You are on page 1of 9

Empayar Parsi ialah satu siri empayar sejarah yang memerintah penara Iran dan kawasan di

seberang sana. Entiti politik yang diperintah oleh kemaharajaan-kemaharajaan ini ialah
negara Iran (secara harfiahnya bermaksud "Tanah Arya"). Secara amnya, entiti terawal yang
dianggap sebagai sebahagian Empayar Parsi ialah Wangsa Achaemenid (648 SM - 330 SM),
sebuah kemaharajaan Arya asli bersatu yang berasal dari kawasan yang kini dikenali
sebagai Fars dan dibentuk oleh Cyrus Agung. Kemaharajaan-kemaharajaan yang berturut-turut
di Iran sebelum tahun 1935 telah digelarkan secara kolektif sebagai Empayar Parsi oleh ahli
sejarah Barat.

Nama[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Pertikaian penamaan Iran
Perkataan Parsi telah lama digunakan oleh dunia Barat untuk memerihalkan negara Iran,
penduduk-penduduk, dan empayar-empayar purbanya. Perkataan ini berasal daripada
nama Yunani untuk provinsi kelautan Iran yang dipanggil Fars dalam bahasa
Parsi moden, Parsdalam bahasa Parsi Zaman Pertengahan dan Pārsā dalam bahasa Parsi
Kuno. Perkataan itu bermaksud "tiada cacat celanya". Persisialah bentuk bahasa Greek untuk
Pars, dan melalui perkataan bahasa Latin, Persia, negara-negara Eropah yang lain telah
mengikut penggunaan perkataan itu untuk kawasan ini.
Kawasan ini merupakan teras Empayar Parsi yang asal. Kebanyakan orang asing merujuk
kepada negara Iran sebagai Persia sehingga 21 Mac 1935 ketika Iran meminta komuniti
antarabangsa secara rasmi untuk memanggil negaranya dengan nama asli; puak-puak Arya yang
membentuk negara ini pada zaman Achaemenid menyatukan penara di kawasan itu dan
memanggil negara mereka sebagai Iran pada penubuhannya. Pada tahun 1959,
Shah Mohammad Reza Pahlavimengumumkan bahawa penggunaan nama Parsi dan Iran boleh
ditukar ganti.

MPAYAR PARSI
Peta ini menunjukkan Empayar Parsi Arkaemenia, dipanggil Empayar Parsi saja,di kemuncak
kekuasaannya bawah Raja Darius I. Empayar Parsi Arkaemenia wujud antara tahun 550
Sebelum Masehi hingga 336 Sebelum Masehi (214 tahun).

Empayar Parsi Arkaemenia sekadar disebut EMPAYAR PARSI (The Persian Empire) saja sudah
mencukupi..
Di kemuncak kekuasaannya, Empayar Parsi memerintah wilayah yang sangat luas dengan
keluasan 8 juta km persegi, yang menganjur dari Lembah Sungai Indus di Pakistan hingga ke
Trakya/Thrace di Turki dan Bulgaria, juga merangkumi Lembah Sungai Nil di Mesir serta pesisir
Libya...

Wilayah Empayar Parsi merangkumi seluruh negara moden Iran, Turki, Iraq, Jordan, Lebanon,
Palestine dan Afghanistan, serta sebahagian dari Mesir, Libya, Georgia, Armenia, Asia Tengah,
Saudi Arabia dan Pakistan..

Empayar Parsi berpusat di wilayah Iran dan Iraq moden, dan sepanjang wujudnya ibunegaranya
bertukar-tukar antara Pasargadae, Ecbatana, Persepolis dan Susa..

Empayar Parsi diasaskan pada tahun 550 Sebelum Masehi oleh CYRUS AGUNG (CYRUS THE
GREAT), atau dalam bahasa Parsi namanya adalah KOUROUSH KEBIR. Cyrus Agung lahir
pada tahun 600 Sebelum Masehi di Anshan, Persis (Fars), Iran.

Hari ini sudah ada teori di kalangan orang Islam bahawa yang dikatan ISKANDAR ZULKARNAIN
di dalam al-Quran adalah CYRUS THE GREAT, Raja Akaemenid Parsi dan bukan ALEXANDER
THE GREAT, Raja Greece/Macedonia. Ini kerana penurut pengkaji, kebanyakan ciri-ciri Iskandar
Zulkarnain yang diceritakan Quran lebih menepati Cyrus The Great dari Alexander The Great.
Lagi pun agama orang Parsi, Majusi, percaya pada Tuhan Maha Esa yang hanya satu dan tiada
sekutu bagi Nya..

