You are on page 1of 4

Usul Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK.

Inanam Laut,
Kota Kinabalu 2017/2018
Bil Usul Catatan
01 En. Roswan bin Anifah penjaga kepada Muhd Aiman dari kelas 3B3 mengusulkan Memerlukan
sekolah mewujudkan koperasi sekolah yang lengkap dengan alat tulis, tali leher, persetujuan ahli
lencana dan baju Kokum. mesyuarat

Respon:
Sekolah memerlukan persetujuan ahli mesyuarat Agung PIBG bagi mendapatkan
mandat dari ibubapa untuk mewujudkan mini koperasi yang lengkap yang mana akan
menjual peralatan, alat tulis, pakaian dan lain - lain kecuali makanan. Dengan adanya
mini koperasi, ia dapat mengurangkan masalah gangguan kepada guru dan
pentadbiran sekolah yang buat masa ini terpaksa menguruskan jualan2 barang -
barang seperti lencana, tali Leher dan baju sukan.

02 En. AR Rozey Sham Masdiki bapa kepada Mohd. Daniel Haiqal dari kelas 3B2
mengusulkan agar mengubah hari Mesyuarat Agung dari hari Ahad kepada hari Sabtu
kerana kebanyakan ibubapa bekerja pada hari Sabtu.

Respon:
Ibubapa boleh menggunakan surat jemputan ke mesyuarat Agung PIBG untuk
mendapatkan pelepasan daripada jabatan masing - masing. Perubahan hari juga
memerlukan persetujuan ahli PIBG yang lain di mana mesyuarat agung tidak tertakluk
pada hujung minggu malahan boleh diadakan pada waktu cuti - cuti umum sekiranya
dipersetujui.

03 Nelizah binti Mohd Rizal bapa kepada Artiqa Mirashita berkenaan kebersihan tandas
sekolah dan keselamatan murid.

Respon:
Dicadangkan sekiranya ibubapa bersetuju, agar kemasukan ke tandas memerlukan
pembayaran 20 sen agar murid2 lebih berhemah dalam penggunaan tandas. Ini kerana
tandas menjadi terlalu kotor oleh kerana kekerapan murid2 keluar masuk tandas
sehingga membawa kotoran pasir pada kasut mereka disamping cara penggunaan
tandas yang tidak sempurna. Penjaga tandas boleh dilantik di kalangan ibubapa.

04 En. Saidi Hj Abd Mumin penjaga kepada Muammar Soffian dari kelas 3b2
mengusulkan berkaitan perkara berikut:
a. Melarang penjual makan/ minum di luar pagar atas faktor kesihatan.
b. Pihak sekolah sediakan bangku kayu di Dewan Terbuka atas faktor kesihatan
murid2 yang duduk di atas lantai simen

Respon:
a. Pihak sekolah akan memaklumkan kepada pihak kantin agar turut membuat teguran
ke atas penjual memandangkan sekiranya apa - apa yang terjadi kepada murid - murid
melibatkan makanan, biasanya pihak kantin yang akan dipertanggungjawabkan
walaupun makanan bukan dibeli dari mereka.

b. Situasi duduk di simen ini bersifat sementara kerana dewan terbuka termasuk dalam
tempoh jaminan pihak kontraktor dan tiada sebarang pengubahsuaian besar boleh
dilakukan seperti pemasangan jubin . Ada cadangan agar murid2 membawa sendiri
bangku kecil (stool) yang boleh dilipat ini dari rumah.

05 Norazura Mohd Sableh bapa kepada Ahmad Zulfadhli dari kelas 6B2 dan Hana
Wardina dari Kelas 2B2
a. Menyediakan buku teks yang mencukupi untuk semua murid
b. Membuat papan tanda pendidikan dan peringatan di kawasan sekolah.
c. Membuat kelas khas untuk murid - murid tahun 6 untuk menghadiri peperiksaan
UPSR

Respon:
a. Pihak sekolah sedaya upaya memastikan semua murid yang layak mendapat
bantuan buku teks. Kerjasama ibubapa diperlukan terutama untuk memastikan buku
teks anak2 mereka dibalut dan dijaga dengan baik serta dikembalikan pada hujung
tahunnya dengan baik. Kerosakan buku teks sering menyebabkan kekurangan bekalan
untuk tahun seterusnya mendapat pinjaman buku teks dengan segera.

b. Akan dibincangkan dan dimasukkan di bawah tindakan AJK PIBG bagi


mengenalpasti papan - papan tanda yang bersesuaian mengikut bajet kewangan PIBG
untuk pembangunan.

c. Boleh rujuk kepada usul yang dipersetujui dalam mesyuarat AJK untuk di bawa ke
mesyuarat agung (berkenaan kelas tambahan) untuk mendapatkan mandat
perlaksanaan.

