You are on page 1of 5

2/21/2018 Tarik Selampit, Awang Batil di Tokyo | BHplus | Berita Harian

BHplus (/taxonomy/term/1303)
Rabu, 19 Ogos 2015 | 12:14am

Kongsi artikel
Cari Kata Kunci 

CARI
Share
(https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.bharian.com.my/node/75763)

Tweet
(https://twitter.com/intent/tweet?
ref_src=twsrc%5Etfw&text=Tarik%20Selampit%2C%20Awang%20Batil%20di%20Tokyo&tw_p=tweetbutton&url=https://www.bharian.com.my/node/75763)

Share
(https://plus.google.com/share?app=110&url=https://www.bharian.com.my/node/75763)

PERSEMBAHAN mendapat sambutan orang ramai.

Tarik Selampit, Awang Batil di Tokyo


Oleh Nissa' Yusof

Apabila didengar raja punya negeri


memanggil kepada diri dia
dia pun bingkas bangun;
ambil kain, selit bahu
ambil golok, selit pinggang
lekas turun, lama-lama berjalan
sampai depan raja.

https://www.bharian.com.my/node/75763 1/5
2/21/2018 Tarik Selampit, Awang Batil di Tokyo | BHplus | Berita Harian

Kongsi artikel
Share
(https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.bharian.com.my/node/75763)

Tweet
(https://twitter.com/intent/tweet?
ref_src=twsrc%5Etfw&text=Tarik%20Selampit%2C%20Awang%20Batil%20di%20Tokyo&tw_p=tweetbutton&url=https://www.bharian.com.my/node/75763)

Share
(https://plus.google.com/share?app=110&url=https://www.bharian.com.my/node/75763)

PENONTON menyaksikan Tarik Selampit mendendangkan lagu Hikayat Raja Budak bersama alunan rebab di Tokyo, baru-baru ini.

LAGU Hikayat Raja Budak di atas didendangkan oleh Tarik Selampit bersama alunan rebab di hadapan penonton di Tokyo, baru-
baru ini. Melalui Dana Seni Budaya PETRONAS yang diterima oleh Nusa Centre, saya bersama SM Zakir membawa Che Mat
Jusoh selaku Tarik Selampit dan pemain wayang kulit ke Tokyo untuk program jelajah budaya yang turut disertai oleh Romli
Mahmud yang bertindak sebagai Awang Batil dan menerima geran sendiri melalui dana yang sama.

Dalam kerangka zaman teknologi, budaya lisan yang popular dalam masyarakat pratulisan dilihat sebagai tradisi yang
melambangkan pemikiran naif sehingga tidak hairanlah budaya lipur lara tidak lagi menjadi tarikan dalam masyarakat kita kini.

Penglipur lara dalam nama lain disebut sebagai Tarik/Tok Selampit (Kelantan) dan Awang Batil (Perlis) adalah khazanah budaya
yang semakin dilupakan. Justeru, usaha PETRONAS untuk mengambil tanggungjawab dengan memperkenalkan Dana Seni
Budaya ini wajar dipuji.

https://www.bharian.com.my/node/75763 2/5
2/21/2018 Tarik Selampit, Awang Batil di Tokyo | BHplus | Berita Harian

Kongsi artikel
Share
(https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.bharian.com.my/node/75763)

Tweet
(https://twitter.com/intent/tweet?
ref_src=twsrc%5Etfw&text=Tarik%20Selampit%2C%20Awang%20Batil%20di%20Tokyo&tw_p=tweetbutton&url=https://www.bharian.com.my/node/75763)

Share
(https://plus.google.com/share?app=110&url=https://www.bharian.com.my/node/75763)

ANTARA tetamu yang hadir menyaksikan persembahan Tok Selampit.

Sepanjang jelajah lima hari di Tokyo, empat program diatur oleh Mutiara Arts Production dengan kerjasama Hati Malaysia,
PACOMO dan ODD Pictures. Apa yang menarik, program yang disusun memberi pendedahan budaya Melayu kepada pelbagai
lapisan masyarakat.

Program kami pada hari pertama adalah di Minami Osawa After School Care Center, Hachioji. Pusat penjagaan selepas waktu
persekolahan itu membuka ruang kepada pelajar meluaskan pengetahuan mereka di luar sekolah. Di sini, Che Mat Jusoh dan
Romli membuat persembahan ringkas untuk memperkenalkan tradisi Tarik Selampit dan Awang Batil kepada pelajar.

Peserta masih dapat menikmati seni dan budaya walaupun terhalang oleh perbezaan bahasa. Alunan alat muzik, gaya bercerita
dan intonasi suara yang unik dalam kedua-dua persembahan ini dapat menarik mereka untuk terus menumpukan perhatian.

https://www.bharian.com.my/node/75763 3/5
2/21/2018 Tarik Selampit, Awang Batil di Tokyo | BHplus | Berita Harian

Kongsi artikel
Share
(https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.bharian.com.my/node/75763)

Tweet
(https://twitter.com/intent/tweet?
ref_src=twsrc%5Etfw&text=Tarik%20Selampit%2C%20Awang%20Batil%20di%20Tokyo&tw_p=tweetbutton&url=https://www.bharian.com.my/node/75763)

Share
(https://plus.google.com/share?app=110&url=https://www.bharian.com.my/node/75763)

KANAK-kanak teruja menyaksikan persembahan wayang kulit.

