You are on page 1of 2

Isu Sepanjang Zaman

Beban tugas guru yang sering disebut daripada dulu, kini dan selamanya. Kajian demi kajian dilaksanakan, tetapi hasil dapatan dan juga
langkah atasi itu kelihatan berada pada tahap sangat minima. Kerja pengkeranian yang berulang, key in data serta segala benda online yang
sepatutnya memudahkan tugas guru, lebih dilihat menambahkan tugas guru. Semoga ada berita gembira pada tahun 2017.

Isu sepanjang zaman

Selain itu, pengiktirafan dan galakan terhadap guru-guru yang memiliki kelayakan lebih tinggi tu sepertinya tiada apa-apa. Hanya
diperuntukkan kepada guru yang mula posting. Guru dalam perkhidmatan, sekalipun sudah memiliki Master atau PHD masih tidak
menerima apa-apa insentif tambahan. Sekaligus kurang memotivasikan guru sedia ada untuk terus upgrade ilmu pengetahuan mereka.

BAT? Ada juga pihak yang mempertikaikan penggunaan KBAT dalam pembelajaran murid. Masing-masing ada pendapat. Ada yang kata
perlu KBAR dulu sebelum KBAT. Ada juga yang kata boleh terus KBAT, tanpa perlu melalui KBAR. Keperluan yang berbeza, situasi yang
berbeza, dengan zaman yang berbeza. Anda rasa?

Sejauh mana impak KBAT kepada pelajar Malaysia?


PA21? Pembelajaran Abad 21 juga dilaksanakan dengan agak agresif pada tahun ini. Seperti biasa juga wujud mazhab yang berbeza, dengan
definisi yang berbeza mengikut pentafsiran masing-masing. Walaubagaimanapun, dilihat pelaksanaan dalam kalangan guru berjalan dengan
rancak. Ramai yang sudah mula menukar pengajaran berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Langkah pertama yang baik untuk ke
arah pendidikan yang lebih baik.

You might also like