You are on page 1of 3

LAPORAN PROJEK (PENGHIASAN LALUAN MATEMATIK)

Sebagai seorang guru praktikum di Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, kami


perlu membuat satu projek. Selepas perbincangan antara saya, Lim Chia Chia dan
Chiong Fung Leng, kami telah bersetuju untuk menghiaskan laluan Matematik sekolah
tersebut. Rasionalnya ialah sekolah tersebut terdapat laluan Matematik, akan tetapi
laluan Matematik tersebut telah lama dan menyebabkannya telah kotor. Dengan itu,
kami membuat keputusan untuk menghiaskan laluan Matematik tersebut serta
memaksimumkan kegunaan laluan Matematik tersebut.

Sebelum memulakan untuk menghiaskan laluan Matematik, kami telah


mengadakan satu mesyuarat mini pada 2 Oktober 2016 untuk membincang
bagaimana untuk menghias laluan Matematik tersebut dan bahan yang diperlukan.
Dalam mesyuarat itu juga, kami telah membuat keputusan untuk melukis satu mural
dan menulis cara untuk mengingat sifir 6, 7, 8 dan 9 pada dinding yang kosong. Pada
hari itu, kertas kerja telah dibuat dan dihantar kepada sekolah untuk mendapatkan
kelulusan membuat projek tersebut. Selepas mendapat kelulusan dari pihak sekolah,
pada 6 Oktober 2016, kami telah membeli bahan untuk membuat mural. Bahan yang
dibeli ialah warna mural. Pada 7 Oktober juga, kami telah mencetakkan perkataan
yang diperlukan untuk menulis pada dinding dan dipotong. Hal ini adalah untuk
memastikan setiap perkataan pada dinding adalah sama, kemas dan cantik. Gambar
di bawah merupakan dinding yang kami rancangkan untuk melukis mural dan menulis
cara untuk mengingat sifir 6, 7, 8 dan 9.

Pada 8 Oktober 2016 (Sabtu), kami telah bertolak ke sekolah pada 8 pagi untuk
mulukis mural dan menulis cara mengingat sifir pada dinding. Sebelum melukis dan
menulis, kami membersihkan tapak kaki yang terdapat pada dinding tersebut dengan
menggunakan ubat gigi dan kain. Selepas itu, kami pun mengagihkan kerja supaya
dapat menyiapkan dengan masa yang singkat. Dengan itu, saya dan Lim Chia Chia
ditugaskan untuk menulis cara mengingat sifir pada tingkat 2 manakala Chiong Fung
Leng ditugaskan untuk melukis mural pada tingkat 1. Gambar di bawah merupakan
proses melukis mural dan menulis cara mengingat sifir.

Chiong Fung Leng sedang melukis mural pada tingkat 1.

Lim Chia Chia sedang menulis perkataan sifir pada dinding di tingkat 2.

Kami telah menyiapkan mural pada pukul 2 petang. Selepas itu, kami pun
simpan semua bahan dan alat yang dibawa dan letak pada tempat asal,
membersihkan tempat dan membuang sampah. Gambar di bawah merupakan hasil
kerja kami.

Mural di tingkat 1.

Cara mengingat sifir 6, 7, 8 dan 9 di tingkat 2.

You might also like