You are on page 1of 17

SEMESTER 8 INTERNSHIP

SK GAYANG, TUARAN

LAPORAN LENGKAP PELAKSANAAN INTERNSHIP


ENGLISH DAY SK GAYANG 2017
PROJEK INDIVIDU

1.0 MAKLUMAT TENTANG PROJEK

NAMA PELAJAR : Liau Toh Tieh

PROGRAM : PISMP TESL SJK (C) Ambilan Januari 2014

NAMA SEKOLAH : SK Gayang, Tuaran

NAMA PROJEK : Projek Kelas Abad 21

TARIKH : 14hb -18hb Ogos 2017

MASA : Satu minggu

TEMPAT : Kelas 2 Wira

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif Program Highly Immersive Program diadakan dalam kalangan warga
SK Gayang adalah seperti berikut:

1. Memberi peluang kepada murid menggunakan prasarana kelas pembelajaran


abad 21 secara optimum sekaligus dapat bersaing sejajar dengan murid di
sekolah bandar.
2. Memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu dalam persekitaran yang
kondusif dan selesa.
3. Meningkatkan kreativiti dan kemahiran guru dalam pedagogi abad 21 bagi
menarik minat murid untuk belajar.
4. Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai
strategi pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah.

5. Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.


6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui
amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.

1
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

7. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
8. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang
dekat dengan murid melalui capaian internet.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

3.1. Permulaan

Pada mulanya, saya dan pasangan internship saya telah mengadakan


perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah (Guru Besar) bagi menentukan
projek kumpulan dan individu kami. Bagi projek individu, guru besar mencadangkan
projek kelas abad ke-21 di kelas yang saya ajar semasa practicum fasa tiga iaitu kelas
2 Wira. Guru besar berpendapat bahawa projek menghias kelas abad ke-21 amat
berguna bagi pihak sekolah kerana projek ini seringkali diuar-uarkan oleh pihak
kerajaan. Saya terima saranan guru besar dengan besar hati kerana saya ingin cuba
menghasilkan suasana pembelajaran yang relevan dengan permintaan kerajaan.
Projek ini amat bermanfaat kepada saya kerana ia sangat berkaitan dengan aspirasi
kerjaan untuk mewujudkan pembelajaran yang menjamin autonomi pelajar. Pelajar
juga digalakkan untuk memberi pendapat dalam kelas. Hal ini telah menarik perhatian
saya untuk lebih meniliti keperluan untuk menghasilkan sebuah kelas yang
berpandukan pembelajaran abad ke-21.

Demi menjamin qualiti projek saya, saya telah membuat penyelidikan tentang
kelas abad ke-21 dahulu. Berdasarkan cabaran pendidikan Malaysia ke arah K-
ekonomi, ia menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai
ciri-ciri celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada
peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi selaras dengan
perkembangan era dunia abad ke-21 yang sangat mencabar. Maka, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) harus menyediakan program pembangunan pendidikan
yang dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, celik ICT,
berkemahiran dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Di sinilah tanggungjawab pihak sekolah dalam menyediakan murid menghadapi

