You are on page 1of 10

HUBUNGAN ETNIK 2015

Konsep Asas dalam Hubungan Etnik

Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan
dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota
sesebuah masyarakat. (Shamsul Amri Baharuddin,2007)

Ciri-ciri utama masyarakat :


 Berkelompok
 Berbudaya
 Mengalami perubahan
 Berinteraksi
 Mempunyai kepimpinan
 Mempunyai aturan sosial (susun lapis, kelas, status, kasta)
(Shamsul Amri Baharuddin,2007)

Etnikialah satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang
hampir sama, sama ada dari aspek adat resam, bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi..
(Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin, 2014)
Etnik ialah “The term ‘ethnic’ is performed have to ‘racial’ or ‘ communal”. To my mind, the term
‘ethnic group’ describes most appropriately not only the three major groups.. but also all the
other compenant groups in the whole country”(Syed Husin Ali, 1984 dalam Mardiana Nordin &
Hasnah Hussiin, 2014)
Joe R. Feagin dan Clairece ooher Feagin, (1996) dalam Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin,
2014) mendefiniskan etnik sebagai “A group socially distinguished or set apart, by others or by
itself, primarily on the basic of cultural or national origin characteristics”.
Etnik ialah sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk
adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai kaitan rapat
dengan ras dan bangsa. (Shamsul Amri Baharuddin,2007)

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme.

Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.(Shamsul Amri Baharuddin,2007)
Etnisentrik ialah perasaan kekitaan dalam kalangan anggota kelompok tertentu. Wujud budaya
yang menyatukan mereka sama ada nilai, tingkah laku dan cara hidup.(Mardiana Nordin &
Hasnah Hussiin, 2014)

Etnosentrisme ialah perasaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya
merekalah yang lebih baik daripada etnik lain.(Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin, 2014)
Etnosentrisme ialah kepercayaan atau rasa bangga yang wujud di kalangan anggota
sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat
daripada kelompok lain atau dengan kata lain perspektif yang melihat kelompok etnik lain
menerusi kaca mata etnik itu sendiri.(Shamsul Amri Baharuddin,2007)

Ras ialah kelompok sosial yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau
biologikal seperti warna kulit, rambut dan mata. (Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin, 2014)
Ras ialah sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-
ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri
yang paling ketara digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna
kulit.(Shamsul Amri Baharuddin,2007)

WAJ3162 Page 1
HUBUNGAN ETNIK 2015

Rasisme ialah pandangan sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain
berdasarkan ciri-ciri fizikal.(Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin, 2014)
Rasisme ialah pandangan, pemikiran atau kepercayaan negetif oleh sesuatu kelompok sosial
terhadap sesuatu kelompok sosial lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras
semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka. Rasisme ialag gabungan prejudis dan
kuasa yang dilaksana menerusi diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal
yang lain.(Shamsul Amri Baharuddin,2007)
Rasisme wujud dalam dua tahap iaitu tahap individu yang berlaku dalam bentuk kepercayaan
bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus
rendah.Rasisme diperingkat individu wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu.
Manakala pada tahap kedua iaitu institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang
bersifat diskriminasi yang seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras
yang berbeza. Rasisme ini ditunjukkan secara tersirat dalam struktur sosial.(Shamsul Amri
Baharuddin,2007)

Prejudis ialah pandangan negetif terhadap kelompok etnik yang lain dan tidak berasaskan
kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka. Sebagai contoh, Barat
yang menganggap Islam sebagai agama terrorisme dan seseorang yang mendapat CGPA
rendah akan menyebabkan seseorang itu sukar mendapat pekerjaan.(Mardiana Nordin &
Hasnah Hussiin, 2014)
Prejudis ialah pandangan negetif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam
hati seseorang atau kelompok etnik tertentu dan tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya,
pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat dan mencukupi.Prejudis yang kuat
terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi
membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Melalui proses sosialisasi, sikap
prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang
terhadp sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya. (Shamsul Amri
Baharuddin,2007)