Di bawah Empayar Parsi lah perkataan "PARSI" mula digunakan sebagai identiti bangsa mereka.
Orang Akaemenid memanggil bangsa mereka "PARS', ia itu berasal dari nama 'PARSA' yang
merupakan nama asal bangsa mereka. Dari perkataan inilah muncul perkataan 'PARSI'. Mereka
menghuni tanahair yang dipanggil 'PARSUA' yang terletak antara Sungai Tigris dan Teluk Parsi,
yakni wilayah Iran moden. Nama purba negara mereka dalam bahasa Inggeris ialah 'PERSIA'
dari kata Greece 'PERSIS'...

Empayar Parsi musnah pada tahun 330 Sebelum Masehi, setelah wujud 214 tahun. Raja
terakhirnya ialah Darius II. Empayar Parsi hancur setelah ditakluki oleh Alexander The Great
(Alexander Yang Agung) dari Greece/Macedonia. Tentera Alexander The Great mengalahkan
tentera Parsi di Granicus (334 SBM), Issus (333 SBM), Gaugamela (331 SBM) dan akhirnya
menawan Susa dan Persepolis yang merupakan bekas ibukota dan ibukota Empayar Parsi. Raja
Parsi Arkaemenia terakhir, Darius II ditangkap dan dipenjarakan oleh pembesarnya sendiri,
Bessus..

Selepas kejatuhan Empayar Parsi, muncul empayar-empayar Parsi lain seperti Parthia, Sassanid
dan Gabaris. Empayar Parsi terakhir sebelum dikalahkan tentera Islam adalah Empayar
Sassanid. Selepas itu negara Parsi memeluk Islam dan hampir semua rakyatnya menjadi Muslim
Sunnah Waljama'ah.

Kejatuhan Empayar Sassanid memulakan kemunculan empayar-empayar Islam Parsi. Hampir


1000 tahun Iran menganut mazhab Sunnah Waljama'ah, hinggalah di era Dinasti
Safawiah/Safavid lebih kurang 400 tahun lepas yang menjadikan mazhab Shi'ah sebagai
pegangan rasmi Iran yang berterusan hingga hari ini..

Di zaman Empayar Parsi, agama rasmi Parsi adalah MAJUSI atau ZOROASTRIANISME. Agama
ini di bawa oleh seorang "nabi" (orang Parsi percaya dia nabi) bernama ZOROASTER atau
ZARATHUSTRA yang menyeru kepercayaan kepada satu Tuhan yang maha esa yang hanya
hanya satu yang tak ada sekutu baginya. Zarathustra menyeru bahawa Tuhan yang satu ini,
dipanggil AHURA MAZDA, adalah Tuhan pencipta seluruh alam. Zarathustra di zaman kanak-
kanak kurang senang melihat orang Parsi menyembah banyak tuhan dalam bentuk berhala..

Di zaman Empayar Parsi, imej Tuhan dilarang dilukis atau dijelmakan dalam sebarang bentuk
kerana perbuatan itu dikatakan "haram". Namun, di era-era selepas Arkaemenia, orang Parsi
mula melukis dan mengukir bentuk wajah tuhan mereka...

Penawanan Islam di Parsi mengakhiri kerajaan Sassanid Parsi dan juga menandakan
bermulanya kejatuhan Agama Majusi. Tetapi, pencapaian tamadun Parsi tidak berakhir begitu
sahaja. Sejak dari detik ini, bermulalah pencapaian tamadun Parsi dalam tamadun Islam.

Isi kandungan
[sorokkan]

 1Keadaan semasa
 2Ancaman
 3Penawanan Islam di Iraq
 4Perang Berantai
 5Perang Sungai
 6Perang Walaja
 7Perang Ullais
 8Perang Hirah
 9Perang Anbar
 10Perang Ainul Tamar
 11Perang Muzayyah
 12Perang Firaz
 13Perang Jambatan
 14Perang al-Qadisiyyah
 15Penawanan Penara Parsi
 16Perang Nihawand
 17Pengislaman Bangsa Iran
 18Rujukan
 19Lihat juga

Keadaan semasa[sunting | sunting sumber]