06 Puan Nuryaser bt Julius mengusulkan beberapa perkara:


a. Menyediakan lorong pejalan kaki kepada murid ketika berada di luar pagar sekolah.
b. Membenarkan ibubapa murid masuk ke dalam dewan terbuka untuk mengambil
anak pada sebelah petang di sekolah.
c. Ibubapa jangan berkumpul di depan pintu pagar, menghalang lalulintas

Respon:
a. Perkara ini di luar bidang kuasa pihak sekolah. Pihak sekolah akan berhubung
dengan pihak berkenaan untuk berbincang dengan lebih lanjut apa yang boleh di buat.
b. Cadangan akan dipertimbangkan ketika cuaca hujan.
c. Pengawal keselamatan akan sentiasa mengawal situasi lalulintas di hadapan pagar
pintu masuk sekolah.
07 Pn. Asninanwati Zainih mengusulkan beberapa perkara:
a. Mewujudkan suasana kekeluargaan dalam sekolah.
b. Mengelakkan ada kumpulan gengsterisme
c. Suasana pembelajaran lebih concentrate tanpa ada rasa takut.

Respon:
a. Pihak PIBG dan sekolah telah memulakan langkah mengadakan Hari Keluarga SK
Inanam Laut pada tahun 2016 dan dicadangkan agar diteruskan pada tahun 2017 bagi
merapatkan hubungan ibubapa dan guru - guru.
Untuk isu b. dan c., pihak sekolah belum menerima apa - apa aduan berkenaan isu ini
dan sentiasa memantau aktiviti ini jika ada. Ibubapa diminta membuat aduan terus
kepada pentadbir sekolah jika mengetahui perkara ini berlaku.
08 Sharinah bt. Sudin ibu kepada Ellysera Nabila dari kelas 5B1 mencadangkan baju Memerlukan
untuk “1M1S” diwujudkan dan dipakai pada hari tertentu. persetujuan ahli
mesyuarat
Respon:
Cadangan yang sangat baik dan akan dibincangkan semasa Mesyuarat Agung untuk
mendapatkan persetujuan semua ahli PIBG kerana pihak sekolah bersetuju untuk
melaksanakan perkara ini untuk tahun 2017 sekiranya dipersetujui semasa mesyuarat.

09 Puan Batinang ibu kepada Reanna Hazel mencadangkan membaiki pagar di antara Memerlukan
flat guru dengan bangunan sekolah blok J. persetujuan ahli
mesyuarat
Respon:
Pihak sekolah akan melaksanakan dengan syarat semua ahli PIBG setuju untuk
menggunakan peruntukan daripada PIBG sekiranya peruntukan tidak mencukupi,
kutipan ikhlas akan dipohon dari semua ahli ini kerana sekolah tidak akan menerima
peruntukan pembaikan lagi kerana telah menerima pembaikan yang banyak pada
tahun 2015.
10 Puan Harbarahwati bt Yusof ibu kepada Mohd Amrul Iman kelas 6B4 dan
Nursyazlina kelas 2B3 bertanya kenapa pihak sekolah tidak membenarkan ibubapa
atau penjaga masuk di kawasan sekolah apabila anak pulang sekolah terutama sekali
waktu pulang apabila waktu pulang apabila musim hujan terutama petang.

Pihak sekolah tiada halangan memberi kelonggaran membenarkan ibubapa atau


penjaga masuk ke kawasan sekolah apabila cuaca hujan dengan syarat loceng pulang
telah dibunyikan terhad di bahagian dewan terbuka sahaja. Sebelum itu ibu bapa tidak
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran.

11 Encik Wasih Ochee bt Jovinin penjaga kepada Nuraleeya Syafiqah Maisarah dari
kelas 2B3 mengusulkan beberapa perkara:

1. Keputusan peperiksaan akhir murid tidak diberitahu. Adakah murid sendiri yang
ambil atau ibubapa sebagai wakil.
2. Sepanjang jadual persekolahan Tahun 2016 berlaku kekeliruan ada jadual
nyatakan aktiviti sekolah hujung tahun. Contoh: hari ini datang sekolah 2, 3 tidak
perlu.

Respon:
1. Pemberitahuan tentang keputusan samaada mengambil atau diserahkan melalui
anak akan diberitahu melalui surat. Keputusan peperiksaan boleh juga dirujuk terus
secara online melalui sistem SAPS sekiranya markah semua telah dimasukkan oleh
guru - guru matapelajaran.
2. Pihak sekolah memohon maaf sekiranya ada kekeliruan sepanjang aktiviti tahun
2016 dan akan cuba memastikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

12 Puan Yalni Yunus penjaga kepada Yash Rapanyel dari kelas 1B2 mengusulkan
beberapa perkara:

1. Menekankan pembelajaran Bahasa Inggeris di peringkat awal agar lidah mirid -


murid fasih bertutur dan belajar Bahasa Inggeris.
2. Memupuk minat untuk membaca yang berbentuk ilmiah dengan membawa ke
perpustakaan @ dalam kelas
3. Mengadakan aktiviti membina pelbagai objek dari bahan terpakai seperti surat
khabar, botol, kotak telur kerana dapat serlahkan bakat2 mereka.
4. Sukan PIBG dapat eratkan silaturrahim antara ibubapa guru dan murid.

