You are on page 1of 5

Agensi tunggal tangani masalah dadah

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan sebuah agensi tunggal
ditubuhkan bagi menangani semua aspek masalah berkaitan penyalahgunaan dadah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, agensi itu boleh berperanan
sebagai badan penyelaras kepada semua tindakan bermula daripada aspek pencegahan,
penguatkuasaan terhadap pengedaran, pengubatan penagih dadah dan tindakan susulan.

Menurut beliau, cadangan penyelarasan itu melibatkan banyak pihak termasuk Polis Diraja Malaysia,
Jabatan Kastam Diraja, Unit Pencegahan Penyeludupan serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Perkara ini perlu komitmen daripada banyak kementerian seperti Kementerian Kesihatan,
Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri serta Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Cadangan satu agensi berpusat ini akan dibawa ke Kabinet untuk diteliti kerana kita telah mendapati
keberkesanannya di beberapa negara yang melaksanakannya," katanya dalam sidang akhbar
sempena lawatan kerja ke Klinik Cure & Care (C&C) 1Malaysia Sungai Besi di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua
Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abd. Rahim Mohd. Radzi dan Ketua Pengarah
AADK, Puan Sri Zuraidah Mohamed.

Menurut Ahmad Zahid, beliau berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam
pemulihan dadah dapat saling berganding bahu di bawah satu naungan untuk menyelaras tindakan
bersama.

"Ini kerana peranan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) tidak lagi aktif seperti dahulu,
KDN akan teliti kepimpinan serta aktiviti Pemadam.

"Kami juga berharap NGO lain seperti Yayasan Salam dan Persatuan Pengasih dapat memainkan
peranan dan kementerian sentiasa membuka pintu untuk perbincangan bersama," katanya.

Sementara itu, berhubung lawatannya ke Klinik C&C 1Malaysia Sungai Besi itu, Ahmad Zahid memuji
pendekatan AADK yang berjaya menarik penagih dadah untuk tampil secara sukarela bagi menerima
rawatan perubatan dan pemulihan

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130605/dn_13/Agensi-tunggal-


tangani-masalah-dadah#ixzz3cLISEGaT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Majlis Dadah Kebangsaan

Bidang Tugas

Menggubal dan menentukan pelaksanaan dasar dadah negara berhubung


dengan pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan kerjasama
antarabangsa.

Memantau ( monitoring ) semua aktiviti dan rancangan yang berkaitan


dengan pengawalan dan pencegahan dadah.

Objektif

Menghapuskan masalah dadah demi melahirkan masyarakat yang bebas


dari dadah.

Agensi Dadah Kebangsaan

Bidang Tugas

Melaksanakan program pencegahan

Melaksanakan program rawatan dan pemulihan

Meningkatkan sistem pengumpulan maklumat mengenai dadah serta


membuat penilaian akan keberkesanan program anti dadah negara.

Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dengan lebih aktif lagi


dalam usaha memerangi masalah dadah.

Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan.

Objektif

Memerangi masalah dadah ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang


bebas dari dadah.

Latar Belakang Agensi Dadah Kebangsaan

1972 - Pusat Biro Narkotik

1978 - Unit Bertindak Eksekutif

1979 - Urusetia Dadah


1983 - PPAD Jabatan Perdana Menteri

1995 - PPAD Kementerian Dalam Negeri

1996 - Agensi Dadah Kebangsaan

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM )

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah ditubuhkan pada 26hb Mac, 1976.
Gagasan penubuhan PEMADAM kebangsaan sebagai Badan Bukan Kerajaaan utama untuk
memerangi ancaman dadah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua ketika itu,
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Perasmian Pelancaran Penubuhan
PEMADAM Kebangsaan telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana
Menteri Malaysia yang ketiga di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala
Lumpur dan pada tarikh dan masa yang sama mesyuarat Agung telah diadakan. Penaung bagi
persatuan kebangsaaan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri
Dr Mahathir Mohammad.

Senarai Alamat PEMADAM Negeri-Negeri

1.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Perlis,
D/A Jabatan Belia Dan Sukan Negeri,
Jalan Hospital,
01000 Kangar,
Perlis.

2.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Kedah,
Wisma Negeri,
05503 Alor Setar,
Kedah.

3.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Pulau Pinang,
3A & B, Jalan Batu Gantung,
10450 Pulau Pinang.

4.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Perak,
Tingkat 4, Bangunan Kompleks Islam,
Jalan Panglima Bukit Gantang,
30000 Ipoh,
Perak.

5.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Selangor,
Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahudin
Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor.

6.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Wilayah Persekutuan,
29, Jalan Conlay,
50480 Kuala Lumpur.

7.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Melaka,
D/A Lembaga Air Melaka,
Tingkat 12, Wisma Graha Maju,
Jalan Tan Chay Yan,

8.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Sembilan,
51, Jalan Keliling,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.

9.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Johor,
D/A Jabatan Pendidikan Johor,
Unit Hal Ehwal Murid,
JKR 1600, Jalan Kolam Air,
80100 Johao Bahru,
Johor.

10.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Kelantan,
D/A Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,
Kompleks Kota Darul Naim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan.
11.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Terengganu,
D/A Pejabat Setiausaha Kerajaan,
Tingkat 6, Wisma Darul Imam,
20503 Kuala Terengganu,
Terengganu.

12.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Pahang,
D/A Majlis Perbandaran Kuantan,
Jalan Masjid,
25000 Kuantan,
Pahang.

13.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Sarawak,
D/A Kementerian Pembangunan Sosial,
Petra Jaya,
93502 Kuching,
Sarawak.

14.Setiausaha Kehormat,
PEMADAM Negeri Sabah,
D/A No JKR 136,
Jalan Istana Lama,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah.

You might also like