You are on page 1of 2

KELAB ROBOTIK SMK GAJAH BERANG, MELAKA

KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MEMBELI SET ROBOTIK EV3

1. PENGENALAN
Kelab ROBOTIK merupakan salah satu aktiviti kokurikukum di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia yang memberikan penekanan terhadap aspek pendidikan STEM yang mencipta
pemikir kritis, meningkatkan celik sains dan melahirkan innovator dalam kalangan generasi
masa hadapan. Oleh kerana teknologi terus berkembang dalam setiap aspek kehidupan,
maka kemahiran STEM tidak dapat disangkal lagi menjadi elemen utama pada generasi akan
datang.

SMK Gajah Berang mempunyai 5 set Robot NXT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia sejak tahun 2007 dan 2010. 2 daripada set robot NXT telah rosak dan hanya 3
sahaja set robot NXT yang masih boleh digunakan. Pada tahun ini Kelab Robotik mempunyai
40 orang pelajar dari tingkatan 1-5 yang berminat dengan robotik. Memandangkan hanya 3
sahaja set robot yang boleh digunakan menjadikan kelab robotik menghadapi masalah untuk
melatih pelajar ketika aktiviti kokurikulum dijalankan. Selain itu kebanyakkan pertandingan
Robotik yang diadakan ketika ini perlu menggunakan model EV3 dan jika hanya
menggunakan set robot NXT pelajar sekolah ini tidak dapat mencapai keputusan yang
cemerlang dalam setiap pertandingan kerana kekangan dari segi peralatan yang agak
ketinggalan.

2. TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dari Yang Berbahagia Datuk
untuk menyediakan peruntukan kewangan bagi Kelab Robotik untuk membeli komponen
robotik EV3 yang sangat diperlukan untuk menyertai pertandingan robotik peringkat negeri ,
kebangsaan dan antarabangsa.

3. OBJEKTIF

3.1 Membantu para pelajar membina asas yang kukuh dalam bidang
matematik, sains, teknologi, reka cipta dan ICT.

3.2 Dapat merangsang kreativiti pelajar menyelesaikan sesuatu masalah dan


menggalakkan inovasi.

3.3 Dapat memupuk budaya kerja berpasukan dan semangat bekerjasama


dalam kalangan pelajar.
3.4 Menyahut hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan
pelajar yang inovatif dan kreatif.

3.5 Ke arah mewujudkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan


bertaraf kelas pertama.

4. ANGGARAN PERBELANJAAN

Kelab Robotik SMK Gajah Berang berharap agar pihak PIBG dapat memberikan dana
kewangan untuk mendapatkan set EV3 agar kami dapat menyertai pertandingan peringkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Maklumat Kit Robotik dari Syarikat Sasbadi Learning
Sasbadi Sdn Bhd adalah seperti berikut:

Pakej A:
1 x 45544EV3 CORE SET & SOFTWARE = RM3074.00

Pakej B:
2 x 45544EV3 CORE SET & SOFTWARE
1 x 45560 EV3 EXPANSION SET = RM7038.40

5. HARAPAN

Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mempertimbangkan dan


bersetuju dengan cadangan Kelab Robotik SMK Gajah Berang memohon peruntukan
kewangan untuk membeli Set Robotik EV3 dengan anggaran kos seperti diatas.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh: Disokong oleh: Disokong dan diluluskan oleh:

________________________ ____________________ ____________________


(PN HALIZAH BINTI RAMTHAN) (EN OMAR BIN MINHAD) (EN ROSZELAN BIN MAJID)
Ketua Guru Penasihat, GPK Kokurikulum Pengetua
Kelab Robotik SMK Gajah Berang SMK Gajah Berang

You might also like