You are on page 1of 4

Berikut adalah langkah penggunaan resos tersebut

1. Membandingkan nilai dua pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan


penyebutnya hingga 10
Dengan merujuk kepada jalur pecahan magnet, murid-murid dapat
membandingkan nilai pecahan bahawa pecahan yang manakah mempunyai nilai
1
yang lebih besar atau kecil. Sebagai contoh, jalur pecahan bagi adalah lebih
3
1
pendek daripada jalur pecahan bagi 2. Oleh itu, murid-murid boleh mengetahui
1 1
bahawa nilai adalah lebih besar daripada .
2 3

1. Pemahaman konsep tentang pecahan separa


Dengan merujuk kepada jalur pecahan magnet, murid-murid dapat
1 2
mempelajari sub topik pecahan separa dengan lebih mudah. Misalnya, = .
2 4
Murid-murid dapat melihat dengan jelas bahawa dua jalur pecahan yang
1 1
mewakili adalah sama panjang dengan satu jalur pecahan yang mewakili .
4 2
1 2
Oleh itu, murid dapat mengetahui bahawa = .
2 4
Sekiranya panjang jalur pecahan magnet yang dibandingkan adalah berbeza,
maka kedua-dua pecahan tersebut bukan pecahan setara. Sebagai contoh,
1 5 1
≠ . Hal ini adalah kerana satu jalur pecahan yang mewakili
2
adalah tidak
2 7
1
sama panjang dengan lima jalur pecahan yang mewakili .
7

2. Penambahan pecahan
Penambahan :
Dari jalur pecahan magnet, murid dapat melihat dengan jelas konsep asas
penambahan pecahan dengan penyambungan antara jalur-jalur pecahan.
1 1
Contohnya, + = 1.
2 2
Dengan menggunakan jalur pecahan magnet, murid dapat menyambung dua
1
bahagian jalur pecahan magnet yang mewakili untuk menjadikannya sebagai
2
1
satu jalur pecahan yang lengkap, iaitu .
1

Dengan menggunakan jalur pecahan magnet itu, murid dapat menyelesaikan


1 1
contoh soalan + . Murid dapat mencari jawapan dengan mencari panjang
3 2
jalur pecahan yang sama panjang seperti penyambungan antara jaluran pecahan
1 1
dengan . Dengan ini, murid mendapati bahawa percantuman antara lima
3 2
1
bahagian jalur pecahan yang mewakili akan menjadi sama panjang dengan
6
1 1
jalur pecahan + .
3 2
1 1 1 1 1 1 1 5
+ = + + + + =
3 2 6 6 6 6 6 6

Jika sebelum ini kebanyakan murid terpaksa mengira melalui pengiraan langkah
demi langkah, tetapi melalui kaedah ini murid hanya perlu melihat roda pecahan dan
melakukan beberapa langkah penyelesaian. Di bawah ini kami sertakan contoh untuk lebih
difahami.

3. Penukaran pecahan kepada peratus

Contoh soalan:

3
Menukarkan 5
kepada peratus

Kaedah biasa:

3
20
× 100% = 60%
5

Kebiasaanya, murid akan menggunakan kaedah biasa ini bagi menjawab soalan
seperti yang dikemukakan tanpa memahami konsep asas pecahan. Walaubagaimanapun,
dengan menggunakan resos yang kami hasilkan, murid-murid dapat memahami konsep
tersebut dan seterusnya menyelesaikan soalan dengan cepat.

Langkah-langkah penyelesaian adalah seperti berikut:

1. Berdasarkan soalan, kita hanya perlu melihat penyebut (denominator) bagi


soalan tersebut. Contohnya, bagi soalan di atas, penyebutnya adalah 5, maka
kita perlu menggunakan 5 roda pecahan sahaja. Nilai bagi setiap roda pecahan
adalah 20%.
2. Lihat pengangka (numerator) pada soalan tersebut. Bagi soalan ini,
pengangkanya adalah digit 3. Jadi, kita cuma gunakan 3 roda pecahan sahaja
untuk mendapatkan jawapan. Jumlahkan nilai ketiga-tiga roda pecahan tersebut
dan anda akan dapat jawapannya iaitu 60%.

Tambahan pula, murid-murid dapat melihatkan perkaitan antara pecahan dengan


peratus dengan menggunakan jalur pecahan. Sebagai contoh, apabila penyebut bagi
seseuatu pecahan ialah 5, setiap satu bahagian dari 5 bahagian mewakili 20%.

You might also like