You are on page 1of 54

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan khas merupakan satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan

pendidikan murid-murid berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk pada satu

pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid

istimewa kerana meraka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada

program sekolah aliaran perdana. Malah Pendidikan khas adalah satu program pendidikan

yang dirancang khas untuk murid-murid istimewa dan kurang upaya dari segi intelek,

jasmani, sosial dan emosi. Mereka tidak akan mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa,

1
hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan

sekolah biasa.

Oleh sebab itu, program pendidikan khas menegaskan kepentingan memelihara setiap

individu yang mempunyai potensi yang berbeza. Perbezaan potensi ini hendaklah diberi

peluang untuk mengikuti satu program pendidikan khasyang bersesuaian dengan potensi

mereka. Program pendidikan khas ini akan dapat mengembangkan potensi mereka secara

optimum dan seterusnya menjadikan mereka sebagai waarganegara yang berguna serta

berupaya memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.

Pendidikan khas di Malaysia berkembang pesat sejak bermulanya kesedaran tentang

keperluan pendidikan untuk murid-murid kurang upaya. Kesedaran tentang pendidikan ini

bermula semenjak tahun 1920-an dan diselaraskan dengan moto “pendidikan untuk semua’.

Melalui moto tersebut, murid-murid kurang upaya juga dianggap sebagai asset yang boleh

menyumbang pada pembangunan Negara dan hak mereka dalam pendidikan adalah satu

kemestian.

Penubuhan sekolah St. Nicholas merupakan detik permulaan berkembangnya

pendidikan khas di Malaysia. Penubuhan sekolah ini seterusnya telah melahirkan sekolah-

sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran, pendidikan khas bermasalah pembelajaran

dan pendidikan inklusif. Kini murid-murid penddidikan khas di Malaysia, telah dikategorikan

kepada beberapa golongan iaitu golongan murid-murid bermasalah penglihatan, murid-murid

bermasalah pendengaran dan murid-murid bermasalah pembelajaran.

2
1.2 Latar Belakang Kajian

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi

pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak

tersebut. Murid berkeperluan khas yang berada di program Pendidikan Khas di Malaysia

terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran merupakan mereka yang terdiri

daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme,

Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan, (b) Kanak-

kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi

memenuhi keperluan murid khas berkenaan program pengajaran dan pembelajaran yang

dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)

2013, yang menyatakan bahawa guru-guru boleh membuat pengubahsuaian terhadap kaedah

atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti,

susunan bagi setiap aktiviti, matapelajaran yang bersesuaian dan mempelbagaikan bahan

bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Walaubagaimanapun,

sebarang pengubahsuaian yang dilaksanakan hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan

Khas.

Bagi murid-murid yang bermasalah pembelajaran, kurikulum yang digunakan adalah

mengikut kemampuan murid tersebut dan bukan mengikut sukatan yang ditetapkan olah

Kementerian Pelajaran Malaysia seperti murid-murid normal atau aliran perdana. Kurikulum

kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid bermasalah pembelajaran. Hal ini

kerana secara amnya, tahap pencapaian murid-murid bermasalah pembelajaran adalah rendah

dan peningkatan pencapaian mereka adalah perlahan dan minimum. Objektif yang terdapat

dalam kurikulum yang sedia ada pula adalah agak tinggi dan tidak sesuai dengan murid-

3
murid bermasalah pembelajaran. Oleh sebab itu, objektif perlu diselaraskan dengan

kebolehan seseorang murid dan tahap keupayaan mereka yang bermasalah pembelajaran.

Kesesuaian objektif biasanya ditentukan oleh guru kerana guru lebih memahami tahap

keupayaan atau kebolehan murid mereka.

Perancangan dan pengubalan kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran

mengambil kira pelbagai keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, yang

menyatakan bahawa seseorang murid dengan keperluan khas boleh dididik jika dia mampu

menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepda orang lain dan disahkan oleh panel yang

terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai kementerian pendidikan, dan pegawai Jabatan

Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan layak

untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid berikut; (a) murid yang

mengalami masalah anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid

biasa dan (b) murid yang mempunyai pelbagaai ketidakupayaaan atau yang sangat teruk

anggotanya atau terencat akal berat.

Kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran perlu dibina supaya

pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan

seharian. Hal ini juga bertujuan supaya mereka dapat berfungsi sebagai individu berdikari,

berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat. Model kurikulum

pendidikan khas bermasalah pembelajaran digubal berdasarkan kepelbagaian keupayaan

individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripadaa program

pendidikan aliran perdana. Maka, kurikulum yang dibina bagi memenuhi keperluan tersebut

perlu berlandaskan tiga prinsip utama, iaitu; (a) Pendidikan menyeluruh dan bersepadu yang

4
bertujuan untuk memfokuskan kepada potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial, (b) Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk

pada proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid-

murid bekeperluan khas terhadap pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif amat

diperlukan agar murid-murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran untuk keperluan

diri dan kehidupan bermasyarakat dan (c) Pendidikan sepanjang hayat merupakan

pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana

perkembangan ilmu secara berterusan dalam kehidupan seharian.

Dalam kurikulum Pendidikan Khas, perkembangan daripada segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial amat dititikberatkan terhadap murid-murid pendidikan khas tidak

kira mereka adalah murid-murid bermasalah pembelajaran, murid-murid bermasalah

pendengaran, murid-murid bermasalah penglihatan, pemulihan khas mahupun disleksia.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengkaji merupakan seorang guru pendidikan khas yang mempunyai pengalaman mengajar

murid-murid pendidikan khas selama lapan tahun di sebuah sekolah kebangsaan yang

mempunyai program pendidikan khas integrasi di negeri Pulau Pinang. Pada petengahan

tahun 2014 pengkaji telah berpindah ke sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang

mempunyai program pendidikan khas integrasi di negeri Selangor. Setelah mengajar di

sekolah baru hampir memasuki enam bulan pengkaji merasakan terdapat beberapa perbezaan

dalam pelaksanaan program pendidikan khas integrasi di sekolah tersebut.

5
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk

melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang

individu dan juga ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara. Walau bagaimanapun dari pemerhatian pengkaji mendapati perlaksanaan

Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina tersebut lebih

mengutamakan akademik semata-mata dan ia lebih berhaluan ke arah Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Sedangkan murid-murid tersebut ialah murid-murid yang mempunyai masalah

dalam pembelajaran seperti sindrom down, perkembangan lewat, autism dan hiperaktif.

Kurikulum kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid bermasalah

pembelajaran ini. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada adalah tinggi jika

diselaraskan dengan tahap pencapaian murid-murid bermasalah pembelajaran yang rendah

dan peningkatan pencapaian mereka adalah perlahan dan minimum. Oleh kerana itu, objektif

perlu diselaraskan dengan kebolehan seseorang murid dan tahap keupayaan mereka, (Mohd

Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2011).