2
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

cabaran global abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 merupakan perluasan kemahiran
tradisional yang mengadaptasikan teknologi dan persekitaran kerja baru. Elemen-
elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 adalah kreativiti dan inovasi,
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, komunikasi dan kolaborasi, literasi
maklumat, literasi media, literasi teknologi maklumat dan komunikasi, keupayaan
menyesuaikan diri (fleksibiliti), produktiviti dan akauntibiliti serta bertanggungjawab.
Elemen-elemen ini telah lama wujud secara semula jadi bagi setiap individu, namun,
kemahiran tersebut memerlukan peneguhan yang konsisten dan lebih jelas tujuannya.
Kemahiran-kemahiran ini adalah subjektif, pengukuhan yang diberi adalah untuk
membentuk perihal yang lebih sistematik. Sebagai contoh, dalam mendedahkan
pelajar dalam dunia siber yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
nilai-nilai positif seharusnya ditekankan bagi menerapkan kesedaran di kalangan
mereka.
Saya memulakan projek saya dengan menyediakan kertas kerja program.
Saya mendapatkan maklumat berkenaan Kelas Abad 21 daripada Penyelaras Kelas
Abad 21 yang telah menghadiri kursus iaitu En. Fairus. Kami juga membincangkan
perkara-perkara penting yang perlu ada untuk Kelas Abad 21. En. Fairus telah
memberi saya satu senarai semak tentang kelas abad-21 sebagai panduan untuk saya
menghiaskan kelas itu. Antara yang perlu disiapkan ialah lampu isyarat, sudut bahan,
carta organisasi, jadual waktu, peraturan kelas, pas keluar kelas, papan hasil kerja
murid, parking lot, sudut pencapaian dan ganjaran. Selain itu, beliau juga memberikan
beberapa banner yang sedia ada kepada saya. Banner-banner ini banyak
meringankan bebanan saya kerana saya hanya perlu mengubahsuaikan banner-
banner tersebut supaya sedia dipakai oleh guru yang mengajar di kelas itu. Contohnya,
salah satu banner ialah banner ganjaran. Saya hanya perlu mencatat gambar-gambar
murid dan melekatnya di banner tersebut.
Selepas perbincangan, saya membuat keputusan untuk membuat lampu
isyarat, sudut bahan kerja kumpulan, parking lot, sudut pencapaian dan ganjaran,
peraturan kelas dan papan hasil kerja murid. Ini disebabkan jadual waktu, pas keluar
kelas dan carta organisasi sudah sedia ada dalam kelas tersebut. Dengan panduan
yang diberi, saya mula merancangkan bahan-bahan yang diperlukan untuk

3
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

meramalkan bajet yang diperlukan. Selepas kertas kerja disiapkan, saya mendapat
persetujuan dan pengesahan daripada Guru Besar SK Gayang, Pn. Rajayah binti Jiran.

3.2. Pelaksanaan
3.2.1. Langkah Pertama

Saya memulakan langkah pertama dengan memerhatikan persekitaran


kelas 2 Wira. Saya telah membuat satu lakaran untuk kelas itu supaya saya
tahu betapa besar ruangnya dan ini dapat membantu saya untuk mengguna
ruang itu dengan baik. Saya juga mengukur keluasan papan di belakang kelas.
Oleh sebab kelas ini tidak mempunyai papan notis untuk pameran bahan, saya
m Selepas menentukan pengukuran papan tersebut, saya merancang susunan
bahan-bahan bagi sudut hasil kerja murid di atas papan menggunakan
komputer. Ukuran papan tersebut telah ditunjukkan di Gambar 1.

165cm

233cm

Gambar 1

Kemudian, saya telah membuat rekaan untuk setiap elemen yang


berbeza. Saya mengambil keputusan untuk menggunakan warna yang terang
dalam penghasilan kerja dan juga pelbagai bentuk geometri yang simple untuk
menonjolkan elemen-elemn abad ke-21 dalam kelas 2 Wira. Gambar2
merupakan susunan papan untuk hasil kerja murid. Papan hasil kerja murid
boleh dibagi kepada enam bahagian di mana setiap bahagian merupakan
subjek yang berlainan.

4
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

Gambar 2

Selain itu, saya juga telah menghasilkan lakaran untuk projek ini. Yang
pertama adalah Lampu Isyarat yang merupakan satu sistem untuk menguji
kefahaman murid semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti
biasa. Ini adalah antara cara mudah bagi mendapatkan respon murid tentang
kefahaman terhadap topik yang diajar. Diharapkan dengan sistem traffic light,
murid dapat membantu guru membuat refleksi tentang pengajaran hari
tersebut dan memberi mereka keyakinan untuk menghasilkan kerja yang lebih
cemerlang. Warna-warna ini mempunyai maksud yang tersendiri. Warna hijau
bermaksud pelajar sudah faham mengenai objektif pembelajaran pada hari
tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih keliru dengan pembelajaran. Dan
warna merah bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham dengan
pembelajaran pada hari tersebut. Gambar 3 merupakan lakaran sistem lampu
isyarat yang saya ingin buat untuk kelas abad ke-21.

