You are on page 1of 5

TUGASAN 2 : MEMBINA RESOS

“Per-Fraction Wheel” adalah suatu resos yang terdiri daripada 10 roda pecahan dan jalur
pecahan yang juga mewakili nilai peratus. Resos ini dinamakan demikian kerana “Per-
Fraction Wheel” adalah singkatan bagi ‘percentage’ dan ‘fraction’ dalam bahasa Inggeris.
Resos ini terhasil untuk menyelesaikan beberapa isu pengajaran dan pembelajaran yang
merentasi topik pecahan dan peratus. Antara isu yang dapat diselesaikan ialah :

1. Membandingkan nilai dua pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya


hingga 10 (Tahun 2)
2. Pemahaman konsep tentang pecahan separa (Tahun 3)
3. Penambahan pecahan (Tahun 4)
4. Penukaran pecahan kepada peratus (Tahun 5)

Justeru itu, “Per-Fraction Wheel” telah dihasilkan bagi membantu murid-murid lebih
menguasai topik pecahan dan peratus dengan cara yang lebih mudah dan menarik. Hasil
dapatan kajian mendapati “Per-Fraction Wheel” dapat membantu meningkatkan
penguasaan murid-murid dalam konsep tersebut. Di samping itu, kami juga telah
mengaplikasikan teori main sambil belajar dalam resos tersebut. Hal ini akan membolehkan
guru untuk mewujudkan suatu situasi pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan.

Resos ini bertemakan “Per-Fraction Land” yang meliputi 10 roda pecahan yang
merangkumi nilai penyebut dan peratus. Terdapat 2 lingkungan dalam setiap roda pecahan.
Lingkungan dalaman mewakili nilai penyebut manakala lingkungan luaran mewakili nilai
peratus. Kami telah menggunakan pelbagai jenis warna yang cerah, hiasan bunga dan daun
supaya kelihatan cantik. Kami juga menggunakan latar belakang yang berwarna biru gelap
supaya dapat menonjolkan roda-roda pecahan dengan lebih jelas. Roda-roda tersebut juga
boleh diputar-putarkan untuk menunjukkan nilai yang tepat agar murid tidak akan keliru
dengan nilai yang lain. Bukan itu sahaja, resos tersebut mempunyai seutas tali yang telah
diikat supaya boleh digantung pada papan hitam dalam kelas dan membolehkan murd
unttuk melihat dengan jelas. Resos kami juga mudah alih dan boleh disimpan dalam kotak
yang disediakan apabila tidak digunakan.

1
Rajah 1: Sepuluh roda pecahan.

Selain itu, resos kami mempunyai 10 jalur pecahan bermagnet. Hal ini adalah untuk
membolehkan murid untuk menggerakkan jalur pecahan tersebut. Nilai pecahan dan peratus
telah dilabel pada setiap jalur pecahan supaya murid dapat mengetahui nilai yang diwakili
oleh setiap magnet. Panjang setiap jalur pecahan magnet adalah sama. Misalnya jalur
1
pecahan magnet yang mewakili nilai = 100% ialah satu jalur yang lengkap. Jalur pecahan
1
1
magnet yang dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama rata mewakili nilai = 50%. Sama
2

seperti jalur pecahan yang seterusnya sehingga jalur pecahan magnet ke-10 yang mewakili
1
nilai 10 = 10%. Dengan ini, jalur pecahan kami terdiri daripada 4 warna yang berbeza-beza.

Antaranya ialah merah, kuning, biru dan hijau. Setiap warna label adalah sama dengan
warna jalur pecahan magnet untuk mengurangkan kekeliruan.

Rajah 2: Sepuluh jalur pecahan

2
Terdapat satu ruang kosong pada sebelah kanan jalur pecahan magnet. Kami
menyediakan ruang tersebut untuk memudahkan murid-murid untuk membuat jalan
penyelesaian terhadap soalan yang dilontarkan oleh guru. Kami juga telah membuat sedikit
hiasan pada bahagian bawah ruangan tersebut supaya tidak kelihatan bosan. Di samping itu,

satu papan yang bertuliskan " = %" telah disediakan. Hal ini adalah untuk

membolehkan guru untuk menulis soalan dan murid untuk menulis jawapan padanya.
Kedua-dua ruangan tersebut boleh ditulis dengan pen marker dan kemudiannya dapat
dipadam dengan menggunakan pemadam papan putih.

