You are on page 1of 8

35 petua

pelajar cemerlang

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan
membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:


 kita ingat 10 % apayang dibaca
 kita ingat 20% apa yang didengar
 kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
 kita ingat 70% apa yang dicakapkan
 kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

...Tahu member ganjaran kepada diri


sendiri selepas belajar selepas
belajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan
sebagainya...

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.


 pastikan cahaya adalah terang
 kurangkan gangguan bunyi
 tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
 tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
 kerusi dan meja menghadap kiblat
 jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih
otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca
buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:


 memasukkan maklumat dalam memori (registration)
 menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
 mengingat kembali (recall)
 menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:


 persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan
yang positif pada guru.
 pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan
kejayaannya.
 belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
 untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum
guru mengajar.

10.Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11.Mempunyai teknik membaca yang betul:


 duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
 memberikan tumpuan sepanuhnya
 menggunakan jari telunjuk untuk membaca
 menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12.Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &
malas.
13.Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum
mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14.Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15.Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16.Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological
clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu
sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-
quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17.Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa
80% selepas belajar).

18.Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19.Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20.Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21.Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22.Tahu petua mengulang kaji


 cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
 siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
 duduk tegak dikerusi yang selesa
 baca doa penerang hati
 baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
 fikir dan ingat kembali isi utama
 catat/lakar
 semak semula ketepatan maklumat
 ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
 buat rumusan
 jawab soalan
 tampal maklumat yang rumit di dinding
 baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23.Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24.Tahu petua-petua agar tidak lupa:
 jangan makan kepala ikan
 jangan makan organ dalaman
 jangan minum semasa makan
 jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
 jangan melihat kemaluan
 jangan melihat buih
 jangan membaca nama pada batu nisan
 banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan
lain-lain
 banyakkan makan kismis, kurma dan madu
 banyakkan makan kekacang
 pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
 jangan makan sehingga terlalu kenyang
 jangan kencing berdiri

25.Tahu kemahiran mengingat:


 tampal nota-nota penting di dinding
 tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
 gunakan kaedah akronim
 reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
 pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26.Cekap mengatur jadual belajar:


 mempunyai jadual belajar
 patuh kepada jadual
 buat jadual yang boleh diikuti

27.Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan
sebagai dorongan untuk belajar.

28.Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang
tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29.Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan


cara dan topik untuk belajar.

30.Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31.Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32.Pelbagaikan tempat belajar.


33.Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34.Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan
sebagainya.

35.Ciri-ciri pelajar cemerlang:


 taat kepada TUHAN
 mendirikan sembahyang
 menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
 hormati & sayangi guru
 bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
 suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
 membantu rakan yang memerlukan
 berdoa dan bersyukur kepada TUHAN
 sentiasa bertawakal
 mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang


cemerlang, adalah juga cemerlang
pada akhlak dan tingkah lakunya
dan seimbang dalam kehidupannya.
Kecemerlangan pelajar bukan
semata-mata dilihat pada nilai
akademiknya sahaja. Semoga
bermanfaat.
Mutiara Kata

Jangan bazirkan tenaga anda untuk mencari


alasan. Sebaliknya, gunakan segala
keupayaan anda untuk mencari dan mencipta
jalan penyelesaian. ~Osman Affan
Kenapa kerja sekolah tak siap? “Rumah saya ada kenduri semalam cikgu.”

Kenapa tak datang kelas tambahan semalam? “Kawan-kawan tak beritahu saya ada kelas cikgu.”

Kenapa gagal dalam ujian ni? “Cikgu ajar tak jelas. Lagi pun saya memang lemah sikit subjek ni.”

Semakin banyak kita gunakan keupayaan kita untuk mencipta alasan, semakin kurang keupayaan kita
untuk mencari jalan penyelesaian. Akhirnya, kita akan sentiasa tersekat di takuk lama.

Setiap kali ada masalah, elakkan dari menuding jari ke arah orang lain. Cari kesilapan dari dalam diri
sendiri dahulu kerana di situlah selalunya punya kebanyakan masalah kita. Bila kita sudah akui
kesilapan kita, lebih mudahlah untuk kita perbaiki dan majukan diri kita sehingga berjaya.

