You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGANGSAAN SERI BAKTI

06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 4 Januari 2018 (Khamis)


Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Wawasan, SK Seri Bakti
Kehadiran :
1. Pn. Ros Nani bt Iteng (Guru Besar)
2. En. Mohd. Razuan bin Che Hassan (GPK 1)
3. Pn. Aireen Aneza binti Abu Bakar
4. Pn. Masni bt Nawi
5. Pn. Rohana binti Ariffin (Pra-Sekolah)
Tidak Hadir Bersebab :
En. Mohd Rosidi bin Razali – Cuti Sakit

Ucapan Aluan Pengerusi


1) Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru
pada mesyuarat panitia Sains bagi kali pertama Tahun 2018. Beliau
mengucapkan terima kasih dan syabas kepada guru yang terlibat
dengan program-program yang dirancangkan pada tahun 2017 dan
telah memberikan kerjasama yang kukuh dan bersungguh-sungguh
dalam melaksanakan segala perancangan yang disediakan panitia.
Tindakan : Makluman
Ucapan Guru Besar
2) Pn. Ros Nani bt Iteng mengalu-alukan kedatangan ahli panita sains.
Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kerana pencapaian UPSR
2017 dengan kelulusan sebanyak 90.92%.
3) Guru Besar juga menyampaikan amanat tuan PPD, Tuan Hj Ahmad bin
Lateh berhubung guru-guru perlu memberikan penekanan kepada
pembetulan dan kerja rumah yang diberikan kepada murid-murid.
4) Selain itu, beliau juga mengingatkan para guru agar melakukan
sesuatu yang kecil namun meninggalkan impak yang besar dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
5) Guru Besar menyatakan hasrat agar pada tahun 2018 ini, guru-guru
khususnya panitia harus memperkasakan pengurusan panitia dan
melaksanakan segala perancangan strategic panitia serta
mengadakan dialog prestasi sekurang-kurangnya 3 kali pada tahun
2018 ini.
Tindakan : Makluman

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat


6) Pn.Aireen Aneza binti Abu Bakar mencadangkan agar minit mesyuarat
yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Rohana bt Ariffin.
Tindakan : Makluman

Perkara Berbangkit
7) Tiada
Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Panitia Sains
8) Pengerusi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada
tahun 2018.
8.1 Mesyuarat Panitia Sains dan Dialog Prestasi
8.2 Membuat Buku Skrap secara kumpulan atau individu
sekurang-kurangnya sebuah buku setiap penggal. (mengikut
tajuk yang dipelajari oleh murid tersebut)
8.3 Aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Sains
(Kuiz Sains dan Program Kitar Semula)
8.4 Kuiz Sains (aktiviti selepas UPSR)
8.5 Minggu Matematik dan Sains (aktiviti pasca UPSR bagi semua
murid Tahap 2)
8.6 Tayangan video klip berunsurkan Sains dalam proses PdPc
8.7 Modul Kemahiran Proses Sains untuk murid-murid Tahun 4,5,6
bagi memahirkan teknik menjawab soalan berformat UPSR
8.8 Kelas Tambahan Tahun 6
8.9 Kelas Bimbingan untuk murid yang lemah dan sederhana
(Carta Gantt Perancangan Tahunan Panitia Sains – Rujuk Lampiran)
Tindakan : Semua guru Sains

Pengurusan Panitia
9) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
- Pengerusi memaklumkan kesemua DSKP boleh didapati di pautan
https://sumberpendidikan.com/2017/12/25/lengkap-dskp-tahun-1-
hingga-tahun-6-kssr-2018/
- Pengerusi juga memaklumkan, guru-guru boleh mendapatkan
salinan soft-copy daripada beliau
- Bagi tahun 1 dan 2, guru-guru perlu menggunakan DSKP KSSR
Semakan dan bagi tahun 3-6 masih menggunakan DSKP KSSR
- Tindakan : Semua guru Sains
10)RPT dan RPH
- Guru-guru telah diberikan salinan contoh rancangan pengajaran
harian yang lengkap dari tahun 1-tahun 6 dan bolehlah
menjadikan RPH tersebut sebagai rujukan.
- Bagi rancangan pengajaran tahunan dari tahun 3 hingga tahun 6,
guru-guru boleh menggunakan dan mengemaskini tarikh-tarikh
penting mengikut takwim sekolah dan takwim KPM, JPN dan PPD
bagi memudahkan urusan perancangan tahunan.
- Bagi RPT tahun 1 dan 2, guru-guru perlu menyediakan RPT baharu
kerana menggunakan silibus baharu.
- Berikut merupakan nama-nama guru yang mengajar Sains dari Pra
Sekolah hingga Tahun 6 bagi tahun 2018.
Tahun Nama Guru
Pra – sekolah Pn. Rohana bt Ariffin
Tahun 1 dan Tahun 3 Pn. Masni bt Nawi
Tahun 2 dan Tahun 4 En. Mohd Rosidi bin Razali
Tahun 5 dan Tahun 6 Pn. Aireen Aneza binti Abu Bakar
Tindakan : Makluman

