You are on page 1of 7

1

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK LKTP ULU PENGGELI

Bil Acara Teks


Umumkan Mengumumkan ketibaan
ketibaan VIP Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, Ahli
Paluan kompang
Dewan Undangan Negeri Batang Kali, diiringi oleh
En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK Batang
Kali, bersama En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum SK Batang Kali, Guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Batang Kali.

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan


Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Batang Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Batang Kali,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK
Batang Kali yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan


mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Semoga
dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik
semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi
dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah
hormat sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua
kontinjen yang mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
menerima tabik Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN
hormat dari Batang Kali untuk menerima tabik hormat daripada peserta
peserta perbarisan perbarisan. Dipersilakan.

- MUZIK PERBARISAN
2

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera


Bendera kejohanan yang diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin
kejohanan Azhari. Pembawa bendera Malaysia ialah adik Mohd
Shahrulnizam Bin Osman, pembawa bendera Selangor
ialah adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa
bendera sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.

Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri


daripada adik Sutan Bin Sutan Azril, adik Raphael a/l
Dominic, adik Adam Norzailani Zidan Bin Ismail dan adik
Mohd Arif Bin Aris.

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan


Biru mottonya ‘Biru Boleh’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel
Syauqi bin Izlan dan dianggotai seramai 145 orang peserta.
Pembawa sepanduk bagi rumah Biru ialah adik Nurul Anisah bt
Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn Umi Kalsom bt
Zainal Abidin.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang


Merah dianggotai seramai 135 orang peserta perbarisan dengan
mottonya ‘ Lawan Tetap Lawan’. Kontinjen ini diketuai oleh
adik Mohd Faiq Taqiuddin bin Azhari. Pembawa sepanduk
bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal bt Mohd
Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt
Mustakim.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang


Kuning dianggotai seramai 130 orang peserta perbarisan dengan
mottonya ‘ Kuning Dipersada’. Kontinjen ini diketuai oleh
adik Mohd Arif Iqbal bin Sha’arani. Pembawa sepanduk rumah
Kuning ialah adik Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua kontinjen
rumah Kuning ialah Pn. Timah bt Awang.

Perbarisan Rumah Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘Hijau
Hijau Sapu Habis’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan
bin Zailan dan disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa
sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik Amyla Atiqah bt Zainal
Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau ialah Pn Rohaida bt Md
Isa.

Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan


Prasekolah pagi ini adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri
daripada Prasekolah 1 seramai 25 orang murid di bawah
bimbingan Pn. Rafiza bt Saad dan Prasekolah 2 seramai 25
orang murid di bawah bimbingan Pn. Siti Hawa bt Shamsudin.
3

Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt


Omar dan Pn. Siti Hawa bt Aziz.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan


Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik
hormat daripada kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan


marilah kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan
doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin


Ismail. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan
berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-
Allah.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri
Negaraku dan seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin


dipersilakan duduk.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan


Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu
tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera


menaikkan kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk
bendera menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan.
………….. – LAGU THE FINAL COUNTDOWN

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK


Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.

Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang


pembawa bendera bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi
mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Mohd Faiz
4

pembaca ikrar Izzudin bin Azhari.


………
Lafaz ikrar
kejohanan Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu
tadi.
Persembahan Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari
Silat ini, marilah kita sama-sama saksikan Persembahan Silat
daripada Pasukan Silat SK Batang Kali. Pasukan Silat ini terdiri
daripada adikMohd Suhael bin Alpian, adik Mohd Izz Dabiel
bin Mohd Izham, adik Mohd Najmirul Aiman bin
Jalaludin, adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul
Azhar dan adik Khairul Zharif Idham bin Khairul Azhar.

Dipersilakan. – MUZIK SILAT

Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK Batang


Kali.Untuk makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing
oleh En. Khairul Afrizal bin Ahmad.

Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh
padang kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah
masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian


Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Majlis
merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-


masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari


bin Ahmad Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan
acara pertama. Dipersilakan.

Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


hadiah (1) mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin
Jamil mengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin
5

Ahmad Dahlan untuk menyampaikan hadiah kepada para


pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang


berusaha En. Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan
cenderamata kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di
atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil


kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
Hadiah(2) Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi
laluan kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang


berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan


cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
6

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan


dan olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah
..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56, jatuh pada: rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan
kejohanan dan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke
penyampian penghujungnya.
hadiah ketegori
khas(6) Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang
mengikut rumah masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan


SK Batang Kali kali ke-56. Oleh itu, dijemput En. Mohamad
Akhwan Bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk
menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan
SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan


terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan
perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56
pada tahun ini.
.................................................................

Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke


tengah padang untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali
sebagai penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali
ke-56. Dipersilakan.

Akhir kata dari kami


7

Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

#Teks pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah


#Skrip pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah
#Teks pengacara majlis acara perasmian, perbarisan, penyampaian hadiah dan penutup
sukan tahunan sekolah

You might also like