1,2,3 - Cadangan yang baik dan akan dipraktis serta dilaksanakan.


4. Pihak PIBG dan sekolah telah memulakan langkah mengadakan Hari Keluarga SK
Inanam Laut pada tahun 2016 dan dicadangkan agar diteruskan pada tahun 2017 bagi
merapatkan hubungan ibubapa dan guru - guru.

13 Mat Mahruf bin Banyun penjaga kepada Mohd Alief Fauzan bin Andek menyatakan
agar pihak PIBG lebih banyak mengadakan aktiviti dalam sekolah.

Respon:
Pihak PIBG dan sekolah telah memulakan langkah mengadakan Hari Keluarga SK
Inanam Laut pada tahun 2016 dan dicadangkan agar diteruskan pada tahun 2017 bagi
merapatkan hubungan ibubapa dan guru - guru.
14 Mohd Ali bin Hindia waris kepada Mohd Azri Syah dari 6B1 mengusulkan untuk
membeli set baju PJ bagi setiap murid dipakai semasa PJ dan hari aktiviti sekolah.

Respon:
Rujuk usul no.8 di mana terdapat persamaan dari segi cadangan.

15 Encik Ali Hesan b. Mohd Johar bapa kepada murid dari 4B3 mengusulkan:

1. Makanan yang dijual di kantin sekolah, Haruslah makanan yang berkhasiat


seimbang dan fresh
2. CCTV harus dipasang setiap pintu masuk/ sekolah

Respon:
1. Pihak sekolah akan memantau makanan yang dijual oleh kantin untuk memastikan
ianya adalah makanan yang segar dan berkhasiat.
2. CCTV ada dipasang terutama di kawasan pintu masuk

16 Puan Yuliana binti Baru waris Mohd Syafiq Yaqzan bin Kadir dari kelas 2B1:
- buli di kalangan pelajar

Respon:
Pihak sekolah memantau dengan rapat sekiranya ada kes buli di sekolah. Pihak
sekolah memohon kepada ibubapa agar memastikan anak - anak mereka terutama
yang sesi pagi agar balik pada masanya dan tidak berada di kawasan sekolah, ini
adalah bagi mengelakkan kejadian seperti buli dari berlaku.

Usul yang dipersetujui dalam mesyuarat AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK. Inanam Laut, Bil 4
Kota Kinabalu 2016/2017 untuk di bawa ke mesyuarat Agung

1. Hasil mesyuarat bil. 4 AJK PIBG telah bersetuju untuk membawa usul bagi Memerlukan
mendapatkan kelulusan untuk membuat kelas tambahan bagi murid - murid persetujuan ahli
terutamanya Tahun 5 dan 6 yang akan menduduki UPSR. mesyuarat
Pukul 12:45 - 1:45 (Kelas Tambahan Percuma)
pukul 2:00 - 4:00 (Kelas Tambahan berbayar) dengan yuran RM 20.00 bagi satu
subjek dan RM 120.00 bagi enam subjek.
Yuran yang dikenakan adalah lebih murah berbanding tuisyen luar.
2. AJK PIBG juga bersetuju untuk membawa usul Kutipan keceriaan untuk kelas - kelas Memerlukan
sekurang2 RM 5.00 semasa pendaftaran. persetujuan ahli
Dengan adanya kutipan ini pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti - aktiviti mesyuarat
keceriaan di sekolah untuk memastikan anak - anak murid boleh belajar dalam suasana
yang ceria dan kondusif.
3. AJK PIBG juga bersetuju untuk membawa usul penubuhan mini PIBG bagi setiap Memerlukan
kelas yang ahlinya terdiri dari ibubapa dan guru di dalam kelas tersebut. persetujuan ahli
Tujuan penubuhan mini PIBG ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara mesyuarat
ibubapa dan guru di dalam kelas serta mengadakan kerjasama untuk keceriaan kelas
serta kemajuan murid - murid dalam pelajaran.
4. Usul kutipan bagi tujuan pembelian buku kerja murid2. Dengan adanya kutipan ini Memerlukan
pembelian buku kerja bolehlah diseragamkan dan ibubapa tidak perlu mencari persetujuan ahli
sendiri buku kerja untuk anak - anak mereka. mesyuarat

You might also like