Stereotaip ialah kenyataan umum yang negetif terhadap kumpulan etnik tertentu atau juga satu
gambaran berlebih-lebihan mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik seperti
anggapan bahawa semua orang Melayu pemalas. Anggapan orang Melayu malas ini ialah
gelaran yang diberikan oleh orang British semasa menjajah Tanah Melayu. Mardiana Nordin &
Hasnah Hussiin, 2014) Misalnya orang Melayu dianggap British sebagai lembab, tidak bercita-
cita tinggi dan tidak berkemampuan mengembangkan sumber-sumber alam di Tanah Melayu.
Sebaliknya orang India dianggap pasif dan berdisiplin memang sesuai sekali bekerja di ladang
getah. (Leong Yee Fong, 2005)
Stereotaip ialah kenyataan umum yang negetif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti
“semua orang Arab itu beragama Islam, “orang Belanda bersifat kedekut” dan sebagainya.
Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tetang sesuatu perlakuan baik
atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Hal ini terhasil apabila
berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan
perasaan yang negetif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di
Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu
memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi
antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.(Shamsul Amri
Baharuddin,2007)
Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan
etnik yang lain. Sebagai contoh, orang Barat mempunyai pandangan stereotaip terhadap
kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga, etnik Melayu mempunyai gambaran
stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya. Maka, setiap pertembungan etnik akan

WAJ3162 Page 2
HUBUNGAN ETNIK 2015

menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negetif atau positif.(Shamsul Amri


Baharuddin,2007)

Diskriminasi ialah perbuatan membeza-bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang
lain berasaskan ciri-ciri etnik.(Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin, 2014)
Diskriminasi bermaksud pandangan,pemikiran dan kepercayaa negetif oleh seseorang atau
sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku
pihak yang berpandangan negetif. Tuntasnya, diskiriminasi ialah perbuatan
membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata.(Shamsul Amri Baharuddin,2007)
Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk. Diskriminasi dalam bentuk mudah dapat dilihat
apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelakkan diri daripada individu atau etnik
yang diprasangkakan. Diskriminasi mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan
pekerjaan, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan
etnik.(ethnic cleansing) (Shamsul Amri Baharuddin,2007)

Budayadidefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam,
sikap dan nilai.(Shamsul Amri Baharuddin,2007)
Budaya terbahagi kepada dua :
a) Budaya kebendaan
Ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah kereta, perahu, senjata dan
sebagainya.Contohnya orang Melayu mempunyai rumah yag direka bentuknya berbeza dengan
orang Inggeris atau orang Eskimo.
b) Budaya bukan kebendaan
Ialah kepercayaan,adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat
istiadat yang tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya dalam adat perkahwinan
masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi
masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai
satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai satu perlembagaan hidup yang
meliputi kepercayaan dan amalan hidup.Bahasa peniting sebagai alat komunikasi. Adat resam
juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup
bermasyarakat dan berbudaya.

Terdapat dua peranan bagi pembentukan sesuatu budaya :


a) Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti
b) Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan,
spritual dan mental.
Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara mengendalikan hidup.
Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan
sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaaan yang dapat memenuhi
kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyelesaikannya dengan keadaan
sekeliling. ( Mohd Taib Osman, 1988 dalam Shamsul Amri Baharuddin,2007)

Ciri-ciri budaya :
a) Dipelajari
b) Dikongsi
c) Bersifat sejagat
d) Diwarisi
e) Berubah-ubah

WAJ3162 Page 3
HUBUNGAN ETNIK 2015

f) Mempunyai unsur simbolik


g) Adanya pandangan semesta (worldview) (Shamsul Amri Baharuddin,2007)

Perpaduan bermaksud satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan tanah air. (Shamsul Amri Baharuddin,2007)

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
(Ahmad Haji Kambar, 1987 dalam Shamsul Amri Baharuddin, 2007).
Unsur-unsur Integrasi :
a) Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan
ekonomi dan sosial antara wilayah yang manju dengan yang mundur. Di Malaysia,
tumpuan integrasiwilayah ialah antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur dan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
b) Integrasi ekonomi ialah usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara
kumpulan etnik.
c) Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan
d) Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program
sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.
e) Integrasi pendidikan bertujuan untuk menwujudkan satu sistem pendidikan yang
bercorak kebangsaan dan seumpama dari segi intelek, jasmani dan rohani.
f) Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama
dan pembahagian kuasa politik.(Shamsul Amri Baharuddin,2007)

Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap
hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah
iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi.(Shamsul Amri
Baharuddin,2007)

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa
keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya
seperti Dasar Aparthied di Afrika Selartan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994.(Shamsul
Amri Baharuddin,2007)

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta
menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup
masing-masing. Konsep ini diwakili oleh A+B+C=A+B+C, di sini A,B,C merujuk kepada
budaya.(Ting Chew Peh, 1987 dalam Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Pelbagai kumpulan
etnik hidup secara harmonis da menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat
pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan
pendidika dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia
kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.
Jika dilihat di Switzerland yang mana mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana
etnik Jerman, Peranchis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.(Shamsul Amri
Baharuddin,2007)

