You are on page 1of 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS MAKAN MALAM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Ketibaan
Tetamu Yang Diraikan
Pn. Hjh. Zahrah binti Hashim
Mantan Penolong Kanan Pentadbiran, SK LKTP Ulu
Penggeli

Yang Berusaha En. Norizam bin Mohd Junid


GB SKUP

Yang berbahagia Pn. Hjh. Zalina bt Zainon


GPK Pentadbiran

Yang berbahagia Pn. Siti Zarina bt Md. Zahar


GPK HEM

Yang berbahagia Pn. Norlili binti Hashim


GPK Koku

Yang Dihormati En. Mohd. Razali bin Subakin


YDP PIBG, SKUP

Yang Dihormati En. Mohd Norfazli bin Mohd Sharif


Pengerusi KEBIRU, SKUP

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, serta hadirin dan hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Makan Malam “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”
sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Hjh. Zahrah binti
Hashim, Mantan GPK Pentadbiran

Ambil setangkup bunga melati


Hiasan rambut puteri jelita
Kenapa dinda tak sanggup menanti
Mana perginya janji setia

Pucuk pauh selara pauh


Pucuk terjuntai di atas titi
Adik jauh kekanda jauh
Menaruh rindu di dalam hati

Bacaan Doa Para Hadirin,

Bagi memberkati Majlis Perpisahan ini, marilah sama-


sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh: Al Fadhil Ust Syahrull Nazri
bin Suman. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
*********** (Doa)

Amin… In shaa Allah. Terima kasih Ustaz


Makan Malam Lebah tidak bersarang lagi
habis pulang ke pinggir kulat
sembah tidak dipanjangkan lagi
perut lapar hari dah lewat

Terbang sekawan siburung merbuk


Batang selasih di Tanjung Jara
Padamu tuan kami persembah
Santapan kasih juadah mesra

Silakan makan…..

Ucapan YDP Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang


PIBG Berbahagia, En. Mohd. Razali bin Subakin, YDP PIBG
SKUP. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan Naib Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, En.


Pengerusi Mohd. Razali bin Subakin atas ucapan yang telah
KEBIRU disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


Dihormati En. Azirul bin Ali Daud, Naib Pengerusi Kelab
Keluarga dan Kakitangan SKUP untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Ucapan GB Terima kasih diucapkan kepada Naib Pengerusi


SKUP KEBIRU

Majlis kini menjemput dan mempersilakan En. Norizam


bin Mohd. Junid, GB SKUP bagi menyampaikan ucapan,
dengan segala hormat dipersilakan.

********
Terima kasih diucapkan kepada En. Norizam bin Mohd.
Junid, GB SKUP atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Yang Dirai
Seterusnya, tibalah kita kepada ucapan daripada Yang
Diraikan Pn. Hjh Zahrah binti Hashim. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

**

Terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hjh Zahrah binti


Hashim atas ucapan itu tadi.
Penyampaian Majlis diteruskan pula dengan upacara penyampaian
Hadiah & hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-
cenderamata kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Untuk itu, saya dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan Yang Berusaha En. Norizam bin
Mohd Junid, Guru Besar SKUP untuk mengiringi Pn. Hjh
Zahrah binti Hashim bagi menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


Penutup penyampai cenderamata sebentar tadi.

Bintang Barat terbit petang


Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan Majlis Makan Malam ini.

Hi Hi Bye Bye
Adios, Goodbye…

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

You might also like