Empayar Rom Byzantine dan empayar Parsi Sassanid menganggap bangsa Arab bukan
merupakan ancaman besar bagi mereka pada ketika itu. Ini berdasarkan keadaan logistik, bentuk
muka buminya yang berbukit, kegiatan harian orang Arab dan maklumat yang diperolehi daripada
mereka yang tinggal di sempadan tanah Arab. Bangsa Arab ketika itu dikenali
sebagai bangsa yang liar, keras dan suka membuat kekacauan di sempadan wilayah kedua-dua
empayar. Struktur masyarakatnya yang sukar ditadbir oleh kedua-dua empayar dan kawasannya
yang mempunyai hasil bumi yang sangat sedikit menyebabkan kedua-dua empayar tidak
berminat untuk menakluk semenanjung tanah Arab. Disebabkan itulah kedua-dua kerajaan
menubuhkan kerajaan campuran yang bertindak sebagai kerajaan pengaman dan penampan
daripada kekacauan bangsa Arab. Untuk itu, kerajaan Lakhmid didirikan di Hirah bagi mewakili
empayar Parsi manakala kerajaan Ghassan ditubuhkan sebagai lambang kuasa empayar Rom.
Kawasan semenanjung Arab ketika itu dikenali sebagai pusat persinggahan para peniaga yang
berulang-alik ketika berurusniaga.
Selepas tamatnya peperangan antara tentera Rom Byzantine dan tentera Parsi Sassanid dalam
siri Peperangan Sassanid-Byzantine yang terakhir di Nineveh pada tahun 627 M, kedua-dua
empayar mengalami masalah dalaman yang serius seperti masalah cukai yang tinggi,
pertembungan sosio-budaya antara kerajaan Arab-Parsi iaitu Lakhmid yang berpusat
di Hirah dengan empayar naungannya kerajaan Parsi Sassanid dan kerajaan Arab-Rom
iaitu Ghassan yang berpusat di Damsyik dengan empayar naungannya Rom Byzantine.
Tambahan pula dengan kedua-dua pihak mengalami keletihan selepas tempoh peperangan
begitu lama dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantine.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 632 Masihi, seluruh penduduk
semenanjung Arab disatukan di bawah agama Islam mula memberikan ancaman yang besar.
Pengganti Nabi Muhammad, khalifah Abu Bakar mula melancarkan serangan ke
atas Syria dan Palestin dan berjaya menyatukan kedua-dua bandar ini menjadi sebahagian
daripada negara Islam. Namun begitu, kedua-dua kota ini dituntut oleh empayar Rom
atau Byzantine dan juga empayar Parsi Sassanid. Peristiwa ini seterusnya mengubah suasana
dan geopolitik serta pengaruh masyarakat Arab kepada tamadun dunia.

Ancaman[sunting | sunting sumber]


Setelah adanya ancaman ketenteraan yang serius dari pihak Arab Islam, kedua-dua empayar
yang terkejut dengan serangan tentera Islam mula menumpukan kegiatan ekonominya untuk
membiayai perbelanjaan ketenteraan bagi menghadapi kemaraan tentera Islam.
Kedua-dua empayar berpendapat bahawa serangan tentera Islam bukan hanya untuk melakukan
kekacauan seperti mana keadaan Arab sebelum kedatangan Islam, tetapi serangan mereka lebih
kepada perancangan untuk meluaskan jajahan serta menakluk wilayah Parsi dan Rom.
Ketika inilah bermulanya siri Peperangan Islam-Rom Byzantine di sebelah barat Arab dan
peperangan Islam-Parsi di bahagian timur Arab.

Penawanan Islam di Iraq[sunting | sunting sumber]


Setelah kewafatan Khusrau II, seorang raja Sassanid, kerajaannya berpecah belah
dan organisasi tenteranya menjadi kacau bilau. Ini memudahkan tentera Arab Islam menawan
kota Hirah pada tahun 633M. Tentera Parsi Sassanid kemudiannya menyusun semula
kepimpinan mereka sebaik sahaja raja Sassanid baru ditabalkan iaitu Yazdegerd III.
Khalid ibn al-Walid, seorang Panglima Besar tentera Islam, berjaya menawan Iraq dari tangan
Parsi Sassanid pada Januari 634M menerusi beberapa siri peperangan.

