung pada kesedaran tentang apa yang mereka ketahui dan

bagaimana seseorang tersebut melakukannya. Metakognisi merupakan teori yang

berkaitan dengan pengenalan terhadap diri sendiri dan bagaimana dia mengawal

serta menyesuaikan perilakunya. Menurut Anton Noornia (2009), metakognitif adalah

suatu bentuk kemampuan untuk melihat pada diri sendiri sehinga apa yang dia

lakukan dapat terkawal secara optimal. Dengan kemampuan seperti ini seseorang

dimungkinkan memiliki kemampuan tinggi dalam pemecahan masalah Matematik

berayat, kerana dalam setiap langkah yang dia kerjakan sentiasa muncul pertanyaan.

Berdasarkan Teori Kognitif Behaviorisme, manusia menyedari bahawa

rangsangan akan menyebabkan gerak balas. Oleh hal demikian, manusia sentiasa

melihat rangsangan sebagai sesuatu yang perlu diberi tindakan menurut perspektif

yang sesuai berdasarkan persepsi, pengalaman, persekitaran atau apa sahaja yang

berkaitan. Hal ini bermakna, tingkah laku manusia adalah berasaskan pengetahuan

atau pemikiran mereka tentang sesuatu situasi yang menyebabkan sesuatu

perubahan tingkah laku akan berlaku. Oleh itu, dalam situasi kajian ini rangsangan

berlaku apabila guru mengemukakan soalan menyebabkan murid bertindak balas

mencari jawapan berdasarkan soalan pertanyaan kendiri.

Menurut Trianto (2007) menjelaskan bahawa teori pembelajaran

konstruktivisme merupakan teori pembelajaran kognitif yang baharu dalam psikologi

pendidikan yang menyatakan bahawa murid harus menemukan sendiri dan

mentransformasikan informasi kompeks, mengaitkan informasi baru dengan aturan-


aturan lama dan melihat semula apabila aturan-aturan itu tidak sesuai lagi. Bagi

membolehkan murid-murid benar-benar memahami dan dapat menerapkan

pengetahuan, mereka harus bekerja memecahkan masalah dan menemukan sesuatu

langkah-langkah penyelesaian untuk dirinya melalui idea-idea yang digabungkan

antara diri dengan yang lain.

Menurut Vygotsky dalam Haliza Hamzah & Joy N. Sammuel (2011), pemikiran

kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Bagi Vyotsky,

kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia

harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di

persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik-beradik, keluarga terdekat atau rakan

sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklumbalas dan

membimbing komunikasi kanak-kanak. Perbualan dan interaksi adalah alat yang

penting semasa proses perancah (scaffolding). Perbualan akan membantu pelajar

menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna.

Menurut Teori Gestalt pula, pembelajaran akan digerakkan oleh rangsangan

yang berbentuk ‘kekaburan’ yang memerlukan penyelesaian (Bower dan Hilgard,

1983). Oleh hal demikian, manusia akan tergerak untuk menyelesaikan ‘kekaburan’

tersebut melalui proses yang dikenali sebagai ‘celik akal’. Lantaran, dalam proses

‘celik akal’ struktur kognitif manusia yang telah sedia tersimpan dengan pelbagai

maklumat dan pengalaman akan dikaitkan dengan masalah (rangsangan) yang perlu

diselesaikan itu. Situasi ini bermakna bahan rangsangan mempunyai peranan untuk

membantu dalam mengaktifkan proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif itu sendiri.

Berdasarkan konteks kajian ini, pelajar yang masih ‘kabur’ atau lemah menyelesaikan

masalah Matematik berayat akan mengalami proses ‘celik akal’ atau pembelajaran

aktif apabila murid berkongsi antara satu sama lain cara penyelesaian masing-masing.
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

1. Mengkaji sejauh mana penggunaan kaedah “IMPROVE” membantu murid

Tahun 4 dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat.

2. Mengkaji respon murid Tahun 4 terhadap penggunaan kaedah “IMPROVE”

semasa menyelesaikan masalah Matematik berayat.

3.2 Soalan Kajian

1. Sejauh manakah penggunaan kaedah “IMPROVE” dapat membantu murid

Tahun 4 dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat?

2. Apakah respon murid Tahun 4 terhadap penggunaan kaedah “IMPROVE”

semasa menyelesaikan masalah Matematik berayat?

You might also like