Pada amnya, proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru,

adalah berdasarkan topik-topik yang terkandung dalam sukatan rasmi yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala topik dalam sukatan yang ditetapkan oleh setiap

matapelajran perlu diajar dalam tahun berkaitan. Guru akan menguji penguasaan pengetahuan

dan kemahiran yang telah disampaikan melalui ujian dan juga peperiksaan akhir penggal

tahun mengikut tahap murid. Selain itu, guru juga akan melaksanakan Rancangan Pengajaran

Individu bagi setiap murid setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa

murid tersebut. Menurut Razhiyah (2008), Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah

rancangan yang digubal oleh ahli jawatankuasa yang menetapkan matlamat jangka panjang

6
dan matlamat jangka pendek bagi pelajar pendidikan khas. Matlamat yang dicatatkan adalah

perkara yang menyatakan kemahiran atau tingkah laku yang diharapkan agar murid dapat

menguasainya. RPI merupakan modul yang terbaik dilaksanakan oleh guru sebagai salah satu

strategi pengajaran bagi mengenal pasti dan menilai sejauh mana keupayaan pencapaian

murid terhadap sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimana pun ia berbeza dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Integrasi

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Guru akan menguji penguasaan pengetahuan dan kemahiran

melalui ujian dan juga peperiksaan bagi matapelajaran akademik sahaja iaitu matapelajaran

seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Cina. Manakala bagi

bagi matapelajaran lain seperti Pengurusan Tingkah Laku, Pengurusan Diri, pengurusan seni

kreatif, Pendidikan Jasmani dan lain-lain tiada peperiksaan yang dijalankan sedangkan bagi

murid-murid pendidikan khas matapelajaran-matapelajaran ini lebih penting daripada

matapelajaran Asas 3M. Malah Rancangan Pengajaran Individu juga dilakukan hanya untuk

mengukur sejauhmana pencapaian akademik murid-murid. Pada amnya, penjelasan diatas

memberi sedikit gambaran tentang sistem pendidikan bagi murid-murid pendidikan khas bagi

Program Pendidikan Khas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang bercorak aliran perdana

dan corak pelaksanaannya tidak bersesuaian dengan murid-murid pendidikaan khas.

Namun terdapat segolongan murid yang akan pasti menghadapi kegagalan dalam

pengajaran dan pembelajaran sekiranya mengikuti sistem pendidikan seperti yang dijelaskan.

Golongan murid-murid ini ialah murid-murid bermasalah pembelajaran kerana mereka

mempunyai kecacatan yang menjadi penghalang dalam menguasai pengetahuan dan

kemahiran yang disampaikan oleh guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran seperti

yang diamalkan oleh kelas aliran perdana. Program pengajaran dan pembelajaran yang

7
dibentuk adalah perlu lebih fleksibel dimana guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau

teknik pengajaran dan pembelajaran, masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti dan

susunan aktiviti dan juga mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan

tahap penerimaan murid, (Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas, 2013).

Walau bagaimanapun, di Program Pendidikan Khas Integrasi SJK (C), proses

pengajaran dan pembelajaran yang berjalan adalah sama seperti di kelas arus perdana SJK

(C) dimana guru-guru terlalu mementingkan sukatan pelajaran dan bukan pada kebolehan

murid-murid tersebut. Sebagai seorang guru pendidikan khas perlu mengenali dengan lebih

tahap kebolehan dan keupayaan mental dan fizikal murid-murid ini kerana murid-murid ini

tergolong kepada murid-murid istimewa yang mana mempunyai pelbagai kecelaruan. Apa

yang di perhatikan oleh pengkaji, apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang berjalan

addalah lebih kepada pembelajaran yang memaksa murid tersebut memahami, melakukan

sesuatu sedangkan murid tersebut merupakan dari kategori murid-murid istimewa.

Menurut Ali dan Lokman (2007) murid-murid ini juga perlu diberi peluang sama

dengan individu normal yang lain supaya mereka merasa tidak tersisih daripada arus

pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif

yang setanding dengan individu yang sempurna malah ada diantara mereka mampu melebihi

pencapaian murid-murid ini. Walaubagaimanapun murid-murid ini kurang diberi pendedahan

dengan aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan di antara daerah mahupun aktiviti di peringkat

sekolah. Segala aktiviti anjuran Pejabat Pelajaran Daerah ataupun Jabatan Pelajaran Negeri

samada pertandingan, permainan, olahraga, sambutan apa-apa perayaan murid-murid kurang

dicungkilkan bakat untuk menyertai aktiviti tersebut. Maka ini menyebabkan murid-murid

8
sekolah ini kurang bersosial dengan rakan-rakan seistimewa yang berlainan bangsa yang

berada di daerah yang sama.

Kajian Norliza (2011) menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi dilihat sebagai

faktor yang menentukan keberkesanan pengajaran, malah komunikasi yang berkesan juga

dapat membantu guru mengenal pasti tingkah laku murid di samping menerapkan nilai-nilai

positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosi murid. Melalui pemerhatian dan

pengalaman pengkaji, murid-murid pendidikan khas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

kurang berkomunikasi dengan guru-guru dan kurang bersosial dengan rakan-rakan. Mereka

sering dipandang serong oleh murid-murid di aliran perdana. Menjadi masalah besar bagi

pengkaji apabila di tugaskan mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kerana bahasa

pengantar bagi sekolah tersebut adalah Bahasa Cina dan boleh dikatakan hampir semua

murid-murid tersebut tidak memahami Bahasa Malaysia. Ia menyukarkan pengkaji untuk

berkomunikasi dengan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sedangkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan proses komunikasi merupa suatu

proses yang penting untuk mencapai objektif pengajaran.

Selain daripada itu, penggunaan bahasa pengantar yang berlainan juga boleh memberi

masalah apabila pengkaji ingin berkomunikasi dengan pihak ibu bapa mengenai

perkembangan anak-anak mereka dan pihak ibu bapa lebih selesa bertanyakan hal-hal anak

mereka kepada guru-guru lain yang berbangsa cina. Dari pemerhatian pengkaji dapat melihat

bahawa pihak ibu bapa kurang berasa yakin dengan kehadiran guru berbangsa lain untuk

mengajar anak-anak mereka.

9
1.4 Tujuan kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincangkan Perbandingan perlaksanaan

Program Pendidikan Khas Integrasi yang dilaksanakan di Sekolah Rendah Kebangsaan dan

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.

1.4.1 Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah untuk:

(a) Melihat proses perlaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah

Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

(b) Melihat sejauhmana pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah

Rendah Kebangsaan berbanding Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dapat

memberi implikasi positif kepada murid-murid pendidikan khas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

1.4.2 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini, iaitu:

(a) Bagaimanakah proses pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah

Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan?

10
(b) Sejauhmanakah pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah

Rendah Kebangsaan berbanding Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dapat

memberi implikasi positif kepada murid-murid pendidikan khas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran?

1.5 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual ini di bina menggunakan Model-model Pelaksanaan Pendidikan

Khas iaitu Model Sosial dan Model Perubatan. Model-model merupakan model utama dalam

pengendalian murid-murid berkeperluan khas dimana kedua-dua model ini mengutamakan ke

arah masyarakat penyayang iaitu mengenalpasti masalah dalam komuniti dan kegagalan

komuniti memastikan keperluaan orang kurang upaya di ambil kira.

11
Program
Pendidikan
Khas
Integrasi
(PPKI)

KAEDAH
PELAKSANAAN Sekolah
Sekolah Rendah Jenis
Rendah Perbandingan: Kebangsaan
Kebangsaan (C)
1. Perlaksanaan
2. Budaya

IMPLIKASI
KE ATAS
MURID-
MURID
PEND. KHAS

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual

Bagi tujuan menjayakan kajian ini, prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak

amat diutamakan dengan penglibatan pelbagai pihak, iaitu ibu bapa, sekolah dan masyarakat

kepada program pendidikan khas. Kolaborasi ini merupakan kerjasama yang diberikan oleh

beberapa pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun mencapai sesuatu matlamat.