Perang Berantai[sunting | sunting sumber]


Peperangan ini berlaku pada bulan April 633 M. Ia dinamakan Perang Berantai kerana sejumlah
besar tentera pejalan kaki Parsi pimpinan Panglima Besar Hormuz diikat dengan rantai besi bagi
mengukuh dan menguatkan serangan dan pertahanan secara berkumpulan. Dari segi
teknikalnya, taktik ini akan memberi tekanan berat kepada tentera pejalan kaki musuh.
Bagi peperangan ini secara amnya tentera Parsi Sassanid berjumlah 25,000 orang. Ia
mempunyai kelengkapan senjata berat dan tentera berkuda berat. Namun kelemahannya adalah
pergerakannya yang lambat. Dengan kekuatan 18,000 orang, Khalid ibn al-Walid mengatasi
masalah ini dengan tentera berkuda ringkasnya yang pantas & cepat. Ia membuat strategi
dengan mengumpan tentera Parsi mengejarnya dari daerah Kufier hinggalah ke
daerah Kazima yang mana membuatkan tentera Parsi keletihan. Keletihan yang dialami oleh
tentera Parsi disebabkan oleh senjata berat yang mereka bawa.
Setibanya tentera Parsi di Kazima, mereka diserang hendap oleh tentera Islam dengan secara
mengejut. Sewaktu peperangan, Hormuz meletakkan beberapa orang tentera elitnyauntuk
mengawal keselamatannya. Namun, kesemua tentera elit beliau dapat dibunuh oleh salah
seorang panglima Islam iaitu Qa'qa ibn Amru. Akhirnya pertempuran ini dimenangi oleh tentera
Islam. Hormuz juga terkorban dalam peperangan ini setelah Khalid ibn al-Walid berjaya
membunuh beliau.
Bagi tentera Parsi, rantai yang diikat di kaki mereka memberi peluang kepada tentera Islam untuk
menyerang dengan lebih mudah sehinggakan jumlah tentera Parsi yang terkorban mencecah
ribuan orang.
Perang Sungai[sunting | sunting sumber]
Lokasi peperangan ini terletak berhampiran dengan daerah Mesopotamia dan berlaku pada
bulan April 633M. Tentera Parsi pimpinan Panglima Besar Karanz bin Karianz dengan dibantu
oleh dua orang panglimanya yang terselamat dalam peperangan Berantai
iaitu Qubaz dan Anusjahan.
Dengan kekuatan tentera seramai 30,000 orang, Karanz menyerang tentera Islam pimpinan
Khalid ibn al-Walid yang jumlahnya hanya 18,000 orang, namun tentera Islam mampu bertahan
dan sebaliknya mereka mampu menewaskan tentera Parsi.

Perang Walaja[sunting | sunting sumber]


Berlaku pada bulan Mei 633 M. Perang ini adalah di antara tentera Islam pimpinan Khalid ibn al-
Walid dengan tentera Parsi dan tentera Arab yang bersekutu dengan Parsi pimpinan Panglima
Besar Indrazaghur. Kekuatan tentera Parsi dianggarkan antara 10,000 hingga 15,000 orang dan
tentera Islam ialah 18,000 orang. Dalam peperangan ini, tentera Khalid berjaya mengalahkan
tentera Parsi dengan taktik yang cukup berkesan. Taktik serangan dari arah belakang secara
mengejut dari dua arah yang berlainan adalah asas kepada strategi Khalid ibn al-Walid dalam
peperangan ini. Sehari sebelum hari peperangan, Khalid ibn al-Walid menghantar dua regu
tentera berkuda seramai 2,000 orang yang diketuai oleh Busr ibn Abi Rahm dan Sa'id ibn Abi
Marra untuk bersembunyi di sebalik dua bukit yang terletak beberapa batu di belakang
petempatan khemah tentera Parsi.
Dengan ini, tentera Parsi menganggap bahawa bilangan tentera berkuda Islam adalah
berkurangan daripada yang disangka. Sebagai umpannya, Khalid melantik Adi ibn
Hatim dan Asim ibn Amr untuk mengetuai tentera pejalan kaki bersama-sama sejumlah kecil
tentera berkuda pimpinan Khalid untuk menghadapi tentera Parsi.
Pada hari peperangan, ketika tentera Parsi yang sedang mengasak tentera Islam, Panglima
Besar Khalid memberi isyarat kepada pasukan berkuda yang bersembunyi di sebalik bukit untuk
membuat serangan balas. Indrazaghur terkejut dengan serangan dari arah belakang oleh dua
pasukan berkuda tentera Islam pimpinan Busr dan Sa'id yang mana seterusnya menyebabkan
kematian yang ramai bagi pihak tentera Parsi. Dalam pertempuran ini Indrazaghur terkorban.