11)Headcount dan Perancangan Strategik


- Semua guru diingatkan untuk menyediakan headcount
berpandukan TOV peperiksaan akhir tahun 2017.
- Perancangan Strategik Paniti Sains telah disediakan oleh pengerusi
dan telah diserahkan kepada GPK 1.
(Rujuk Lampiran)
Tindakan : Makluman

12)Kontrak Latihan Murid dan Latihan Murid


- Pengerusi menekankan bahawa latihan murid perlu disemak seperti
saranan Tuan PPD dan murid-murid perlu ditekankan untuk
membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang dilakukan.
- Kontrak latihan murid perlulah dilampirkan atau dilekatkan di
belakang Buku Rekod Pengajaran setiap guru.
- Guru-guru boleh merujuk Kontrak Latihan murid bagi Tahun 6 di
mana latihan dibekalkan kepada murid menjurus kepada format
UPSR dan mengikut topikal.
Tindakan : Semua guru Sains

13)Buku Kerja dan Buku Latihan


- Guru-guru berhak menentukan sama ada mahu menggunakan
buku kerja, modul atau buku latihan mengikut kesesuaian tahap
murid-murid di dalam kelas guru tersebut.
- Sekiranya guru-guru ingin menggunakan buku kerja dari luar,
digalakkan untuk memaklumkan kepada Ketua Panitia dan GPK1
sebelum membuat surat kepada para waris sekiranya sebarang
kutipan wang ingin dilaksanakan.
Tindakan : Semua guru Sains

14)Jadual P&P dan Bilik Khas


- Setiap murid akan diberikan pengalaman mengadakan sesi
pembelajaran di dalam Bilik Sains.
- Pengerusi akan menyediakan jadual penggunaan Bilik Sains agar
semua murid dapat meningkatkan minat dalam sesi pembelajaran
Sains.
- Guru-guru digalakkan menggunakan pendekatan berpusatkan
murid dalam pelaksanaan PdPc Sains bagi tahun 2018.
Tindakan : Makluman

15)Pencerapan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Abad-21


- Pengerusi menyatakan bahawa guru-guru hendaklah merujuk
jadual penghantaran buku latihan kepada pentadbir seperti yang
dilampirkan di dalam buku pengurusan pentadbiran 2018.
- Dalam sesi PdPc, Sains sememangnya menekankan PAK-21 dan
guru-guru perlulah memaksimumkan penggunaan teknik-teknik
pembelajaran abad ke-21 dalam PdPc.
- Guru-guru boleh merujuk aktiviti-aktiviti dalam contoh RPH yang
terdapat di dalam internet dan simpanan Ketua Panitia Sains
sebagai rujukan
Tindakan : Makluman
16)Peperiksaan, Pentaksiran dan ujian
- Semua ujian dan peperiksaan adalah dijalankan mengikut takwim
sekolah bagi tahun 2018.
- Pentaksiran berasaskan sekolah dijangkakan akan dijalankan pada
bulan Mac, Mei dan Oktober.
- Analisa bagi setiap pentaksiran akan dibincangkan dalam dialog
prestasi.

- Analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017 bagi Tahun 1 – 5


adalah seperti berikut :

ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SAINS 2017


TAHUN BIL
MURID A % B % C % D % LULUS % E %
1 22 4 18.18 2 9.09 7 31.82 4 18.18 17 77.27 5 22.73
2 23 5 22.73 5 22.73 9 40.91 1 4.55 20 90.91 2 9.09
3 23 3 13.04 5 21.74 1 4.35 6 26.09 15 65.22 8 34.78
4 28 0 0 2 7.14 3 10.71 12 42.86 17 60.71 11 39.29
5 17 0 0 3 17.65 4 23.53 6 35.29 13 76.47 4 23.53

ANALISA PEPERIKSAAN UPSR SAINS 2017


- Rujuk lampiran
Tindakan : Makluman
Hal – hal lain
17)Ketua Panitia memaklumkan semua guru sains boleh menyenaraikan
Bahan Bantu Belajar yang diperlukan untuk proses Pengajaran dan
Pembelajaran dan diserahkan kepada beliau untuk urusan pembelian.
18)Penggunaan Bilik Sains adalah digalakkan bagi proses pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan Bilik Sains hendaklah dicatat dalam
Buku Rekod Penggunaan Bilik Sains.

Tindakan : Makluman
Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

……………………………………
( Pn. Aireen Aneza binti Abu Bakar )
Ketua Panitia Sains,
SK Seri Bakti.

s.k 1. Penolong Kanan Kurikulum


2. Guru Besar

You might also like