Semangat kerjasama harus lahir secara sukarela untuk memudahkan pencapaian sebarang

matlamat. Dalam proses kolaborasi ini kumpulan pelbagai disiplin memainkan peranan

penting. Kumpulan ini akan bergabung tenaga menyediakan perkhidmatan untuk kanak-

kanak khas. Mereka berfungsi mengenalpasti masalah pelajar, merancangkan program

12
pendidikan dan menilai perkembangan pelajar untuk memastikan Keberkesanan Program

Pendidikan Khas. Kumpulan ini adalah untuk memastikan kanak-kanak mendapat

penempatan yang adil dan sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Sepertimana yang kita tahu pendidikan khas merupakan satu bentuk pendidikan

khusus diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas seperti masalah penglihatan,

masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak ini memang dilahirkan

dengan pelbagai kecacatantetapi pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri

mereka. Potensi diri mereka ini haru dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan

menguruskan diri tanpa bantuan orang lain. Hanya pendidikan dan pengalaman sahaja yang

akan dapat membentuk murid-murid khas dalam memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi.

Matlamat Falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan perkembangan yang optimum kanak-

kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai sebagai

individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan

sendiri boleh menyedari potensi diri sendiri serta boleh menyesuaikan diri dengan apa sahaja

keadaan dalam masyarakat. Oleh yang demikian kumpulan pelbagai disiplin harus

berkolaborasi dan memberi sumbangan tertentu kepada program pendidikan khas ini untuk

membolehkan murid-murid istimewa ini mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

13
1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi membincangkan perbandingan perlaksanaan Program

Pendidikan Khas Integrasi di antara Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis

Kebangsaan Cina dalam memberi implikasi kepada murid-murid pendidikan khas dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kajian ini dijalankan berpandukan

kepada pemerhatian dan pengalaman pengkaji sebagai seorang guru pendidikan khas. Malah

kajian ini juga dijalankan bagi menegaskan tentang hak-hak semua kanak-kanak untuk diberi

pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak

tersebut.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini adalah terbatas kepada guru-guru pendidikan khas bermasalah

pembelajaran di sebuah sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi

Bermasalah Pembelajaran di Negeri Selangor Darul Ehsan. Oleh itu kajian ini bukanlah satu

kajian yang menyeluruh. Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan pemerhatian yang

dibuat dan pengalaman mengajar sebagai seorang guru pendidikan khas.

14
1.8 Definisi Operasional

1.8.1 Program Pendidikan Khas Integrasi

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan

untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang

mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku,

gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau

darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas 2013 Bahagian II 3(2)) menyediakan pendidikan khas dan

kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan

khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan

pendengaran.

Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah

serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran

berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam

tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga

dua tahun maksimum mengikut keperluan murid. Syarat-syarat kemasukan ke sekolah

pendidikan khas pula adalah; (a) Tadika (berusia tidak kurang 6 tahun), (b) Sekolah Rendah

(berusia 7 hingga 14 tahun) dan (c) Sekolah Menengah (13 hingga 19 tahun). Semua kanak-

kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat

menguruskan diri sendiri tanpa bantuan individu atau orang lain.

15
1.8.2 Konsep Pendidikan Khas

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan

murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara

teratur serta dinilai keberkesananya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas

mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayan hidup memuaskan. Kepentingan Pendidikan

Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental,

kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas

dan mengunakan kurikulum khas.

1.8.3 Kurikulum Pendidikan Khas

Kurikulum Pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran, serta

Program Pendidikan Khas Integrasi yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas

bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia

diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik dan

vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan

dan separa inklusif.

Dari segi kurikulum, murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum

seperti murid biasa. Kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah pendidikan khas dan

16
Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif.

Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (PeraturanKurikulum Kebangsaan) 1997

mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai;

“Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum

yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen

budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid

sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan

memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan

ilmu pengetahuan”

(Akta Pendidikan 1996)

Bagi kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan

teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah, telah digubal

satu kurikulum khas untuk mereka iaitu Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (PKBP). Kurikulum ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu

berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus

perdana. Rekabentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru

mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.

Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan kepada

kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak

tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills). Maka adalah

17
penting untuk menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan

pengetahuan kanak-kanak tersebut. Hal ini selaras dengan matlamat pendidikan khas di

Malaysia iaitu untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi

keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran

(suasana) biasa.

Kurikulum Pendidikan Khas bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan

kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi

keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Selain itu,

kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat, iaitu aktiviti-

aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui

bidang- bidang seperti pengurusan kehidupan, akademik berfungsi, kerohanian dan nilai -

nilai murni, serta sosial, riadah dan kreativiti.

Dalam setiap bidang utama tersebut, masing-masing terdapat komponen-komponen

kecil seperti berikut: a) Bidang Pengurusan Diri - Komponen Pengurusan Diri - Komponen

Kemahiran Manipulatif - Komponen Pengurusan Tingkah laku - Komponen Kemahiran

Hidup b) Bidang Akademik Berfungsi a. Komponen Bahasa Melayu b. Komponen

Matematik c. Komponen Bahasa Inggeris d. Komponen Multimedia c) Bidang Kerohanian

dan Nilai-Nilai Murni a. Komponen Pendidikan Agama Islam b. Komponen Pendidikan

Moral d) Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti a. Komponen Pendidikan Jasmani b.

Komponen Pendidikan Seni c. Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama d.

Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar.

18
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan

dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari, berdisiplin dan

bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan, serta produktif

dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

Hasil pembelajaran tersebut adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas (FPK)

iaitu,

“Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan

keperluankeperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu

yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus

kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan

diri dalam masyarakat”

(Falsafah Pendidikan Khas)

1.8.4 Rancangan Pengajaran Individu

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) menurut Razhiyah (2008), Rancangan

Pendidikan Individu ( RPI ) adalah rancangan yang digubal oleh ahli jawatankuasa yang

menetapkan matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek bagi pelajar pendidikan

khas. Matlamat yang dicatatkan adalah perkara yang menyatakan kemahiran atau tingkah

19
laku yang diharapkan agar murid dapat menguasainya. RPI merupakan modul yang terbaik

dilaksanakan oleh guru sebagai salah satu strategi pengajaran bagi mengenal pasti dan

menilai sejauh mana keupayaan pencapaian murid terhadap sesuatu objektif pengajaran dan

pembelajaran.

RPI merupakan modul yang terbaik dilaksanakan oleh guru sebagai salah satu strategi

pengajaran bagi mengenal pasti dan menilai sejauh mana keupayaan pencapaian murid

terhadap sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.

1.8.5 Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996, (Akta 550) Bab 8 Perenggan 40 menyatakan bahawa Menteri

diberi kuasa untuk mengadakan pendidikan khas bergantung kepada keperluan semasa dan

menetapkan Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas yang menjadi asas kepada pengubalan

Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas. Kod Amalan ini bertujuan untuk

memberi panduan dan penjelasan tentang tatacara penyampaian perkhidmatan pendidikan

bagi murid berkeperluan khas di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) demi memastikan mereka memperoleh akses pendidikan yang berkualiti dan

bermanfaat kea rah perkembangan hidup berkualiti.