Akulturasi merupakan satu proses penerimaaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu
atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu

WAJ3162 Page 4
HUBUNGAN ETNIK 2015

kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari satu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan
diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua
atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam. Pada
peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian dioalah serta
dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti
penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya
yang diambil tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak
baik kepada sesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk sesebuah masyarakat yang
mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat
kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur bduaya yang tidak
berbentuk kebendaaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.(Shamsul
Amri Baharuddin,2007)

Asimilasi merupakan satu proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik
berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A, di
sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik
minoriti. Contohnya , orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama)
telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke
atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses
asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam
konteks budaya tanpa melibatkan amalan kepercayaan atau agama.(Shamsul Amri
Baharuddin,2007)

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik
berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung
kepada kesanggupan etnik minoriti meghilangkan identiti mereka dan menerima identiti
kumpulan etnik majoroti, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik, dan
kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kebudayaan etnik minoriti.(Shamsul Amri
Baharuddin,2007)

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi
adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi
dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, di sii A,B,C mewakili etnik berlainan dan D
mewaliki amalgamasi, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai
contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur alalu
membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.
(Shamsul Amri Baharuddin,2007)

WAJ3162 Page 5
HUBUNGAN ETNIK 2015

Pluraliti Dan Masyarakat Pluralistik di Malaysia


Masyarakat Pluralistik di Malaysia (esei)
Sebelum era penjajahan, penduduk Tanah melayu terdiri daripada kaum Melayu sahaja. Walau
bagaimanapun apabila berlakunya penjajahan iaitu kedatangan British di Tanah Melayu telah
membawa kepada perubahan komposisi penduduk yang mengakibatkan munculnya
masyarakat pluralistik.
Proses pembentukan masyarakat pluralistik ini berlaku sejak pertengahan abad ke 19 bila
berlakunya kemasukan besar-besaran orang-orang Cina kesan daripada perkembangan
perusahaan bijih timah dan diikuti pada awal abad ke 20 kemasukan besar-besaran orang-
orang India kesan daripada pekembangan perusahaan getah.Menjelang tahun 1931,jumlah
penduduk bukan Melayu melebihi jumlah penduduk Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang
mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mengakibatkan satu masyarakat majmuk di
Tanah Melayu. Ini kerana tiap-tiap kaum mempunyai agama,bahasa dan cara hidup yang
berlainan. Pada umumnya terdapat persefahaman dan hubungan komuniti etnik Melayu, Cina
dan India. keharmonian ini wujud berterusan dan telah membantu ketiga-tiga ini berjuang untuk
mendapat kemerdekaan daripada pihak British. Sehingga kini keharmonian tersebut berterusan
kekal. (rujuk ms 29 -31)
Modenisasi
Modenisasi ialah satu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan
masyarakat,harus di tempuh oleh semua bangsa atau negara. Modenisasi mengandungi
dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Pembangunan
ekonomi dan plolitik merupakan perubahan berencana dalam aspek-aspek tertentu yang
membawa kepada peralihan bentuk tradisonal kepada baharu atau moden.erubahan yang
dialami oleh sesuatu masyarakat dapat berlangsung sama ada secara berencana atau tidak
berencana. Perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat,kaedah, dan
penetapan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.

Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia


Dasar Ekonomi Baru (DEB) – 1971
Matlamat :
Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk
mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi.
Langkah-langkah menyelesaikan masalah sosioekonomi dan projek pembangunan
:(struktur)
1. Memodenkan kehidupan luar bandar
2. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan
3. Menuwjudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera
4. Menwujudkan peluang pekerjaaan bagi semua golongan rakyat yang menganggur
5. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan
6. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik,antara kawasan
bandar dan luar bandar, dan antara wilayah
7. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di
Malaysia
8. Memperbaiktaraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan-kemudahan prasarana dan lain-lain.
Matlamat Pembangunan Ekonomi Malaysia dalam Menwujudkan Sebuah Negara
Perindustrian iaitu : (struktur)
1. Peningkatan prasarana ekonomi
2. Membangunkan sektor pertanian

WAJ3162 Page 6
HUBUNGAN ETNIK 2015

3. Pembangunan dalam industri gantian-import


4. Pembangunan ekonomi mula diasaskan kepada pembangunan teknologi.
5. Peralihan industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport
6. Pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi/ ilmupengetahuan
Dasar Pembangunan Nasional (1991 -2000)
DPN ialah lanjutan daripada DEB yang bermatlamat meneruskan usaha mencapai matlamat
yang belum dicapai dalam DEB dengan tambahan seperti menggalakkan penglibatan sektor
swasta dalam penyusunan semula masyarakat. Walau bagaimanapun matlamat DPN yang
besar ialah mencapai perpaduan.

Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia


Definisi Perlembagaan
Dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi, panduan bagi membentuk undang-
undang lain dan rujukan dalam urusan pemerintahan.
Kepentingan Perlembagaan
1. Undang-undang asas pemerintahan negara yang digunakan sebagai panduan bagi
membentuk undang-undang sama oleh pihak kerajaan atau rakyat
2. Menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil
3. Menwujudkan suatu rangka politik,ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan
perpaduan nasional dan pembangunan negara
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Digubal melalui Suruhanjaya Reid pada tahun 1956.Perjanjian London telah menetapkan agar
perlembagaan yang ingin digubal perlu mengambil kira perkara-perkara berikut : (struktur)
1. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.
2. Pemeliharaan kedudukan,keistimewaan ,kehormatan dan hak Raja-raja Melayu.
3. Pewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong.
4. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah kaum-kaum lain.
5. Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan
Tanah Melayu.
Unsur Tradisi
1. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
2. Agama Islam sebagai agama persekutuan
3. Kedudukan istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
4. Pemerintahan beraja
Sebab-sebab Unsur-unsur Tradisi Dikekalkan Dalam Perlembagaan Malaysia. (struktur)
1. Telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957.
2. Menstabilkan sistem politik negara .
3. Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira
faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957
4. Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang
daripada dijadikan isu perbincangan awam.
5. Merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui Contohnya
“Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan
hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
6. Satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara
etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Hubungan Etnik,Integrasi Dan Menangani Cabaran


Dasar Pendidikan Kebangsaan

WAJ3162 Page 7
HUBUNGAN ETNIK 2015

Strategi untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan


1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar utama
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah
3. Menwujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
5. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh,seimbang dan bersepadu
6. Menyedikan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
7. Mendemokrasikan pendidikan
8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR dan KBSM
9. Memperluaskan pendidikan vokasional
10. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan para peringkat universiti
11. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian,moral dan disiplin
12. Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar disekolah dan memberi peluang yang seumpama bagi pembelajaran
bahasa-bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil
13. Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin

Bentuk-bentuk Cabaran Dan Implikasinya Terhadap Hubungan Etnik di Malaysia. (esei)

1. Cabaran sosial
- pemisahan fizikal
- sistem pendidikan yang berasingan
- polarisasi kalangan pelajar
- kontrak sosial
Implikasi – Timbul rasa tidak puas hati kaum-kaum tertentu
2. Cabaran ekonomi
- penguasaan ekonomi
- perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
Implikasi -jurang ekonomi antara kaum makin luas
3. Cabaran politik
- politik perkauman
Implikasi - persaingan politik kepartian yang kurang sihat
4. Cabaran nilai
- budaya
- agama
- adat resam
Implikasi - pentingkan diri sediri
5. Cabaran globalisasi
- penjajahan dalam bentuk baru
Implikasi - jati diri dan semangat patriotisme semakin pudar
(Rujuk ms 136- 139)

Agama Dan Hubungan Etnik


Pendekatan Islam Hadhari
Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu kepada setiap individu tanpa diskriminasi,sama ada
sebagai kumpulan minoriti atau majoriti. Hak mereka dijamin oleh undang-undang
negara.Tujuannya ialah supaya orang Islam berupaya menghadapi cabaran dunia semasa
Prinsip-prinsip Islam Hadhari yang ada pada nilai sejagat agama lain ialah :

WAJ3162 Page 8
HUBUNGAN ETNIK 2015

1. Berkenal-kenalan
2. Persefahaman
3. Bekerjasama
4. Persaudaraan
5. Berkasih sayang
6. Saling menjamin

Hubungan Etnik : Sumbangan Kerajaan Dan Masyarakat


Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.
Dalam konteks negara dasar ini berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
PLKN
Tujuan penubuhan PLKN ialah untuk :
1. Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda
2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional
3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni
4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan
5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan.

WAJ3162 Page 9
HUBUNGAN ETNIK 2015

WAJ3162 Page 10

You might also like