You are on page 1of 9

PERATURAN PERTANDINGAN

PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM
12 TAHUN KE BAWAH 2014

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF(Gabungan Sepak Takraw


Antarabangsa) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan peraturan AM MSSM serta peraturan
kecil pertandingan ).

2.0 JENIS PERTANDINGAN

Kejohanan ini mengandungi acara-acara berikut:

2.1 Antara PASUKAN Peringkat umur 12 tahun dan ke bawah kategori lelaki.

2.2 Antara REGU Peringkat umur 12 tahun dan ke bawah kategori lelaki.

2.3 Bulatan Peringkat umur 12 tahun dan ke bawah kategori lelaki.

3.0 HAD UMUR PESERTA

3.1 Had umur peserta bagi pertandingan permainan MSSM adaah seperti berikut:

3.1.1 12 tahun dan ke bawah

3.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan

( Lahir pada/selepas 1 Jan 2002 ) .

3.3 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan

salinan sijil kelahiran / MyKid yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong
kanan sekolah peserta berkenaan.

(Rujuk Peraturan AM (4) Majlis Sukan Sekolah Malaysia).

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN

4.1 Antara PASUKAN bawah umur 12 tahun dan ke bawah adalah terdiri daripada
12

pemain.

4.2 Hanya pemain yang didaftarkan dan diakui sah layak mengambil bahagian.

4.3 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dibuat semasa mesyuarat pengurus-
pengurus
pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula.

4.4 Taraf kelayakan peserta adalah tertakluk kepada Peraturan 3 (KELAYAKAN) dalam

Peraturan AM MSSM (Rujuk Lampiran B).

4.5 Pendaftaran pemain mestilah didaftarkan dengan menggunakan borang R01(sekolah


rendah).

4.6 Pendaftaran pasukan mestilah menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan MSSM


R02

(sekolah rendah).

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Acara Berpasukan

Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pengelola Kejohanan bagi menentukan
kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

5.1.1 Peringkat Awal

5.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan yang mengambil bahagian, maka

hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan
secara liga.

5.1.1.2 Pertandingan antara pasukan mengandungi 3 REGU, iaitu A, B dan C.

Pertandingan akan dijalankan dengan tertib menurut senarai regu atau barisan Pemain yang
telah didaftarkan dan diserahkan oleh pasukan-pasukan kepada Pengadil Rasmi 15 minit
sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

5.1.1.3 Ketiga-tiga REGU diwajibkan bertanding pada peringkat awal.

5.1.1.4 Johan,Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam Kejohanan tahun

lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Johan : KUMPULAN A

Naib Johan : KUMPULAN B

Ketiga : KUMPULAN C

Keempat : KUMPULAN D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 4 kumpulan tersebut


dengan cabutan undi.

5.1.1.5 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian,

maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan

kedudukannya.

5.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

5.2.1 Pemenang 1 dan 2 dalam setiap kumpulan akan masuk kepusingan suku akhir
dan

pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

5.2.2 Undian bagi 2 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan didahulukan untuk

ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.

5.2.3 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di

kedudukan2 atau 4, jika pasukan menang pertama kumpulannya telah diundi dan ditempatkan
dikedudukan 5 atau 7 . Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk
ditempatkan dikedudukan 6 dan 8.

5.2.4 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki

Perlawanan Akhir menentukan Johan dan Naib Johan. Sementara pasukan yang kalah akan
bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

6.0 PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA

6.1 Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan
disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut.

Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat
mata.

6.2 Setiap kali pertukaran servis pemain berlainan akan melakukan servis mengikut posisi dalam
pendaftaran bermula tekong, apit kanan diikuti apit kiri.

6.3 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit
membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula
hendaklah dilakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi oleh Pengadil kepada pemain
tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap
batal.

6.4 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam
gelanggang masing-masing.
6.5 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun
tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh ke dalam gelanggang pasukan lawan.

6.6 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah
diperolehi.

6.7 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga-tiga regu dalam pasukan hendaklah bermain.

7.0 SISTEM KIRAAN MATA

7.1 Sistem kiraan mata dua puluh satu (15) satu set akan diguna pakai dalam kejohanan ini. Tukar
petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8.

7.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata dua puluh satu (15). Bila terikat mata 14-
14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan satu (1) mata atau
mana-mana regu mencapai mata dua puluh satu (17).

8.0 MENENTUKAN KEPUTUSAN

8.1 Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan disytiharkan sebagai pemenang pertama

kumpulan, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan diisytiharkan sebagai
pemenang kedua.

8.2 Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan kalah 0 .

8.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan mata
diperolehi

sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengan mengikut tertib
berikut :-

8.3.1 Kiraan perbezaan REGU (difference) daripada jumlah regu menang yang
diperolehi

oleh pasukan berkenaan.

8.3.2 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah yang diperolehi oleh

pasukan berkenaan.

8.4 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka kaedah
berikut

dilakukan.

8.4.1 Jika 2 pasukan sahaja terlibat, maka pasukan yang telah mengalahkan lawannya

akan dikira menang.


8.4.2 Jika 2 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akan ditentukan

dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan11 mata sahaja. Undian
akan dibuat bagi menentukan pasukan yang membuat sepak mula dan memilih gelanggang.