20
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi

pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak

tersebut. Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia

terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka

yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat,

21
Autisme, Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b)

Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi

memenuhi keperluan murid khas berkenaan program pengajaran dan pembelajaran (P&P)

yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) 1997, yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik

pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu

mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti

pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia

untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara

membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah

ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat .

Berikut merupakan hasrat dalam FPK :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

22
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara."

Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapat dirumuskan secara ringkas

bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang baik, seimbang

dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-cita

Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan

Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun

Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk

melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi

warganegara yang baik.

Perkara yang dititikberatkan dalam konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah

yang pertama memperkembang potensi individu yang menjelaskan perkembangan seseorang

individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek dan juga sosial. Tujuan

membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk melahirkan insan yang

sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga manusia yang serba boleh. Kedua ialah rakyat

Malaysia yang berpengetahuan dimana pendidikan merupakan satu proses yang berlaku

sepanjang hayat. Sejurus itu, menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama

dalam mendidik masyarakat kerana ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu kelak.

Ketiga pula ialah kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan. Unsur yang wajib diterapkan

dalam setiap diri individu adalah kepercayaan kepada Pencipta kerana kehidupan beragama

merupakan fitrah semula jadi bagi setiap manusia. Di Malaysia, agama rasmi ialah agama

Islam. Di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti oleh penganut-penganut agama lain.

23
Keempat ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan. Rakyat Malaysia perlulah

mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas serta mempunyai

kemahiran khusus dalam bidangnya. Hal ini adalah untuk memastikan individu tersebut dapat

melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna. Perkara ini secara tidak lansung akan

mematangkan individu tersebut dan menjadikannya seorang yang berketrampilan. Manakala

yang kelima ialah rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak mulia akan

memastikan individu tersebut menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan

kewarganegaraan. Dengan berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan nilai-

nilai murni yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan

sehariannya.

Seterusnya yang keenam rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri. Konsep ini penting kerana rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan

memiliki jiwa yang tenang, akal yang waras, perhubungan yang baik serta kuat dalam

menghadapi cabaran mendatang. Dengan ini, potensi seseorang itu dapat dikembangkan lagi

untuk keperluan diri sendiri, masyarakat, agama dan Negara. Akhir sekali, ketujuh ialah

rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan Negara. Hal ini

memerlukan rakyat yang produktif iaitu rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada

keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di

samping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi

sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun.

24
Konsep yang didokong oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bertujuan untuk

menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi

melahirkan masyarakat yang berintegriti dan mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang

terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya

perpaduan, negara akan aman, sentosa dan bahagia dan seterusnya menjana peningkatan

produktiviti Negara.

2.3 Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk

melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang

individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas,

25
kurikulum yang dibina berlandaskan kepada tiga prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh

dan bersepadu bertujuan memberi fokus kepada petensi individu meliputi aspek jasmini,

emosi, rohani, intelik dan sosial. Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melaluai penglibatan

kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu. Prinsip yang kedua ialah

pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses pengajaran dan

pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada

pembelajaran.Suasana penbelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat

menguasai pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan

masyarakat.Ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.Manakala

prinsip yang ketiga ialah pendidikan sepanjang hayat iaitu merupakan pemerolehan ilmu

pengetuahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana penguasaan ilmu

secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Prinsip di atas perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan tiga aspek iaitu

bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang

berteraskan kepada keperluan individu. Untuk menentukan keperluan setiap individu,

penilaian awal perlu perlu dijalankan berdasarkan laporan pakar.Guru perlu menjalankan

ujian pengesanan untuk menentukan murid layak berada dalam program pendidikan khas.

Setelah murid berada dalam pendidikan khas, ujian diagnostik seperti temubual, senarai

semak dan pemerhatian perlu dijalankan untuk menentukan tahap kefungsian murid dan

seterusnya merancang program pendidikan berdasarkan keperluan individu.

Perhubungan antara bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran,

dan penilaian adalah bersifat interaktif. Untuk memenuhi keperluan individu, interaksi antara

26
ketiga-tiga aspek di atas boleh berlaku dalam keadaan fleksibel. Proses ini boleh bermula

daripada mana-mana aspek berpaksikan kepada keperluan murid. Kurikulum ini juga

menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat. Ini bermakna aktiviti-aktivi

pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan murid yang berbeza berpandukan

pemilihan pengalaman pengajaran melalui bidang berikut iaitu bidang pengurusan kehidupan

yang merangkumi komponen pengurusan diri, komponen kemahiran menipulatif , komponen

pengurusan tingkah laku, dan komponen kemahiran hidup. Bidang akademik berfungsi pula

merangkumi komponen Bahasa Melayu, komponen Matematik, komponen Bahasa Inggeris

dan komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bagi bidang kerohanian dan nilai-nilai

murni merangkumi komponen pendidikan Agama Islam dan komponen Pendidikan Moral.

Manakala bidang yang terakhir ialah bidang sosial, riadah dan kreativiti yang mengandungi

komponen-komponen seperti komponen Pendidikan Jasmani, komponen Pendidikan Seni,

komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama, komponen Pendidikan Sains, Sosial dan

Alam Sekitar.

Dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip teori

pembelajaran boleh digabungkan dengan kerja-kerja praktikal dalam situasi kehidupan yang

sebenar supaya murid berkeperluan khas mendapat input sepenuhnya. Keupayaan individu

akan menentukan pemilihan pendekatan pengajaran dan penbelajaran. Melalui proses

pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan

individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari, berdisiplin dan bersikap positif,

bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketrampilan dan produktif dan boleh

menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Setelah melalui keseluruhan proses

pengajaran dan pembelajaran dan memiliki ciri-ciri tersebut adalah diharapkan murid dapat

27
menjalani satu kehidupan yang bermakna kepada diri, keluarga dan bertepatan dengan nilai-

nilai yang diterima oleh masyarakat.

2.4 Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa

dirancang yang membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta belajar

melalui interaksi dengan masyarakat dan budayanya. Pendidikan khas adalah program atau

perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh

kerana keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan

fleksibiliti dan motivasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi dan

teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan sesuatu program pendidikan khas juga memerlukan

perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan hak-hak asasi manusia dan persamaan peluang.

Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.

Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani

dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Manakala Slavin (1997),

pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau

ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan

ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.

28
Bagi Hallahan dan Kauffman (2006) pendidikan khas merupakan program pendidikan

yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program

pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ianya

juga mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus

(Gargiulo 2003). Pengajaran yang direka bentuk khusus bagai memenuhi keperluan kanak-

kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah, rumah, hospital

atau institusi lain (Friend 2005). Menurut Mansor (2005) pendidikan khas merujuk kepada

suatu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai

yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan

menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli

masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang

dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai

kecacatan/ kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan

pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan

institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa

yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid

yang mengalami pelbagai jenis kecacatan atau kuang upaya itu.

29
2.5 Kurikulum Pendidikan Khas

Falsafah pendidikan khas ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan

perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,

berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta

menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang

dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas,

2005).

Visi pendidikan khas ialah dengan memberikan pendidikan yang berkualiti bagi

menjana murid berkeperluan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan manakala

misinya ialah dengan membangunkan modal insan yang cemerlang berasaskan empat prinsip

iaitu sistem pendidikan yang berkualiti, releven dan menyeluruh. Kedua, perkembangan

potensi diri ke tahap yang optimum, keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran dan

perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.

