You are on page 1of 6

BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku
atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh
persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu
komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks
pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif
sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek
seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan
guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami
bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk
memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini
merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik
darjah dan rutin bilik darjah.

2.0 Huraian Tentang Pelan Lantai.

Setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Sebagai guru, kami tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang
keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza Kepelbagaian yang wujud antara pelajar
perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya
pembelajaran setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.
Oleh yang sedemikian kami sentiasa memastikan strategi yang dipilih bersesuaian dengan murid.
Sebagai memenuhi keperluan pengurusan bilik darjah yang mersra budaya, beberapa langkah
telah kami tetapkan ke arah itu. Antara langkah-langkah tersebut ialah:

2.1 Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai budaya agama
latar belakang keluarga tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza. Ia juga adalah satu impak yang
sangat penting kepada murid untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di
sekolah.

2.2 Layanan yang sesuai ialah layanan berbentuk sama rata tanpa ada berat sebelah kepada
murid-murid tanpa mengira status dan latar belakang kehidupan seseorang murid itu .
Kepelbagaian murid, guru seharusnya bersikap adil dan saksama kepada murid-murid mereka.
Sebagai contoh, apabila seseorang guru itu berbangsa Melayu, guru tersebut tidak seharusnya
melebihkan murid bangsanya sendiri daripada murid-murid berbangsa lain. Ia akan memberi
kesan secara langsung kepada murid-murid bangsa lain dan memberikan perspektif yang negatif
terhadap guru tersebut. Dengan itu, pemupukan semangat perpaduan tidak dapat dicapai dengan
jayanya. Oleh itu kami mengambil langkah dengan meletakkan murid-murid dalam kumpulan
yang mempunyai pelbagai kaum.

2.3 Dalam menghadapi kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah, guru seharusnya bijak
mengendalikan bilik darjah. Sebagai contoh dengan mewujudkan satu persekitaran psikososial
Guru tidak seharusnya memberikan layanan yang berat sebelah kepada murid-murid. Ditambah
pula apabila di dalam sesuatu bilik darjah itu mempunyai murid-murid yang datang dari latar
belakang keluarga yang berbeza, budaya yang pelbagai, agama yang berlainan dan tahap
kognitif yang berbeza. Kami sentiasa memastikan layanan yang diberikan sama rata antara
semua murid-murid tanpa mengira bangsa dan agama.

2.4 Interaksi dua hala yang bersifat ramah mesra dan produktif menimbulkan satu persekitaran
yang mesra antara guru-murid mengeratkan serta merapatkan jurang perpaduan dalam kalangan
mereka mudah dicapai semangat motivasi yang tinggi pemupukan perpaduan. Kedudukan antara
murid-murid yang duduk menghadap antara satu sama lain membolehkan mereka berinteraksi
dengan mudah. Dalam memupuk satu persekitaran psiko sosial yang baik di dalam bilik darjah,
seseorang guru itu seharusnya mempunyai kemahiran dalam hubungan dengan manusia,
khususnya murid-murid. Sebagai contoh, beramah mesra, bersikap positif, mendengar masalah
murid, dan kebolehan memberi kata-kata pujian secara ikhlas . Ia merupakan satu tret yang
penting bagi seorang guru. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa menguruskan bilik darjah yang
mempunyai kepelbagaian sosiobudaya, oleh itu kami sentiasa menunjukkan sikap ramah sama
ada dengan memberikan senyuman atau dalam memberikan ucapan apabila berselisih dengan
murid-murid dan lain-lain.

2.5 Dengan kata lain, di sini terdapatnya unsur-unsur kurikulum tersirat , di mana kami cuba untuk
mendidik murid supaya menghormati antara satu sama lain serta memupuk sikap yang baik
dalam kalangan mereka. Apabila mereka melihat guru yang berperwatakan mesra, secara tidak
langsung memberikan mereka motivasi dalaman untuk menunjukkan sikap seperti guru itu.

Guru perlu mengetahui pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik. Kami juga perlu
sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan yang dinyatakan dalam kelas.
Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kumpulan etnik. Sebagai guru
juga kami perlu sensitif dengan bangsa dan tabiat etnik pelajar dan tanpa menilai pelajar melalui
luaran sahaja. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar.
Mendalami budaya dan warisan etnik sendiri.
2.6 Mengetahui sensitiviti setiap etnik dengan lebih mendalam untuk mencapai objektif
pengajaran. Sensitif dengan tahap perkembangan pelajar apabila terlibat dengan aktiviti bangsa,
etnik, budaya dan bahasa. Kami sentiasa berusaha untuk tonjolkan pelajar sebagai pemenang.
Guru memainkan peranan yang penting dalam kejayaan pelajar. Kami gunakan teknik belajar
bekerjasama dan kerja berkumpulan untuk memperkenalkan bangsa dan integrasi kaum di dalam
sekolah dan kelas. Semua aktiviti di sekolah mestilah melibatkan pelbagai bangsa, agama dan
etnik.

Sebagai kesimpulannya kepelbagaian sosio budaya murid, secara tidak langsung menjadi
cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu
kreatif serta peka dengan aspek ini kerana ia akan berubah mengikut peredaran masa. Guru
yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini merupakan guru yang berkesan dan cemerlang.
Kepekaan guru terhadap kepelbagaian sosio budaya ini adalah sangat penting dalam dunia
pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam
usaha menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya seiring dengan konsep 1
Malaysia.

3.0 Pelan Lantai Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting
dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan
murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik.Pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya
dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan
persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif
dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred Steele(1973)
sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction,
symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh
Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal
seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid
dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

3.1 Aspek Fizikal :-


Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut
keperluan aktiviti. Murid diletakkan dalam kumpulan yang sama, terdiri daripada etnik yang
berbeza,· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat
kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu
kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau
aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak
langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan akan dapat diwujudkan serta
memupuk satu suasana mesra budaya,.Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra
budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan

3.2 Sudut-Sudut Pembelajaran:-

Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu
perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan
sebagainya.Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah
pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.

Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas
sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan
mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di
negara ini.Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh
dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk
perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural
secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan
bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan
persekitaran mesra budaya.

Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong
antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya.Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di
bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Atan, Kumari serta Kim Sengi dapat
berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan
konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan
sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space, classroom
setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture”
3.3 Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-

Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut
budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid
kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di
negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar,
toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan
perpaduan kaum .Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau
interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.Contohnya di
sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya
agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu
sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik.Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah
dan Sarawak.Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan
Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your
classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”.

Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan
meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar
belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak
langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Selain daripada
sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan
adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang
mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang
etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif
dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan.Semasa membuat tugasan
murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong
serta toleransi.

3.0 Kesimpulan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat setanding dengan mutu
pendidikan di negara-negara maju yang lain. Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada
sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang
mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan
pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk
hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada
pembentukan iklim sekolah.Walau bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua
bentuk yang saling berkaitan.

Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas
pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja
dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya sekolah
memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan
pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu.
Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-
bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa.

Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan


pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi
di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan
teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan tingkahlaku guru yang
menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti perbezaan antara pelajar
serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan dengan berkesan
supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus pendidikan yang yang akan
memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan yang sama rata perlu diambil
kira.

You might also like