You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGECAT BANGUNAN BLOK D

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BUNGOR KUANTAN

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi mengecat bangunan blok D
Sk Paya Bungor.
1.2 Diserahkan kepada pihak pengurusan atasan untuk tujuan pertimbangan selanjutnya dan
memberi persetujuan bagi peruntukan tersebut demi memastikan keceriaan bangunan
sekolah dan demi keselesaan murid-murid.
1.3 Keadaan cat bangunan tersebut agak lama dan usang mencacatkan pemandangan semua
pihak yang melalui kawasan sekolah. Justeru itu, sudah tiba masanya bangunan tersebut di
cat.
1.4 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua pihak akan berasa selesa dan ceria apabila
berada di SK Paya Bungor.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Bangunan blok D merupakan bangunan penting di sekolah tersebut memandangkan blok D
merupakan bangunan Pentadbiran,kelas-kelas dan bilik-bilik penting untuk kemudahan
Pembelajaran dan Pengajaran.
2.2 Bangunan ini mempunyai 4 tingkat dan terletak di sebelah kiri pintu masuk
2.3 Cat baru amat penting demi keceriaan dan keselesaan apabila berada di sekolah.
2.4 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa peruntukan amat ini
diperlukan bagi tujuan di atas.

3.0 ANGGARAN KOS

3.1 Anggaran terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

Anggaran Kos Mengecat Bangunan Blok D Sekolah

1
Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

1. Cat 20 liter X 10 Tong X RM300.00 RM3000.00

2. Undercoat X 10 Tong X RM200.00 RM2000.00

3. Peralatan Mengecat RM1000.00

4. Upah RM7000.00

ANGGARAN JUMLAH KOS RM13000.00

3.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM 13000.00

4.0 SUMBER KEWANGAN


4.1 Peruntukan Yang Berhormat.

5.0 PERTIMBANGAN
5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon daripada pihak pengurusan agar dapat
meluluskan kertas kerja ini supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan mengikut jangka masa
yang telah ditetapkan.
5.2 Dengan kelulusan ini, diharap bangunan blok D SK Paya Bungor lebih ceria.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________________ _______________________________
( ) ( )
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SK Paya Bungor. SK Paya Bungor.

You might also like