Objektif pendidikan khas ini pula menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan

khas untuk murid-murid dengan keperluan khas, meyediakan pendidikan yang sesuai dan

relevan kepada setiap murid dengan keperluan asas, meyediakan peluang untuk

mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas, menyediakan bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan memastikan tenaga pengajar

yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Selain itu, objektif pendidikan

khas juga adalah untuk menguasai kemahiran asas 3M, meneruskan pembelajaran di kelas

30
biasa dan membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran (Jabatan Pendidikan

Khas, 2008).

Program pendidikan khas dapat di definisikan sebagai suatu program yang di sediakan

di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun

pendengaran. Ia juga adalah suatu program pencantuman di sekolah biasa bagi murid-murid

yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah

pembelajaran. Selain itu program ini juga adalah suatu program inklusif bagi murid-murid

dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama murid-murid

biasa.

Program pendidikan khas dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid bermasalah

pendengaran dan penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa serta sekolah

teknik dan vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara

pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar minimum bagi keperluan pendidikan khas

di sekolah rendah adalah selama enam tahun manakala tempoh minimum sekolah menengah

pendidikan khas selama lima tahun.

Kurikulum Pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran, serta

Program Pendidikan Khas Integrasi yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas

bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia

diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik dan

31
vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan

dan separa inklusif.

Dari segi kurikulum, murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum

seperti murid biasa. Kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah pendidikan khas dan

Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif.

Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (PeraturanKurikulum Kebangsaan) 1997

mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai;

“Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum

yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen

budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid

sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan

memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan

ilmu pengetahuan”

(Akta Pendidikan 1996)

Bagi kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan

teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah, telah digubal

satu kurikulum khas untuk mereka iaitu Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (PKBP). Kurikulum ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu

berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus

32
perdana. Rekabentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru

mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.

Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan kepada

kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak

tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills). Maka adalah

penting untuk menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan

pengetahuan kanak-kanak tersebut. Hal ini selaras dengan matlamat pendidikan khas di

Malaysia iaitu untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi

keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran

(suasana) biasa.

Kurikulum Pendidikan Khas bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan

kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi

keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Selain itu,

kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat, iaitu aktiviti-

aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui

bidang- bidang seperti pengurusan kehidupan, akademik berfungsi, kerohanian dan nilai -

nilai murni, serta sosial, riadah dan kreativiti.

Dalam setiap bidang utama tersebut, masing-masing terdapat komponen-komponen

kecil seperti berikut:

a) Bidang Pengurusan Diri - Komponen Pengurusan Diri

33
- Komponen Kemahiran Manipulatif

- Komponen Pengurusan Tingkah laku

- Komponen Kemahiran Hidup

b) Bidang Akademik Berfungsi - Komponen Bahasa Melayu

- Komponen Matematik

- Komponen Bahasa Inggeris

- Komponen Multimedia

c) Bidang Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni - Komponen Pendidikan Agama Islam

- Komponen Pendidikan Moral

d) Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti. - Komponen Pendidikan Jasmani

-Komponen Pendidikan Seni

-Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan

dan Drama

-Komponen Sains, Sosial dan Alam

Sekitar.

34
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan

dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari, berdisiplin dan

bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan, serta produktif

dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

Hasil pembelajaran tersebut adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas (FPK)

iaitu,

“Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan

keperluankeperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu

yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus

kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan

diri dalam masyarakat”

(Falsafah Pendidikan Khas)

35
BAB 3

KAEDAH METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan secara kualitatif. kajian ini

dijalankan melalui pemerhatian dan juga pengalaman pengkaji sendiri sebagai seorang guru

pendidikan khas.

36
3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan

grounded theory. Pengkaji menjalankan kajian ini melalui pemerhatian dan juga pengalaman

pengkaji sendiri yang mengalaminya situasi ini. Selain itu pengkaji juga menggunakan

temubual tidak formal untuk memperolehi maklumat tambahan terhadap kajian yang

dijalankan. Kajian inni dijalankan untuk mendapatkan penjelasan secara konseptual terhadap

pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi di antara Sekolah Rendah Kebangsaan dan

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaaan Cina.

3.3 Populasi Kajian

Kajian ini terdiri daripada pemerhatian dan pengalaman pengkaji di sebuah Sekolah

Rendah Kebangsaan yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi di negeri Pulau

Pinang dan sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di negeri Selangor. Selain itu,

terdapat dua orang responden yang terdiri daripada guru dan pembantu pengurusan murid di

sebuah Sekolah Menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan

pengalaman dari pengkaji itu sendiri. Pemerhatian dijalankan semasa pengkaji berada di

37
sekolah tersebut. Selain itu, seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid akan

ditemubual secara tidak formal untuk mengetahui keberkesanan kajian yang di jalankan.

3.5 Menganalisa Data

Hasil dapatan daripada temubual secara tidak formal dan juga data-data daripada

pemerhatian yang dijalankan akan dikumpulkan untuk dianalisa. Maklumat-maklumat yang

tidak berkaitan akan diabaikan dan hanya memberi tumpuan kepada maklumat-maklumat

yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan sahaja.

3.6 Kesimpulan

Pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk melihat implikasi yang akan dihadapi

oleh murid-murid pendidikan khas yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

Cina berbanding dengan murid-murid pendidikan khas yang bersekolah di Sekolah Rendah

Kebangsaan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan grounded

theory yang mana akan menkaji menggunakan data-data atau maklumat-maklumat yang

diperolehi bagi mendapat penjelasan secara konseptual.

38
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan

grounded theory. Pengkaji menjalankan kajian ini melalui pemerhatian dan juga pengalaman

pengkaji sendiri yang mengalaminya situasi tersebut. Dapatan kajian yang diperolehi dari

kajian yang dijalan ini ialah, pengkaji mendapati terdapat kelainan dalam proses pelaksanaan

Program Pendidikan Khas Integrasi diantara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis

39
Kebangsaan Cina. Perbezaan tersebut memberri implikasi terhadap arah tuju murid-murid

pendidikan khas di masa hadapan.

4.2 Perbandingan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi antara Sekolah


Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina.

4.2.1 Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas

Dari segi pelaksanaan kurikulum, Sekolah Kebangsaan mengubahsuai sukatan

kurikulum mengikut keperluan murid tetapi masih tidak lari daripada sukatan yang telah

ditetapkan. Hal ini kerana fungsi MBK didalam setiap kelas adalah berbeza-beza dan tidak

sama dari setiap satunya. Kurikulum yang dilaksanakan juga adalah tidak terarah kepada

akademik semata-mata tetapi sebaliknya untuk memaksimumkan kefungsian MBK supaya

dapat menjadi individu yang boleh berdikari dan mengurus diri bila dewasa kelak. Pelbagai

peralatan dan alat bantuan juga disediakan untuk membantu mempertingkan kefungsian

MBK di Sekolah Kebangsaan semaksimum mungkin.

Berbanding di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, guru-guru terlalu mengikut kurikulum

dan sukatan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Guru-guru tidak sedari bahawa

kurikulum dan sukatan yang telah ditetapkan oleh KPM hanyalah garis panduan untuk

memastikan MBK mendapat peluang pendidikan yang sama seperti murid di aliran perdana.

Lebih malang lagi apabila, guru-guru di SJKC terlalu fokus kepada akademik MBK sehingga

lupa akan masalah yang dihadapi oleh MBK tersebut. Sudah pastinya MBK mempunyai

40
kesukaran dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru menganggap

bahawa pencapaian akademik MBK boleh sama seperti murid di arus perdana.