Perang Ullais[sunting | sunting sumber]


Juga dikenali sebagai Perang Sungai Darah. Berlaku pada bulan Mei 633M. Selepas tewasnya
tentera Parsi kepada tentera Islam di Perang Walaja, tentera Parsi yang terselamat melarikan diri
ke Ullais (10 batu dari Walaja).
Pada awalnya tentera Islam tidak menganggap saki baki tentera Parsi itu boleh membawa
ancaman. Namun setelah mendapat berita bahawa kerajaan Hirah menghantar sejumlah tentera
sehingga kekuatan saki baki tentera Parsi tadi bergabung dengan tentera Hirah mencecah
sehingga 30,000 orang, Panglima Besar Khalid ibn al-Walid memimpin tenteranya
melintasi Sungai Khasif dan menuju ke Ullais dengan kekuatan seramai 15,000 orang. Sayap kiri
diketuai oleh Panglima Asim ibn Amr dan sayap kanan diketuai oleh Panglima Adi ibn Hatim.
Sebagai persediaan, tentera Parsi dipimpin oleh Panglima Besar Abdul Aswad yang
berketurunan Arab dengan dibantu oleh Panglima Jaban dan Panglima Abjar.
Setelah mendapat maklumat risikan daripada Panglima Muthanna ibn Harith, Panglima Besar
Khalid ibn al-Walid bergerak ke arah Ullais dan bertempur secara berdepan tanpa pendekatan
taktikal yang khusus memandangkan Ullais berada di antara Sungai Khasif dan Sungai Furat.
Namun begitu, seperti biasa, Khalid menggunakan tentera berkudanya untuk menewaskan
tentera Parsi Sassanid ini. Walaupun begitu, peperangan ini mengambil masa selama tiga hari
berikutan tentangan hebat daripada Abdul Aswad sehinggakan Khalid ibn al-Walid memuji
kekentalan musuhnya di dalam peperangan ini. Akhirnya, peperangan ini dimenangi oleh
tentera Islam dengan Abdul Aswad dapat dibunuh oleh Khalid ibn al-Walid sendiri.
Perang Hirah[sunting | sunting sumber]
Beberapa hari selepas pertempuran di Ullais, Khalid dengan kekuatan seramai 15,000 tentera
Islam menuju ke Hirah untuk menawan kerajaan boneka Parsi iaitu Lakhmid.
Pertahanan kerajaan Lakhmid yang berpusat di dalam kota istana seramai 10,000 orang tentera
pimpinan Panglima Iyas dan Panglima Abdul Masih menggunakan manjanik untuk mencegah
kemaraan tentera Islam daripada menakluki kota tersebut. Namun setelah beberapa hari
bertahan, kota yang tersergam indah itu akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam. Banyak
peralatan peperangan milik tentera Parsi jatuh ke tangan tentera Islam.
Perang ini juga menamatkan riwayat kerajaan Lakhmid di Hirah seterusnya mengukuhkan lagi
pertahanan tentera Islam di timur Arab.

Perang Anbar[sunting | sunting sumber]


Selepas berjaya menakluki kota Hirah, Khalid ibn al-Walid mara ke suatu tempat yang
bernama Anbar yang mana ia terletak 80 batu dari Iraq. Di sini tentera Parsi berpusat di dalam
kota untuk bertahan daripada serangan tentera Islam.
Tentera Parsi terpaksa berundur dan bertahan kerana banyak peralatan peperangan mereka
seperti manjanik mahupun kenderaan penggempur telah digunakan ketika peperangan
di Hirah dahulu. Manakala bagi tentera Islam, dengan senjata dan peralatan peperangan yang
baru dan terkini milik tentera Parsi yang dapat mereka rampas setelah beberapa kali memenangi
pertempuran dengan tentera Parsi sebelum ini memberi kelebihan dari segi kelengkapan senjata
untuk menjalankan operasi ketenteraan.
Di dalam pertempuran ini tentera Islam seramai 9,000 orang bertempur dengan
tentera Parsi pimpinan Panglima Shirazad seramai 10,000 orang. Oleh kerana sukar untuk
menembusi kota Anbar, maka Khalid mengarahkan tenteranya menggunakan manjanik untuk
memberi tekanan kepada pertahanan musuh, manakala para pemanah pula diarahkan memanah
mana-mana tentera Parsi yang menjengukkan kepalanya atau mengintai dari lubang kota.
Akibat tekanan dan serangan yang bertali arus daripada kumpulan pemanah
tentera Islam semasa kepungan, akhirnya Shirazad menyerah dan tunduk kepada tekanan
tentera Islam seterusnya membayar jizyah kepada kerajaan Islam.

Perang Ainul Tamar[sunting | sunting sumber]


Lokasi peperangan ini terletak di bahagian barat daerah Anbar. Tentera Parsi pimpinan
Panglima Aqqa ibn Qays dapat ditewaskan oleh Khalid ibn al-Walid dan Aqqa sendiri dapat
ditangkap oleh Khalid.