5
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

Gambar 3: Sistem Lampu Isyarat

Kemudian, saya juga melakar satu sudut bahan kerja kumpulan di


belakang meja guru. Saya telah membuat keputusan untuk menghasilkan satu
sudut untuk menyimpan bahan-bahan kerja kumpulan. Bahan-bahan tersebut
telah disediakan dalam satu kotak dan telah dilabelkan dengan nama-nama
kumpulan tersebut. Tujuan saya mencipta ruangan ini adalah untuk
memudahkan pengagihan bahan kerja kumpulan kapada mana-mana cikgu
yang ingin mengadakan aktiviti berkumpulan. Dengan Materials Station ini,
dipercayai bahawa para guru akan menjadi lebih peka dengan keperluan dan
kepentingan kerja kumpulan dalam P&P harian. Bukan itu sahaja, satu
tambahan di materilas station adalah papan putih mini yang berunsurkan
elemen abad ke-21. Setiap murid bakal mendapat satu papan mini untuk
kegunaan kelak nanti. Gambar berikut merupakan gambar sudut bahan kerja
kumpulan.

Gambar 4: Sudut Bahan Kerja Kumpulan

6
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

3.2.2 Langkah Kedua

Langkah kedua merupakan proses memasang semua bahan yang

sudah siap disediakan di atas dinding. Bagi bahagian sudut hasil kerja murid,

saya telah menghadapi masalah kekukuhan bahan terlekat di dinding. Hal ini

demikian kerana kelas 2 wira tidak tersedia dengan papan notis dan dindingnya
merupakan dinding besi dan tidak dapat saya memasang paku padanya.

Rancangan awal saya ialah melekat bahan-bahan di dinding. Namun, bahan-

bahan yang ditampal menggunakan double tape tidak tahan dan senang jatuh.

Saya terjumpa bahan-bahan yang tertabur di lantai dan bertekad untuk

mencari satu jalan penyelesaian untuk mengelakkan bahan-bahan daripada

terjatuh ke lantai. Akhirnya, saya mendapat ilham daripada dinding pusat

sumber yang menggunakan cat untuk menhasilkan satu papan notis. Papan

notis tersebut dihasilkan menggunakan satu petak cat besi. Kesannya amat

menonjol dan menarik. Ia juga lebih menjimatkan kos dan dapat digunakan
berulang kali.

Saya meminta pertolongan daripada Encik Fairus, iaitu penyelaras

kelas abad ke-21 untuk mengecat dinding tersebut. Amat bersyukur kerana

Encik Fairus amat berbesar hati menolong saya atas teknik mengecat dan juga

cara-cara yang betul untuk menggunakan cat tersebut. Dengan pertolongan

Encik Fairus, bahan saya dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan.
Secara tidak langsung, saya berpeluang untuk mempelajari satu lagi teknik

yang amat diperlukan dalam pengajaran nanti, iaitu teknik mengecat. Mula-

mula, kami melakar bahagian yang perlu dicat. Kemudian, kami menyediakan

bahan-bahan cat dan juga surat khabar untuk mengelakkan kelas daripada

terkena bahan cat. Proses mengecat bermula selepas semua bahan-bahan

telah tersedia. Saya berasa amat bersyukur atas pertolongan penyelaras

projek in. Tanpa pertolongan Encik Fairus, projek ini tidak dapat siap dalam

masa yang singkat.

7
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

Satu hari selepas proses mengecat, saya telah menyediakan bahan-


bahan yang diperlukan untuk menghias sudut hasil kerja murid tersebut.

Proses ini dijalankan dengan lancarnya kerana saya telah menyediakan

bahan-bahan tersebut terlebih dahulu. Bahan-bahan telah sedia dilekat

dengan tape acryllic yang tahan lasak supaya bahan tidak akan jatuh dengan

senang. Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang disediakan juga berkualiti dan

telah dilindungi dengan pelbagai perlindungan. Sebagai contoh, laminating film,

cellotape dan juga pembalut plastik.

Bagi sistem lampu isyarat, saya menyediakan satu pengepit baju bagi
setiap murid. Mereka akan mengepit di salah satu lampu isyarat untuk

menandakan kefahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran.


Pada pendapat saya, cara ini lebih efisien daripada menyediakan tiga kad

lampu isyarat kepada semua murid kerana kemungkinan murid hilang kad
tersebut adalah tinggi. Pengepit baju senang dijaga kerana jika tidak terpakai,

guru boleh mengepitnya pada lampu isyarat dan murid tidak perlu

membawanya balik ke rumah. Ini dapat menjamin ketidakhilangan bahan-

bahan yang disediakan. Berikut merupakan gambar lampu isyarat dengan


pengepit baju yang dilabelkan dengan nama setiap murid.