Kurikulum yang dibina oleh KPM untuk murid di arus perdana. MBK yang mengikuti

Kurikulum Kebangsaan tidak dikecualikan daripada menduduki semua peperiksaan awam.

Kurikulum kebangsaan yang diubah suai oleh KPM berdasarkan keperluan MBK. MBK yang

mengikuti kurikulum yang diubahsuai ini juga tidak dikecualikan daripada menduduki semua

peperiksaan awam. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi MBK juga bersifat fleksibel di

mana guru boleh mengubah suai keadah atau teknik pengajaran dan pembelajaran agar lebih

menarik dan kreatif untuk merangsang perkembangan murid bagi mencapai objektif

pembelajaran. ABM dan BBM mengikut kesesuaian dengan tahap keupayaan murid, menarik

dan kreatif bagi merangsang perkembangan murid.

4.2.2 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.

Guru di Sekolah Kebangsaan mampu menyediakan murid-murid kearah pengajaran

dan pembelajaran yang baik. Berdasarkan pengalaman saya walaupun di Sekolah

Kebangsaan mempunyai MBK berbangsa Cina, India dan lain-lain tetapi mereka mampu

memahami arahan yang disampaikan oleh guru dalam bahasa melayu walaupun sekolah

mempunyai guru yang pelbagai bangsa. Sekolah menggunakan bahasa melayu sebagai

bahasa pengantar yang utama disekolah dan program pendidikan khas. Pada permulaannya

mungkin agak sedikit ralat bagi murid selain daripada kaum melayu untuk memahami bahasa

melayu, tetapi daripada sistem pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan sistematik lama

41
kelamaan MBK tersebut dapat memahami bahasa melayu untuk berkomunikasi dengan guru.

Perkara ini memudahkan guru untuk mengawal dan mengurus tingkah laku MBK menjadi

lebih baik dan terkawal.

Berbanding di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, murid berbangsa cina dan hampir

kesuluruhan gurunya daripada kaum cina, jadi sudah pastinya bahasa komunikasi paling

mudah adalah bahasa cina. Walaubagaimanapun situasi ini menjadi kurang baik apabila mata

pelajaran perlu diajar dalam bahasa melayu seperti pengurusan tingkah laku, pengurusan diri,

kemahiran manipulatif turut serta bahasa inggeris juga diajar dalam bahasa cina. Guru-guru

menjadi perkara yang murid sudah biasa untuk dibiasa lagi agar mereka memehami arahan

guru. Guru-guru SJKC dari kaum cina juga perlu ingat bahawa PPKI disekolah tersebut juga

mempunyai guru-guru melayu dan PPM melayu, bagaimana hendak mewujudkan komunikasi

yang baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sekiranya murid tidak memahami bahasa

lain untuk berkomunikasi. Oleh kerana sesi pengajaran dan pembelajaran murid, guru-guru di

SJKC terlalu mementingkan akademik ini menjadi pengurusan tingkah laku murid menjadi

tidak baik dan kurang memuaskan.

Selari dengan kepelbagaian keperluan individu, murid masalah pembelajaran perlu

diberikan intervensi atau pengurusan tingkah laku bagi membantu MBK untuk lebih bersedia

belajar dan mampu mengurus diri dengan lebih baik. Gabungan pelbagai teknik dan

penekanan kepada rangsangan keupayaan deria dengar, lihat dan sentuh perlu diutamakan

apabila mengajar murid kurang upaya yang pelbagai. Kategori yang lain seperti Kurang

Upaya Pertuturan dan Kurang Upaya Fizikal digalakkan untuk mengikuti Kurikulum

Kebangsaan.

42
4.2.3 Rancangan Pengajaran Individu

Mengikut pengalaman saya, Sekolah Kebangsaan mempunyai pengurusan rancangan

pengajaran individu (RPI) yang baik dan jelas. RPI MBK merangkumi semua aspek

akademik dan bukan akademik. Penilaian juga dilakukan berdasarkan pemerhatian guru dari

semasa ke semasa. Hal ini kerana tingkah laku murid-murid yang sentiasa berubah-ubah

menyebabkan RPI murid juga sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut pelbagai aspek

yang perlu diambil kira. Keputusan berdasarkan peperiksaan tidak menjadi titik akhir untuk

penilaian RPI MBK.

Berbanding di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, RPI dibuat berdasarkan keputusan

akademik semata-mata iaitu melalui peperiksaan yang diberikan oleh pihak sekolah. Sudah

jelas disini, perkara ini amat lari seperti yang diharapkan oleh KPM iaitu penilaian MBK

bukan daripada peperiksaan semata-mata, RPI perlu dilihat dari semua sudut murid tersebut.

Guru-guru juga tidak membuat perancangan jangka pendek atau jangka panjang untuk MBK.

Perancangan dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana terlalu fokus terhadap akademik MBK.

Mereka tidak memberi penekanan terhadap perkara yang lebih penting untuk MBK ini iaitu

pengurusan tingkah laku dang pengurusan diri.

Kesimpulannya, RPI merupakan satu rekod bertulis yang melaporkan satu rancangan

bertulis yang melaporkan perancangan pendidikan secara individu berdasarkan keupayaan

atau kekuatan dan kelemahan murid. RPI hendaklah merangkumi tahap prestasi murid.

Mengikut Kod Amalan MBK perancangan hendaklah merangkumi akademik dan bukan

43
akademik. Kod amalan tersebut juga menyatakan mengenai rangkaian aktiviti yang perlu

dilaksanakan oleh guru bagi membantu murid.

4.2.4 Pihak Pentadbiran Sekolah

Dari segi penubuhan Program Pendidikan Khas Intergrasi di sekolah kebangsaan,

program ini tidak mendapat sebarang kesulitan dan campur tangan pihak lain. Sekiranya

pihak sekolah diarahkan untuk membuka program ini, maka pihak sekolah akan membuka

program ini seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk memberi

perkhidmatan pendidikan kepada murid berkeperluan khas (MBK) dikawasan sekitarnya.

Pihak pentadbiran di Sekolah Kebangsaan juga tidak menolak untuk pelaksanaan program ini

oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Berbalik kepada proses penubuhan program ini, sudah

pastinya program ini perlu dibuka sekiranya mendapat permintaan daripada 10 orang ibu

bapa ataupun penjaga kepada murid istimewa tersebut mengikut daerah dan sekolah yang

berhampiran. Mengikut peredaran zaman, walaupun dibawah kawasan Pejabat Pendidikan

Daerah yang sama, banyak program pendidikan khas telah dilaksanakan sebagai contoh di

bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara yang mempunyai lebih daripada 10 buah

sekolah yang melaksanakan program ini. Pihak pentadbiran di semua sekolah kebangsaan

tidak memperlihatkan penubuhan Program Pendidikan Khas di sekolah mereka sebagai satu

masalah.

Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, pihak sekolah bukan sahaja takut untuk membuka

program ini malahan mendapat campur tangan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG).