Perang Muzayyah[sunting | sunting sumber]


Pada November 633, seorang panglima tentera Parsi yang berpengalaman luas, Bahman
Jadu dilantik oleh Yazdegerd III untuk menyusun semula kekuatan tentera Parsi supaya
bergabung dengan saki baki tentera yang terselamat dalam Perang Ullais. Dengan
menggerakkan tenteranya di Muzayyah sementara menanti sokongan daripada tentera Parsi
yang telah berperang di Ullais, Bahman Jadu membuat garisan pertahanan di situ.
Dalam peperangan ini, Khalid ibn al-Walid membahagikan tenteranya kepada 3 kumpulan yang
mana kumpulan pertama diketuai oleh beliau sendiri untuk berhadapan dengan tentera induk
Parsi pimpinan Bahman di Muzayyah, kumpulan kedua diketuai oleh Qa'qa ibn Amru untuk
berdepan dengan tentera sokongan Parsi di Husaid dan kumpulan ketiga diketuai oleh Abu
Laila untuk berdepan dengan tentera bantuan Parsi di Khanafi. Dalam hal ini, Khalid berpendapat
untuk memecahkan kekuatan tentera Parsi Sassanid, tentera Islam perlu berhadapan dengan
tentera Parsi di tiga tempat yang berlainan dengan menggunakan tentera berkuda.
Hasilnya, tentera Islam dapat menyekat dan mencegah kemaraan tentera Parsi dalam
pertempuran berskala kecil di tiga tempat yang berlainan. Taktik ini berjaya menewaskan
kesemua tiga kumpulan tentera Parsi Sassanid. Jumlah kekuatan tentera Islam adalah 15,000
orang sementara tentera Parsi seramai 18,000 orang.

Perang Firaz[sunting | sunting sumber]


Buat pertama kalinya, Khalid berhadapan dengan tentera gabungan di mana tentera
Parsi Sassanid bergabung dengan tentera Rom Byzantine dan tentera Arab Nasrani sehingga
kekuatan tentera gabungan ini mencecah 150,000 orang.
Tujuan gabungan ini adalah untuk mencegah kemaraan tentera Islam daripada menakluk
wilayah Firaz. Ini kerana para penduduk di Firaz mempunyai hubungan dagang yang mantap
antara kerajaan Parsi Sassanid dan Rom Byzantine.
Dengan menggunakan strategi serangan tentera berkuda yang pantas dan cepat, tentera Islam
seramai 15,000 orang pimpinan Khalid ibn al-Walid sekali lagi berjaya mengalahkan tentera
pakatan ini pada bulan Januari 634 M dan menawan hampir keseluruhan Iraq.
Selepas perang ini, Panglima Besar Khalid bertukar tugas ke Syria untuk menumpaskan tentera
Rom Byzantine yang mana beliau berganding bahu bersama seorang lagi sahabat
Nabi Muhammad yang terkemuka iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah dalam siri Peperangan Islam-Rom
Byzantine. Tempat beliau diganti oleh Abu Ubaid.

Perang Jambatan[sunting | sunting sumber]


Berlaku pada bulan Oktober 634 M. Tentera Parsi Sassanid di bawah pimpinan
Panglima Bahman Jadu menyusun semula kekuatan dengan strategi baru. Setelah
mengenalpasti kekuatan serangan tentera Islam adalah berasaskan kepantasan serangan
tentera berkuda, Bahman Jadu menggunakan khidmat tentera bergajah.
Lokasi pertempuran ini terletak berdekatan dengan Sungai Furat, Kufah. Ketika hari
pertempuran, tentera Islam pimpinan Abu Ubaid mara dan menguasai medan peperangan.
Namun Bahman kemudiannya menyerang balas terhadap tentera Islam dengan tentera bergajah
mereka. Akibat daripada serangan tentera bergajah Parsi, tentera berkuda Islam yang tidak
mempunyai pengalaman berhadapan dengan tentera bergajah terpaksa berundur dan ini
membuatkan tentera Parsi berjaya mengalahkan mereka. Abu Ubaid terbunuh dalam serangan
ini.
Seramai 4,000 orang tentera Islam terkorban syahid. Ketika itu tentera Islam kemudiannya
dipimpin oleh Muthanna ibn Harith. Pengunduran tentera Islam di bawah pimpinan
Panglima Muthanna ibn Harith berjaya mengelakkan tentera Islam terkorban dengan lebih ramai.
Pada ketika Bahman Jadu ingin mengejar tentera Islam untuk menghancurkan kekuatan tentera
Islam yang mempunyai petempatan sementara di Sungai Furat, Panglima Besar Parsi Rostam
Farrokhzad memanggil beliau supaya pulang ke Madain, ibu kota Parsi kerana berlakunya
masalah dalaman negara. Ini menyebabkan pasukan tentera Islam terselamat daripada serangan
balas pihak Parsi. Buat pertama kali, tentera Islam tewas dalam pertempuran dengan tentera
Parsi.
Selepas peperangan ini, tentera Islam mula memperlahankan rentak dan mengambil sikap hanya
bertahan dengan membina sebuah markas pertahanan di Kufah. Ini kerana terdapatnya
masalah logistik, kekurangan bekalan asas dan ketiadaan panglima perang yang cekap untuk
memimpin tentera untuk menakluk negara Parsi. Dengan ini, operasi ketenteraan terhenti buat
seketika waktu. Walau bagaimana pun tentera Parsi masih menganggap
garisan pertahanan yang dibuat oleh tentera Islam memberi ancaman yang serius.