Gambar4: Sistem lampu isyarat

Akhir sekali, saya membuat demonstrasi tentang cara pengunaan

bahan-bahan yang berunsur abad ke-21 supaya semua guru dapat

8
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

menggunakan bahan-bahan yang disediakan dengan sebaik mungkin. Berikut


merupakan hasil sudut hasil kerja murid saya.

3.3. Komen dari Pihak Sekolah

Penyelaras bagi projek ini, Encik Fairus telah memberi komen yang

positif terhadap projek yang telah dilaksanakan. Guru Besar juga turut memuji

usaha saya untuk menghias kelas abad ke-21 kerana ia mendatangkan banyak

manfaat kepada murid-murid di sekolah SK Gayang, Tuaran. Minat murid

terhadap Bahasa Inggeris telah ditingkatkan dan dipercayai dengan

pelaksanaan program seperti ini, matlamat kerajaan untuk mewujudkan

persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dapat dicapai. Bukan itu

sahaja, terdapat beberapa orang guru di SK Gayang turut menyatakan

keinginan mereka untuk meneruskan projek ini pada masa depan. Mereka

amat berpuas hati dengan kejayaan program kali ini dan mereka berasa

program ini amat merangsang minda para pelajar. Mereka berpendapat

bahawa program ini merupakan satu wahana yang amat berfaedah dan sesuai

untuk pembelajaran abad-21 yang serig diuar-uarkan oleh kerajaan sejak

kebelakangan ini. Hal ini kerana projek ini mementingkan penglibatan murid

secara aktif dalam kelas dan guru hanya sebagai fasilitator sahaja sepanjang

aktiviti ini. Oleh yang demikian, projek kelas abad ke-21 adalah amat berfaedah

bagi seluruh warga SK Gayang.

4.0 REFLEKSI

4.1. Kekuatan Projek

Melalui projek ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas

seorang guru kelas kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga

mendapat banyak pengalaman seperti mencari bahan yang relevan dengan P

& P pada abad ke 21 ini. Saya juga menjadi lebih peka dengan cara

pembelajaran murid-murid di SK Gayang, Tuaran melalui projek ini. Melalui

tinjaun yang dibuat, saya telah mendapatkan bahan yang relevan dengan

permintaan murid-murid di SK Gayang. Bahan-bahan yang disediakan telah

9
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

berpandu kepada stail pembelajaran abad ke-21 dan juga praktikal untuk

digunakan dalam kelas harian. Dengan aplikasi ilmu yang telah diterap, projek

ini yakni akan menghasilkan pelajar yang berdikari dan juga berkualiti tinggi.

Selain daripada itu, saya juga telah belajar untuk berbelanja secara

sederhana. Melalui projek ini, saya belajar untuk membuat percancangan yang

teliti tentang kewangan yang perlu dibelanjakan untuk membeli barang

keperluan untuk projek ini. Sebagai pelaksana program, saya telah belajar

untuk menjadi seorang perancang dan pelaksana yang bertanggungjawab dan

dedikasi. Isu-isu yang timbul semasa pelaksanaan telah pun saya

menyelesaikan secara matang dan tidak menyinggung perasaan mana-mana

pihak.

Program ini juga boleh dikatakan menjadi satu penandaarasan bagi

pelaksanaan projek kelas abad 21 pada masa akan datang. Penyelaras kelas

abad ke-21 SK Gayang juga berasa amat berpuas hati dengan hasil kerja

dalam kelas 2 Wira. Murid-murid 2 Wira pula berasa bangga dan lebih

bersemangat semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Saya

juga berasa amat gembira apabila menerima komen-komen yang bagus dari

guru-guru dan juga pelajar-pelajar di SK Gayang. Murid-murid pula amat

bertanggungjawab dalam menjaga bahan-bahan yang tertera dalam kelas

mereka. Jikalau ada apa-apa bahan terjatuh, murid-murid rajin mengutip dan

menghantar ke pejabat untuk tindakan seterusnya. Adalah amat dihargai

dengan kerjasama yang diberi sepanjang tempoh menghasilkan elemen-

elemen abad ke-21.

