You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SUKAN DAN PERMAINAN

KALI PERTAMA 2006


TARIKH ; 22 FEBRUARI 2006 ( RABU )
MASA : 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SKWT

KEHADIRAN :

1. Tuan Haji Sulaiman Bin Jang ( Guru Besar ) – Pengerusi


2. En. Mohd Noordin Bin Abdullah – Gpk 1
3. Pn. Hjh. Che Jah Binti Che Ahmad – Gpk Hem
4. En. Wan Salmizan Azha bin Wan Stapa- sepak Takraw
5. . Haslina binti Yusof – Hoki ( P )
6. En. Mohammad Hisham bin Puteh- Badminton
7. Pn. Maziah binti Abdul Razak
8. En. Muhamad Roslan bin Abd. Rahman-Bola Baling (L)
9. Pn. Nur Hasnah binti Baniamin-Bola Jaring

TIDAK HADIR

1. En. Mat Yusof Bin Mat Ali ( Bola Tampar Lelaki )– Mesyuarat Di PPD Marang.
2. En. Mohamad Hafiz bin Amrose-Olahraga / Bola sepak - Mesyuarat Di PPD Marang.
3. Pn. Norfazilah binti Md. Khir- Bola Baling (P) – Mesyuarat Di PPD Marang
4. Pn. Zalina binti Mohd Nawi – Bola Tampar (P) - Mesyuarat Di PPD Marang
5. En. Zainuddin bin Harun-Hoki (L)
6. En. Zaidi bin Muda – Ping Pong

AGENDA:

BIL AGENDA / PERKARA TINDAKAN

1 UCAPAN PENGERUSI

Mengucapkan ribuan terima kasih kerana hadir ke mesyuarat ini dan Semua guru
dapat berbincang dengan lebih rapi lagi tentang perancangan aktiviti
sukan dan permainan. Beliau berharap agar semua yang hadir dapat
memberi idea yang bernas agar kejayaan lebih gemilang dicapai.
Kejayaan dalam aktiviti sukan dan permainan juga dapat membantu
murid-murid ke sekolah yang baik.

- Beliau berasa bangga dengan prestasi sukan sekolah yang amat - makluman
Cemerlang dan menjadi satu “trade mark” di daerah Marang dan
Negeri. Ini menunjukkan SKWT bukan calang-calang sekolah di
Daerah Marang.
- Beliau juga berharap agar sukan dan permainan difikir secara - semua guru
positif dan dapat mengetengahkan bakat murid ke peringkat yang
tertinggi. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru
yang terlibat dalam kejayaan sekolah sehingga melahirkan murid
ke peringkat negeri terutamanya dalam Sukan dan permainan.
- Beliau juga berharap semua guru membaca surat pekeliling - makluman
Sukan dan mengambil perhatian sewajarnya.
- Beliau juga sangat berharap agar surat kebenaran ibu bapa diberi - guru terlibat
kepada murid sebelum menyertai aktiviti sukan dan membaiki
semula surat kebenaran tersebut dengan menggugurkan
perkataan tidak bertanggungjawab dalam surat kebenaran
tersebut. Di samping itu beliau mahu hanya pelajar yang sihat
sahaja menyertainya.
- Sijil-sijil penyertaan pelajar hendaklah diberikan kepada pelajar - guru terlibat
secepat mungkin dan disimpan di dalam fail peribadi murid. Ianya
berguna apabila pelajar memohon ke sekolah berasrama.
- Semua guru diharap dapat bekerjasama dalam segala hal yang - makluman
melibatkan murid, terutama ketika menghantar dan mengambil
pelajar menyertai kejohanan sukan. Sekali lagi beliau
mengucapkan terima kasih diatas pengorbanan guru terutama
masa, tenaga dan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalasnya di atas keikhlasan guru bekerja.
- Penghargaan dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa sukan - makluman
dan permainan kerana berjaya mendokumentasikan segala
laporan dengan baik dan semoga menjadi contoh kepada yang
lain.
- Pengurusan kewangan yang terbaik dan semoga ianya juga - makluman
menjadi contoh kepada unit lain. Perbelanjaan yang dibuat biarlah
untuk kepentingan pelajar sepenuhnya.
- Beliau sekali lagi berharap supaya kecemerlangan akademik dan
sukan dapat diteruskan dan menjadikan SK. Wakaf Tapai sebagai
sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang.