Perang al-Qadisiyyah[sunting | sunting sumber]


Pada tahun 636 M, Panglima Besar Sassanid, Rostam Farrokhzad mengetuai tentera Parsi
dengan kekuatan 120,000 bagi menyeberangi Sungai Furat ke al-Qadisiyyah di Hilla, Iraquntuk
menumpaskan tentera Islam. Rostam beranggapan kemaraan tentera Islam sudah terlalu hampir
dengan ibu kota kerajaan Parsi Sassanid. Untuk itu, dia mengatur langkah untuk mencegah
kemaraan ini dengan mengetuai seluruh angkatan perang Parsi untuk berperang di bumi
Qadisiyyah. Para sejarawan menganggap tindakan beliau ini merupakan sebuah kesilapan besar
dari segi taktikal kerana berhadapan dengan tentera Arab Islam di bumi mereka bukanlah
keputusan yang bijak.
Khalifah Umar Al-Khattab mengutuskan 30,000 tentera dibawah arahan Panglima Besar Sa'ad
ibn Abi Waqqas untuk menyerang tentera Parsi ini. Peperangan berlaku selama empat hari di
mana pada awalnya tentera Islam berkuda tidak mampu berhadapan dengan tentera bergajah
Parsi. Setelah dua hari diasak oleh tentera bergajah Parsi, Khalifah Umar mengarahkan Abu
Ubaidah Al-Jarrah yang pada ketika itu berada di dalam siri Peperangan Islam-Rom
Byzantine menghantar bantuan ketenteraan seramai 5,000 orang tentera pejalan kaki di bawah
pimpinan Panglima Qa'qa ibn Amru. Qa'qa ibn Amru tiba pada malam pertempuran hari kedua.
Ketika perbincangan dengan para panglima tentera, Qa'qa berpendapat tentera bergajah Parsi
adalah ancaman utama bagi tentera Islam. Lalu, dia mencadangkan agar kuda-kuda dan unta-
unta disolek dan dihias dengan hiasan yang menggerunkan. Taktik ini berjaya menakutkan
gajah-gajah Parsi.
Pada hari ketiga, 1,000 orang tentera berkuda pimpinan Panglima Hisham ibn Utbah tiba. Di
dalam tentera ini terdapat dua orang bangsa Parsi yang sudah memeluk Islam iaitu Dakhar dan
Salam. Mereka mencadangkan belalai gajah perang milik kegunaan tentera Parsi hendaklah
dipotong dan mata gajah tersebut hendaklah dibutakan bagi mengkucar-kacirkan tentera
bergajah Parsi. Taktik ini berjaya. Pertempuran hari ketiga itu dikuasai oleh tentera Islam setelah
tunjang utama kekuatan tentera Parsi iaitu tentera bergajah dapat ditewaskan.
Pada hari terakhir pertempuran, Panglima Besar Sa'ad ibn Abi Waqqas menyusun barisan
tenteranya. Berbanding Khalid yang gemar menggunakan sepenuhnya tentera berkuda,
kumpulan bersayap dan serangan balas yang pantas, Sa'ad lebih gemar menggunakan
kumpulan pemanah. Penyusunan barisan tentera berkuda di hadapan, dan tentera pejalan kaki
dengan bantuan kumpulan pemanah memberi kelebihan kepada tentera Islam. Sesuai dengan
kemahirannya dalam memanah, Sa'ad ibn Abi Waqqas menggunakan sepenuhnya kumpulan
pemanah di hari terakhir pertempuran yang membawa kepada kejayaannya di Qadisiyyah.
Dalam peperangan ini, Bahman Jadu dan Rostam Farrokhzadterkorban dan inilah bermula titik
tolaknya kejatuhan Empayar Parsi Sassanid.

