You are on page 1of 1

Tajuk Kajian

AMALAN BIMBINGAN RAKAN SEBAYA DAN GURU DALAM PROGRAM


MENTORING SEBAGAI PERSEDIAAN MENJAWAB MATEMATIK KERTAS 2

HASNY@YANTI BT ZAINAL
SK PUCHONG
EMAIL : hasnyyanti@yahoo.com

ABSTRAK
Penguasaan kertas 2 matematik amat penting bagi calon-calon yang mengambil peperiksaan
UPSR. Melalui format baru, kertas dua mempunyai 15 soalan induk dan sekurang-kurannya 35
soalan anak yang membawa kepada 60 markah. Berbanding kertas 2 format lama yang
mempunyai 20 soalan induk melalui pecahan markah 5 + 20+ 15 yang membawa kepada 40
markah. Melalui pemerhatian yang dilaksanakan semasa Ujian Diagnostik, murid-murid tidak
menjawab kesemua soalan. Ini mengakibatkan hanya empat orang daripada tiga puluh tiga orang
calon yang lulus dengan gred rendah.
Selepas sebulan PdPc dilaksanakan, saya mendapati murid-murid tidak menunjukkan
minat untuk belajar kerana mereka banyak menempuh tajuk-tajuk baru dalam sukatan pelajaran
tahun 6 KSSR. Ini menyebabkan mereka gagal menjawab kesemua soalan dengan baik kerana
mereka beranggapan semua soalan yang diberikan berada di aras tinggi. Melalui pemerhatian
saya mendapati murid lebih suka meminta bantuan rakan yang bijak tetapi tidak memanafaatkan
peluang untuk mendalami ilmu. Justeru teknik mentor di mana beberapa orang guru muda
dilantik dan mereka perlu membimbing mentee di bawah mereka. Kajian ini menggunakan
kaedah Mix Method iaitu kuantitatif dan kualitatif. Beberapa soalan dikemukakan bagi
mendapatkan pandangan murid terhadap matematik dan pemerhatian mendalam semasa kajian
dilaksanakan. Pada dasarnya, kertas 2 merupakan kertas yang memberi peluang kepada murid
untuk menunjukkan kefahaman mereka dalam pelajaran matematik. Namun tanpa minat dan
kesedaran, murid tidak akan berjaya untuk mendapati skor yang baik. Melihat kepada hasil
program permentoran, saya mencadangkan agar ianya diteruskan di masa-masa akan datang.
Kata kunci : Amalan terbaik, perbincangan kumpulan, pementoran

You might also like