Selain itu, Projek Kelas abad ke-21 ini juga memberikan manfaat yang

besar kepada murid-murid kelas yang terlibat iaitu, 2 Wira. Dengan ciri-ciri

perubahan yang dilakukan secara fizikal kepada kelas tersebut, murid-murid

dapat belajar dalam suasana yang kondusif, selesa dan berinformatif. Antara

perubahan besar yang dilakukan ialah, susunan meja yang diatur dalam

10
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

kumpulan, hiasan kelas yang lebih menceriakan, langsir dan alas meja yang

ditukar baharu, sudut hasil kerja murid (Wow Work), ‘Parking Lot’ dimana murid

yang malu untuk bertanya dapat menampal soalan dalam bentuk sticky notes

untuk diberi tindakan segera oleh guru, sistem lampu isyarat untuk mengetahui

tahap kefahaman murid-murid, sudut pencapaian dan ganjaran, dimana guru

dapat menilai setiap kumpulan berdasarkan pengajaran pada hari yang

berkenaan, jadual bertugas murid yang baharu, jadual waktu kelas yang lebih

‘user-friendly’, papan mini putih untuk setiap murid, peraturan kelas yang

mengandungi peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid ketika berada di

dalam kelas, kata-kata hikmah yang digantung untuk memberikan motivasi

kepada murid dan juga sudut bahan kerja kumpulan yang menyediakan bekas-

bekas alat tulis, dimana setiap alat tulis disediakan di bahagian depan kelas,

di meja yang dekat dengan meja guru, bagi murid-murid yang tiada atau

kehilangan alat tulis tersebut.

Selain daripada itu, saya juga belajar untuk menghargai bantuan yang

telah diberikan oleh murid-murid dan juga guru-guru dalam proses menyiapkan

projek abad ke-21 ini. Seterusnya, projek Kelas abad ke-21 ini turut memberi

peluang kepada kami, guru pelatih IPG untuk membina hubungan yang lebih

erat dengan guru-guru SK Gayang. Hal ini kerana, kami perlu mendapatkan

banyak maklumat sebelum menjalankan Projek Kelas abad ke-21 tersebut.

Justeru itu, kami perlu bertanya dan berbincang dengan ramai guru yang sudah

mempunyai pengalaman serta cadangan membina yang dapat digunakan

supaya projek kami ini dapat diselesaikan dengan baik dan bertepatan dengan

Konsep Kelas abad ke-21 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia. Kami amat beruntung kerana guru-guru di SK Gayang memberikan

kerjasama yang amat positif terutamanya Guru Kelas 2 Wira sendiri iaitu Encik

Mohd Fairus Bin Zulklifi. Saya juga berasa amat bangga kerana saya dapat

11
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

mengaplikasikan konsep pembelajaran abad ke-21 untuk meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran di SK Gayang.

4.2. Kelemahan Projek

Walaupun projek ini telah dijalankan dengan jayanya, namun ia terdapat juga

kelemahan yang harus diperbaiki. Antara kelemahan Projek Kelas Abad 21 ini ialah,

kekangan waktu untuk saya, guru pelatih untuk melaksanakan projek ini. Hal ini kerana

saya tidak boleh mengganggu waktu pembelajaran dan pengajaran bagi murid 2 Wira

pada sesi pagi. Saya perlu berbahagi masa dengan bijak untuk menyiapkan kajian

tindakan, projek individu dan projek kumpulan dalam waktu yang singkat, iaitu 2

minggu sahaja. Selain itu, terdapat banyak perkara yang perlu di ubah untuk Projek

Kelas Abad 21 ini di mana kami perlu merancang terlebih dahulu dan meminta

persetujuan daripada guru-guru yang terlibat. Akibat perancangan yang agak lewat,

iaitu pada minggu ketiga internship, projek ini ditangguh dan agak sukar dijalankan

disebabkan kebanyak projek yang memerlukan persetujuan dari pelbagai pihak. Saya

percaya bahawa saya akan dapat melakukan yang lebih baik sekiranya diberi masa

yang lebih lama.

