You are on page 1of 1

Sebelum kehadiran fenomena budaya 'Street Cub', motosikal kapcai menerusi Honda C70

dianggap tidak bernilai kerana ada yang membiarkannya tersadai di belakang rumah dan
kelihatan 'uzur' akibat dijemur panas serta hujan.

Namun sejak dua tahun kebelakangan ini, jentera dua roda itu dianggap berharga
berikutan peminat 'Street Cub' yang mahu mengubah suai motosikal berkenaan mengikut
kreativiti masing-masing.

Budaya 'Street Cub' boleh dianggap baru di negara ini, namun fenomena itu berkembang
dan hampir setaraf dengan modifikasi antarabangsa seperti di Indonesia, Thailand dan
Jepun.

Dalam ruangan Modifikasi minggu ini, jentera dua roda konsep 'Street Cub' milik Mohd
Zikri Abd Aziz, 26, dicipta hasil tangannya dalam tempoh tiga bulan.

Dia menghabiskan masa selepas pulang daripada kerja untuk menyiapkan kenderaan itu
dan dijadikan hobi mengisi masa lapang.

Menurut Mohd Zikri, pada peringkat pertama, semua komponen motosikal itu dileraikan
bagi memudahkan proses modifikasi dilakukan dengan mudah.

"Bagi kerangkanya, bahagian belakang akan dipotong, kemudian diketuk untuk


menjadikan lebih lebar supaya boleh memuatÂkan rim dan tayar bersaiz lebih besar.

"Bagi pemegangnya pula, jentera ini menggunakan pemegang basikal, selain dipasangkan
deÂngan sistem brek cakera bersaiz besar daripada Kawasaki KL150," katanya.

Menurutnya, sistem pencahayaan jentera ini pula menggunakan lampu motosikal kategori
'hypermotard' yang dipasangkan pada bahagian depan dan isyarat belakang.

Katanya, bagi memberi impak sebuah jentera 'Street Cub', Honda C70 itu
dipasangkan dengan rim aloi Racing Boy berlebar 3.0 inci untuk bahagian depan,
manakala belakang menggunakan 3.5 inci.

"Rim aloi itu disambungkan dengan jejari tahan karat krom serta dibaluti tayar berjenama
Duro serta diserlahkan lagi dengan padanan tempat duduk tunggal yang direka khas bagi
memudahkan membuka tangki untuk mengisi minyak.

"Meter kelajuan turut diletakkan di bahagian tengah pemegang bagi memudahkan


memantau prestasi jentera ini," katanya.

Mohd Faizal berkata, enjin asal ditukar menggunakan komponen Honda EX5 yang
mempunyai empat kelajuan, selain melakukan pengubahsuaian serta menukar barangan
berprestasi seperti silinder, omboh dan injap untuk memberi tindak balas terbaik.

You might also like