You are on page 1of 3

Agensi Tempatan berperanan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat.

• Terdapat beberapa
jenis agensi tempatan.Antaranya ialah: • Bomba dan penyelamat • Majlis Daerah • Rukun Tetangga

BOMBA DAN PENYELAMAT • PERANANYA • -Melindungi nyawa dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran • -
Mencegah,memadamkan,dan mengawal kebakaran • -Menentukan adanya jalan keluar
kebakaran,penyelenggaraan,dan kawal selia yang sempurna. • -Menjalankan penyiasatan tentang sebab dan punca
hal kebakaran. SAMB… • Menjalankan khidmat kemanusian seperti perlindungan nyawa dan harta benda semasa
berlakunya sebarang bencana. • Menyelamatkan haiwan seperti kucing yang tersangkut di atas pokok atau di
tempat yang tinggi. • Bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana. PERKHIDMATAN DAN CARA
MENGHARGAINYA • • • • • KHIDMAT KEMANUSIAN -Membantu mangsa kemalangan -Membantu mangsa bot
karam -Membantu mangsa gempa bumi -Membantu mangsa banjir SAMB… • Berkerjasama dengan bomba dan
penyelemat supaya tugas mereka berjalan lancar. • Tidak membuat panggilan palsu kepada bomba adalah satu
tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menggenakan hukuman yang berat. • Jangan merosakkan pili
bomba atau memakir kereta ditempat yang ada pili bomba kerana menggangu bomba menjalankan tugas mereka.

MAJLIS DAERAH • Merupakan Pihak Berkuasa Tempatan. • Menyediakan perkhidmatan kepada orang
ramai,menjaga kebajikan orang ramai dan menjaga alam sekitar. •

TUGASNYA ADALAH:• -Menggubal,melaksana,dan menguatkuasakan undang-undang serta dasar untuk kepentingan


dan kesejahteraan penduduk setempat. • Cthnya:membuat peraturan meletakkan kereta dan peraturan membina
bangunan. SAMB… • -Mengurus kebersihan dan kecantikan bandar.cth:menanam pokok bunga,memotong rumput
dan sebagainya. • Perkhidmatan kebersihan dan pembuangan sampah.Cth: kutip dan pelupusan sampah. •
Memungut cukai pintu rumah di daerahnya. • Mengeluarkan lesen perniagaan SAMB.. • Menyediakan peluang
perniagaan dengan membekalkan kemudahan dan infrastruktur perniagaan. • Menyediakan perkhidmatan kesihatan
seperti semburan racun serangga untuk membasmi nyamuk,memantau kebershian gerai-gerai jualan makanan dan
sebagainya. • Menyediakan kemudahan awam-perhentian bas,tandas awam,taman rekreasi,perpustakaan,pasar dan
lain-lain lagi. • Menangkap haiwan liar seperti anjing liar atau ular sawa.

RUKUN TETANGGA • Merupakan satu program sukarela yang ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat
setempat. • Perkhidmatan yang diberikan oleh agensi ini lebih bersifat bantuan dan kebajikan kepada masyarakat. •
Terdiri daripada penduduk setempat. Antara tugasnya ialah: Melaksanakan dasar integrasi nasional. Membantu
membangunkan masyarakat setempat. Memelihara,meningkatkan,dan mengukuhkan perpaduan rakyat. • Membuat
rondaan pada waktu malam. • Menganjurkan pelbagai aktiviti sosial yang berunsurkan perpaduan • • • • SAMB… • •
• • • • • Antara aktiviti yang dijalankan ialah: -Hari Keluarga -Sukan dan rekreasi -Gotong-royong -Sambutan
maulidur rasul -Mengadakan rumah terbuka -Menganjurkan kursus

AGENSI-AGENSI PUSAT
1. Agensi pusat membantu pelaksanaan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
2. Tugas-tugas utama kerajaan pusat adalah untuk membantu, menyelaraskan, dan mengawal kementerian-
kementerian dan jabatan-jabatan.
3. Terdapat 5 buah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu;
a. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
b. Unit Perancang Ekonomi (EPU)
c. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
d. Unit Penyelidikan Ekonomi (SERU)
e. Unit Pemodenan Tadbiran dan Peracangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
f. Unit Kerjasama Awam Swasta
g. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
4. Agensi pusat lain ialah Perbendaharaan Malaysia terletak di bawah Kementerian Kewangan.