Kelemahan yang kedua merupakan perancangan perhiasan kelas yang kurang

teliti. Saya mendapati bahawa perancangan saya kurang berkesan selepas meneliti

pelan saya untuk menghias kelas 2 Wira. Sebagai contoh, kelas 2 Wira amat

memerlukan bahan yang mencukupi disebabkan tempatnya yang luas. Saya

mendapati bahawa terdapat kebanyakan tempat kelihatan kosong selepas saya

menambah bahan-bahan di atas dinding bilik darjah 2 Wira. Selain daripada itu, saya

juga tidak terfikir cara yang dapat menjimatkan masa

Bukan itu sahaja, adalah juga agak susah kepada saya untuk mencari bahan

yang relevan dengan pembelajaran abad ke-21 ini. Disebabkan konsep ini baru saja

diperkenalkan oleh kerajaan, bahan-bahan yang relevan masih kurang di internet. Ia

bergantung kepada kreativiti guru untuk menghasilkan bahan-bahan yang

12
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

berunsurkan pembelajaran abad ke-21. Ini menguji daya fikiran dan pemikiran aras

tinggi saya untuk menghasilkan bahan-bahan yang berguna untuk murid-murid di

kelas 2 Wira. Saya juga sentiasa memeriksa checklist keperluan kelas abad ke-21

untuk memastikan hasilan kerja saya berkaitan dengan pembelajaran abad ke-21.

Selain daripada itu, saya juga minta tunjuk ajar dari guru-guru yang berpengalaman

dan juga berdedikasi untuk menolong saya dalam bahagian yang kurang difahami.

Kawan-kawan saya dari sekolah lain pula banyak menyumbang idea kepada saya

untuk melaksanakan tugasan saya dengan betul. Pertolongan dan input yang saya

terima adalah amat berharga dan berguna untuk masa depan saya.

Seterusnya, sumber kewangan yang tidak mencukupi juga antara kelemahan

lain sepanjang kami melaksanakan projek ini. Namun begitu, ia membantu kami untuk

menjadi lebih kreatif dan lebih banyak menggunakan sumber yang terpakai untuk

mengubah 2 Wira menjadi Kelas yang berkonsepkan Abad 21. Antaranya, kami tidak

perlu membeli papan mini putih kayu yang perlu di miliki oleh setiap murid. Kami hanya

menggunakan kertas A4 yang di laminate dan marker bagi setiap murid, sebagai

‘papan putih mini mereka’. Selain itu, kami juga hanya mengitar semula bekas

makanan plastik yang pernah digunakan oleh kami sebagai bekas kerja berkumpulan

bagi setiap murid di kelas 2 Wira.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Jika diberi peluang dan masa untuk meneruskan projek Kelas Abad 21 ini, kami
akan cuba mendapatkan sumbangan daripada pihak- pihak yang berkenaan agar lebih
banyak bahan yang dapat kami sediakan untuk melengkapkan 2 Wira sebagai Kelas
Abad 21. Hal ini adalah kerana, 2 Wira merupakan kelas rintis bagi Sekolah
Kebangsaan Gayang, Tuaran, yang dilengkapi dengan ciri-ciri kelas Abad 21. Justeru,
adalah penting untuk kami menjadikan 2 Wira sebagai contoh terbaik untuk diikuti oleh
guru kelas yang lain di SK Gayang.
Selain itu, untuk menambahbaikan Projek Kelas Abad 21 ini, kami amat
berharap agar guru-guru mata pelajaran 2 Wira untuk meneruskan kaedah pedagogi

