You are on page 1of 18

GARIS PANDUAN

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA


KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN
DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 1


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN
DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

1. PENDAHULUAN

Pada 23 Oktober 2016, Kerajaan Malaysia telah meluluskan


pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M)
sebanyak RM100 seorang kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5
di kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000.00 dan ke bawah
semasa pembentangan Bajet Tahun 2017.

2. OBJEKTIF
BKAP1M bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan
pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.

3. KRITERIA KELAYAKAN
3.1 Murid warganegara Malaysia;
3.2 Bagi murid bukan warganegara, salah seorang ibu/ bapa/
penjaga mestilah warganegara Malaysia;

3.3 Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya di


kalangan isi rumah berpen dapatan bulanan kasar
sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah; dan

3.4 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan


Kerajaan.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4. TEMPOH PELAKSANAAN

Sesi persekolahan tahun 2017.

5. KADAR
RM100.00 bagi setiap murid.

6. AGIHAN BANTUAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau ke
Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang
tidak mempunyai Akaun KWK secara berperingkat mulai 20 Januari
tahun semasa.

7. TANGGUNGJAWAB

7.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

a) Mengeluarkan Surat Siaran dan Garis Panduan


Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan
1Malaysia;

b) Menyalurkan bantuan ke akaun Kumpulan Wang


Kerajaan (KWK)/ Akaun Khas PPD bagi sekolah yang
tidak mempunyai akaun KWK; dan

c) Memantau pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut


prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 3


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD)

a) Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai


pelaksanaan bantuan ini termasuk mengedarkan Surat
Siaran dan Garis Panduan;

b) Memantau pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut


prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan;

c) JPN hendaklah mengemukakan laporan rumusan agihan


Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada
Bahagian Kewangan, KPM selewat-lewatnya pada

31 Mac tahun semasa seperti format di LAMPIRAN A;

d) Memaklumkan dan memohon secara rasmi perkhidmatan


eskot polis kepada Ketua Polis Negeri dalam urusan
pengeluaran wang melebihi RM10,000.00; dan

e) Menyelaras pengagihan peruntukan yang diterima ke


sekolah-sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.

7.3 Sekolah
a) Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan
sebagaimana kriteria di Perkara 3 melalui Sistem
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM);

b) Memastikan ibu/bapa/penjaga mengemukakan


dokumen pengesahan pendapatan seperti slip gaji
terkini/ penyata cukai pendapatan terkini/ penyata bank
bagi 3 bulan terkini. Sekiranya ibu/bapa/penjaga tidak

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 4


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
dapat mengemukakan dokumen pengesahan pendapatan
tersebut, ibu/bapa/penjaga perlu melengkapkan borang
pengesahan pendapatan seperti di LAMPIRAN B.
Sekolah boleh menangguhkan agihan bantuan sekiranya
ibu/bapa/penjaga tersebut gagal mengemukakan
dokumen berkenaan;

c) Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke


dalam Buku Tunai KWK di bawah Lajur Pelbagai dengan
menyelenggara Akaun Subsidiari;

d) Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) apabila


peruntukan telah sah dimasukkan ke akaun KWK. Resit
hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha, Bahagian
Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan
dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM;

e) Mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan


mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/
penjaga/murid dalam tempoh empat belas (14) hari
daripada tarikh bantuan diterima;

f) Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK,


peruntukan akan disalurkan ke sekolah melalui Akaun
Khas PPD;

g) Sebarang perubahan nombor akaun bank sekolah


atau bank hendaklah dimaklumkan dengan segera
dengan mengemukakan salinan slip buku akaun/
salinan slip deposit bank kepada Cawangan Bantuan,

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 5


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia
dan disalinkan kepada PPD/JPN berkenaan;

h) Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah


TIDAK DIBENARKAN;

i) Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai


RM100.00 sepenuhnya. Sebarang pemotongan TIDAK
DIBENARKAN SAMA SEKALI;

j) Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani


Senarai Akuan Penerimaan/ Penolakan Bantuan dengan
disaksikan oleh dua (2) orang guru seperti di LAMPIRAN
C; dan

k) Menghantar Akuan Penerimaan/ Penolakan Bantuan


(LAMPIRAN C) kepada JPN/ PPD selewat-lewatnya 15
Mac tahun semasa.

8. TATACARA PENGELUARAN WANG TUNAI


Tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank oleh pihak sekolah
mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.
Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai
seperti berikut :

8.1 Pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000.00 oleh


Pengetua/ Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru;
atau

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 6


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8.2 Bagi pengeluaran wang tunai melebihi RM10,000.00,
Pengetua/ Guru Besar adalah dinasihatkan mengambil langkah
keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan
eskot polis jika perlu berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP
137) mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam
Perjalanan.

9. MURID BERPINDAH SEKOLAH

9.1 Sekolah yang telah mengagihkan bantuan kepada murid yang


akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH BAYAR
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA’
pada Borang Perpindahan Sekolah murid berkenaan. Ini bagi
mengelakkan pertindihan agihan bantuan di sekolah baharu;
atau

9.2 Murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima


bantuan, hendaklah menuntut bantuan ini di sekolah baharu.

10. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN

10.1 Kekurangan Peruntukan

a) Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada


menerima bantuan ini, pihak sekolah diminta
mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah seperti
wang Kumpulan Sumbangan Wang Awam (SUWA)
dan lain-lain peruntukan sekiranya peruntukan asal
tidak mencukupi; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 7


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
b) Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan
peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan KPM
melalui JPN/PPD seperti di LAMPIRAN D bersama
Akuan Penerimaan/ Penolakan Bantuan (LAMPIRAN C)
pada atau sebelum 15 Mac tahun semasa. Sebarang
permohonan peruntukan tambahan yang dihantar oleh
pihak sekolah terus kepada Bahagian Kewangan, KPM
TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

c) PPD bertanggungjawab memastikan tidak berlaku


keciciran bagi sekolah-sekolah di bawah seliaan masing-
masing dalam mengemukakan permohonan peruntukan
tambahan ini dan seterusnya memanjangkan
permohonan tersebut kepada JPN dengan SEGERA
menggunakan format seperti di LAMPIRAN E.

d) JPN perlu menyemak dan memastikan tiada pertindihan


atau permohonan berulang bagi permohonan yang
diterima daripada PPD sebelum mengemukakan
permohonan peruntukan tambahan kepada Bahagian
Kewangan, KPM pada atau sebelum 31 Mac tahun
semasa.

e) Manakala bagi permohonan kes tercicir, permohonan


perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM
selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mei 2017.
Mana-mana permohonan yang diterima selepas tarikh
tersebut TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 8


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10.2 Lebihan Peruntukan

Pengetua/Guru Besar dikehendaki mengembalikan lebihan


peruntukan kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek
atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan
Malaysia” selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun semasa.

11. PENUTUP

11.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan


dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuatkuasa.

11.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan


Khas Awal Persekolahan 1Malaysia hendaklah dikemaskini dan
disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan
pengauditan.

11.3 Sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan program ini,


boleh diajukan kepada pegawai/kakitangan Bahagian
Kewangan, KPM seperti berikut:

i) Puan Ummul Fathanah binti Wan Mohd Noor


No. Telefon : 03-88847627
Emel : ummul.noor@moe.gov.my

ii) Tuan Syed Alwi bin Syed Mohamad


No. Telefon : 03-88847642
Emel : alwi.mohamed@moe.gov.my

iii) Puan Poziah binti Mahmood


No. Telefon : 03-88847089
Emel: poziah.mahmood@moe.gov.my

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 9


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ALAMAT

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Kewangan,
Aras 6 & 7, Blok E12,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
No. Faks: 03-88847611

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 10


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LAMPIRAN A
RUMUSAN AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN …………
(DISEDIAKAN OLEH PIHAK JPN DAN DIKEMUKAKAN KEPADA KPM SELEWAT-LEWATNYA PADA 31 MAC ………….)

NEGERI:
JABATAN:
ALAMAT JABATAN:
NO. TELEFON / FAKS:

JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN PERUNTUKAN: RM


JUMLAH KESELURUHAN KEKURANGAN PERUNTUKAN: RM

JUMLAH JUMLAH
NO. AKAUN BANK LEBIHAN KEKURANGAN
BIL. KOD SEKOLAH NAMA SEKOLAH NAMA BANK
SEKOLAH PERUNTUKAN PERUNTUKAN
(RM) (RM)

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 11


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JUMLAH JUMLAH
NO. AKAUN BANK LEBIHAN KEKURANGAN
BIL. KOD SEKOLAH NAMA SEKOLAH NAMA BANK
SEKOLAH PERUNTUKAN PERUNTUKAN
(RM) (RM)

JUMLAH KESELURUHAN

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 12


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LAMPIRAN C

AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN ………..


(DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN/PPD SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 MAC………..)

KOD SEKOLAH:
NAMA SEKOLAH:
ALAMAT SEKOLAH:
NO. TELEFON / FAKS:
NO.AKAUN BANK SEKOLAH:
NAMA BANK:

PERUNTUKAN DITERIMA: RM
PERUNTUKAN DIAGIH: RM
LEBIHAN/ KURANGAN: RM

NO. KAD
MENERIMA (/) TANDATANGAN
BIL. NAMA MURID NAMA PENERIMA PENGENALAN TARIKH
/ MENOLAK (X) PENERIMA
PENERIMA

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 13


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NO. KAD
MENERIMA (/) TANDATANGAN
BIL. NAMA MURID NAMA PENERIMA PENGENALAN TARIKH
/ MENOLAK (X) PENERIMA
PENERIMA

Guru Pembayar: Guru Saksi: Disahkan Oleh Pengetua/Guru Besar

(Tandatangan) (Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama: Nama:


No. K/P: No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh: Tarikh:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 14


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LAMPIRAN D

BORANG PERMOHONAN PERUNTUKAN TAMBAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN ………..
(DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA PPD SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 MAC………. )

KOD SEKOLAH:
NAMA SEKOLAH:
ALAMAT SEKOLAH:
NO. TELEFON / FAKS:
NO.AKAUN BANK SEKOLAH:
NAMA BANK:

JUMLAH AMAUN DIPOHON: RM


SENARAI MURID YANG LAYAK DAN BELUM MENERIMANYA:

BIL. NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN TAHUN / TINGKATAN

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 15


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BIL. NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN TAHUN/TINGKATAN

Disediakan oleh: Disahkan Oleh Pengetua/Guru Besar

(Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 16


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LAMPIRAN E

BORANG PERMOHONAN PERUNTUKAN TAMBAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN ………..
(DISEDIAKAN OLEH PPD DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN)

PPD:
NEGERI:
ALAMAT PPD:
NO. TELEFON / FAKS:

JUMLAH KESELURUHAN KEKURANGAN PERUNTUKAN: RM

KOD JUMLAH KEKURANGAN


BIL. NAMA SEKOLAH NO. AKAUN BANK SEKOLAH NAMA BANK
SEKOLAH PERUNTUKAN (RM)

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 17


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOD JUMLAH KEKURANGAN
BIL. NAMA SEKOLAH NO. AKAUN BANK SEKOLAH NAMA BANK
SEKOLAH PERUNTUKAN (RM)

Disediakan oleh: Disahkan Oleh :

(Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 18


BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

You might also like