You are on page 1of 14

TEORI PEMBELAJARAN

SOSIAL
Disediakan Oleh :
Noorezayu Bt. Mohd Said
Matematik Kumpulan 4
PPG Semester 2
PELOPOR dan PRINSIP
• Albert Bandura (1925) - ahli psikologi
Amerika Syarikat yang terkenal.
• Menegaskan bahawa pembelajaran manusia
berlaku dengan cara memerhatikan orang
lain melakukan sesuatu (modelling).
• Memerhatikan gerak balas yang
ditonjolkan.
EKSPERIMEN PATUNG
BOBO
• Kajian Bandura pada tahun 1961 yang berfokuskan
pola tingkah laku yang berhubung kait dengan
tingkah laku agresif.
• Satu kumpulan kanak-kanak (3-6 tahun) diarahkan
melihat filem yang menunjukkan aksi menumbuk,
menendang dan menjerit terhadap satu patung
besar berisi udara (Bobo).
• Bandura mendapati kanak-kanak yang menonton
filem tersebut menunjukkan tingkah laku agresif
seperti mana di dalam filem tersebut.
• Kesimpulannya, Bandura menamakan
fenomena ini sebagai pembelajaran
pemerhatian.
4 LANGKAH PROSES
MODELLING MENURUT
BANDURA:

LANGKAH 1
• Perhatian yang teliti kepada gerak
balas yang hendak dicontohi sama
ada melalui penglihatan,
pendengaran atau penggunaan
deria.
LANGKAH 2
• Pengekalan iaitu mengingat kembali
ciri atau tingkah laku yang
diperhatikan.
• Hasil pemerhatian disimpan di dalam
ingatan.
LANGKAH 3
• Penghasilan semula iaitu
menghasilkan semula apa yang telah
diperhatikan dan disimpan diingatan
melalui amalan atau praktis.
LANGKAH 4
• Motivasi iaitu ganjaran yang diberi
untuk meneguhkan gerak balas
tersebut.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

GURU SEBAGAI ROLE MODEL DAN MODEL


SIMBOLIK
• Guru perlu menjadi model yang baik sama ada dari
segi pakaian, tingkah laku, pertuturan dsb kerana
guru sering dijadikan contoh oleh murid.
• Murid juga boleh meniru secara langsung contoh-
contoh pengajaran yang diberikan oleh guru.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

MODIFIKASI TINGKAH LAKU


• Permodelan adalah merupakan satu cara modifikasi
tingkah laku.
• Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti
bersopan santun dan tidak meninggikan suara di
dalam bilik darjah,
• Apabila murid meniru tingkah laku yang baik, guru
perlu memberi peneguhan untuk melazimkan
tingkah laku tersebut.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

CONTOH DAN HASILAN YANG BAIK


• Guru perlu menunjukkan hasil tangan, seni lukis
dan kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam
mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Kemahiran
Hidup dan sebagainya.
• Murid dapat meniru dari contoh-contoh yang
ditunjukkan untuk menghasilkan kerja-kerja
mereka.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PENIRUAN MELALUI MAIN PERANAN &


SIMULASI
• Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-
watak yang penting melalui situasi main peranan
dan simulasi.
• Murid dapat meniru tingkah laku positif secara
tidak langsung yang ditunjukkan watak-watak
dalam simulasi tersebut.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
RAKAN SEBAYA SEBAGAI MODEL
• Guru boleh menggunakan murid-murid yang
menunjukkan tingkah laku yang baik untuk
dijadikan model di dalam kelas.
• Guru harus membentuk kumpulan yang terdiri
daripada murid yang pandai dan lemah supaya
murid yang lemah dapat meniru tingkah laku murid
yang pandai dan seterusnya meningkatkan
pencapaian mereka.
KESIMPULAN
• Teori Pembelajaran Sosial memberi
tumpuan kepada perhubungan antara
manusia, tingkah laku dan persekitaran.
• Oleh itu, guru perlu menyediakan
persekitaran yang selesa dan kondusif
agar mereka berjaya mencontohi
sesuatu tingkah laku yang baik.

You might also like