2 LAPORAN TAHUNAN 2005

2.1 Aktiviti yang disertai

Menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PPD Marang dan JPNT – - SETIAUSAHA
lampiran SUKAN
- Latihan Sukan dan permainan ikut jadual yang diedarkan.
- Guru mesti mematuhi jadual latihan dan jadual menghantar dan
mengambil murid dalam sesuatu aktiviti yang disertai.
- Segala laporan dan keputusan permainan disertakan dalam - SEMUA GURU
lampiran.

- Tuan Guru Besar sekali lagi mengucapkan tahniah di atas


kecemerlangan pelajar berdasarkan laporan tersebut.

- Beliau amat berharap agar bakat murid dapat diketengahkan,


memberi peluang kepada semua murid yang berbakat.

- Sebagai seorang guru, kita patut menghargai potensi pelajar di - SEMUA GURU
samping mendedahkan murid dengan pengurusan masa dan
penampilan yang hebat. Guru yang hebat akan menjadi contoh
kepada pelajar untuk lebih berjaya dalam segala bidang.

- Setelah selesai aktiviti yang disertai, beliau berharap agar guru


dapat menghantar pelajar sampai ke rumah untuk memastikan
keselamatan diri pelajar.

- Pastikan guru bersama dengan murid dalam setiap aktiviti yang


disertai dan dijalankan, jika guru ada masalah, tangguhkan aktiviti
atau diganti dengan guru lain.

3 PERANCANGAN TAHUNAN 2006

3.1 Sukan Dwitahunan 2006


- Sukan Dwitahunan dicadangkan akan diadakan pada 13.09.2006
( Rabu ). Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan
kemudian.
- Cuti peristiwa akan dimaklumkan kemudian
- Rumah Sukan akan dibahagikan kepada empat buah
1. Hang Tuah ( Merah )
2. Hang Jebat ( Biru )
3. Hang Lekir ( Hijau )
4. Hang Lekiu ( Kuning )

- Jadual latihan rumah Sukan akan diedarkan kemudian.

3.2 Kejohanan Merentas Desa


- Diadakan pada sambutan hari guru. ( Tarikh akan dimaklumkan
kemudian )
- Semua murid wajib menyertainya kecuali ada masalah kesihatan.
- Jarak bagi Tahap 1 ( Tahun 1 hingga Tahun 3 ) hendaklah lebih
dekat.
- Hadiah diberikan mengikut tahun.

3.3 Kelab Sukan dan Permainan


- Akan diadakan berselang seli dengan aktiviti Unit Beruniform dan
Kelab dan Persatuan.
- Diwajibkan kepada semua murid Tahap II.
- Memberi pendedahan kepada semua murid dalam aktiviti sukan.
- Mengetengahkan bakat terpendam murid.
- Borang pemilihan ahli kelab akan diedarkan kemudian.

3.4 Hari Anugerah Kokurikulum


- Jadikan Hari Anugerah Kokurikulum sebagai acara tahunan bagi
menghargai jasa murid terhadap sekolah.
- Tarikh akan dibincangkan kemudian / Mesyuarat kokurikulum.

4 Hal-hal lain.

3.1 Tuan Guru Besar berharap Setiap aktiviti yang dijalankan mesti - SEMUA GURU
disertai oleh guru, sekiranya guru tiada tangguhkan aktiviti tersebut.

3.2 Tuntutan perjalanan guru mesti dibuat pada Jabatan Pendidikan - MAKLUMAN
Negeri.
- MAKLUMAN
3.5 Sebarang kejadian yang tidak diingini boleh dirujuk pada JPNT dan
mesti disertakan surat kebenaran ibu bapa.
- MAKLUMAN
3.6 Sebarang perbelanjaan menjalankan aktiviti kokurikulum boleh
dituntut pada sekolah dan mesti mempunyai resit rasmi.

3.7 Sijil penyertaan pelajar mestilah menarik dan perlu bagi menghargai - SETIAUSAHA
pelajar dan penting apabila memohon ke sekolah terpilih. SUKAN
3.8 Pn. Mashsuri berharap murid Tahun 6 diberi peluang menyertai aktiviti - SEMUA GURU
sukan dan permainan. Berdasarkan pengalaman beliau, kekurangan
dalam aktiviti sukan dan permainan menyebabkan anaknya tidak
terpilih ke sekolah tertentu.

