You are on page 1of 2

Dari meja Setiausaha :

Assallamulaikum dan salam sejahtera…

Kesempatan ini saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana


pada hari ini kita berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawap sebagai
ahli PIBG. Insyaalah, hasil dari semangat serta komitmen yang ditunjukkan
dalam memperjuangkan PIBG ini akan kita kecapi bersama dan ia akan
memberi makna dan faedah yang sangat berguna.

Dalam meniti arus dan cabaran bagi melayari sebuah impian dan
harapan ahli-ahli, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Wakaf Tapai kini
banyak melalui onak dan duri kerana hama-hama kini berterbangan dalam
landasan yang tidak pasti samada ianya satu fantasi atau realiti dalam
menuju sebuah perhentian. Walau bagaimana pun sokongan dan dorongan
kalian semua, kita mampu berjalan walau bertongkat, mampu berlari walau
berkerusi roda. Sesungguhnya perjuangan dan memertabatkan PIBG RAKAN
SEKOLAH serta melaksanakan program-program sekolah adalah satu agenda
yang perlu dipikul dan perlu dilaksanakan.

Hari ini arus gelumbang PIBG ke-23 kembali lagi dalam mengejar
sebuah kejayaan diri dan ianya menampakkan kelemahan. Pertimbangan
antara keikhlasan dan ketelusan kian terhakis dan detik akan menentukan
sejauh mana PIBG kita akan maju dan masa depan sekolah kian tidak
menentu andaikata kita semua tidak cuba memahami dan mencari langkah
untuk kegemilangan dan kecemerlangan. Terserahlah kepada semua ahli-ahli
yang menentukan.

Akhirkata, saya pohon kemaafan andaikata kepimpinan serta


pengurusan lalu banyak mendatangkan masalah kepada ibu bapa serta
warga Wakaf Tapai dan marilah sama-sama kita memperbetulkan serta
menjanakan PIBG ini dengan lebih baik lagi. Terimakasih kepada pihak
Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai yang telah banyak membantu. Tanpa SK
Wakaf Tapai dan Warga Wakaf Tapai siapalah kita di persatuan ini.

Sekian. Wassallam.

Selamat bersidang

Mohd Shelahudin bin Embong


Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
SK Wakaf Tapai Sessi 2006/2007

You might also like