44
Jika PIBG tidak mempersetujui program ini dibuka maka sekolah tidak boleh menubuhkan

program ini kerana mendapat tentangan dari PIBG. Tambahan pula, PIBG merupakan satu

kuasa yang besar disekolah cina kerana segala peruntukan diperolehi daripada PIBG. Dagi

segi prestasi sekolah, pihak sekolah khuatiri dengan adanya murid berkeperluan khas ini

berada disekolah mereka atau pun program ini dilaksanakan prestasi sekolah mereka akan

jatuh terutamanya dari sudut akademik. Pihak sekolah sedari akan kelemahan mereka dalam

bidang akademik akan menjejaskan pretasi sekolah. Mengikut statistik ketika ini hanya tiga

buah sekolah jenis kebangsaan cina sahaja yang melaksanakan program ini di negeri

Selangor.

Kesimpulannya dari segi penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi, semua pihak

perlu berfikiran terbuka untuk melaksanakan program ini ditempat mereka. Semua pihak

perlu merujuk kepada Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas. Kod Amalan ini

satu tatacara yang diperakui oleh KPM sebagai panduan melaksanakan pendidikan MBK,

seperti yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Bab 8, Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 dan akta-akta lain yang berkaitan mengenai hak

pendidikan MBK. Dari segi pencapaian atau prestasi sekolah, pihak sekolah tidak perlu

khuatiri kerana sukatan pelajaran mereka adalah berbeza dan sudah pastinya pencapaian

mereka tidak dicampur aduk bersama murid aliran perdana. Pencapai mereka hanya akan

dinilai berasingan dan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Khas sahaja.

Pihak pentadbiran di Sekolah Kebangsaan juga kerap memantau perkembangan

program ini, walaupun program ini telah memberi kuasa kepada Guru Penolong Kanan

Pendidikan Khas untuk mentadbir jawatankuasa pendidikan khas ini secara berasingan

45
daripada aliran perdana. Pihak pentadbiran di Sekolah Kebangsaan ini tidak meminggirkan

pelaksanaan program ini. Mereka cakna terhadap perkembangan program ini dan memberi

sokongan yang padu kepada organisasi Pendidikan Khas untuk membangunkan program ini.

Pihak pentadbiran di Sekolah Kebangsaan juga dilihat tidak berasa kekok untuk

menyumbang bakti bagi membangunkan potensi murid istimewa di sekolah berkenaan.

Berbanding dengan pihak pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, pihak

pentadbiran hanya melalui kawasan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi sahaja. Mereka

tidak bergaul bersama MBK jika dibandingkan dengan pihak pentadbiran Sekolah

Kebangsaan. Pihak pentadbiran sendiri berasa takut untuk bersama MBK. Pihak pentadbiran

hanya mengambil tahu mengenai perkembangan MBK mengikut dari laporan Guru Penolong

Kanan Pendidikan Khas tanpa mendekati mereka.

Tuntasnya disini pihak pentadbiran perlu lebih prihatin dan empati terhadap MBK ini.

Pihak pentadbiran perlu kerap mendekati MBK kerana mereka juga sebahagian daripada

warga sekolah yang perlu diberikan perhatian. Tidak perlu berasa takut atau jijik untuk

bersama MBK, kerana pihak pentadbiran juga merupakan seorang pendidik yang perlu

melaksanakan tanggungjawab mereka bukan sahaja kepada murid di aliran perdana tetapi

juga kepada murid-murid berkelainan upaya ini.

Dari segi pengisian kekosongan jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas juga

memainkan peranan penting dalam program ini. Untuk melaksanakan dan membangunkan

program ini pastinya memerlukan penggerak ataupun peneraju utama untuk pelaksanaan

46
program ini. Pihak pentadbiran juga tidak menolak sesiapa sahaja untuk mengisi jawatan ini

di sekolah meraka. Tanpa mengira warna kulit, agama atau bangsa, pihak pentadbiran

menerima sesiapa sahaja Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas yang dihantar oleh Jabatan

Pelajaran Negeri mahupun Pejabat Pendidikan Daerah untuk memikul tanggungjawab

sebagai peneraju utama Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah mereka.

Mengikut pengalaman saya dan beberapa orang rakan yang lain, jawatan Guru

Penolang Kanan Pendidikan Khas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina hendaklah diisi oleh

guru cina juga. Walaupun JPN menempatkan seseorang yang lebih berkelayakan untuk

mengisi kekosongan jawatan ini, tetapi pihak sekolah menolak untuk menerima guru yang

tidak boleh berbahasa Cina. Hal ini kerana akan menyukarkan untuk berkomunikasi dan

berhubung. Kesannya pihak JPN terpaksa menghantar Guru Penolong Kanan yang tidak

berkelayakan dan tidak mempunyai pengalaman ataupun ikhtisas dalam pendidikan khas.

Mengikut Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi tahun 2015,

antara kelayakan seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas adalah mempunyai

kelayakan ikhtisas dalam bidang Pendidikan Khas sama ada Ijazah, Diploma atau Sijil malah

mempunyai pegalaman berkhidmat dalam bidang Pendidikan Khas sekurang-kurangnya lima

tahun. Kesannya akan menyebabkan beberapa masalah yang berlaku kerana Guru Penolong

Kanan tersebut tidak mengetahui cara menguruskan MBK dan pentadbiran pendidikan khas

menjadi kucar kacir dan pentadbiran ini akan kearah pentadbiran murid-murid aliran perdana.

Jelasnya disini bahawa, pihak pentadbiran tidak perlu ego untuk menerima siapa jua

guru yang dilantik untuk menjadi Guru Penolong Kanan. Jika pihak pentadbiran meneruskan

sikap untuk memilih bulu siapakah Guru Penolong Kanan yang sesuai maka organisasi

47
pendidikan khas di sekolah tersebut akan menjadi kurang terurus. Pelantikan Guru Penolong

Kanan yang sesuai adalah untuk memastikan kelangsungan program ini bagi membantu

mengatasi masalah guru pendidikan khas dan MBK yang wujud ketika pelaksanaan program

ini.

4.2.5 Guru Pendidikan Khas

Guru pendidikan khas adalah antara individu yang terpenting untuk melaksanakan

program ini. Seperti yang kita lihat, guru pendidikan khas Sekolah Kebangsaan lebih

menonjol sikap profesionalismenya dalam mengendali murid berkeperluan khas ini. Melalui

pengalaman pengkaji, guru Sekolah Kebangsaan lebih mendalami konsep program

pendidikan khas itu sendiri. Pertama, program pendidikan khas menegaskan kepentingan

memelihara setiap individu yang mempunyai potensi yang berbeza. Kedua, guru pendidikan

khas di sekolah kebangsaan membuat pengubahsuaian terhadap kaedah atau teknik

pengajaran dan pembelajaran, masa yang diperuntukan bagi setiap aktiviti, susunan bagi

setiap aktiviti, serta matapelajaran yang bersesuaian dan mempelbagaikan bahan bantu

mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas selaras dengan Peraturan-

Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas). Terakhir, guru di sekolah kebangsaan juga tidak

begitu terikat dengan dengan sukatan ataupun kurikulum yang telah ditetapkan oleh

kementerian kerana kemampuan mereka tidak seperti murid dalam aliran perdana.

Berbanding di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, mereka terlalu mengikut sukatan

pelajaran yang telah ditetapkan. Mereka tidak melakukan melakukan pengubahsuaian

48
kurikulum mengikut pencapaian akademik murid. Mereka mengajar MBK sama seperti

murid di aliran perdana. Hal ini kerana rata-rata dalam kalangan mereka tidak mendapat

pendedahan awal mengenai konsep pendidikan khas.

