You are on page 1of 5

SOALAN BESERTA JAWAPAN BAGI BAB 3 IAITU FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN

PENDIDIKAN INKLUSIF.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong ke arah kejayaan Program Pendidikan Inklusif
(PPI) di Malaysia. Salah satu daripada faktor tersebut ialah penubuhan Jawatankuasa
Program Pendidikan Khas Sekolah (JPPKS).

1. Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan lima (5) fungsi JPPKS dalam pelaksanaan
program pendidikan inklusif di sekolah?

*Jawapan:

1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan PPI.

2. Memperakui dan meluluskan kemasukan murid ke PPI.

3. Mencadangkan kelas yang sesuai mengikut tahap pencapaian murid.

4. melaksanakan sesi taklimat kepada ibu bapa dan guru yang terlibat.

5. Bertindak sebagai panel rayuan.

Prasarana yang lengkap adalah penting dalam menentukan keberkesanan PPI di sekolah.
Aspek fizikal dan peralatan perlu menepati keperluan dan menyokong pembelajaran murid
berkeperluan khas (MBK).

2. Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan lima (5) aspek fizikal sekolah yang mesra
OKU.

*Jawapan:

1. Susur landai (ramp).

2. Susur tangan (railing).

3. Tandas OKU.

4. Parkir OKU.

5. Longkang yang bertutup.


SOALAN ESEI.

Dalam usaha untuk merealisasikan Program Pendidikan Inklusif, kerjasama antara pelbagai
agensi, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta pertubuhan antarabangsa
memainkan peranan yang amat fundamental dalam memastikan keberkesanan pendidikan
murid berkeperluan khas (MBK).

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan secara kritis peranan dan tanggungjawab


bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah.

*Jawapan:

1. bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Bahagian Pendidikan Khas (a) Merancang, mengurus dan menilai pelaksanaan PPI.
(b) Menyediakan perkhidmatan sokongan bagi PPI
mengikut keperluan
(c) Menyebarluaskan maklumat dan memberi taklimat
pelaksanaan PPI kepada pihak-pihak berkaitan.
(d) Merancang dan menyelaras kursus dan latihan untuk
guru-guru yang terlibat dengan PPI.
(e) Menyediakan data PPI bagi perancangan
pelaksanaan PPI yang berkesan.
Lembaga peperiksaan Menguruskan pentaksiran MBK di PPI.
Jemaah Nazir dan jaminan Memantau dan menilai pelaksanaan PPI.
kualiti
Institut Pendidikan Guru Menguruskan latihan praperkhidmatan untuk guru.
Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru Menguruskan latihan dalam perkhidmatan (LDP) untuk
guru.
Institut Latihan Aminuddin Menguruskan LDP untuk pentadbir sekolah.
Baki
2. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

I. Membantu merancang dan mengurus pelaksanaan PPI.


II. Membantu menyediakan perkhidmatan sokongan mengikut keperluan.
III. Memantau perlaksanaan PPI.
IV. Mengumpul data dan dipanjangkan kepada KPM.
V. Menyelaras dan melaksanakan kursus dan latihan untuk pentadbir dan guru yang
terlibat dengan PPI.

3. Pihak sekolah

Pengetua/ Guru Besar (a) Melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang
disediakan.
(b) Menubuhkan dan menggerakkan JPPKS.
(c) Memastikan keperluan dan bahan sokongan
disediakan.
(d) Merancang dan melaksanakan LDP berkaitan PPI
untuk
(e) semua guru dan staf sokongan.
(f) Memantau pelaksanaan PPI secara berkala.
(g) Memastikan warga sekolah peka dan faham
mengenai PPI.
Guru Penolong Kanan (GPK) (a) Membantu merancang dan menyelaras perlaksanaan
Pentadbiran, GPK Hal Ehwal PPI.
Murid, GPK Kokurikulum (b) Membantu merancang dan menyelaras keperluan
bahan bantu
(c) belajar dan kebajikan MBK.
(d) Menyelaras permohonan Elaun Murid Khas (EMK).
Guru Penolong Kanan (a) Membantu melaksanakan PPI di sekolah mengikut
Pendidikan Khas/ Penyelaras garis panduan yang disediakan.
PPKI (b) Membantu pihak pentadbiran menubuhkan dan
menguruskan mesyuarat JPPKS.
(c) Merancang dan mengurus MBK di PPKI ke PPI.
(d) Menyediakan data yang berkaitan dengan PPI untuk
keperluan JPN /PPD.
(e) Membantu memastikan warga sekolah peka dan
faham mengenai PPI.
Guru Pendidikan Khas 1. Mengenalpasti MBK yang berada di kelas arus
perdana atau diPPKI bagi ditempatkan dalam PPI.
2. Berperanan sebagai guru pendamping.
(a) Membimbing dan membantu MBK semasa
pengajaran dan pembelajaran.
(b) Membantu menyediakan Rancangan Pelajaran
Individu (RPI) MBK melalui perbincangan dengan
guru mata pelajaran.
(c) Bekerjasama dengan guru arus perdana
berkaitan dengan perkembangan murid.
3. Berperanan sebagai guru resos.
(a) Menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang
bersesuaian dengan keperluan MBK.
(b) Membantu guru dalam kelas arus perdana
semasa pengajaran dan pembelajaran.
Guru Arus Perdana Peranan guru arus perdana adalah seperti berikut:
1. Guru Mata Pelajaran.
(a) Menerima dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bagi MBK dalam kelas inklusif.
(b) Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk
menjaga kebajikan MBK.
(c) Melaporkan perkembangan dan pencapaian
akademik MBK.
(d) Berbincang dengan guru pendidikan khas untuk
membantu meningkatkan PdP MBK.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling.


(a) Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling
kepada MBK dan ibu bapa/ penjaga mereka.
(b) Menyediakan laporan tentang khidmat kaunseling
untuk MBK (jika perlu).
(c) Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk
menjaga kebajikan MBK.

3.Guru Disiplin
(a) Menyediakan laporan atau maklumat berkaitan
displin bagi murid yang terlibat.
(b) Membantu pentadbir melancarkan pelaksanaan
PPI.
(c) Bekerjasama dengan guru pendidikan khas
berkaitan masalah tingkah laku MBK.

4. Guru Pemulihan Khas.


(a) Mengenalpasti MBK yang berada di kelas arus
perdana ditempatkan dalam PPI bagi sekolah yang
tiada PPKI.
(b) Mengenalpasti MBK yang berada dalam kelas
Pemulihan Khas bagi ditempatkan dalam PPI bagi
sekolah yang tiada PPKI.
(c) Bekerjasama dengan guru pendidikan khas dalam
melaksanakan PPI.

5. Pembantu Pengurusan Murid.


(a) Menghantar dan mengambil MBK yang mengikuti
inklusif separa.
(b) Membantu guru yang terlibat dalam PPI bagi
menyediakan keperluan MBK.
(c) Membantu guru pendidikan khas menjaga hal
ehwal MBK di PPKI.
(d) Mengurus keperluan murid di PPI.

Pembantu Pengurusan Murid I. Menghantar dan mengambil MBK yang mengikuti


inklusif
II. separa.
III. Membantu guru yang terlibat dalam PPI bagi
menyediakan
IV. keperluan MBK.
V. Membantu guru pendidikan khas menjaga hal
ehwal MBK di
VI. PPKI.
VII. Mengurus keperluan murid di PPI.

You might also like