Rajah 3: Ruang kosong untuk membuat jalan penyelesaian dan menulis jawapan

BeB

3
Bagaimana resos yang dibina dapat memupuk KBAT secara berkesan di kalangan
murid?

Pemikiran Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT merupakan aras yang paling tinggi dalam
hieraki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru,
menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan
memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.
KBAT membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai
suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta.

Pertama sekali, resos yang dihasilkan dapat memupuk KBAT secara berkesan di
kalangan murid. Hal ini dikatakan demikian apabila guru menyuruh murid untuk
menyelesaikan soalan operasi tambah dahulu dan kemudiannya mencari pecahan setara
dengan jawapan yang didapati. Dengan ini, murid boleh menyelesaikan soalan ini dengan
menggunakan jalur pecahan tersebut untuk operasi tambah dahulu. Selepas itu, mereka
perlu mencari gabungan jalur pecahan supaya sama panjang dengan jalur pecahan yang
bernilai hasil tambah tersebut.

Selain itu, resos ini bukan sahaja membolehkan murid-murid menyelesaikan soalan
operasi yang biasa, sebaliknya dapat menyelesaikan soalan KBAT. Justeru itu, apabila guru
memberi satu soalan bahawa berapakah nilai pecahan yang perlu ditambah untuk
mendapatkan satu nilai pecahan, murid-murid perlu mencari nilai jalur pecahan yang
diperlukan untuk mendapatkan hasil tambah tersebut.

Contoh:

1 5
+ =
3 6
1 5
Dengan ini, murid-murid mencari jalur pecahan yang bernilai dan serta membuat
3 6

perbandingan antara kedua-dua jalur pecahan tersebut. Selepas itu, murid-murid dapat
mencari jawapan dengan menggabungkan mana-mana jalur pecahan dengan jalur pecahan
1
yang bernilai supaya mendapatkan jalur pecahan yang sama panjang dengan jalur
3
5
pecahan yang bernilai . Dalam kata lain, mereka tidak akan mendapat jawapan dengan
6

segera. Sebaliknya, mereka perlu berfikir secara kritis untuk mendapatkan jawapan yang
tepat dengan kehendak soalan.

4
Di samping itu, guru juga boleh memberi satu nilai pecahan yang merupakan hasil
tambah dua nilai pecahan. Setelah itu, murid-murid dikehendaki untuk mencari gabungan
antara mana-mana jalur pecahan untuk mendapatkan nila yang diberi oleh guru.

Contoh:

1
+ =
2
Dengan ini, murid-murid mungkin akan mendapat jawapan yang berbeza. Misalnya, mereka
1 1 1 1 1 1
mungkin akan dapat + = selain daripada + = dan sebagainya. Keadaan ini akan
4 4 2 6 3 2
memberi ruang kepada murid-murid berfikir secara bebas dan kritis untuk mendapatkan
beberapa jawapan yang betul bagi sesuatu soalan.

Akhir sekali, resos yang dihasilkan ini dapat memupuk KBAT dalam kalangan murid-
murid supaya mereka berupaya untuk menyelesaikan masalah yang lebih rumit dalam kelas
mahupun kehidupan seharian. Sebagai contoh, mereka akan mendapati bahawa bukan
sahaja boleh terdapat hanya satu jawapan kepada satu soalan. Mereka juga akan
menyedari bahawa mereka boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan
pelbagai kaedah. Dengan ini, guru tidak harus berfokus kepada satu kaedah sahaja untuk
menyelesaikan sesuatu masalah, sebaliknya memberi peluang kepada murid untuk berfikir
secara kritis dan kreatif supaya sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan berkesan dan
fleksibel.

Kesimpulannya,, dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di


dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi
dengan berkesan pada peringkat global. Diharapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat
menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa.

You might also like