You are on page 1of 2

Jawatankuasa Kebajikan Dan Keselamatan

Penduduk – Penduduk Perumahan Taman Keladan Indah


d/a, No 1, Jalan Keladan Indah 1/1, 28020 Temerloh, Pahang

Rujukan Kami : JKDKPP.TKI/2016/01(1)


Rujukan Tuan :
Tarikh : 28 November 2016

Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Temerloh,
28000 Temerloh, Pahang
(u/p : Pn Norehan Bt Manab)

Tuan,

PERMOHONAN KELULUSAN PEMBINAAN PONDOK PENGAWAL UNTUK


KESELAMATAN PENDUDUK – PENDUDUK TAMAN KELADAN INDAH

Dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat JKDKPP.TKI Bil. 1/2016 bertarikh 19 Nov 2016
adalah dirujuk.

2. Usul sebulat suara penduduk-penduduk taman dalam mesyuarat bertarikh 19


November 2016 yang lalu telah mengambil keputusan untuk membina sebuah pondok
pengawal bagi tujuan keselamatan penduduk-penduduk taman ekoran beberapa kes pecah
rumah yang telah berlaku di taman kami sejak akhir-akhir ini dan mengelakkan kejadian
kecurian ini dari terus berleluasa.

3. Buat masa kini segala persiapan untuk pembinaan pondok pengawal telah diatur dan
perbincangan dengan pihak pemaju perumahan juga telah diadakan. Di sini kami lampirkan
lokasi dan pelan pembinaan pondok pengawal yang berkenaan.

4. Oleh itu, kami penduduk-penduduk taman amat mengharapkan pertolongan dan jasa
baik pihak tuan tentang hal ini. Semoga permohonan kami mendapat perhatian dan
pertimbangan sewajarnya. Segala jasa baik dan pertolongan pihak tuan amatlah kami hargai
dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI AHMAD BIN HAJI SHARANI)


Pengerusi,
Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Penduduk-Penduduk
Perumahan Taman Keladan Indah, 28020 Temerloh, Pahang.

You might also like