You are on page 1of 2

Nama: Mindy Lim Mim | Ng Su Tan | Teo Hui Ying (6 PISMP Matematik)

Pernyataan Masalah:

Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru
matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam
pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah
diterangkan konsep disebaliknya.

Menurut Fehr dan Phillips (1977) pembelajaran formal operasi


bahagi menjadi lebih bermakna apabila bahasa yang betul dan konsep yang
betul diperkenalkan serentak. Contoh-contoh yang sesuai boleh dibuat bersama
murid.

Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang


melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada tahap pencapaian atau penguasaan
mereka mempelajari tentang operasi tambah, tolak dan darab. Swenson (1973)
berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran tambah,
tolak dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk kemahiran
membahagi diamalkan. Inilah menyebabkan murid menghadapi kesulitan
menyelesaikan masalah bahagi.

Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting
dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi
bahagi. Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh,
Perak; antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak
pengiraan melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri.

Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk


menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan
masalah bahagi adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi
bahagi, tidak ada asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta
sikap malu untuk bertanya.
Cara Penyelesaian:

Bahan inovasi digital ‘Division of Maths’ berfungsi untuk menyelesaikan masalah


yang berkaitan dengan topik bahagi, iaitu membahagi dua nombor. Standard
pembelajaran ialah membahagi sebarang dua nombor, dua digit dengan satu digit
dan membahagi sebarang nombor hingga 10 000 dengan satu digit.

Dengan berpandukan slaid pertama, terdapat pembelajaran dan pengajaran,


contoh soalan, latihan dan video. Semasa slaid animasi dipertontonkan kepada
murid, murid ditegaskan dengan perkara-perkara penting yang perlu diberikan
perhatian semasa menjawab soalan yang berkaitan dengan topik bahagi. Murid juga
didedahkan dengan tiga cara penyelesaian bagi operasi bahagi, iaitu kumpulkan
objek, bahagi sama banyak dan bina sifir bahagi. Slaid pengajaran itu mengandungi
animasi yang menarik supaya membolehkan murid memahami dengan lebih
berkesan.

Slaid itu juga mengandungi latihan yang mengandungi beberapa soalan


operasi bahagi. Latihan itu dapat memperkukuh pemahaman mereka tentang topik
itu. Selepas murid menjawab soalan yang disediakan, murid-murid boleh menyemak
jawapan dengan segera. Bukan itu sahaja, guru juga boleh mengetahui pemahaman
murid terhadap topik itu dengan segera. Dengan ini, bahan inovasi digital ini
dipercayai dapat menimbulkan semangat pelajar terhadap topik tersebut dan
meningkatkan usaha murid dalam mempelajari topik tersebut.

Selain itu, video inovasi yang disediakan dapat menarik perhatian dan minat
murid dalam mempelajari operasi bahagi. Dengan menggunakan bahan inovasi ini,
murid dapat memahami dengan lebih senang kerana video pengajaran itu mengajar
satu langkah demi satu langkah dalam menjalankan operasi bahagi. Dengan
menonton video yang mengandungi animasi yang berwarna-warni, murid-murid juga
akan rasa menarik.

You might also like