You are on page 1of 5

EKSPERIMEN 3

Tujuan : Untuk menentukan nilai bahan api bagi minyak tanah (kerosene), LPG dan lilin
cair (wax).

Teori :

Haba pembakaran boleh didefinisikan sebagai tenaga haba yang dibebaskan apabila
satu mol sesuatu bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan. Bahan api pula
merujuk kepada bahan kimia yang menghasilkan tenaga haba semasa pembakaran.
Pembakaran bahan api merupakan tindak balas eksotermik dan nilai ∆H ialah negatif. Kesemua
pembakaran bahan api melibatkan penggunaan oksigen. Nilai bahan api atau nilai haba adalah
jumlah haba yang diukur di dalam kJ yang boleh didapati apabila 1g bahan api dibakar. Unit
bagi nilai bahan api ialah kJ g-1. Bahan api yang berlainan mempunyai nilai bahan api yang
berbeza. Semasa penentuan haba pembakaran, oksigen yang berlebihan mestilah dibekalkan
supaya pembakaran boleh berlaku dengan lengkap. Jika oksigen ataupun udara tidak
dibekalkan dengan lengkap maka haba yang dibebaskan akan kurang daripada haba
pembakaran.

Bahan : Minyak tanah (kerosene), LPG ( gas makmal) dan lilin (wax)

Radas : Bekas kuprum, tunku kaki tiga (tripod stand), termometer (0-100)oC,
100 cm3 selinder penyukat, pelita minyak, penimbang elektronik,
segitiga tanah liat (pipe-clay triangle), pengadang angin (windshield) dan
blok kayu
Prosedur:
1. Gunakan selinder penyukat , masukkan 200 cm3 air ke dalam bekas kuprum.
2. Letakkan bekas kuprum di atas tunku kaki tiga.
3. Ukur dan rekodkan suhu awal air.
4. Letakkan pengadang angin seperti di Rajah 1.
5. Masukan 50 cm3 minyak tanah ke dalam lampu spirit dan rekodkan jisim lampu serta
kandungannya.
6. Letakan lampu di bawah bekas kuprum seperti di Rajah 1 dan terus nyalakan sumbu
pelita.
7. Kacau air sepanjang eksperimen dijalankan.
8. Padamkan nyalaan api apabila suhu air naik sebanyak 30oC. Rekodkan suhu tertinggi
yang dicapai oleh air selepas itu.
9. Seterusnya, timbang dan rekodkan jisim pelita dan kandungannya.
10. Ulangi langkah 1 hingga 9 menggunakan lilin (wax).
11. Ulangi langkap 1 hingga 9 menggunakan LPG.
Keputusan:

Bahan api Kerosin LPG WAX


Isi padu air didalam bekas/ cm3 200 200 200
Suhu awal air/ oC 28.0 28.0 28.0
Suhu akhir air/ oC 58.0 58.0 58.00
Kenaikan suhu air/oC 30.0 30.0 30.0
Jisim awal pelita + bahan api/g 55.781 420.00 22.5418
Jisim akhir pelita + bahan api/g 53.6047 420.00 20.9781
Jisim bahan api yang terbakar/g 2.18 0.00 6.00

Pengiraan :

I. Kerosin

𝑞 = − 𝑚𝑠∆𝑇
= −(200𝑐𝑚3 )(4.184)(30.0℃)
= −25104.0 𝐽
= −25.104𝑘𝐽

𝑞
𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑖 =
𝑗𝑖𝑠𝑖𝑚 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑏𝑎𝑘𝑎𝑟
−25.104𝑘𝐽
=
2.18𝑔
= −𝟏𝟏. 𝟓𝟏𝟔 𝒌𝑱/𝒈
II. LPG

𝑞 = − 𝑚𝑠∆𝑇
= −(200𝑐𝑚3 )(4.184)(30.0℃)
= −25104.0 𝐽
= −25.104𝑘𝐽

𝑞
𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑖 =
𝑗𝑖𝑠𝑖𝑚 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑏𝑎𝑘𝑎𝑟
−25.104𝑘𝐽
=
0𝑔
= 𝟎 𝒌𝑱/𝒈

III. wax

𝑞 = − 𝑚𝑠∆𝑇
= −(200𝑐𝑚3 )(4.184)(30.0℃)
= −25104𝐽
= −25.104𝑘𝐽

𝑞
𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑖 =
𝑗𝑖𝑠𝑖𝑚 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑏𝑎𝑘𝑎𝑟
−25.104𝑘𝐽
=
6.0𝑔
= −𝟒. 𝟏𝟖𝟒 𝒌𝑱/𝒈
Perbincangan :

1. Nyatakan enam faktor yang mempengaruhi pemilihan bahan api yang digunakan
dalam industri.

i. Mudah didapati
ii. Mempunyai nilai bahan api yang tinggi
iii. Tidak mencemarkan alam sekitar

2. Jika anda diberi wax, kerosene, dan LPG, yang mana satukah akan anda pilih untuk
digunakan sewaktu perkhemahan bagi memasak makanan yang anda? Jelaskan.

 Saya akan memilih koresene untuk digunakan sewaktu perkhemahan bagi memasak
makanan.
 Ini adalah kerana nilai bahan api bagi etanol adalah yang paling tinggi di antara ketiga-
tiganya.

3. Terangkan mengapa nilai bahan api yang diperolehi adalah kurang daripada nilai
teori.

 Penghadang besi digunakan sepanjang eksperimen bagi melindungi nyalaan daripada


gangguan angin.
 Nyalaan bahan api jauh daripada tin logam mengakibatkan berlakunya pemindahan
haba yang kurang ke tin kuprum.
 Air yang tidak dikacau sepanjang masa menyebabkan pemanasan berlaku secara tidak
sekata.

You might also like