You are on page 1of 4

HARI PENETAPAN TARGET

SK SUNGAI SETAPANG 0
HARI PENETAPAN TARGET

KERTAS KERJA
HARI PENETAPAN TARGET MURID TAHUN 6
SK SUNGAI SETAPANG 2016

1.0 PENGENALAN

Hari Penetapan Target ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid Tahun
6 khususnya untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing dengan meletakkan suatu target
bagi setiap matapelajaran peperiksaan awam (UPSR 2016) yang akan diduduki pada tahun ini.
Dalam erti kata lain, semasa program ini nanti, ibu bapa atau penjaga bersama-sama murid Tahun 6
berupaya merencanakan target atau matlamat murid. Pada masa yang sama pihak sekolah secara
tidak langsung dapat menentukan target setiap matapelajaran utama di sekolah.

Justeru itu, melalui pemuafakatan diantara pihak sekolah, ibu bapa atau penjaga bersama-sama murid
tahun 6 secara tidak langsung dapat memantapkan institusi kekeluargaan ke arah kecemerlangan
dalam aspek akademik khasnya.

2.0 RASIONAL

 Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada penyelesaian
masalah pembelajaran murid.
 Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah anak-anak.
 Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh kepada program
sekolah.
 Kerjasama antara ibu bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan
akademik.

3.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan peratus keseluruhan UPSR SK Sungai Setapang.


 Menambah bilangan murid cemerlang yang mendapat 6A di dalam UPSR bagi tahun 2016.
 Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibubapa untuk memantau pembelajaran anak-anak
semasa berada di rumah.

SK SUNGAI SETAPANG 1
HARI PENETAPAN TARGET

 Memastikan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah sentiasa berterusan dan
harmonis.
 Memastikan penyaluran maklumat kepada ibu bapa berhubung dengan prestasi murid Tahun
6 berjalan lancar.
 Meningkatkan kemenjadian murid melalui permuafakatan ibu bapa dan guru.

4.0 SASARAN

Ibu bapa dan semua murid Tahun 6 seramai 14 orang.


\
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh :
Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Tempat: Dewan SK Sungai Setapang

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Joannes Pasin (PK Kurikulum)


Naib Pengerusi : En. Mumin Kasi (PK HEM)
En. Muhammad Sukardi bin Misraeh (PK Ko-Kurikulum)
Setiausaha : Cik ileen Mujan Asim (SU Peperiksaan)
Penyelaras : Cik Rafidah Binti Suhaili (Guru Bimbingan & Kaunseling)
AJK : Semua guru Tahun 6

6.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa & murid Tahun 6


8.15 pagi: Ibu bapa & guru mengambil tempat dan duduk
8.30 pagi : Ucapan Pengerusi
Bacaan Doa
Nyanyian Lagu Negaraku
Ucapan ____________
Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG, ___________
Sesi Pemuafakatan
- Penerangan tentang UPSR / Sasaran Sekolah/Jabatan oleh Penolong Kanan 1
- Perjumpaan Ibu Bapa dengan Guru Tahun 6 & Penetapan Target
- Menandatangani Surat Akur Janji / Penetapan Target
10.00 pagi : Majlis Bersurai / Jamuan Ringan

SK SUNGAI SETAPANG 2
HARI PENETAPAN TARGET

7.0 PERBELANJAAN

BI PERKARA JUMLAH
L
1 Makan Dan Minum Ibu bapa & Guru

20 orang × RM 5 RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 100.00

8.0 PENUTUP

Diharapkan program seperti ini dapat memberi impak yang berkesan kepada pencapaian murid
Tahun 6 SK Sungai Setapang dalam mencapai target yang diingini dan mencapai sasaran sekolah
selaras dengan misi dan visi ingin menjadikan SK Sungai Setapang cemerlang menjelang tahun
2016.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

.................................................. ........................................................
(PUAN SITI ATHIRAH BINTI MOHAMED) (ENCIK JOANNES PASIN)
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING PK KURIKULUM
SK SUNGAI SETAPANG SK SUNGAI SETAPANG

SK SUNGAI SETAPANG 3

You might also like