You are on page 1of 2

Refleksi

Saya telah menerima satu tugasan bagi kursus seni dalam pendidikan
daripada pensyarah saya yang bertajuk menghasilkan kit pembelajaran (learning tool)
yang mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran bidang teras di sekolah rendah. Tugasan ini adalah
secara berpasangan dan saya telah memilih Leong sebagai pasangan saya bagi
tugasan ini. Saya berasa bersyukur kerana dalam proses menyiapkann tugasan ini,
banyak ilmu baru telah saya perolehi. Walaubagaimanapun, saya juga menghadapi
pelbagai masalah dan halangan demi menyiapkan tugasan ini. Namun dengan
ketekunan dan kesabaran kami, kami berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh
masa yang ditetapkan oleh pensyarah kami.
Setelah saya dengan Leong menerima tugasan daripada pensyarah, kami
berbincang untuk memilih topik yang ingin digunakan untuk menghasilkan kit
pembelajaran . Kami telah mencari maklumat dari laman sesawang dan buku-buku
rujukan untuk mendapat idea tentang penghasilan kit pembelajaran tersebut. Akhirnya,
kami bersetuju untuk menghasilkan satu kit pembelajaran yang bernama “Maze Phone”
dengan mengajar topik operasi tolak den tambah. Kami mencatat nota tentang
langkah-langkah, bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan kit ini supaya
proses penghasilan kit ini dapat dijalankan dengan lancar. Saya berpendapat
kelemahan kami ialah kos bagi bahan-bahan tersebut adalah agak tinggi dan kami
patutlah mengurangkan kos itu. Selepas membeli bahan-bahan yang diperlukan, kami
bermula proses penghasilan kit pembelajaran tersebut. Proses yang saya berasa
tercabar ialah semasa kami mengunting digit nombor yang telah dilaminate. Hal ini
kerana kami perlu mengunting dengan penuh kesabaran supaya tidak tergunting digit
yang di sebelah.
Seterusnya, kelemahan saya dalam penulisan laporan menyebabkan laporan
yang ditulis adalah kurang teliti dan sukar untuk difahami oleh orang lain. Kami akan
menjelaskan dengan lebih teliti semasa persembahan kami supaya murid-murid dapat
faham. Saya berpendapat kit kami dapat menarik minat murid-murid kerana kit kami
merupakan sebuah telefon yang merupakan barang keinginan mereka. Selain itu,
saya juga mengalami kebuntuan dari segi pengurusan masa kerana pada masa yang
sama saya perlu menyiapkan dua tugasan yang lain. Namun saya telah membuat satu
jadual dan akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun banyak
pengorbanan dari segi masa dan kewangan.
Selanjutnya, semangat kerja berpasangan sejak dari awal dan tanggungjawab
setiap orang telah menjadikan tugasan ini dapat disiapkan dan meninggalkan
kenangan yang dapat merapatkan lagi hubungan antara kami. Selain kerjasama dari
Leong, bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah, Pn Chai dan rakan-rakan amat
dihargai. Dengan adanya tugasan ini, selajar berupaya untuk meningkatkan
pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Saya juga belajar untuk mengaplikasikan kit pembelajaran yang telah dihasilkan
berdasarkan satu tajuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
matematik. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan tersebut, saya dapat menggunakan
semasa praktikum ataupun semasa menjadi seorang guru nanti.
Sebagai kesimpulan, saya berasa amat bangga kerana dapat menghasilan kit
tersebut. Saya akan menambahbaikan kelemahan-kelemahan saya den meneruskan
kekuatan saya. Selain itu, tugasan ini menyedarkan saya sebagai seorang bakal guru,
kita mestilah peka kepada kehendak naluri kanak-kanak dan berusaha membantu
murid mengatasi masalah pembelajaran dengan pelbagai cara dan kaedah yang
sesuai. Saya juga berpendapat Seni Dalam Pendidikan dapat membantu pelajar
memupuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam mahupun di
luar bilik darjah. Oleh sebab itu, kami perlu menggunakan amalan seni estetik iaitu
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan sebagai bahan bantu mengajar sesuatu
mata pelajaran untuk pembelajaran yang optimum dan menyeluruh. A

You might also like