Mutiara Kata

Bodoh adalah apabila anda merasa


terlalu pandai dan tidak mahu
mendengar nasihat orang lain. ~Osman Affan
Saya tidak suka bercakap tentang perkataan bodoh sebenarnya kerana ia amat sensitif dan kalau
disalah guna akan mendatangkan akibat yang tidak baik dalam jangka masa panjang. Saya selalu
ingatkan sahabat-sahabat saya agar jangan sekali-kali menggunakan perkataan ‘bodoh’ kepada pelajar
kerana kesannya sangatlah tidak baik.

Apa yang kita perlu ingat ialah, bodoh ini bukan satu sifat. Maksudnya, kalau tak tau jawab soalan, itu
bukan bodoh. Kalau gagal dalam peperiksaan itu bukan bodoh. Bodoh ini ialah satu sikap. Ia adalah
satu sikap anda bila anda merasa terlalu pandai dan mula tidak mahu mendengar nasihat atau
pendapat orang lain.

Disekolah, saya pernah bertemu dengan murid sebegini. mereka ini selalu mencari kesalahan guru dan
mentertawakan guru jika guru ada membuat kesilapan. Elakkan sejauh-jauhnya daripada menjadi
pelajar sebegini.
Mutiara Kata

Pelajar tanpa kemahiran belajar umpama


mekanik yang tidak tahu membaiki
kereta. ~Osman Affan~
Kita selalu dengar orang mengatakan bahawa jika anda selalu gagal dalam peperiksaan, anda mungkin
seorang yang bodoh. Ada juga yang sanggup mengatakan yang otak anda lembab jika anda tidak
mampu memahami apa yang cikgu anda ajarkan. benarkah begitu?

Saya tidak percaya itu semua. Saya percaya bahawa, jika anda tidak mendapat keputusan yang baik,
mungkin anda masih tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi sebagai seorang pelajar.

Sebagai pelajar, anda perlu banyak menghafal fakta, tetapi anda tidak tahu kemahiran menghafal, jadi
anda gagal. Sebagai pelajar anda perlu banyak membaca, tetapi anda tidak boleh membaca dengan
kadar yang pantas, jadi anda gagal membaca semua bahan bacaan yang perlu anda baca.

Apa yang perlu anda sedar di sini bahawa, jika kegagalan anda disebabkan oleh kekurangan kemahiran,
bolehkah anda lakukan sesuatu?? Ya, sudah tentu anda boleh lakukan sesuatu. Kuasai semua
kemahiran belajar yang boleh membantu anda.

Mutiara Kata

“Kejayaan Boleh Diramalkan”~Brian Tracy~


Ada orang mengatakan bahawa kejayaan adalah amat sukar untuk dicapai. Jika hendak dicapai pun
susah, apatah lagi hendak diramalkan. Maksudnya, agak mustahil untuk kita meramal bahawa
seseorang akan berjaya disuatu masa akan datang atau tidak.

Tetapi, menurut Brian Tracy (seorang penulis, penceramah, ahli perniagaan dan pakar motivasi
terkenal) kejayaan boleh diramalkan. Maksud beliau, kita boleh tahu seseorang akan berjaya atau tidak
di masa akan datang berdasarkan apa yang mereka lakukan sekarang.

Untuk lebih mudah faham, cuba bayangkan anda melihat ibu anda memasak mi segera. Anda lihat
dengan teliti setiap perkara yang ibu anda lakukan. Kemudian, anda ikuti langkah itu semula satu
persatu. Jika anda lakukan semua apa yang ibu anda lakukan dengan terperinci, bolehkah saya
ramalkan bahawa anda pasti akan berjaya memasak mi segera sebaik ibu anda? Tentu jawapannya ya
bukan?

Itulah yang dimaksudkan oleh Brian Tracy. Jika anda mahu berjaya, lakukan apa yang orang telah
berjaya lakukan. Jadi, jika anda masih tidak berjaya, kaji semula apa yang anda lakukan selama ini.
Mungkin ada langkah anda selama ini tidak sesuai dengan apa yang anda ingin capai.
Satu lagi pengajaran penting, jika anda masih tidak berjaya, bukan bermakna anda tidak pandai atau
lemah. Ia cuma bermakna anda masih belum melakukan sesuatu dengan betul.

You might also like