PERBADANAN AWAM

1. Badan khas kerajaan (Persekutuan @ Negeri)


2. Menjalankan kegiatan berunsur perniagaan - bidang yang tidak diceburi swasta.
3. Kerajaan mempunyai ekuiti dalamnya.
4. Terbahagi kepada dua iaitu: Perbadanan Awam Persekutuan & Perbadanan Awam Negeri.
5. Perbadanan Awam Persekutuan diletakkan di bawah kementerian-kementerian tertentu.
6. Dua bentuk Perbadanan Awam iaitu: Badan Berkanun & Badan Tidak Berkanun
Contoh-contoh:
Badan Berkanun: MARA, FELDA & MARDI
Badan Tidak Berkanun: PETRONAS, MAS, HICOM & PNB

TUJUAN
 Membolehkan kerajaan terlibat secara terus dlm pembangunan sosioekonomi
 Menceburi bidang yg kurang menguntungkan
 Membolehkan pembangunan sosioekonomi bergerak lebih cepat & berkesan

PERANAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NON-PROFIT GROUP ACTIVITIES)

Bilangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat antarabangsa dianggarkan berjumlah 40,000 buah,
manakala di India melebihi 3 juta buah dan di Russia 277,000 buah. Pada asasnya, NGO ialah kumpulan berdaftar
yang sah bagi kegiatan bukan politik dan bukan berorientasi keuntungan. Malangnya, pada hari ini banyak orang
politik hanya menjadikan NGO sebagai perkakas atau topeng untuk menonjolkan diri sendiri kononnya pembela
bangsa dan melakukan kerja-kerja fitnah yang amat hina lagi keji.

Contoh NGO tempatan yang jelas inti pati perjuangan mereka ialah persatuan pengguna, belia, alam sekitar, badan
kebajikan warga tua dan anak yatim, serta persatuan rekreasi. Namun, sebahagian NGO berkenaan juga telah lama
diresapi oleh pengaruh politik atas alasan mudah mendapat dana dan akses program skala besar. Selain itu,
pertelagahan tentang jawatan organisasi juga telah melemahkan peranan asal NGO terbabit.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kelihatan lebih menonjol dan bebas daripada pengaruh politik parti.
Gabungan Persatuan Pengguna Kebangsaan (Fomca) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula tidak
begitu bertaring justeru sering berlaku kemelut kepimpinan dan kadang-kadang menunjukkan kecenderungan yang
berat sebelah. Barangkali, hakikat itu ialah punca utama para pengguna di Malaysia tidak berdaya menghalang kaum
kapitalis daripada melakukan penindasan hingga begitu berkuasa dalam pasaran.

Nasib pertubuhan belia lebih teruk. Pemimpin-pemimpin tua yang masih perasan muda sangat liat untuk berundur
daripada tampuk kepimpinan, lalu mengakibatkan pertubuhan belia tidak lebih sebagai kuda tunggangan ahli politik
yang rakus. Sebahagian besar golongan belia sebenar beralih kepada aktiviti antisosial seperti lumba haram,
pergaulan bebas dan hiburan melampau.

NGO alam sekitar memainkan peranan penting sebagai wadah kesedaran sosial tentang kepentingan ekosistem dan
kehidupan yang sejahtera tanpa pencemaran. Namun, mereka tidak boleh terikut-ikut dengan pendekatan
Greenpeace di peringkat antarabangsa yang sanggup melakukan bantahan yang aneh hingga menjatuhkan maruah
aktivis mereka sendiri. Sahabat Alam Sekitar Malaysia (Sam) ialah contoh NGO tempatan yang masih dihormati di
negara kita.

Badan kebajikan seperti Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Peryatim), Majlis Kanser Nasional (Makna) dan
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) diterajui oleh individu yang pernah berpengaruh dalam politik seperti
bekas menteri, pegawai tinggi awam dan ahli akademik. Namun, di peringkat negeri dan daerah, terdapat lebih
banyak badan kebajikan skala kecil yang lebih fokus. Badan-badan kebajikan seumpama demikian memberi
kesempatan kepada warganegara dan anggota masyarakat yang prihatin untuk menghulurkan pertolongan kepada
golongan yang kurang beruntung.

Di samping itu, terdapat juga NGO berasaskan hobi dan kegemaran sosial tertentu seperti kelab motosikal berkuasa
tinggi, kelab kereta antik, kelab memancing dan sebagainya. Kelab-kelab eksklusif seumpama itu bagaimanapun
tidak bersifat massa. Namun, mereka masih boleh menjalankan kerja-kerja kebajikan berdasarkan kemampuan dana
masing-masing.
Nama-nama NGO seperti Tibai dan Gaps ialah contoh kumpulan pendesak yang diasaskan untuk medium orang
politik yang tidak menyerlah dalam arus perdana politik tanah air. Pertubuhan bermusim seperti itu menyebabkan
berlaku kekeliruan tentang peranan sebenar NGO. Generasi muda akan menjauhi aktiviti NGO yang diragui.

You might also like