8.5 Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, pasukan yang akan bertanding hendaklah

menyerahkan senarai barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan kepada


Jawatankuasa Pengelola / Pengadil Rasmi yang bertugas.

8.6 Setiap pasukan hendaklah bersanggupan bertanding lebih daripada satu


perlawanan

dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 30 minit akan diberi antara
perlawanan tersebut.

8.7 Seorang pemain boleh bermain dalam satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan.

8.8 Pembahagian KUMPULAN atau UNDIAN-UNDIAN tertakluk kepada keputusan

Jawatankuasa Pengelola.

9.0 PAKAIAN

9.1 Semua jersi hendaklah mempunyai nombor di bahagian depan (10 cm) dan
belakang (19 cm)

9.2 Setiap pemain hendaklah memakai nombor yang sama sepanjang kejohanan.

9.3 Hanya jersi bernombor 1 hingga 36 sahaja yang dibenarkan dalam kejohanan ini.

10.0 BOLA / ALATAN

10.1 Bola yang digunakan ialah :

GAJAH EMAS - 311 bagi peringkat umur 12 tahun ke bawah.

11.0 MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH

11.1 Pasukan / Regu yang mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak


dibenarkan

menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan/regu tersebut
sekiranya

melanggar Peraturan ini.

11.2 Sekiranya/ ada pasukan/regu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/regu itu akan
dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan
tatatertib akan diambil ke atas pasukan/regu berkenaan.

12.0 BANTAHAN

12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus sahaja kepada
juri rayuan.

12.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) peserta atau sesuatu
perlawanan yang

tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka


pasukan

itu boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protes) dan perkara tersebut

hendaklah diselesaikan1 jam selepas menerima bantahan rasmi.

12.3 Bantahan berhubung dengan permainan yang sedang dijalankan hendaklah


dilakukan

dengan serta merta dan tidak lewat daripada satu jam selepas perlawanan itu
tamat. Tiap-

tiap bantahan hendaklah beserta dengan wang tunai RM 300.00 (Ringgit Malaysia
Tiga

Ratus Sahaja).

12.4 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada
yang

berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

12.5 Sila rujuk peraturan AM (12) MSSM.

13.0 JURI RAYUAN

13.1 Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang
(Maksimum) iaitu

* Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /wakilnya.

* Setiausaha Jawatankuasa Pengelola

* Penyelaras Sepak Takraw MSSM

* Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw MSSM

* Seorang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan yang dibuat.
14.0 LEMBAGA TATATERTIB

14.1 Lembaga ini terdiri daripada :

14.1.1 Timbalan Pengarah Sukan Kemterian Pelajaran Malaysia.

14.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau Wakilnya.

14.1.3 Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pengelola atau wakilnya

14.1.4 Penyelaras Permainan Sepak Takraw MSSM

14.1.5 Pengerusi Jawatankuasa Teknik Permainan yang berkenaan

14.1.6 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola

14.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk :

14.2.1 Memberi amaran

14.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu.

14.2.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan.

14.2.4 Mengarah pemain dihantar pulang.

14.2.5 Menghantar laporan kepada MSS Negeri berkenaan supaya mengambil


tindakan

tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang diguna pakai

oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia.

14.3 Bertanggungjawab membuat laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku


kepada urusetia

MSSM secara lisan seberapa segera dan secara bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas
tamat kejohanan.

15.0 PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

15.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil bertauliah yang dilantik
oleh

Jawatankuasa Pengelola.

15.2 Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu yang akan bertugas


disepanjang kejohanan

ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.


15.3 Semua keputusan yang telah dibuat oleh pengadil atau penjaga garisan yang
berkaitan

dengan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.

16.0 PENGGANTUNGAN

Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh Pengadil, maka
dengan serta

merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa
Tatatertib membuat sesuatu keputusan.

17.0 MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN

Semua pegawai dan peserta pasukan MSS Negeri yang menyertai pertandingan permainan
MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri :

17.1 Majlis Pembukaan Rasmi

17.2 Jamuan rasmi sempena kejohanan

17.3 Taklimat/mesyuarat pengurus

17.4 Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampain Hadiah

Jika terdapat MSS Negeri yang tidak mematuhi peraturan tanpa sebab tindakan tatatertib boleh
diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urusetia MSSM serta Pengarah Pelajaran
Negeri berkenaan supaya tindakan boleh diambil terhadap pengurusan pasukan.

18.0 KESELAMATAN

18.1 Semua pegawai dan peserta MSS Negeri yang menyertai kejohanan ini
hendaklah

dilindungi insuran.

18.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian


kecacatan

keanggotaan, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain yang
berlaku.

18.2.1 Semasa perjalanan pergi dan balik.

18.2.2 Semasa kejohanan dijalankan.

18.2.3 Di dalam atau di luar kawasan pertandingan.

18.2.4 Di tempat-tempat penginapan.


Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah bagi
memastikan keselamatan peserta dan pegawai terjamin.

18.3 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola

Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan.

19.0 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

19.1 Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mestilah dipatuhi. Jika ada
dinyatakan

perkara-perkara lain dalam undang-undangan permainan maka wajib dipatuhi.

19.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan yang telah dibuat oleh
Jawatankuasa adalah MUKTAMAD.

You might also like