You are on page 1of 2

Mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka jam.

(iii) Menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit.

Bahan-bahan yang disediakan:

No. Bahan Kuantiti


1. Kepingan kad nombor minit 12
2. Kabel USB 1

Bagaimanakah “” membantu murid mengenal tanda senggatan dan angka yang


menandakan gandaan lima minit pada muka jam?
Contoh Aktiviti Pengajaran
1. Guru membawa bahan bantu mengajar “” tersebut ke dalam kelas dan boleh diletakkan
di atas meja atau dibawa secara mudah alih.
2. Dengan menggunakan jam di atas BBM, tanda senggatan dan angka yang menandakan
gandaan lima minit pada muka jam akan diberitahu kepada murid-murid.
3. Guru menghitung tanda senggatan bersama-sama murid dan menegaskan bahawa
apabila jarum minit menunjukkan kepada angka 1, ia juga mewakili masa lima minit.
4. Dengan itu, kad angka gandaan lima digit akan diperkenalkan kepada murid-murid.
5. Jarum minit akan dituju pada angka 1 dan kad minit “5” akan diletakkan pada bahagian
yang disediakan.
6. Kad “5” minit akan diletakkan pada kad hijau yang berada di bahagian atas angka 1 dan
penanda (diod merah) akan bercahaya.
7. Guru akan meletakkan kad minit yang sepadan dengan angka pada muka jam seperti
yang ditunjukkan.
8. Sekiranya kad minit diletakkan pada bahagian yang betul, maka diod akan menyala.
9. Jika kad minit diletakkan pada bahagian tersebut dan diod tidak menyala, maka angka
yang menandakan gandaan lima minit tersebut adalah tidak sepadan dengan gandaan
lima minit yang ditunjukkan.
10. Langkah 5 hingga 7 diulangi dengan memperkenalkan gandaan lima minit yang
seterusnya seperti 10 minit, 15 minit, 20 minit dan sebagainya.
Contoh Aktiviti Pengukuhan
1. Guru memutarkan jarum minit menuju kepada angka 6 pada muka jam.
2. Murid diberi peluang untuk menyatakan gandaan lima minit pada angka 6 yang
sepatutnya.
3. Murid akan meletakkan kad minit yang mereka berasa betul pada bahagian yang
disediakan.
4. Sekiranya diod tidak bercahaya, maka jawapan murid tersebut adalah salah.
5. Bagi murid yang lemah, mereka boleh mencuba setiap kad minit sehingga diod menyala
dan mereka akan mengingati bahawa angka 6 juga mewakili 30 minit.
6. Bagi murid yang mahir, mereka akan berasa lebih yakin selepas mereka berjaya
meletakkan kad minit pada bahagian yang betul dan diod akan menyala. Keadaan diod
yang menyala juga merupakan satu peneguhan positif kepada murid-murid. Hal ini pula
dapat meningkatkan minat murid-murid dalam proses pembelajaran.
7. Murid akan menulis masa jam dan minit ke dalam ruang yang disediakan supaya
murid dapat menunjukkan waktu dan jam dalam gandaan lima minit.

You might also like