You are on page 1of 3

LAPORAN PROGRAM

PENDAHULUAN: Sikap bertanggungjawab dan sayang akan buku teks di kalangan murid
adalah sangat penting. Ia dapat me mbantu pihak sekolah
mengurangkan pelupusan buku-buku SPBT dan dengan secara tidak langsungnya dapat
memanfaatkan lebih ramai murid untuk tahun-tahun yang akan datang. Untuk memupuk
sikap baik ini , pihak sekolah telah mengadakan aktiviti pemeriksaan buku teks.

PROGRAM : Spot Check Buku Teks

TARIKH : Sepanjang tahun 2016

KUMPULAN / SASARAN : Murid-murid Tahun 1 - 6

YANG TERLIBAT : Guru SPBT & AJK BOSS

TUJUAN /OBJEKTIF:
(i) Memupuk sikap bertanggunjawab dan sayang akan buku teks.
(ii) Menyedarkan murid-murid tentang kebaikan menjaga kebersihan dan keselamatan buku
teks.
(iii) Mengurangkan bilangan buku yang mesti dilupuskan.
(iv) Meringankan beban pembelanjaan kerajaan dalam menyediakan buku-buku SPBT.

PELAPORAN :
1. Guru SPBT mengadakan spot check buku teks di kelas yang dipilih.
2. Beberapa orang AJK BOSS dan guru kelas membantu guru SPBT semasa
spot check.
3. Memeriksa buku teks pada murid telah mematuhi peraturan yang ditetapkan, iaitu
membalut buku , tidak menggunakan staple, tidak menconteng , melengkapkan
maklumat pinjaman dan sebagainya.
4. Mencatat nama dan memberi amaran / mendenda kepada murid yang tidak
mematuhi peraturan.
RUMUSAN :

Kerjasama para ibu bapa amat diperlukan untuk bersama-sama memastikan buku teks
yang dipinjamkan sentiasa ada dan tidak hilang. Balutlah buku teks dengan plastik pembalut.
Nama berserta nama kelas dan tahun pinjaman perlu dilengkap pada ruang bercop yang
disediakan.
Adalah menjadi tanggungjawab para ibu bapa untuk memastikan juga buku-buku teks
tidak diconteng, dikoyak, atau ditinggalkan di merata-rata tempat. Pihak sekolah akan
mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku
mestilah segera dilaporkan kepada guru kelas atau guru SPBT atau Penolong Kanan HEM.
Keprihatinan semua pihak dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang terbaik.

Disediakan oleh,

____________________

(CIK LIM LEE FIA)


Guru SPBT
SJK (C ) YUH HUA
Gambar menunjukkan Pengawas SPBT ditugaskan untuk memeriksa
buku teks pelajar.

Hasil laporan, sebilangan pelajar masih degil iaitu tidak membalut buku teks mereka dan ada
buku yang sudah rosak. Mungkin pada tahun hadapan aktiviti pemeriksaan buku teks akan
dilaksanakan lebih kerap lagi agar memastikan keadaan buku dalam keadaan baik.

You might also like