3.9 Ustaz Noordin bin Abdullah berharap agar latihan berterusan - GURU
diadakan bagi sukan dan permainan yang menjadi fokus sekolah. TERLIBAT

3.10 Beliau juga berharap agar permohonan gelanggang serba guna


dipercepatkan bagi kemudahan pelajar.

3.11 Pengurusan peralatan dan stor sukan diperkemaskan dan


menambah peralatan yang diperlukan.

3.12 En. Wan Salmizan Azha berharap agar aktiviti sukan dijalankan
sepanjang masa sebagai aktiviti riadah kepada murid SKWT.
Penglibatan murid biarlah secara menyeluruh.

3.13 Setiausaha berharap agar keselamatan pelajar diutamakan,


selain surat kebenaran ibu bapa, jadual perjalanan dan tempat
kejohanan hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Jangan ambil peluang
untuk urusan peribadi semasa menjalankan tugas tersebut. Sekiranya
terjadi sesuatu yang tidak diingini semua itu diambil kira. Semoga kita
beringat semasa menjalankan tugas untuk keselamatan semua.

5 Penutup

Pengerusi sekali lagi berpesan kepada semua guru agar keselamatan


pelajar diutamakan, jangan terlalu mengejar masa, kita akan tewas.
Kecuaian sesaat boleh membawa padah.

Pengerusi berharap kesepaduan dalam sukan dan kurikulum sejajar.


Penglibatan guru dalam aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada
tugas guru yang wajib dijalankan. Majunya Sukan dan aktiviti kokurikulum
akan dipandang baik oleh murid-murid dan janganlah mengharapkan
balasan dari tugas yang Dijalankan kerana

BUKAN SEDIKIT BUDI DITABUR,


BUKAN SEDIKIT PERIT DAN JERIH,
BUKANLAH BAKTI TANPA JUJUR,
BUKANLAH JUJUR KALAU DITAGIH.

Keikhlasan guru dalam menjalankan tugas akan dipandang mulia dan


hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga kejayaan lebih
cemerlang dapat dicapai pada Tahun ini.

Mesyuarat ditangguh pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

( SUHAIMI BIN SAID ) ( TUAN HAJI SULAIMAN BIN JANG )


Setiausaha Sukan, Guru Besar,
SK. Wakaf Tapai. SK. Wakaf Tapai.

JADUAL PERJUMPAAN UNIT-UNIT BERUNIFORM, PERSATUAN DAN KELAB


SEKOLAH KEBANGSAAN WAKAF TAPAI 2004

MINGGU TARIKH AKTIVITI


1 03 MAC 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
2 10 MAC 2004 PERJUMPAAN PERSATUAN
3 24 MAC 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
4 31 MAC 2004 PERJUMPAAN KELAB PERMAINAN
1 07 APRIL 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
2 14 APRIL 2004 PERJUMPAAN PERSATUAN
3 21 APRIL 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
4 28 APRIL 2004 PERJUMPAAN KELAB PERMAINAN
1 05 MEI 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
2 12 MEI 2004 PERJUMPAAN PERSATUAN
3 19 MEI 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
4 26 MEI 2004 PERJUMPAAN KELAB PERMAINAN
3 23 JUN 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
4 30 JUN 2004 PERJUMPAAN PERSATUAN
1 07 JULAI 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
2 14 JULAI 2004 PERJUMPAAN PERSATUAN
3 21 JULAI 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
4 28 JULAI 2004 PERJUMPAAN KELAB PERMAINAN
1 04 OGOS 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
2 11 OGOS 2004 PERJUMPAAN PERSATUAN
1 01 SEPTEMBER 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
2 08 SEPTEMBER 2004 PERJUMPAAN PERSATUAN
3 15 SEPTEMBER 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
4 22 SEPTEMBER 2004 PERJUMPAAN KELAB PERMAINAN
1 06 OKTOBER 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
2 13 OKTOBER 2004 PERJUMPAAN PERSATUAN
3 20 OKTOBER 2004 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM
4 27 OKTOBER 2004 PERJUMPAAN KELAB PERMAINAN

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

( SUHAIMI BIN SAID ) ( PN. NARAWI BINTI MAMAT )


Setiausaha Kokurikulum, Guru Penolong Kanan kokurikulum,
SK. Wakaf Tapai. SK. Wakaf Tapai.

You might also like