You are on page 1of 1

KUIH TEPUNG TALAM GANDUM.

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot,com

bahan bawah
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan + 1 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah
4 1/4 cawan santan
2 telor

bahan atas
1 1/2 cawan tepung gandum
4 cawan santan
2 sudu kecil mumbung garam - tak lah menggunung sgt ye...

Cara2

1. mula2 panaskan pengukus....sementara tu sediakan bahagian bawah....masukkan gula


merah dan putih kedalam blender bersama 2 cawan santan..blend hingga gula
hancur...kemudian masukkan kedalam mangkok berisi tepung. kacau2 rata...pukul skit
telor....takat nak pecahkan kuning tu je...dan masukkan kedalam mangkok berisi
tepung...masukkan juga baki santan...kacau2...dan tapiskan. ambik loyang....sapukan dgn
minyak...kemudian masukkan adunan bawah....kukus bila air pengukus dah didih. guna api
besar ye...kukus bahagian bawah ni selama 20 minit.

2. bancuh adunan kedua..masukkan semua bahan dlm mangkok..kemudian tapiskan. dan


tepikan

3. selepas 20 minit...buka pengukus....tengok atas kuih tu ada air tak? kalau ada buang air
tu...lepas tu biarkan kuih tu dgn penutup pengukus tu terbuka utk keringkan skit atas
dia.....cucuk2 dgn garfu atas kuih...dan masukkan adunan atas...kukus lagi kuih selama 30
minit. lepas 30 minit..buka penutup pengukus dan biar kuih masak dlm 5-10 minit utk
keringkan atas dia.

4. biar kuih dah sejuk dulu baru dipotong. guna pisau plastik utk memudahkan proses
memotong kuih.

(nota: sukatan garam dan gula utk kuih ni ikut citarasa saya ye....saya memang nak
kan atas dia masin skit dan bawah dia manis skit utk imbangkan rasa kuih ni bila kita
makan rasa perfect je...saya memang suka makan kuih rasa macam ni..cukup manis
dan masinnya...)

You might also like