You are on page 1of 2

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN


Pertandingan ini dijalankan mengikut Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF)
dan Peraturan-Peraturan Am, KARNIVAL SUKAN STAFF UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS 2017.

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN


2.1 Rujuk Peraturan Am Perkara 5.0

3.0 PASUKAN DAN PERATURAN BERMAIN


3.1 1 emas dipertandingkan melalui acara berpasukan campuran (5 kategori)
dengan susunan seperti berikut:
i) Perseorangan Lelaki
ii) Beregu Wanita
iii) Beregu Lelaki
iv) Beregu Lelaki Veteran (umur 40 tahun keatas)
v) Beregu Campuran

4.0 BORANG PENDAFTARAN


4.1 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain dalam 1 kategori sahaja.
4.2 Perlawanan akan menggunakan sistem kiraan 11 mata best of three.
4.3 Pemain yang lewat 5 minit dianggap kalah.
4.4 Hanya pemain yang didaftar sahaja boleh bermain. Setiap kontigen boleh
mendaftar 7 pemain lelaki (termasuk 2 pemain veteran) dan 4 pemain wanita.
4.5 Undian akan dilakukan dengan pengasingan ranking berdasarkan rekod
pencapaian 2016.
4.6 Pengadil akan disediakan oleh urusetia. Pasukan yang bertanding
dikehendaki menyediakan seorang penjaga garisan dari kontigen masing-
masing.
4.7 Hadiah disediakan untuk tempat pertama, kedua dan 2 semifinalist.
4.8 Pemain atau pengurus pasukan boleh merayu kepada pengadil dari segi
undang-undang sahaja (“point of law”). Walau bagaimanapun keputusan
pengadil adalah muktamad.
4.9 Pemain dikehendaki mewakili kontigen masing-masing. TIDAK DIBENARKAN
mengimport pemain dari kontigen lain.
4.10 BORANG PENDAFTARAN PEMAIN hendaklah diserahkan kepada urusetia
sebelum atau pada tarikh tutup pendaftaran.

Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017


SENARAI NAMA
5.1 Pengurus diwajibkan mengisi BORANG SUSUNAN PEMAIN dan serahkan
kepada pengadil/referee kehormat yang bertugas sekurang-kurangnya 10
minit sebelum satu-satu perlawanan dimulakan.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN


6.1 Pertandingan ini akan diadakan secara kalah mati.
6.2 Setiap kontigen dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.

8.0 KELEWATAN
8.1 Rujuk perkara 4.3 syarat khusus

9.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


9.1 Rujuk Peraturan Am Perkara 14.0

10.0 BANTAHAN DAN RAYUAN


10.1 Rujuk Peraturan Am Perkara 15.0

Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017

You might also like