Bengkel membuat patung wayang kulit pada hari kedua juga dianjurkan untuk memberi fokus kepada penyertaan kanak-kanak.
Acara yang diadakan di Katsushika Symphoni Hills, Katsushika itu dimulakan dengan persembahan wayang kulit di samping
ruangan kecil yang disusun mempamerkan patung wayang kulit.

Peserta dari kalangan pelajar bersama penjaga masing-masing kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi
tugasan untuk membuat patung wayang kulit tersendiri berdasarkan cerita rakyat tempatan.

Pembabitan aktif ibu bapa bersama anak-anak di dalam aktiviti berkumpulan sebegini menjadi pemandangan yang menarik bagi
saya. Selain mendapat pendedahan berkenaan budaya luar, masa berkualiti yang dikongsi bersama pastinya memberi kenangan
berharga kepada mereka. Secara tidak langsung, aktiviti ringkas sebegini juga bakal menumbuhkan sikap menghormati budaya
asing di dalam diri mereka.

Berbeza daripada aktiviti yang lebih santai sebelumnya, program yang berlangsung pada hari ketiga dan keempat memfokuskan
penikmat seni dan khalayak yang lebih serius.

Pada hari ketiga, kami bergerak ke kafe kecil di daerah Nakano. Ruangan belakang kafe diatur menjadi dewan persembahan dan
ruang untuk ceramah umum. Tarik Selampit dan Awang Batil membuat demonstrasi pendek diikuti pembentangan ringkas yang
disampaikan oleh Aki Uehara daripada Mutiara Arts Production untuk memperkenalkan kedua-dua tradisi ini.

Penganjuran acara bersifat keilmuan dan juga persembahan seni di kafe bukanlah sesuatu yang baru bagi kita di Malaysia,
khususnya di sekitar Kuala Lumpur. Selain mewujudkan suasana tidak formal yang memudahkan proses perkongsian ilmu,
pendekatan sebegini memberi akses yang lebih mudah kepada khalayak untuk membabitkan diri dalam acara seni yang selalu
dikelaskan bersifat eksklusif dan tertutup.

Sebaiknya penganjuran program yang berpusat di kafe seperti ini diluaskan lagi dengan aktiviti seni dan persembahan
kebudayaan seperti Tarik Selampit dan Awang Batil untuk mendekatkan tradisi yang semakin hilang ini kepada masyarakat umum,
khususnya golongan muda di sekitar ibu kota.

https://www.bharian.com.my/node/75763 4/5
2/21/2018 Tarik Selampit, Awang Batil di Tokyo | BHplus | Berita Harian

Kongsi artikel
Share
(https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.bharian.com.my/node/75763)

Tweet
(https://twitter.com/intent/tweet?
ref_src=twsrc%5Etfw&text=Tarik%20Selampit%2C%20Awang%20Batil%20di%20Tokyo&tw_p=tweetbutton&url=https://www.bharian.com.my/node/75763)

Share
(https://plus.google.com/share?app=110&url=https://www.bharian.com.my/node/75763)

PERSEMBAHAN lagu Hikayat Raja Budak dengan diiringi alat muzik rebab.

Perjalanan singkat kami di Tokyo ditutup dengan malam persembahan di Asahi Art Square di daerah Asakusa yang dibuat dalam
skala yang lebih besar. Lampu dewan dimalapkan dan Tarik Selampit membuka acara dengan cerita Raja Budak bersama alunan
rebab yang memikat hati para penonton.

Acara disambung dengan persembahan Kodanshi, budaya bercerita masyarakat Jepun yang membawakan cerita Awang Akar
Lara dengan gaya beliau sendiri dalam bahasa tempatan. Menyampaikan cerita yang sama, Romli kemudian mengambil pentas
dengan persalinan lengkap memainkan peranan Awang Batil bersama peralatannya.

Hulubalang kelam-kabut
berjalan keluar kota
berjalan sikit, banyak berlari
hingga tumit cecah punggung
siku berlaga dengan ketiak
jambul tercacak di tengah kepala.
Riuh rendah gegak gempita
panggil pembesar berhimpun di istana
raja dah mangkat
pakat mesyuarat
lantik Awang jadi raja.

REAKSI penonton begitu positif walaupun baru pertama kali menonton persembahan Tarik Selampit mahu pun Awang Batil.

Reaksi yang diberikan oleh penonton begitu positif walaupun rata-ratanya memang baru pertama kali menonton persembahan
Tarik Selampit mahupun Awang Batil.

Sekilas pandang sepanjang enam hari program jelajah Tarik Selampit dan Awang Batil di Tokyo, saya tidak dapat menafikan
perasaan kagum kepada masyarakat Jepun yang menghormati budaya dan tradisi asing. Hal ini tidak begitu selari dengan apa
yang saya temui ketika berjalan di sekitar kota besar ini di luar waktu program.

Semuanya kelihatan begitu laju di kota ini. Seperti seluruh bandar mengejar tempat di dalam Shinkansen yang menerobos
sempadan menuju kemajuan. Ketika ini mereka tidak lagi terlihat sebagai bangsa yang mampu bernostalgia mahupun berhenti
seketika untuk menikmati angin musim.

https://www.bharian.com.my/node/75763 5/5

You might also like