Penawanan Penara Parsi[sunting | sunting sumber]


Walaupun Iraq dan ibu kota Sassanid berjaya ditawan tentera Islam, tetapi raja Sassanid,
Yazdegerd III berjaya melarikan diri ke penara Parsi. Maka, para panglima Islam kemudiannya
mara ke hadapan ke tanah Parsi. Mereka berasa bimbang Yazdegerd III akan menghimpunkan
semula tentera Parsi dan menentang tentera Islam.
Yazdegerd walau bagaimanapun berjaya menghimpunkan semula tenteranya untuk berhadapan
dengan tentera Islam. Pada tahun 642 M, pasukan ini berkubu di Nihawand 40 batu di
selatan Hamadan. Khalifah Umar apabila mendengar berita ini, melantik Nu'man ibn
Muqarrin sebagai Panglima Besar tentera Islam.

Perang Nihawand[sunting | sunting sumber]


Pada peringkat awal, pasukan tentera Islam diketuai oleh Sa'ad ibn Abi Waqqas. Namun beliau
dipanggil ke Madinah oleh Umar Al-Khattab kerana berlaku masalah pentadbiran. Seterusnya
Umar melantik Nu'man ibn Muqarrin selaku Panglima Besar tentera Islam. Di bawah pimpinan
Panglima Besar Nu'man ibn Muqarrin dan dibantu oleh Panglima Huzaifah Al-Yamani tentera
Islam seramai 30,000 berhadapan dengan tentera Parsi seramai 100,000 orang pimpinan
Panglima Besar Wahman Mardansyah dan pembantunya adalah Panglima Pirouzan.
Berikutan pengalaman berperangnya bersama Khalid ibn al-Walid dan Sa'ad ibn Abi Waqqas di
awal perjuangannya, Nu'man ibn Muqarrin menggunakan kepantasan serangan tentera berkuda
dan kecekapan pasukan pemanah sebagai tunjang utama untuk menewaskan pertahanan
tentera Parsi.
Umat Islam menggelarkan peperangan ini sebagai "Kemenangan Bagi Segala Kemenangan"
berikutan tumbangnya Empayar Parsi Sassanid. Peperangan ini berlaku pada tahun 642 M.
Kedua-dua panglima Parsi terkorban dalam peperangan ini manakala di pihak tentera Islam,
Nu'man ibn Muqarrin sendiri terkorban dan tempatnya digantikan oleh Huzaifah Al-Yamani.
Selepas kekalahan teruk di Nihawand, Yazdegerd gagal untuk menghimpunkan semula
tenteranya dan kini menjadi pelarian. Beliau kemudiannya dibunuh oleh seorang petani di Merv
pada 651 M [1] Maka, berakhirlah kerajaan Sassanid dan bermulalah era Islam di bumi Parsi.
Tentera Islam kemudiannya menawan Afghanistan, Transxonia dan Balochistan. Setelah
kejatuhan Empayar Sassanid, banyak kuil-kuil Majusi dirobohkan dan pengamalan agama ini
diharamkan kerana dianggap melencong daripada ajaran sebenar.

Pengislaman Bangsa Iran[sunting | sunting sumber]


Pengislaman Bangsa Iran atau Parsi merupakan sebuah proses yang perlahan dan mengambil
masa yang lama. Ketika pemerintahan Umayyah, bahasa dan kebudayaan parsi diharamkan
manakala tulisan Parsi digantikan dengan aksara Arab.[2] Bangsa Parsi pula ditindas dan
didiskriminasi. ini menyebabkan ramai Bangsa Iran benci terhadap pemerintah Arab dan Islam
Setelah kejatuhan wangsa Umayyah, tampuk kepimpinan Islam digantikan oleh
Khalifah Abbasiyyah. Empayar bertukar kebijakan daripada bertumpu kepada Islam Arab kepada
Islam keseluruhannya.[3] Birokrat-birokrat kerajaan haruslah umat Islam tidak mengira suku
bangsanya. Era ini menyaksikan ramai bangsa Iran memeluk Islam. Ketika zaman ini juga,
terdapat migrasi bangsa Arab keluar semenanjung Arab.[3]

You might also like