13
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

Abad 21 menggunakan bahan yang telah kami sediakan. Adalah penting bagi guru-
guru untuk memanfaatkan sebaiknya bahan yang disediakan agar pembaziran tidak
berlaku dan projek yang kami jalankan tidak berakhir dengan ‘kosong’. Antaranya
cadangan untuk pedagogi Abad 21 ialah, melengkapkan sudut ‘Wow Work’ sebelum
pengajaran bermula, menjawab pertanyaan murid yang ditampal pada ‘Parking Lot’,
menggunakan sistem lampu isyarat untuk mengetahui tahap kefahaman murid-murid,
menggalakkan aktiviti secara berkumpulan, menilai murid menerusi sudut pencapaian
dan ganjaran murid yang disediakan, serta mempamerkan hasil kerja murid pada
dinding kelas supaya murid diberi penghargaan dan lebih bersemangat untuk
melaksanakan sesuatu tugasan.
Selain itu, saya harus mempunyai alternatif lain atau rancangan lain semasa
saya menghadapi kekangan atau masalah dalam perlaksanaan sesuatu projek. Hal ini
disebabkan oleh pertukaran perancangan projek yang berlaku di tengah-tengah
pelaksanaan projek abad ke-21. Pertukaran perancangan saya telah menyebabkan
saya kesuntukan masa dalam menyiapkan projek dan ini telah mengakibatkan projek
saya tidak dapat disiapkan dalam masa yag ditentukan. Saya mendapati bahawa
adalah kurang sesuai untuk menampal kad manila di dinding dan ini telah
mengakibatkan pembaziran duit. Jikalau saya menyediakan perancangan kedua, saya
dapat menyiapkan kerja saya dalam masa dan juga tidak akan menjadi kelam kabut
dalam proses menyediakan bahan-bahan bagi kelas abad ke-21.
Akhir kata, penggunaan bajet perlu dipertimbangkan kerana sudut ini
sepatutnya menjimatkan kos perbelanjaan tanpa mengurangkan kualiti bahan-bahan
yang tertampal di atas dinding kelas 2 Wira. Kebanyakan bahan saya tidak dapat
digunakan untuk berulang kali dan amat membazir ink printer. Untuk mengukuhkan
bahan yang digunakan, saya juga perlu menggunakan kertas laminate dan juga
pelbagai pembalut plastik dan juga tape yang berbeza bagi melekatkan bahan di
papan tersebut. Hal ini telah menyebabkan kos penghasilan bahan bertambah tinggi.
Disebabkan keadaan cuaca, papan tersebut juga tidak terlindung daripada tiupan
angin dan juga pancaran matahari dan hujan. Ini telah menyebabkan bahan-bahan
hiasan. menjadi kurang efektif kerana bahan-bahan asyik jatuh ke lantai dan juga
longkang. Oleh itu, untuk mencapai matlamat projek ini, adalah lebih disarankan
supaya projek kelas abad ke-21 ini dijalankan di kelas yang tersedia dengan papan
yang kukuh dan juga lebih terlindung daripada pengaruh cuaca.

14
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, projek kelas Abad ke-21 ini membantu murid-murid


untuk menghayati keindahan belajar. Pengalaman belajar dan membuat perubahan
kepada Konsep Kelas Abad 21 ini memberikan kami sesuatu yang amat bernilai yang
dapat kami manfaatkan apabila kami ditempatkan di sekolah kelak. Kami menimba
begitu banyak pengalaman baru dan pengetahuan berguna sepanjang melaksanakan
projek ini. Kami berharap agar projek ini dapat diteruskan di kelas-kelas lain di SK
Gayang agar setiap murid mendapat peluang untuk menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dan semaksimum yang mungkin.

Sebagai rumusan, proses pelaksanaan projek kelas abad ke-21. yang


dijalankan memberi satu pengalaman baharu dan panduan kepada saya. Saya juga
sedar akan kepentingan mengadakan pembaharuan kepada murid-murid saya.
Program ini juga memberi kesedaran kepada saya bahawa guru yang berinovasi dan
kreatif amat diperlukan oleh generasi akan datang kerana guru-guru hendaklah
sentiasa menyahut cabaran yang pelbagai dalam memikir aktiviti-aktiviti yang relevan
dan berguna bagi pembelajaran abad ke-21 ini. Akhir kata, sebagai pelaksana
program, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota SK
Gayang, Tuaran, termasuklah bahagian pentadbiran, guru-guru dan murid-murid yang
telah menghulurkan bantuan dan kerjasama dalam menjayakan projek ini.

Disediakan oleh:

_______________

LIAU TOH TIEH

(Guru Pelatih IPG Kampus Kent)

15
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

GAMBAR-GAMBAR PELAKSANAAN ENGLISH DAY


SEKOLAH KEBANGSAAN GAYANG, TUARAN, SABAH.

AKTIVITI : PROJEK KELAS ABAD KE-21


TARIKH : 14- 18 OGOS 2017
PORTFOLIO : PELATIH IPG KAMPUS KENT

Sistem Lampu Isyarat Peraturan kelas

Sudut Hasil Kerja Murid Sudut Pencapaian dan ganjaran

Parking Lot Sudut bahan kerja kumpulan

16
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

17

You might also like