Secara ringkasnya, Pendidikan Khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan

dengan kaedah, teknik dan penyelidikan tersendiri. Kesemua ini menumpukan kearah

pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhu kehendak-kehendak

khas.Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikn secara individual dengan

kaedah pengurusan yang bersiatematik dari segi susuanan fizikal, alat-alatan khas dan kaedah

pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensiyang dibuat ini semata-mata untuk membantu

MBK untuk mencapai kepuasan diri dari segi akademik dan vokasional untuk membolehkan

mereka berdikari.

Guru pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan lebih memahami potensi murid

berkeperluan khas ini. Mereka lebih memahami keupayaan murid istimewa ini dari segi

akademik dan kokurikulum. Memandangkan mereka lebih arif mengenai tahap keupayaan

akademik murid-murid berkeperluan khas ini, mereka cekap dalam mencari aktiviti untuk

mengembangkan potensi murid-murid ini. Sudah pasti kita sudah sedia maklum bahawa

potensi murid berkeperluan khas ini dalam bidang akademik adalah amat rendah. Sebagai

seorang guru yang prihatin, pendidikan yang berarah akademik sepenuhnya perlu diubahsuai

untuk mengembangkan potensi mereka.

49
Seperti yang diperkatakan dalam isi pertama guru pendidikan khas di Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina tidak melakukan pengubahsuaian kurikulum. Hal ini kerana mereka

merasakan MBK perlu dilayan dan dilatih seperti murid aliran perdana. Mereka lupa akan

pendidikan “Khas” yang diperlukan oleh murid-murid tersebut. Jadi potensi perkembangan

murid-murid tersebut amat rendah. Jadi sudah jelas disini, bahawa mereka tidak

berkeupayaan memahami MBK.

Secara keseluruhannya, sebagai seorang guru pendidikan khas sudah pastinya satu

sikap yang tidak ada pada guru aliran perdana adalah empati. Meletakkan diri kita dalam

kedudukan murid tersebut. Mencari jalan penyelesaian tentang pengajaran yang sesuai untuk

MBK ini bagi mengembangkan potensi mereka. Tidak ada fakta yang mengatakan MBK

tidak boleh mengembangkan potensi mereka, antaranya pelakon terkenal Tom Cruise, saintis

tersohor Albert Einstain dan pemimpin yang hebat seperti Abraham Lincon. Jadi disinilah

bermulanya tugas guru pendidikan khas untuk melahirkan MKK yang Berjaya.

Guru-guru di Sekolah Kebangsaan lebih berkemahiran. Hal ini kerana, rata-rata guru

pendidikan khas di sekolah kebangsaan mempunyai ikhtisas dalam bidang pendidikan khas

sepenuhnya. Mereka sentiasa memperbaharui teknik pengajaran dan pembelajaran yang

dilihat sesuai mengikut keperluan murid. Mereka juga meletakkan murid mengikut aras yang

sesuai mengikut potensi murid-murid tersebut. Ujian diagnostik dijalankan dengan penuh

telus mengikut piawaian yang telah ditetapkan untuk mengkategorikan aras murid-murid

berkeperluan khas ini. Guru pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan juga mempunyai

keupayaan yang tinggi dalam mengendali murid-murid pendidikan khas. Latihan yang

diberikan diaplikasikan dengan baik untuk membantu perkembangan potensi murid-murid

50
ini. Mereka juga dilihat kerap bersama pembantu pengurusan murid dalam pengurusan diri

murid. Kadangkala mereka sendiri menguruskan murid berkeperluan khas ini tanpa

mengharapakan bantuan pembantu pengurusan murid di sekolah mereka. Selain itu, mereka

juga mempunyai kreativiti yang amat tinggi. Melalui pengalaman saya, guru di sekolah

kebangsaan mampu mencipta dan mereka alat bantu mengajar (ABM) dan bahan bantu

mengajar (BBM) untuk murid-murid mereka sendiri tanpa menggunakan peralatan dari pihak

sekolah sepenuhnya. Hal ini kerana mereka mengetahui akan kebolehan anak-anak murid

mereka, jadi mereka lebih mengetahui akan keperluan murid mereka berbanding dengan

mengharapkan sepenuhnya ABM dan BBM yang disediakan oleh pihak sekolah

Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, kebanyakan guru pendidikan khas yang ada

ketika ini kebanyakan mereka adalah guru yang diserap masuk dan guru sandaran tidak

terlatih (GSST). Sudah pastinya mereka tiada kemahiran dan terlatih dalam menguruskan

MBK. Kebanyakan mereka dipaksa untuk mengajar MBK kerana tiada kekosongan bagi

matapelajaran di aliran perdana. Mereka tidak memehami keperluan MBK, tidak mempunyai

pengetahuan yang luas mengenai MBK dan pendidikan khas. Mereka juga menilai murid dari

segi luaran atau pun mata kasar mereka untuk menempatkan murid-murid berkeperluan khas

tanpa sebarai penilaian bertulisan. Melalui pengalaman saya ujian diagnostik boleh

mengesahkan segala-galanya mengenai potensi murid. Hal ini kerana melalui ujian

diagnostik guru boleh menentukan tahap akademik mereka dengan mudah. Berlaian di

Sekolah Jenis kebangsaan Cina yang saya mengajar pada masa ini, mereka hanya menilai

murid yang sudah boleh membaca dan menulis pada mulanya di tahap yang lebih tinggi.

Mereka tidak menilai dari segi hasil kerjanya, tingkah laku murid tersebut dan sebagainya

aspek yang perlu diambil kiri untuk menampatkan murid mengikut kelas yang sesuai.Dari

segi kreativiti, mereka tidak mempunyai kreativiti yang banyak, kerana mereka lebih

51
mengharapkan ABM dan BBM yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Bagi mereka tidak

perlu membuat atau membina ABM dan BBM yang menarik minat mereka kerana sudah

pasti mereka tidak dapat mencapai objektif pembelajaran.

Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat

membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum,

menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta

menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi

menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting

dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul tidak kira

sama ada murid di aliran perdana mahupun pendidikan khas di dalam membina negara

bangsa yang berkualiti. Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan

silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu

(knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi

dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta

penggunaan bahan sumber secara berkesan. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan

holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid walaupun

matlamat guru pendidikan khas adalah untuk melahirkn MBK yang boleh menguruskan diri

dan berdikari. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia

berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan,

kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan

identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

52
Guru yang profesional adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi

dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa

berusaha memperbaiki dirinya. Hoyle (1980) dalam Noriati A. Rashid, Boon Poong Ying &

Wong Kiet Wah (2010) menghuraikan profesionalisme sebagai sikap dan tindakan yang

menyentuh aspek-aspek berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat

kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal berkaitan dengannya. Berdasarkan

penelitian tentang profesionalisme guru, dapatlah dirumuskan bahawa guru yang profesional

perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta

pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pernyataan ini

dikukuhkan lagi dengan atribut guru profesional mengikut Mohamad Sani (1998) dalam

Noriati A. Rashid, Boon Poong Ying & Wong Kiet Wah (2010). Jelaslah bahawa matlamat

kerjaya seorang guru profesional ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan.

Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting

dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks

pembinaan modal insan.

4.3 Perbezaan Budaya

Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah

Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik seperti

Melayu, cina dan India yang menjadi majority terbesar serta kaum pribumi Sabah dan

Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik

membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek-moyang terdahulu.

53
4.3.1 Pemahaman ibu bapa terhadap Murid Berkeperluan Khas

Murid Berkeperluan Khas adalah merujuk kepada murid

54

You might also like